Anda di halaman 1dari 4

TOKOH1 -IBNU RUSYD (520-595H) Riwayat Hidup Dikenali di Barat dengan nama Averroes Nama sebenar beliau : Abu

bu Al Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Ahmad bin Rushd. Nama gelaran : Pendita Abu Al Walid Dilahirkan pada tahun 520 Hijrah bersamaan 1126M di kota Cordova di Tanah Andalusia atau Sepanyol. Ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains. Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. Mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol. Pernah bertugas sebagai doktor istana di Andalusia. dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Khamis 6 Rabiulawal tahun 595 Hijrah.

Falsafah Hidup Hidup sederhana dan bersahaja. Bersifat pemurah kepada semua orang. Bersifat rendah diri terutama kepada orang-orang yang miskin.

SUMBANGAN 1) Falsafah dan Ilmu Logik terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat

menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam Banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

2) Perubatan Menghasilkan buku "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. kaedah perubatan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd digunakan di hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX iaitu Hospital Les Quinze-Vingt . Merangkumi pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia

3) Hasil Karya Kulliyah fit-Thibb-mengandungi 16 jilid mengenai perubatan secara umum Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah) Tafsir Urjuza-mengenai perubatan dan tauhid, Taslul Kasyful Adillah-mengenai ilmu kalam dan mengukap persoalan falsafah dan agama Tahafatul Tahafut-mengulas buku Imam Al-Ghazali berjudul Tahafatul Falaisafah Muwafaqatil Hikmak Wal Syaria-membicarakan persamaan antara falsafah dan agama

TOKOH 2-IMAM AL-GHAZALI Riwayat Hidup Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-

Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran). Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah. Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Peribadi Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah. Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.

Pendidikan Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin. Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu. Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad AlRazkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan. Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad. Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.

Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa kini.

Sumbangan Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf.

Anda mungkin juga menyukai