Anda di halaman 1dari 1

UJIAN AKHIR TAHUN 2012 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2 ARAHAN : Pilih satu soalan sahaja.

Tuliskan nama, kelas dan nombor soalan di belakang kertas lukisan. Bidang A : Menggambar Tajuk : Menggambar dengan teknik kolaj. Arahan : Menggunting dan menampal bagi menggambarkan pemandangan pantai yang indah. Alat/bahan : Kertas warna,gam dan gunting. Bidang B : Membuat Corak dan Rekaan Tajuk : Menghasilkan corak pada penanda buku. Arahan : Mencorak dan menggunting penanda buku. Hasilkan satu penanda buku yang menarik. Alat/bahan : Gunting, gam, pensil warna dan hiasan kreatif lain (bebas). Bidang C : Membentuk dan membuat binaan Tajuk : Menghasilkan topeng mata kreatif. Arahan : Hasilkan satu topeng mata yang anda minati. Hiaskan dengan pelbagai bentuk perhiasan supaya topeng mata kelihatan menarik. Alat/bahan :Pensel,pensel warna/ krayon dan hiasan kreatif murid-murid. Bidang D : Mengenal Kraf Tradisional Tajuk : Memperkenalkan corak kain songket. Arahan : Menghasilkan corak songket dengan teknik resis. Alat/bahan : Warna krayon dan warna air.

Disediakan oleh, (RAHMAT AZIM B. SAARI) Guru Dunia Seni Visual. Sek.Keb. Taman Sri Andalas.

Disemak oleh, . (MOHAMMAD FAIZAL B. AMRI) Ketua Panitia Dunia Seni Viaual, Sek.Keb. Taman Sri Andalas.

Disemak oleh, .. (PN. CHE NORLIA BT. ISMAIL) GPK Kurikulum, Sek.Keb. Taman Sri Andalas.

Anda mungkin juga menyukai