Anda di halaman 1dari 6

P. Ramlee (P.

Ramlee / S Sudarmaji)

Tolonglah Kami
Tolong kami bantu kami Anak-anak yatim piatu (2X) Hidup kami dalam dunia Tak berbapa tak beribu (2X) Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X) Allah akan beri rahmat Dari dunia ke akhirat Tolong kami bantu kami Anak-anak yatim piatu Kalau tuan hati mulia Bantu kami yatim piatu Agar dapat kami rasa Nikmat hidup di dunia (2X) Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X) Allah tidak akan lupa Pada orang yang menderma Kalau tuan hati mulia Bantu kami dengan rela

P. Ramlee (P. Ramlee)

Zapin Malaysia
Anak sekolah menangkap ikan Di dalam paya hilang sepatu Alhamdulillah kami ucapkan Negara Malaysia sudah bersatu Tiup serunai di tengah kota Pukullah tabuh bertambah riuh Rukun dan damai tujuan kita Bersatu teguh bercerai jatuh Pergi kekota di tengah hari Membeli sikat si tanduk rusa Marilah kita makmurkan negeri Supaya rakyat hidup sentosa Anak senangin di paya-paya Si ikan sagai termasuk pukat Kalau ingin kita bahagia Jauhkan perang dengki khianat

P. Ramlee & Saloma (P. Ramlee / S. Sudarmaji)

Joget Malaysia
Datuk Panglima pergi membajak Ke tanah rata senja pulangnya Kalau Saloma orang yang bijak Negeri kita apa namanya Ikanlah keli di dalam perahu Oranglah buta tangkap buaya Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu Negara kita nama Malaysia Ramalah rama di pohon duri Mati ditimpa si buah nangka Kalau Saloma orang bistari Bulan berapa Malaysia merdeka Anak benggali ke kebun nyonya Petiklah gambus anak Melaka Wahai Cik Ramlee ini jawabnya Tiga puluh satu Ogos Merdeka Ke pasar lama membeli serai Singgah bertanya Datuk Menteri Kalau Saloma orang yang pandai Di mana letak Ibu Negeri Anaklah bilal dari Mentakab Pergi ke Johor buat kenduri Cik Ramlee soal mudah dijawab Kuala Lumpur ibu negeri

P. Ramlee

Ibu
Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempat menyatakan kasih Wahai ibu Betapa tidak hanya engkaulah Yang menyniari hidupku Sepanjang masa engkau berkorban Tidak putusnya bagai air lalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempatku menyerahkan kasih Wahai ibu

P. Ramlee

Kisah Rumah Tangga


Oh dengarlah tuan-tuan Sebuah kisah suami isteri Kadangkala terdapat Si isteri memerintah suami Oh disuruh duduk-duduk Dijerit-jerit dibentak-bentak Suaminya dulu hensem Rambut panjang dah jadi botak Oh la la Kalau memilih isteri alah abang Biar betul-betul Jangan tersalah pilih alah abang Kena queen control Oh la la la la la la la la La la la la la la la Kisah rumahlah tangga Ada-ada saja Oh kadang pula terdapat Suami jahat isteri budiman Isterinya cukup sabar Perangai suami ya Allah macam setan Kalau di belakang isteri Hai joli sana joli sini Kalau di depan isteri Amboi pijak semut pun tak mati

P. Ramlee & A R Tompel & Ibrahim Din

Do Re Mi
Do re mi tiga orang sahabat Berjumpa terus sepakat Otak yang geliga sekarang dah tersumbat Re do ti la so fa mi re do Do re mi tiga bujang terlajak Kerja semua tak layak Jikalau begitu baik gunakan otak Re do ti la so fa mi re do Baik kita jadi tentera Mengawal negara Tentu kita tak diterima Sebab kita bujang tua Mari jadi tentera laut Jerung aku takut Baik jadi tentera udara Alah tinggi sangat aku tak hendak Do re mi apa kita nak jadi Sabarlah sampai besok pagi Mari pulang rumah kita bertemu ramah Lapangkan hati jangan lemah

Anda mungkin juga menyukai