Anda di halaman 1dari 2

Tanggungjawab Anak-anak Terhadap Ibu Bapa Anak.

Insan yang bergelar anak seharusnya berbangga dan beruntung kerana kita mempunyai ibu bapa yang amat menyayangi kita. Dari kecil sehinggalah kita meningkat dewasa, mereka mengasuh, mendidik dan membimbing kita menjadi manusia yang berguna. Daripada kita tidak kenal apa itu A,B, C, !satu, dua, tiga , alif, ba, ta, namun kerana pengorbanan dan jasa seorang insane yang bergelar ibu dan bapa ada antara kita sekarang menjadi manusia yang terpelajar dan terhormat. Jadi, jelaslah bahawa jawa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dalam kehidupan manusia. Jadi, apakah tanggungjawab anak-anak terhadap kedua-dua ibu bapa kita? Tanggungjawab yang paling besar setiap anak kepada ibu bapa adalah belajar dan memberikan kejayaan kepada mereka. Susah sangatkah bagi seorang anak untuk menimba ilmu pengetahuan? Tiada apa yang diminta oleh ibu bapa kita melainkan untuk melihat kita belajar. Masih ingatkah npengorbanan orang tua kita yang sanggup bergolok gadai dan berhutang sana sini semata-mata untuk emndapatkan pendidikan yang terbaik untuk anakanak mereka? Tidakkah kita sedar bahawa jasa mereka tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Oleh itu, setiap anak hendaklah rajin menuntut ilmu seterusnya membawa pulang segulung kepada kedua-dua orang tua kita kerana tiada kata atau perasaan yang lebih gembira dilontarkan oleh ibu bapa melainkan melihat anaknya berjaya. Jadi biarkan mereka menangis melihat kejayaan kita sebaliknya jangan biarkan mereka menangis kerana keburukan perangai kita yang boleh menjatuhkan maruah mereka. Selain itu, anak-anak hendaklah pandai menjaga hati dan perasaan ibu bapa. Kita janganlah sesekali mengguris walaupun sedikit perasaan mereka kerana neraka jahanamlah tempatnya. Anak-anak hendaklah meletakkan ibu bapa mereka sebagai orang pertama yang mereka sayangi, walaupun mereka sudah berkahwin serta mempunyai anak dan isteri. Namun begitu, anak-anak zaman sekarang terutamanya lelaki, mereka lebih menyayangi isteri mereka daripada ibu bapa sendiri. Sikap ini harus dibendung kerana buruk padahnya. Masih ingatkah lagi kita tentang peristiwa seorang sahabat Rasullullah pada zaman baginda dahulu? Disebabkan terlalu menyayangi isteri lebih daripada ibu kandungnya sendiri, dia sukar menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jadi, adakah peristiwa sebegitu mahu berulang pada diri kita sendiri? Tepuk dada, tanya iman. Bukan itu sahaja, setiap anak hendaklah menjaga ibu bapa mereka terutamanya ketika mereka sakit. Jika tinggal berjauhan, kita janganlah lupa untuk meluangkan masa melawat dan menjenguk orang tua dia kampong walau sesibuk mana pun kita. Kita hendaklah memberi perhatian yang lebih kepada mereka kerana hati orang tua mudah terguris. Luangkan masa menjenguk mereka dan bagi anak perempuan, masaklah sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Bertapa gembiranya hati seorang ibu dan ayah melihat anakanaknya pulang ke kampong. Perbuatan kita hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan jasa mereka ketika kita kecil dahulu. Ibu bapa sanggup bersengkang mata pada malammalam hari demi menjaga anak kecil mereka. Sedangkan nyamuk seekor pun tidak dibenarkan menghampiri kita. Jadi, anak-anak juga haruslah membalas jasa mereka dengan menjaga mereka seperti menatang mingyak yang penuh seperti mana yang dilakukan mereka kepada kita dahulu.

Di samping itu setiap anak perlu mendengar cakap orang tua kita. Jangan sesekali meninggikan suara walaupun mengatakan perkataan Ah kepada mereka kerana kita akan disifatkan sebagai anak derhaka. Sebenarnya,larangan and nasihat ibu bapa bukanlah tujuan untuk mengongkong anak-anak namun adalah demi kepentingan diri kita juga. Ibu bapa hanya mahu yang terbaik buat anak. Mahukah kita menjadi seperti Si Tenggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya sendiri kerana durhaka kepada ibu yang telah membesarkannya?Jawapannya pasti tidak bukan? Seterusnya, bagi anak-anak yang telah bekerja, berilah sedikit sumbangan kepada ibu bapa mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa selagi yang mampu. Namun begitu, jika dibandingkan kebendaan ini dengan segala pengorbanan dan jasa ibu bapa terhadap anak-anak mereka selama ini memang tidak ternilai harganya. Ibu bapa juga membesarkan anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya bukanlah untuk mengharapkan kebendaan dan bantuan daripada anak-anak tetapi sekurang-kurangnya anak-anak dapat meringankan beban mereka terutamanya ibu bapa yang sudah tidak bekerja lagi. Selain itu, bagi anak-anak yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin, seelokeloknya ajaklah ibu bapa untuk tinggal bersama-sama kita. Sekurang-kurangnya mereka berada di depan mata kita setiap hari dan kita tidak lagi perlu bimbangkan mereka di kampung. Janganlah jadi seperti segelintir anak yang sanggup menghantar ibu bapa kandung sendiri ke rumah orang-orang tua kerana tidak sanggup untuk menjaga dan melayan kerenah mereka. Betapa hancurnya hati seorang ibu mahupun bapa seperti kaca terhempas ke batu apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh anak-anak mereka. Anakanak yang memperlakukan ibu-bapanya sebegitu layak digelar binatang yang bertopengkan manusia. Akhir sekali, bagi anak-anak yang berkemampuan, janganla bersifat tangkai jering untuk menghantar ibu bapa mengerjakan ibadah haji ataupun umrah kerana itulah impian kebanyakan orang tua. Anak-anak seharusnya ikut sekali ibu bapa ke Tanah Suci untuk menjaga mereka disana dan pada masa yang sama boleh mengerjakan ibadah fardhu tersebut bersama-sama. Pastinya anak-anak yang soleh dan solehah ini diberkati Tuhan yang Maha Esa dan segala doa mereka akan diperkenankan. Selain mengerjakan ibadah haji dan umrah, anak-anak boleh meluangkan masa membawa ibu bapa mereka bercuti untuk megeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Natijahnya, tanggungjawab setiap anak terhadap kedua ibu bapa amatlah besar. Kita seharusnya patut bersyukur kerana masih lagi mempunyai seorang ibu dan ayah sedangkan ramai lagi di luar sana yang bersedih kerana telah kehilangan ibu bapa mereka yang tersayang. Sesungguhnya, syurga itu dibawah tapak kaki ibu dan ingatlah kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya.

Anda mungkin juga menyukai