Anda di halaman 1dari 12

Did I Just Fall In love With Her?

Hari ini bosan. Bosan sekali bagi Neil, yang sedang menggigit pensil mekanikal
di sebelah tingkap. Bosan sekali duduk di sebelah tingkap, memandang luar, menanti
bilalah agaknya guru untuk subjek seterusnya akan masuk.
Saat itulah dia terpandangkan seorang gadis yang melalui hadapan kelasnya,
berjalan berseorangan di koridor itu mengangkat beberapa buah buku teks yang nanti
akan dipakainya untuk tahun hadapan. Terus Neil mengeluarkan pensil itu dari
mulutnya, dan memberikan perhatiannya kepada gadis itu. Dia melihat dengan penuh
minat. Terasa jantungnya berdetak kencang sebaik sahaja gadis itu berpaling ke
arahnya. Neil melihat anak mata gadis itu melirik ke arahnya yang sedang memerhati.
Terpanah rasanya hati Neil apabila gadis itu menjeling tajam, dan terus
memandang tempat lain.
Eh, dia jeling aku ke? Dia tak suka aku ke?
Neil menggaru kepala. Gadis itu sudah berlalu ke satu koridor, selekoh itu…
Ah, itu blok senior!
Dia senior!
Neil terasa teruja sebentar. Patutlah dia tidak pernah melihat gadis itu sebelum
ini. Dia senior!
Dia tua setahun, tetapi, rasanya dia telah mencuri hatiku!!
Neil tidak boleh lupakan gadis itu selepas pertemuan mata pertama kali itu.

Sejak hari itu, Neil bersiap dengan sangat pantas, hanya untuk ke sekolah. Satu
perkara yang tidak pernah dilakukannya. Lebih-lebih lagi kerana dia berada di sekolah
berasrama, dan dia sangat sukar dikejutkan oleh rakan-rakan sebiliknya. Dia liat bangun
pagi, tetapi selepas hari itu, dia bangun dengan sangat pantas sekali, bersama mata
yang sangat bercahaya. Mandi dengan sangat pantas, dengan sangat wanginya,
memakai pewangi yang baru dibelinya. Kuat baunya, namun menarik.
Selepas itu, dia akan datang ke dewan makan, memasang antenna semula
jadinya, melihat-lihat sekeliling mencari senior yang baru sahaja ditemuinya. Mata yang
menemuinya. Sebaik sahaja dia terpandangkan senior itu, dia akan makan di meja yang
akan memudahkannya untuk terus memerhatikan gadis itu. Semakin banyak kali dia
menemui gadis itu, semakin dia jatuh hati. Semangatnya untuk datang ke sekolah juga
lebih membara-bara selepas melihat gadis itu. Satu pembakar semangat.
Namun, setiap kali dia mahu mendekati gadis itu, pastinya dia akan terkedu, atau
tiba-tiba sahaja kakinya akan bertukar menjadi jeli, dia tidak akan mampu untuk berdiri.
Tetapi, dia ada kekuatan untuk memerhatikan dari jauh. Dia melihat gadis itu, berdiri
bersama teman-temannya. Hanya dia sahaja yang melekat di matanya, walaupun
kawan-kawannya yang lain ada yang lebih cantik dan menarik, namun hanya dia.
“Tengok tu,”kawan Neil, Li mengunjukkan seorang gadis yang berada dekat
dengan mereka di satu perhimpunan sebelum kelas bermula. Neil memandang sekali,
kemudian mengangguk. Dia tidak berminat dengan gadis itu, sebab dia sudah nampak
seniornya berada di barisan yang jauhnya enam baris lagi dengan kelasnya. Neil
tersengih seorang, apabila Li mendengus kerana Neil tidak memberikan sepenuh
perhatian kepadanya. “Neil, patut ke aku gi ngorat budak tu, rasanya dia comellah,”
“Pergilah,”sokong Neil tanpa melihat lagi.
“Kau ni, apasal kau pandang belah sana, budak tu sebelah sinilah,”Neil beralih
pada Li. Li nampak bengang.
“Sorry,”Neil mahu memberitahu Li tentang senior itu namun dia tahu Li akan
ketawakannya kerana rasanya kawan-kawannya tidak akan menyokong jika dia
berminat dengan gadis yang lebih tua. Rasanya bukan dengan senior.
Neil berkhayal lagi tentang gadis itu apabila guru matematik tambahannya tidak
masuk pada tengahari itu. Jadi, Li mengajaknya bersembang dengan teman sekelas
mereka, Linda, entah apa-apa sahaja topic yang mereka bincangkan. Neil malas mahu
masuk campur. Dan ketika itu, dia ternampak senior itu lagi. Kali ini dengan teman
baiknya. Neil dapat memastikan gadis itu adalah teman baik senior kesukaannya kerana
mereka selalu bersama. Makan bersama, agaknya bilik sekali. Neil dapat memerhatikan
itu selepas beberapa hari memberikan sepenuh perhatiannya pada senior itu.
“Kau nampak tu,”Neil dapat mendengar suara Linda. Akhirnya, ada juga input
daripada Linda yang memasuki mindanya, dan dapat diproses. Sebelum ini dibiarkan
bagaikan angin lalu. “Itu yang tinggi sikit tu, kakak tu baik giler,”Linda bercerita. Neil
perasan senior yang dia sukai itu yang rendah, walaupun hanya sedikit sahaja
perbezaannya. “Nama dia, Erin, comel kan?”
“Hmm..hm…”Neil dapat mendengar suara Li pula. Dia memang mesra dengan
semua perempuan yang ingin rapat dengannya. Ada aset. Wajahnya kacak.
“Yang sebelah tu,”Neil memasang telinga. Rasanya telinga kanannya menjadi
lebih besar daripada biasa. “Dia macam nakal-nakal sikit, tapi dia fun lah,”
Nama dia? Neil dapat mendengar suara hatinya bertanya. Namun dia dapat
mengawal diri daripada bertanya.
“Apa nama dia?”yeay!! li tanya!
“Nama dia, Terry, rasanya kitorang panggil dia macam tu je, aku tak taulah sebab
apa nama dia jadi macam tu, rasanya nama dia lain, malas aku nak ambik kira,”
Terry. Terry. Terry pun Terrylah. Janji aku dah tau nama dia.
Aku nak tau lebih banyak pasal dia.

Misi Neil selepas itu dilakukan dengan lebih giat. Dia sanggup masuk ke dalam
blok senior dan melihat sendiri di mana Terry berada, apakah kelasnya, nama
sebenarnya, berpura-pura menjenguk kelas abang angkatnya. Berasa gembira kerana
mereka sekelas. Terry dan Mika, abang angkatnya selepas beberapa hari sahaja Neil
menjejakkan kaki ke sekolah itu.
Neil baru sahaja putus harapan mahu terus belajar di sekolah itu sebelum dia
bertemu dengan Terry. Terus dia bersemangat.

“Kau minat orang yang macam ni?”suara Erin mengetuk gegendang telinga Neil.
Terus dia terbangun daripada tidur. Tepat! Dia ternampak Erin dan Terry sedang
membaca majalah sambil berjalan. Neil mengecilkan anak mata, mahu melihat majalah
apakah yang dibaca oleh mereka berdua. Rasanya itu adalah majalah hiburan. Ada
gambar siapa sahaja di hadapannya. Neil tidak dapat melihat dengan lebih jelas kerana
tangan Erin bergoyang-goyang. Tetapi, Neil dapat melihat nama majalah itu. Girls.
Okey.
Aku akan dapat tahu tentang jenis orang yang macam mana Terry minat kalau
aku tahu siapa yang dia tengok kat dalam majalah tu.
Tiba-tiba sahaja Neil tersenyum seorang.

Idea gila. Neil telah membeli majalah itu, dengan cara sembunyi-sembunyi,
pastinya. Jenuh juga dia menyorokkan pembelian ini daripada kawan-kawannya yang
ikut keluar bersamanya. Dia membeli senaskhah majalah bernama ‘ GIRLS’ sedangkan
terang-terangan itu adalah majalah untuk jantina berlawanannya. Peduli apa. Dia tidak
boleh hanya membaca majalah itu di kedai. Tidak puas.
Adoi, pening kepala dia melihat begitu banyak muka surat yang berlatar
belakangkan warna merah jambu. Neil melihat muka hadapan. Rasanya sama dengan
apa yang dipegang Terry dan Erin tempoh hari. Harap-harap dia tidak silap. Dia
menyelak-nyelak mukasurat demi mukasurat. Semuanya artikel tentang apa seorang
gadis patut pakai, apa yang patut dilakukannya untuk nampak comel sepanjang masa.
Rasanya Terry comel dengan keadaannya sekarang. Neil tidak mahu gadis itu
mengubah apa-apa.
Hah. Hai, banyaknya yang aku kena pilih.
Neil mengambil kertas, dan menulis beberapa nama boy band yang terpapar
gambar mereka di dalam majalah itu.

1)Busted
2)The Click Five(giler jambu, sey!)
3)Limp Bizkit(ooohh!!!)
4)Jonas Brothers

Hai…banyaknya…!!

5)The Red Jumpsuit Apparatus


6)siapa lagi…?

Neil memasukkan nota itu ke dalam poket. Dia menggaru kepalanya.

Mika memberikan kad jemputan itu kepada Neil. Neil membacanya sekilas.
“Semua orang datang?”
“Seniors and juniors,”balas Mika. Neil tersenyum. Peluangnya bertemu dengan
Terry. Mungkin ini peluangnya untuk berkenalan dengan Terry walaupun kemungkinan
besar dia akan ditolak. Selama dia memerhatikan Terry, Neil dapat merasakan gadis itu
bagaikan tidak sedar yang dia wujud. Dia malah tidak pernah memandang balik ke arah
Neil. Namun, itu tidak melunturkan semangat Neil. Membuatkan dia rasa teruja mahu
terus mengejar.
“I will come,”
“Ada karaoke, kalau kau minat nak menyanyi, rasanya benda tu best,”Mika
tergelak-gelak. Neil menyertainya.

Neil mengenakan bajunya yang paling baru pada malam itu. Dia mahu kelihatan
segak. Kemungkinan untuk rakan-rakan sekelasnya datang sangat tinggi kerana mereka
suka bersosial. Dia memakai pewangi yang paling disukainya. Terasa segar sekali.
Malam ini aku akan beranikan diri. Aku akan perkenalkan diri dekat dia. Aku tak
kira apa nak jadi.

Majlis makan itu sangat meriah, seperti yang diharapkan oleh Neil. Neil mencari-
cari Terry di sekeliling dan berhasil. Dia melihat Terry, hanya memakai t-shirt putih dan
seluar slack. Neil mengambil kuih yang berada di atas meja dan memakannya.
Neil berjalan mendekatinya. Dia sudah berada di sebelah Terry. Terry sudah
memandang jam. Kakinya sudah bergoyang-goyang. Kepala Neil terasa bagaikan mahu
pecah. Mencari-cari apakah perkataan sesuai untuk memulakan perbualan dengan
Terry.
Apahal aku kaku kat sini pulak ni?
“Err…”baru sahaja Neil mahu memberanikan diri…
“Hei, Terry, di situ rupanya kau!!”Erin muncul. Dia juga tidak nampak Neil di situ.
Lutsinar lagi. Tangan Terry ditarik, dan ketika itu Terry berpaling, pertama kali Terry
perasan akannya di situ. Neil merenung Terry, dia tidak sengaja untuk melihat Terry
dengan pandangan begitu. Terry mengerutkan kening apabila melihat Neil begitu,
rasanya dia tidak selesa dengan Neil. Neil terus mengekorinya, dengan mata. Melihat
sahaja Terry meninggalkannya begitu.
Bodoh. Neil terasa bagaikan mahu menumbuk diri sendiri. Melihat Terry
meninggalkannya begitu sahaja dengan anak mata begitu, Neil memang dapat
merasakan ada yang tidak kena. Terry pastinya tidak sukakan dia begitu.
Neil menelan liur. Plan tidak menjadi nampaknya.
“Eh,”Li mengetuk belakangnya dengan pen. Memang selalunya Li membawa pen
ke mana-mana. Neil berkalih. Semangatnya yang tadi membara-bara entah hilang ke
mana. Semua kerana kamu, Terry! Semua kerana kamu!
“Apahal?”Neil bertanya dengan nada tidak bersemangat.
“Nak karaoke?”Li menggayakan pen yang sedang dipegangnya dengan gaya
memegang mikrofon. “Suara kau sedap, kalau kau nak ngorat sesiapa pun boleh kalau
kau menyanyi,”
“Oh,”Neil tiba-tiba merasakan ada satu peluang muncul di hadapan matanya. Dia
menggenggam tangannya. Ini memang peluang baik! “Ada lagu apa je?”
“Kalau kau nak nyanyi…”tiba-tiba senarai yang ditulis olehnya tadi berada di
hadapan mata Li. Li terkejut. “Apa ni?”dia mengambil senarai itu daripada tangan Neil.
“Ada tak mana-mana kat dalam list tu yang ada dalam senarai karaoke tu?”
“Err..mana aku tau, kau gilah cek tengok,”Neil tidak menunggu lama. Dia melihat
senarai yang ada. Ada juga orang di situ. Ramai sekali, namun Neil tidak mahu menanti
lama. Terry telah melihat jam sejak tadi, rasanya dia akan pergi dalam masa sekejap
sahaja lagi. Neil menolak orang yang mahu mengambil mikrofon dan merampas
mikrofon daripada pengacara. Dia mencari-cari Terry. Sama ada dia masih ada. Ini
peluangnya. Dia mencari senarai lagu yang ada.
I decided! This should be the one!
“Err…err…”Neil menelan liur. Dia nampak Terry, sedang memandang ke arah
pentas. Sangat terkejut melihat Neil berada di situ. Dia berada benar-benar di hadapan
pintu dewan. Dia akan keluar kalau dia terlambat sedikit. Mujurlah. “Saya dedikasikan
lagu ini pada dia…”Neil tercekik apabila dia mahu mengeluarkan perkataan itu daripada
bibirnya. “Tolong jangan keluar lagi…please,”
Neil tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Memang ramai orang berada di
pintu ketika itu. Ramai yang sudah mahu keluar. Ramai juga orang yang memberikan
sorakan pelik-pelik, namun Neil tidak peduli.
Lagu itu bermula. ‘6 Minutes’ daripada Jonas Brothers. Naluri Neil memilih lagu
itu, dia tidak tahu kenapa. Mungkin hanya ada lagu itu di dalam senarai. Dia terpaksa
memilihnya, sedangkan dia tidak pernah mendengar lagu itu sebelum ini. Dia
memandang Li di belakang. Rasanya dia telah melakukan kesilapan besar. Mungkin dia
boleh mencuba mengikut rentak lagu yang ada.
Mungkin…
Tetapi, lagu itu sudah bermula. Dan Neil masih belum menyanyi. Lidahnya
mengeras. Dia menunduk. Dia tidak mampu memandang lirik sekali pun. Alamak!
Jantung Neil sudah lama berputus asa. Jantungnya sudah tidak mahu
mengepam darah, sudah lama berhenti sejak Neil berlari ke pentas tadi. Bagaikan tidak
mahu mengaku yang Neil adalah tuannya. Malu dengan tindakan Neil.
Tetapi, Neil mampu mengucapkan perkataan ‘ I need six minutes with you,’ yang
ada di dalam lirik itu sebelum dia turun dari pentas. Ramai orang terdiam selepas lagu
itu berakhir. Cuma hanya selepas itu mereka bertepuk tangan. Neil tidak dapat
memastikan sama ada itu adalah perli atau memang ikhlas. Rasanya perli. Siapa yang
akan puas hati dengan nyanyian sebegitu.
Neil memandang ke arah pintu dewan. Terry memalingkan muka daripadanya.
Terasa bagaikan dadanya tertusuk jarum yang sangat panjang dan besar. Tak
berbaloi…?

Terasa bagaikan semangatnya diserap keluar lagi sekali daripada badannya


selepas peristiwa itu. Dia tidak dapat menyampaikan isi hatinya pada Terry, (dan
kemungkinan besar Terry tidak menyukainya kerana dia menatap orang begitu sahaja),
dan dimalukan. Semua orang mengenalinya sekarang sebagai ‘budak yang naik ke atas
pentas dan tidak tahu bagaimana hendak menyanyi’. Sungguh memalukan.
Neil mengeluh apabila sampai ke dalam kelas. Dia malu hendak bertemu dengan
Terry walaupun perasaan hatinya sangat ingin bertemu dengannya. Rasanya dia boleh
gila kalau terus begini.
Tetapi, dia tidak boleh berputus asa.
Petang itu, dia keluar dari blok asrama dan beriadah dekat dengan padang. Di
situlah dia nampak Terry, dan Mika, abang angkatnya. Mika melambai ke arahnya
sedangkan Terry nampak biasa sahaja. Mereka berpegangan tangan. Suatu petanda
yang tidak baik untuk Neil.
“Hai,”tegur Mika. Neil menelan liur sebelum membalasnya.
“Hai,”Neil memandang Terry. Terry masih melayannya sebagai orang yang
lutsinar lagi. Seperti kebiasaannya.
“Ini girlfriend aku,”ujar Mika. Terasa dada Neil dirobek-robek ketika itu. Apatah
lagi melihat Terry yang kelihatan tidak berminat langsung bertemu dengannya. Cubalah
senyum sikit. “Okeylah, kitorang nak gerak dulu,”Mika mengenyitkan mata pada Neil.
Neil melambai padanya. Hatinya parah. Terasa dia sudah tidak mampu melihat lagi
Terry.
“Hmm…sesuai korang berdua,”Neil dapat mendengar kata-katanya pada diri
sendiri.
Adakah aku pathetic? Sebab meminati seseorang yang lebih tua?

Neil menggaru kepalanya. Perasaannya untuk datang bersemangat ke sekolah


sudah semakin luntur. Dia jarang melihat Terry bersama dengan Mika, walaupun dia
adalah teman wanitanya. Rasanya Terry sendiri mahukan itu.
Neil melihat sekelilingnya. Terasa dia berada dalam satu komuniti yang tidak
dimahukannya. Dia tidak mengenali siapakah dirinya dahulu sebelum dia berjumpa
dengan Terry. Dia merasakan dia kembali menjadi seorang yang membosankan. Sama
seperti kawan-kawannya yang lain. Meminati gadis sebaya mereka, sama umur, tetapi
bukan dia. Dia menyukai seorang gadis yang lebih tua daripadanya dan bukan seorang
yang single. Membuatkan hal memiliki gadis itu lebih sulit dan menyakitkan hati. Neil
bagaikan hendak berputus asa. Malahan, dia belum sempat memperkenalkan dirinya
kepada Terry. Biarlah sekurang-kurangnya Terry tahu yang dia wujud, walaupun
mungkin dia tidak mahu memberikan perhatian kepada dirinya lagi kerana sudah ada
Mika di sisinya. Aduh…
Keadaan ini sangat parah daripada mendapat keputusan sejarah yang teruk…
Tap! Tap, tap.
Neil mengangkat kepalanya dari meja. Dia baru berkira-kira mahu tidur, di dalam
kelas yang membosankan itu, namun dia kenal dengan bunyi tapak kasut itu. sungguh
merdu sekali. Melalui kelasnya.
Terry sedang melalui koridor di hadapan kelasnya selepas beberapa hari dia
tidak menjejakkan kakinya di situ. Neil mengiranya sendiri.
Terasa Neil berada di awang-awangan. Melihatnya sekali lagi(keseorangan)
membuatkannya bahagia. Hanya dengan melihat Terry, dia terasa dia sangat gembira,
dan sekejap terlupa masalahnya sendiri. Masalahnya adalah dia mahu melupakan Terry.
Desperately mahu melupakan Terry.
Tetapi nampaknya dia terlupa itu.
Funny how she changed his life.

Neil menolak ajakan Li untuk bermain bola sepak pada petang itu kerana dia
mendapat tahu yang kelas Terry akan bermain di padang bola keranjang di belakang
sekolah. Padang bola sepak berada di hadapan.
Neil sengaja membelok ke padang bola keranjang yang benar-benar berada di
belakang asramanya. Dia melihat adanya ramai gadis di situ, namun dia tidak nampak
bayang Terry.
Hai, mana dia?
“Hei,”kedengaran salah seorang daripada mereka memanggil salah seorang
daripada yang berada di tengah padang. “Mana Terry?”memang peluang baik. Macam
sengaja bagi peluang pada aku je.
“Ada kat tenis, dia kan tak suka basketball,”
Oh, dia tak suka basketball? Oh, kenapa?
Neil mengangkat kaki. Dia menuju ke gelanggang tenis pula. Melihat-lihat sama
ada Terry ada di situ atau tidak.
Hah, ada! Peluang baik ni!
Tapi…
Neil menggigit kuku. Dia tidak tahu bagaimana hendak bermain tenis. Dia tidak
pernah bermain permainan itu walaupun sekali.
Mesti dia akan minat kalau dia pandai main tenis, bukan?
Kalau karaoke hari tu tak jadi, aku masih boleh impress dia dengan main tenis!
Yah..strategi baru!!

“Aduh!!”Mata Neil terkena bola tenis pertama kali dia bermain dengan Li. Li tahu
bermain tenis. Rasanya dia tahu bermain semua jenis sukan yang ada di dalam dunia
ini, rasanya termasuklah gimnastik sekalipun. Neil menunduk. Dia memegang matanya.
Pedihnya.
Neil terduduk. Berpinar juga anak matanya. Kepalanya.
“Kau okay?”Li berlari mendapatkannya. Neil mengangkat kepala. Bagaikan silap
mata, Terry berada di situ. Terus dia bangun.
“Ah, takda apa-apa,”Neil bangun, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Namun, dia terhoyong-hayang sedikit. Tidak boleh, Terry sedang melihat. Dia tengah
tengok! Kena berlagak macho ni!
“Kau okey? Macam tak okey je?”Li mendudukkan Neil, namun Neil berkeras
mahu bangun juga. Dia mana boleh sakit. Sikit je tu pun! Rasanya takda apa-apa.
Neil memegang kepalanya pula. Dia sudah tidak nampak Terry. Dia sudah
berlalu. Entah kenapa. Neil menggigit bibir. Dia kecewa lagi.
“Kau kenapa tiba-tiba nak main tenis ni?”Li seperti biasa suka bertanya. Dia
agaknya suka ambil tahu tentang kawan-kawannya.
“Saja. Takkan tak boleh?” Neil mengambil ais itu daripada tangan Li dan
menyentuhkannya dengan matanya. Kebas sekejap. Rasanya matanya tidak boleh
menjalankan fungsi dengan baik buat sementara waktu ini.
Neil menggigit bibir. Kenapa payah sangat hendak mencuri hati Terry? Apa lagi
yang patut dilakukannya?
Neil mendapat tahu yang Terry sukakan matematik. Bukan matematik biasa.
Matematik tambahan. Dia mendapat tahu berita ini daripada Mika. Memang rasanya
bersalah kerana meminati teman wanita abang angkatnya sendiri. Tetapi, dia tidak boleh
menghalang perkara ini daripada berlaku. Dia tidak boleh mengundurkan diri begitu
sahaja.
Neil berjumpa dengan guru matematiknya. Belajar lebih daripada sepatutnya dia
tahu. Menguatkan semangatnya untuk terus melakukan latihan walaupun ketika dia
sedang penat ataupun mengantuk(satu perkara yang tidak boleh ditolaknya). Dia
berjaya dalam subjek itu sejak kebelakangan ini, malah mendapat markah tertinggi
untuk hampir semua kuiz dan peperiksaan matematik yang diambilnya. Sehingga
namanya terpapar di departmen. Sehingga namanya disebut-sebut oleh ramai guru
matematik yang dahulunya melupakan namanya. Wajahnya agak popular sekarang di
situ dengan kepakarannya dalam matematik.
Namun rasanya Terry masih tidak berminat dengannya.
Kerana…
Suatu hari Neil melalui departmen matematik dan terserempak dengan Terry
bersama dengan Erin melihat-lihat markah matematik pelajar-pelajar junior. Seperti
biasa, namanya berada di tempat teratas dengan markah 94, namun wajah Terry biasa
sahaja, sedangkan wajah Erin bercahaya-cahaya dan tersenyum lebar melihatnya.
Markah itu sungguh luar biasa untuk pelajar-pelajar biasa. Terry berwajah selamba.
Tidak teruja sedikit pun seolah-olah markah itu boleh didapatkannya juga.
Aduh…
Neil terasa semangatnya disedut keluar lagi. Dia berjalan macam hantu tadi
untuk kembali ke kelas, selepas Terry pergi begitu sahaja tanpa memuji apa-apa.
Tidakkah dia berasa kagum?
“Kenapa dengan kau?”tanya Li. Dia mahu mengambil tahu, pastinya. “Macam
taknak hidup je dengan mata macam tu,”
“Oh, ye?”Neil menggaru kepalanya. Apa lagi yang harus dilakukannya?

Neil sedang merancang sesuatu untuk hujung minggu ini. Mika tiada untuk
mewakili sekolah untuk satu pertandingan. Rasanya rekacipta, kerana Neil rasa itu
sahaja apa yang Mika pandai dalam sekolah itu. peluang baik untuk mendekati Terry.
Walaupun rasanya dia macam lelaki jahat yang mahu merampas perempuan orang lain.
Orang itu yang sangat baik dengannya.
Sunyi sekali di kedua-dua blok senior dan junior. Tiada orang pada hujung
minggu itu. Naluri Neil meminta Neil membawa dirinya sendiri ke dalam blok senior,
sengaja mahu melihat-lihat walaupun dia tahu Terry tidak akan datang. Terry tidak
melalui bloknya pada hari itu. Tiada tanda-tanda dia akan datang ke kelas. Tetapi, siapa
tahu?
Neil berjalan seorang. Gelap, dan sunyi. Meremang juga bulu romanya. Neil
berdehem seorang. Rasanya dia bukan seorang yang penakut, namun keadaan ini
membuatkan dia melihat-lihat juga ke belakang.
Ada lampu. Di kelas paling hujung. Neil memanjangkan leher. Kelas yang agak
tersembunyi itu membuatkan dia rasa ingin tahu hendak melihat siapa di dalamnya.
Neil menyedari untuk melalui kelas itu adalah agak sukar, dengan jalan yang
agak licin(kerana tadinya hujan), dan gelap. Kecuali dengan cahaya yang datang dari
kelas itu.
Neil mengintai.
Terry!
Dia sedang menelaah buku.
Neil menelan liur. Saat ini dia terasa kakinya bertukar menjadi jeli sekali lagi.
Lembik. Rasanya boleh dilentur-lentur, matanya memandang Terry yang khusyuk
dengan fon telinga di lubang telinganya, ada humming dari bibirnya yang comel,
menghiasi wajahnya yang agak tidak begitu bujur itu. Dia memakai cermin mata
rupanya. Cermin mata itu bulat. Macam Harry Potter. Cuma wajahnya tidak serupa
dengan ahli sihir itu. Lain sekali. Lebih cantik. Lebih tepat dengan citarasanya.
Neil mahu memberanikan dirinya untuk mendekati Terry kali ini. Tetapi, dia mahu
mencari perkataan yang paling sesuai dengan apa yang sedang dihadapinya sekarang.
Bukan main redah je!
Lama dia memerhatikan gerak-geri Terry, gadis itu sungguh khusyuk dalam
pekerjaannya sehingga langsung tidak mengangkat kepala. Rasanya dia tidak dapat
mendengar sekelilingnya lagi kerana lagu yang memenuhi ruang telinganya. Rasanya
kalau ada orang mahu membuat jahat padanya pun, ada peluang. Macam sekarang.
Penat juga Neil mencangkung mengintai Terry. Lama sungguh. Terry tidak
nampak penat sedikit pun. Wajahnya tenang sahaja, rasanya dia sedang membuat
latihan matematik. Menekan-nekan kalkulator, Neil dapat melihat jemarinya yang halus
itu menekan-nekan dengan sangat pantas dan berhati-hati. Ada juga kerutan di dahinya,
namun itu adalah semula jadi, dan Neil sukakan itu.
Terry terasa ada benda bergerak-gerak di belakangnya. Gatal juga
punggungnya. Rasanya ada benda bergesel dengan punggungnya.
Yikes!!!
Neil melompat bangun dan tidak semena-mena kepalanya terhentak dengan
tombol pintu kelas itu. dia memegang kepala. Melihat belakang, menyedari ada seekor
kucing di sisinya. Membuat muka comel. Neil geram.
Apa ni?
“Oi, pergi dari sini!!”Neil mahu sahaja menyepak kucing itu kerana geram, namun
apabila dia terdengar ada bunyi di belakangnya lagi, Neil menoleh. Terry ada di sebalik
pintu, Neil tidak perasan bila Terry bangun dari kerusinya sejak tadi. Neil terkedu,
pasangan matanya bertembung dengan mata Terry yang mencerlungnya tajam. Neil
tidak boleh mengalihkan pandangan matanya. Dia tersangkut dengan Terry. Dia benar-
benar tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan sekarang selepas Terry tahu yang dia
ada di situ. Dia hanya mampu menatap wajah Terry dan terpaku di situ. Bersama kucing
itu sebagai saksi.

Neil meletakkan pipi kanannya ke atas meja. Dia memang tidak bersemangat
pada hari itu. kantoi dia menganiayai seekor kucing yang tidak bersalah di hadapan
gadis kegemarannya dan memang terang-terangan Terry seorang pencinta kucing
dengan cara dia mengutip kucing itu dari lantai dan menghalaunya ke tempat lain
dengan cara yang paling baik yang pernah diketahui Neil. Apa yang Neil tahu, selalunya
kucing bukanlah permainan baginya. Kucing tidak berhak hidup dalam dunianya. Itu
prinsip, dan sekarang seorang gadis bernama Terry akan mengubahnya. Selama-
lamanya.
Turun saham aku dengan dia…kenapalah aku tak boleh minat orang lain yang
lebih senang nak dapat, dengan orang macam dia? Memang sah-sah dia makwe orang,
abang angkat aku, dan memang sah-sah dia akan benci aku, kalau tak sekarang, nanti-
nanti, sebab benda-benda yang aku buat. Tak ke ada benda yang aku boleh buat nak
bagi dia bercakap sekejap je dengan aku. Bagi dia perasan aku ada.
Terry, Terry, Terry, nama itu bermain-main di minda dan bibirnya, sehingga Neil
merasakan dadanya berat hanya dengan nama itu. mungkinkah dia sudah angau pada
tahap ini? Apa yang harus dia lakukan lagi? Apa yang patut dia buat untuk undurkan
semua perasaan ini? Dia mahu berputus asa. Dia mahu mengorek lubang dalam pasir
dan mengubur sendiri dalam itu.

Saya suka awak, dan saya tak tau nak buat apa dengan perasaan saya
sekarang. Saya harap awak faham yang saya sebenarnya bukan nak berikan apa-apa
ancaman pada awak. Saya tak berniat untuk ekori awak selama ini, saya hanya mahu
awak tahu yang ada seorang lelaki menyukai awak dengan sepenuh hati kecilnya.

Neil meletakkan surat kecil itu di dalam laci meja Terry. Semoga Terry
membacanya. Dia terlupa meletakkan namanya.

“Kau kacau awek aku?”Mika bertanya pada Neil pada petang itu. li tiada di dalam
bilik. Dia pergi bermain ragbi agaknya. Neil lost track dengan apa yang boleh dilakukan
oleh Li.
Neil ditolak ke meja belajarnya. Rasa cemas juga dia pada waktu itu. tiada orang
di dalam kelas ketika itu. hanya dia, dan juga Mika yang memasuki blok junior semata-
mata mahu bertemu dengannya.
“Aku layan kau sikit punya baik, dan kau nak kacau awek aku,”
“Bang, bang salah faham sebenarnya…”Neil tidak tahu bagaimana hendak
menjelaskan hal itu. memang dia ada mengacau Terry, tetapi rasanya tidaklah teruk
sehingga Mika boleh melakukan hal ini padanya.
Bahu Neil ditolak oleh Mika yang sedang marah.
“Kau cakap apa?”
“Saya tak kacau awek abang, sungguh,”
“Tapi, kau hantar surat kat dia!!”Mika membulatkan anak mata. Neil meneguk liur.
Kali ini dia berpeluh dingin. “Aku cam tulisan kau walaupun kau tak tulis nama kau,”
“Err….”
“Terry sendiri cakap ada benda yang mengganggu dia sejak kebelakangan ni,
kau rupanya,”Mika mengangkat buku lima. Kecut Neil dibuatnya. Dia menutup mukanya
dengan tangan. Moga tangan Mika tidak mengenai hidungnya, atau mana-mana
bahagian di wajahnya. “Kau apahal? Kau ikut dia buat apa? Kau intai dia buat
apa?!!”marah Mika. Neil tertunduk-tunduk.
“Maaf, bang, maaf,”Neil takut mahu menghadap muka Mika. Tiba-tiba sahaja
apabila dia tidak berhati-hati Mika menghadiahkan sebiji tepukan ‘mesra’ pada perutnya.
Neil terduduk, sambil memegang perutnya. Punggungnya menyentuh lantai dengan
sangat kuat dan laju. Mika mengangkat tangan lagi, Neil tidak mengenali Mika yang
sebenar ketika itu. hanya Mika yang sedang marah.
“Mika!!”Terry tiba-tiba muncul entah dari mana dan dengan siapa. Dia datang
menghalang Mika. Dia duduk di tengah-tengah antara Neil yang terduduk dengan Mika
yang sedang berdiri dan dalam keadaan yang sangat marah macam singa. “Dah, jangan
buat dia macam ni,”
“Dia yang kacau awak selama ni,kan, Terry? Kenapa awak nak bela dia?”
“Biar saya yang settle down, okey?”Terry berdiplomasi dengan Mika. Nasib Neil
baik, Mika menurut sahaja kemahuan Terry, rasanya mungkin sebab Terry adalah teman
wanitanya. Mika keluar dari kelas.
Tinggallah Terry dan Neil. Neil bangun dari duduknya, dengan sangat payah
sekali sambil diperhatikan Terry. Terry tidak bercakap apa-apa, hanya memasukkan
tangannya ke dalam sweater yang dipakai. Neil malu mahu mengangkat muka. Malu
mahu menghadapnya. Alih-alih dia hanya mampu menundukkan wajahnya.
“Awak…”Terry menghela nafas berat. Neil tahu Terry sedang memandangnya,
mungkin cuba mengingat sedikit mukanya untuk disimpan pada memori. Entahlah sama
ada ia berguna atau tidak pada masa hadapan. Neil mengangkat kepala. Cuba
memberikan ruang sedikit kepada Terry untuk menatap wajahnya, supaya Terry dapat
mengecam wajahnya.
“Saya minta maaf,”Neil menyedari yang bibirnya bersuara tanpa kerelaan
hatinya. Rasanya ini adalah kerana jiwanya sendiri memberontak mahukan Neil
berhadapan dengannya tanpa rasa takut, untuk meluahkan perasaannya. “Saya yang
kacau awak selama ni, saya takut awak akan benci saya, sebab itulah saya kirimkan
surat tu pada awak,”Terry mengangguk. Tiada senyuman langsung padanya yang
sangat pathetic ketika itu. Seorang lelaki yang tewas dengan mainan jiwanya sendiri.
“Saya janji saya akan tinggalkan hidup awak, dan akan tak kacau awak lagi, saya janji,”
“Janji akan makan diri sendiri kalau awak tak ikut, saya taknak awak hentam diri
sendiri pulak lepas ni,”terasa Neil berasa lega apabila Terry bercakap beberapa patah
perkataan itu tepat ke mukanya. Dia berasa lega kerana akhirnya Terry bercakap
dengannya.
“Awak maafkan saya?”Terry tidak bercakap apa-apa. Dia hanya memalingkan
wajahnya dan kemudian keluar dari kawasan kelas itu. Neil walaubagaimanapun, masih
boleh menarik nafas lega.
Tanpa dia sedari, dia mengukir senyuman, walaupun dengan badannya yang
sakit-sakit.
Tetapi, Terry masih belum senyum padanya. Bagaimana aku harus membuatkan
dia tersenyum pada aku? Macam mana? Hanya senyum. Itu sahaja.

“First, kau kena carik benda yang perempuan tu suka, lepas tu kau buatlah
supaya nanti dia tertarik dengan benda tu. Dan kau sekali,”ujar Li, apabila Neil
bertanyanya tentang ‘bagaimana hendak membuat seorang gadis tersenyum’.
“Tapi, aku nak dia senyum je kat aku,”
“Payah sangat ke sorang perempuan nak senyum, senang jelah, Neil, lagi-lagi
kalau tengok kau, mesti rasa nak senyum,”Li tersengih macam kerang busuk. Neil
mendengus.
“Kau lain, jangan senyum kat aku, geli pulak aku rasa,”
“Tak, sapa sebenarnya perempuan tu? nak tau gak aku sapa,”
“Tak payah tahulah, nanti kau gelak,”Neil enggan memberitahu. Li mengangguk-
angguk. Nasib baik dia sporting. Takdalah banyak songeh sangat!
“Tak pun kau buat-buatlah terjatuh ke depan dia, sebab bila kau bangun nanti
mesti dia senyum kat kau punya!”Li menepuk belakang Neil. Neil mengangguk.

Maka pada hari itu, Neil melalui hadapan tempat Terry selalu melepak, dan Neil
perasan ada longkang di situ. Dia nekad. Inilah peluangnya. Tetapi, Terry tidak
melihatnya. Dia sedang leka bercakap dengan Erin, dan tidak mungkin dia memandang
situ.
Neil sedang khusyuk bercakap pada diri sendiri, berharap yang Terry akan
menghentikan perbualannya dan perasan dirinya di hadapan. Dia tidak nampak yang
ada tunggul di hadapan matanya, hanya mengetahui adanya objek itu di situ apabila
kaki kanannya menyepaknya. Neil tersadung.
“AAHH!!!”Neil mahu mengelakkan dirinya daripada terjatuh, namun sudah jatuh
ditimpa tangga apabila dia berpusing dan tidak dapat mengimbangi diri dan tubuhnya
terbalik kepala dahulu ke dalam longkang di sebelah tunggul kayu itu( rasanya tunggul
kayu itu adalah penanda bahawa ada longkang di situ).
Buk! Kepala Neil terhantuk. Terus Neil nampak warna hitam.
“Neil, kau okey?”wajah pertama yang dilihat Neil adalah Li, dan bukannya Terry
seperti yang diharapkan. Dan, Li tidak tersenyum. Dia mengenakan wajah risau dan
masam. Neil memegang kepalanya. Kakinya sedikit basah, wajahnya rasanya basah
kerana air yang dipercik kepadanya.
Neil menggelengkan kepalanya. Dia bangun dari pembaringan. Tiada siapa di
situ, kecuali Li. Terry dan Erin juga sudah tiada. Dia terbaring di tanah rumput tempat
terakhir dia berpijak sebelum terjatuh ke dalam longkang besar.
Aduh, malangnya nasib aku dengan perempuan ni!
“Kau okey ke ni?”tanya Li. Neil mengangguk. “Terry ada datang tadi kat aku, kata
kau dah jatuh dalam longkang, and nampak kaki je, sebab semua badan kau dari kepala
dah masuk dalam longkang,”
“Ye ke?”Neil tidak dapat mengingat. Dia mengalami amnesia. Apa-apa pun
plannya untuk pura-pura jatuh tidak menjadi. Rasanya dia terjatuh betul, dan lebih
memalukan lagi, dia pengsan sekejap. Terhantuk. Neil dapat merasakan ada benjolan
besar di atas belakang kepalanya.
Neil menopang dagu. Payahnya!!!

Langkah Neil lemah longlai untuk datang ke kelas. Sudah tidak ada alasan lagi
untuk dia datang bersemangat ke sekolah. Dia sudah cukup banyak memalukan diri
sendiri, dan terang-terangan Terry tidak akan menjadi miliknya. Lupakan dia sajalah.
Neil membaca pengumuman di papan kenyataan.

‘Pengisian Borang ke Kolej untuk Pelajar-pelajar Senior’

Neil mengeluh. Selepas ini dia tidak akan dapat berjumpa dengan Terry lagi.
Graduasi hanya dalam masa sekejap sahaja. Selepas ini Terry tidak akan kembali, dan
dia akan bertemu dengan orang lain.
6 bulan, 23 hari, sejak kali pertama dia bertemu dengan Terry ketika gadis itu
melalui koridor kelasnya, dan mencuri hatinya. Dia telah mengira setiap detik daripada
saat itu.
Dia akan menghadiri kelas tambahan pada petang ini, namun rasanya bayangan
Terry masih belum boleh keluar dari mindanya. Dia mengingatinya hampir setiap masa.
Malah, ada suara di dalam kepalanya mengatakan, dia meminati orang yang tidak
sepatutnya, senior. Memang payah.

‘Majlis Makan untuk Seniors’

Pengumuman di sebelah pengumuman yang dibacanya sebelum ini menarik


perhatiannya. Rasanya kali ini adalah ketika junior dapat memberikan khidmat terbaik
kepada senior kelas mereka.
Hehehe.

Neil mencari-cari Terry pada malam itu, di meja yang menempatkan teman-
teman sekelasnya. Neil tidak dapat lihat di mana Mika malam itu. namun, Neil dapat
memastikan Terry ada. Dia memakai gaun labuh berwarna pink yang sangat cantik. Neil
merasakan Terry comel dalam pakaian itu. rasanya dia tidak perlukan mekap.
Neil bangun dari kerusinya apabila ada pengumuman mengatakan junior akan
menolong mengangkatkan makanan kepada senior mereka. Neil mengambil pinggan
yang menempatkan ketulan ayam yang paling besar, dan berkejar untuk meletakkannya
di hadapan mata Terry.
Sebaik sahaja pinggan itu berada di hadapan Terry, Terry ternganga. Dia
memandang Neil dengan pandangan mata yang sangat sukar dimengertikan. Keadaan
tiba-tiba diam ketika itu, dan semua mata terarah kepada Neil dan Terry.
“Saya tak suka dada ayam!”ujar Terry, suaranya tenang walaupun cukup kuat
untuk memberitahu semua orang apa yang berlaku. Terus merah seluruh kepala Neil.
Telinganya, lebih-lebih lagi. Neil mengangkat pinggan itu semula. Terry bangun dari
kerusinya, dia menjeling kepada Neil yang sudah terasa bersalah, dan terus berlalu dari
dewan makan itu. Neil terasa kakinya sudah tidak dapat memijak lantai. Terasa lembik.
Ditolak sebegitu sahaja. Dengan semua orang memandang. Semua orang melihat dan
tahu apa yang berlaku.

Neil menundukkan kepala. Malu dia mahu menghadap sesiapa pun sekarang.
Sekejap sahaja dia terkenal di sekolah itu. semua orang yang dilaluinya dirasakan
bagaikan berbisik-bisik tentangnya, di belakangnya. Bercakap tentang peristiwa itu.
membuatkan Neil terasa bagaikan mahu membunuh diri dengan perasaan malu yang
dialaminya.
Neil menggigit bibir apabila dia bertembung dengan Mika pada perjalanannya ke
kelas. Pandangan mata Mika yang super-tajam itu membuatkan dia terasa mahu
menghantukkan kepalanya ke dinding ketika itu. dia terasa sungguh kecil sekali.
Salahkah hanya mahu melihat gadis yang dia sukai tersenyum padanya? Adakah ini
balasannya? Atas segala kerja keras yang aku buat?
Neil membelok ke arah lain dengan sangat pantas. Jalan ini jarang dilalui orang
lain, kecuali sesiapa yang mahu mengelakkan diri daripada bertembung dengan guru
displin.
Terkejut apabila di situ, dia terpandangkan Terry, sedang mencangkung di satu
sudut. Memakai seragam sekolah. Neil berhenti berjalan. Terry mengangkat kepalanya.
Neil terkedu. Wajah Terry basah. Neil merasakan hatinya bagaikan dibelah dengan
pisau tajam melihat wajah Terry begitu, namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk
bertanya.
“Hai,”sapa Terry dahulu. Neil cuba tersenyum, namun bibirnya tidak mahu
bertindak mengikut arahan. Terry bangun dari situ. “Mika tinggalkan saya,”Neil terkejut.
“Sebab saya marah awak malam tadi, sebab dia kata saya dah buat benda yang tak
sepatutnya pada awak,”
Mika kata macam tu? Neil tertanya-tanya.
“Benda tu perkara kecik je,”Neil menelan liur berulang kali. Dia tidak tahu kenapa
dia berkata begitu sedangkan perkara itu membuatkan dia terasa mahu pindah sekolah.
Perkara kecik? Hahaha.
Dan ketika itu ada keajaiban berlaku. Neil dapat melihat Terry tersenyum
padanya. Neil tidak dapat melarikan matanya dari senyuman itu. akhirnya Terry
tersenyum padanya. Akhirnya.
Neil membalas.

MEDAN, 27 APRIL 2008

Anda mungkin juga menyukai