Anda di halaman 1dari 2

Blogger semakin menarik perhatian

SEMAKIN mendapat perhatian di dalam negeri dan negara-negara lain


ketika ini ialah peranan para penulis yang dipanggil bloggers. Kerana ada
ketikanya pembaca bertanya, mempersoal dan mengkritik dan juga ada
yang memuji.
Lalu RTM mengadakan rancangan temu ramah dengan seorang demi seorang blogger melalui
program Blog. Sementara itu di Australia terbit komentar yang bertanya: Adakah orang lain
mengedit tulisan blogger sebagaimana berlaku pada laporan wartawan akhbar? Sementara itu
Wikipedia, ensiklopedia bebas melaporkan hal-hal berikut, antara lainnya:
* Di Singapura dua blogger warga Cina dihukum penjara di bawah undang-undang menghasut
negara kerana menyebarkan kenyataan anti-Islam.
* Seorang blogger warga Mesir bernama Kareem Amar didakwa menghina Presiden Hosni
Mubarak dan sebuah pertubuhan Islam. Ia kali pertama seorang blogger didakwa. Blogger
tersebut dibicarakan dan didapati bersalah lalu dihukum penjara tiga tahun kerana menghina
agama Islam dan menghasut, serta setahun penjara kerana menghina Mubarak.
* Seorang lagi blogger warga Mesir ditangkap pada bulan April 2007 kerana tulisan-tulisannya
yang antikerajaan. Blogger tersebut, Abdul Monem Mahmood seorang ahli Muslim Brotherhood
yang diharamkan.
Dijelaskan juga betapa sebilangan ramai blogger menggunakan Internet untuk tujuan-tujuan
politik. Mengulas aliran tersebut ialah rencana sebuah jurnal Amerika, The Atlantic setelah
menginterviu Rupert Murdoch, jutawan yang memiliki akhbar-akhbar di Amerika, Britain dan
Australia serta stesen-stesen televisyen.
Belanja
Lalu dicatat, antara lainnya: Internet berupa saluran kewartawanan yang lebih bagus. Ia tidak
menelan belanja berbanding akhbar-akhbar yang perlu membeli kilang cetak berharga puluhan
juta ringgit, iaitu selain membeli beribu-ribu gulung kertas cetak, bertangki-tangki dakwat serta
beratus-ratus lori pembawa akhbar. Juga gaji untuk beribu-ribu pekerja.
Namun, laman web belum lagi mengadakan institusi-institusi yang menggantikan akhbar-akhbar
yang dicetak. Sebaliknya laman web acap kali menyebarkan komentar berat sebelah dan tidak
diedit. Manakala segala warta berita disebar begitu cara, maka kita hidup dalam dunia
propaganda. Paling menyedihkan ialah bahawa orang ramai tidak peduli. Demikian bersabit
dengan Internet.
Dalam keadaan sekarang ramai para wartawan menulis blog mereka sendiri dan yang menjadi
masyhur atau ‘celebrity” kerananya. Ini selain gembung-gembung politik yang menjadi blogger.
Di Amerika ada di antara mereka yang bersaing dengan penulis-penulis pojok akhbar. Satu
contoh ialah pojok oleh Garrison Keillor. Sering dicatat olehnya ialah current occupant sasaran
kritiknya. Yang dimaksudkan ialah Presiden Bush.
Current occupant dikritik apabila berbangkit saja masalah Perang Iraq dan kematian sebilangan
askar Amerika, yang sehingga kini melebihi 4,000 orang. Lalu disebut: “Ramai yang dibawa ke
tanah perkuburan dengan diiringi para perajurit yang melepaskan tembakan-tembakan sebagai
tanda hormat. Sebenarnya juga mereka yang gugur itu tahu bahawa misi mereka tidak penting.”
Keillor mengulangi puisi Tennyson mengenai kematian anggota-anggota tentera Light Brigade
British pada abad lampau setelah diperintah menyerang musuh. Ayat berbunyi: “Theirs not to
reason why, theirs but to do and die.”
Seperti biasa pojok itu disiarkan setelah diluluskan oleh editor. Satu contoh ialah pojok dalam
akhbar New Sunday Times minggu lalu oleh Tengku Abdul Aziz apabila beliau menyebut
mengenai pengalamannya menulis pojok selama dua tahun setiap minggu. Menurutnya, hanya
dua makalahnya ditarik balik sebab-sebab berkait dengan undang-undang dan” saya berterima
kasih kepada para editor kerana mengajar saya mengenai bahaya undang-undang fitnah.”
Bagi para wartawan akhbar ialah sebuah filem klasik Jepun, Rashomon yang diarah oleh Akira
Kurosawa. Ceritanya mengenai seorang pembesar negeri dan isterinya diserang hendap
sewaktu dalam perjalanan pada abad ke-9 ketika wujudnya para perajurit samurai. Isteri
pembesar itu kemudian dirogol oleh perompak.
Filem Rashomon berupa klasik laporan sewaktu kejadian kerana lengkap dengan apa yang
dipanggil dalam bahasa Inggeris 5W iaitu what, where, whom, who, why.
Kesemua yang terlibat membawa cerita masing-masing: Si perompak, isteri pembesar negeri,
seorang yang menyaksikan peristiwa. Juga kisah mengenai pembesar: Apakah ia mati dibunuh
atau adakah ia membunuh diri? Kerana isterinya seronok dan naik berahi apabila dirogol oleh
perompak. Juga cerita seorang sami dan seorang wanita tua. Cerita manakah yang benar?
Cerita dari pelbagai sumber itu mengisi filem Rashomon. Seperti termaklum, demikian juga
halnya dalam dunia politik.
Menurut khabar berita, sedang dibincang sejak beberapa waktu lalu ialah penubuhan sebuah
Majlis Media. pertanyaan: Bolehkah diwujudkan juga Bloggers Council?

Anda mungkin juga menyukai