Anda di halaman 1dari 20

Ridza tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas sejak

kebelakangan ini. Sudah dua bulan Daniel tidak menghubunginya. Tiada mesej.
Tiada panggilan. Ego Ridza tidak memungkinkan dia menelefon. Alih-alih,
hatinya pula yang resah.
Dia bermain dengan pensel. Dilihatnya jari manisnya. Teringat pula
janji Daniel untuk menghadiahkan sebentuk cincin padanya.
Woi! Asyik ingat Daniel je, karang penuh lak kau punya memori! Nanti,
ilmu hisab ni kau nak bubuh kat mana!
“Mana mat salleh tu?” tanya Ijah apabila Ridza masuk ke dalam bilik
tidur mereka. Ridza menjungkit bahu. Dia memang jarang bercerita tentang
Daniel pada kawan-kawannya selain Ijah. Namun, kini dengan Ijah sekalipun,
dia malas mahu membuka mulut. Lagipun, Daniel bukannya siapa-siapa padanya.
Hanyalah seorang stranger.
Ridza mengulit hujung baju. Dia merenung hadiah-hadiah yang
diberikan oleh Daniel. Entah kenapa, dia mengumpulnya semua di dalam tangan
dan mencampakkannya ke dalam stor rumah mereka.
“Geram! Geram aku!” Ridza menjerit-jerit sebelum akhirnya dia
terduduk di ruang tamu. Ijah muncul.
“Kau apahal?”
“Kau tak nampak yang aku dah jadi gila?”
“Gila?”
“Aku dah gila! Aku dah gila!”
“Elok-elok kau ada akal, kau kata kau dah gila, tak ke terasa orang-
orang yang menetap kat hospital Tanjung Rambutan tu?” Ridza tidak mahu
ketawa.
“Wei, kau jangan buat lawak tengahari buta macam ni, boleh tak?”
“Dah tu, naik sakit kepala aku tengok kau macam ni, kalau jadi apa-apa
kat aku, sapa nak tukar turn jaga aku kat hospital nanti?” bebel Ijah. Ridza
muncung. Tidak mampu mendengar leteran Ijah lagi.
“Dahlah tu..”
“Eh, kau tengok tu,” tiba-tiba sahabat serumah mereka, Dila menyibuk.
Kedua-duanya berpaling. “Bukan mat salleh tu, ke?”
“Siapa, Daniel?” Ijah berlari ke hadapan televisyen. ridza turut sama
berjoging ke hadapan televisyen.
Sah, Daniel!
“Inilah mat salleh yang suka kat kau tu, kan?” tanya Dila. Menanti
jawapan Ridza.
“Entahlah,” jawab Ridza. “RUpanya dia dah terlebih popular, sampai dah
lupakan aku,” Ridza menggigit bibir. Ditatapnya wajah Daniel. Matanya,
hidungnya, segala-galanya. Ah, sudah! Makin kacak pula Daniel ni! “Dia dah
lupakan janji dia pada aku, dia buat aku menunggu macam orang bodoh!”
“Laki tu?” Ridza tidak menjawab.
“Ridza!!” ketiga-tiga mereka terperanjat. Ketiga-tiga mereka berlari ke
balkoni namun berpatah balik dan mencapai tuala. Menyangkutkan tuala ke
kepala menutupi rambut masing-masing.
“Daniel,” serentak Ijah dan Dila menyeru.
“Aku tahu,” selamba Ridza menjawab.
“Apa lagi?”
“Turunlah bawah jumpa dia,” agah Dila.
“Tak mungkin,” Ridza menggeleng kepala. “Aku tak mampu nak jumpa
sorang selebriti macam dia,” Ridza menoleh, terkejut apabila telefon
bimbitnya berdering. Ridza tahu datangnya dari Daniel.
“Ridza, turunlah jumpa dia,”
“Taknak,”
“Kitorang tak boleh nak cakap apa-apa,”
“Ridza!”Daniel memanggil lagi. “Ridza!!”
“Baik kau turun, Ridza, dia bukan tau malu! Nanti Miss Suria tahu ada
boyfriend student dia datang, mampus kau!” nasihat Dila. Menolak-nolak lagi
tubuh Ridza. Ridza mendengus. Dia mengenakan tudung dan terus berlari
turun.
“Ridza,” senyuman Daniel mekar di bibirnya apabila terlihat gadis kecil
molek itu muncul. “Awak pastinya sedar betapa rindunya saya pada awak,”
“Dan awak tak tahu betapa bencinya saya pada awak!” Ridza mencekak
pinggang. “Berani awak datang ke sini lagi!”
“Saya hanya nak tengok awak,”
“Tak payah, saya tak cantik, saya tak menarik, saya tak sesuai dengan
untuk awak!” Daniel sudah bosan. “I’m bored to fall in love with a stranger!”
kali ini wajah Daniel berubah. “Saya tak layak untuk awak, awak sedar semua
tu, kan?” Daniel membisu. “Stop seeing me, Daniel,”lembut suara Ridza. “Awak
jumpa saya baru sekali, dan awak katakan awak cintakan saya, dan awak layan
saya dengan baik, tapi, saya…? Apa yang saya dah lakukan untuk awak?”kedua-
duanya melayan perasaan masing-masing buat beberapa ketika.
“Awak dah berikan harapan untuk saya hidup kembali, Ridza,” perlahan
Daniel mengeluarkan kata-kata. “Lihat ni,” Daniel menghulur keluar
pergelangan tangan kanannya. Ada banyak bekas luka untuk cubaan membunuh
diri. Ridza tersentap. “Saya dah lama mengenali awak, Ridza, cuma awak tak
sedar saya berada di sisi awak selama ni,” sayu sekali suara Daniel.
“Siapa awak?” kali ini Ridza rasa pelik. Banyak rupanya yang dia tidak
tahu tentang Daniel. “Yang dalam TV tu awak, kan? Macam mana awak boleh
berada di sini?”
“Itu rakaman awal, Ridza,” Dush! Ridza malu sendiri.
“Tak kisahlah, macam mana awak kata awak mengenali saya?
Sedangkan..saya tak kenal pun awak,”
“It all starts here,” Daniel meletakkan tangan ke dadanya. Ridza
menggaru kepala. “Let me explain everything,”
“No, no,” Ridza mengangkat tangan. Daniel tersentak. “Don’t ever think
about the explaination,”
“Ridza, you are acting immature,”
“Yes, I am immature, and you know that all along, right?” Daniel
menggeleng kepala. “Saya turun ke bawah untuk jumpa awak, untuk minta
awak pergi tanpa ada apa-apa penjelasan,”
“Kenapa awak taknak dengar apa yang saya nak cakap?”
“Saya takut...” nafas Ridza dirasakan tersekat. Dia mengangkat kepala
memandang Daniel. Mata Daniel berkaca. Ridza pantas berkalih. “Penjelasan
awak akan buatkan saya jatuh cinta pada awak,”Masa bagaikan terhenti.
Daniel kaku di situ. “Awak sedar tak? You are a model, a damn hot top model,
jatuh cinta pada saya? Awak tak rasa ada yang tak kena, ke?”
“Ridza, Ridza…”
“Semua orang pandang saya pelik, berjalan dengan seorang lelaki yang
tinggi gila macam siling, hensem gila macam Brad Pitt, dan sangat kaya, like
hell? Saya tak layak untuk awak! Untuk wanita yang telefon saya, dia….awak
kenal dia, kan?”
“Ridza…”
“Apa?”Mata Ridza mencerlung tajam mata redup Daniel. “Rasa inferior
dalam diri saya makin besar jadinya, sebab awak!”
“Sayang…”
“Sayang?”
“Perkataan baru saya belajar tadi,”
“Okey, apa-apalah,”
“Dengar dulu penjelasan saya,”
“Sekali awak buka mulut untuk menjelaskan benda tu, saya lari naik
atas,”ugut Ridza.
“Selagi awak tak dengar, saya tak akan balik,”
“Awak duduklah sini, tengok sampai bila awak boleh tahan!”Ridza terus
berlari masuk ke dalam rumahnya. Tidak menoleh belakang lagi.

“Orang asyik bercakap pasal Mat Salleh depan rumah tu,”rungut Dila,
menjeling pada Ridza yang sedang menikmati Choki-Choki. “Sejak petang tadi,
tak balik-balik,”
“Dia tak lapar ke?”soal Ijah pada sesiapa.
“Dah nak hujan,”dia menarik langsir sedikit dan angin yang menerobos
masuk mendinginkan tubuh Ridza.
“Baik kau tengok Mat Salleh tu, sejuk ni!”Ridza mematungkan diri.
Tidak kuasa melayan Dila dan Ijah. “Ridza!”
“Kalau kau ambik berat sangat kat dia, apa kata kau je yang bagi sup
panas tu kat dia!”laju sahaja Ridza menjawab. Dia mencebik.
“Nanti karang dia demam,”
“Orang putih, immune dia kuat!”
“Apahal kau benci sangat kat dia? Dia cukup sihat macam tu pun, kau
tolak? Kau buat dia macam ni! Buruk nama Malaysia tau!”
“Apa yang buruknya pulak?”
“Nanti dia balik negeri dia, dia kata awek Malaysia tak mesra rakyat!”
“Barulah orang takut, awek Malaysia susah nak tackle!”
“Dahlah tu, pergi jenguk dia!”Dila menghulurkan payung dan sehelai kain
batik kepada Ridza. Ridza terkebil-kebil. “Kain pelekat aku takda, jadi bagi
jelah kain batik ni!”
“Yalah,”akhirnya Ridza akur.
Ridza menuruni tangga. Hujan mula turun. Ridza mengetap bibir. Dia
berlari naik ke atas semula. Dia tidak sanggup bertemu dengan Daniel lagi.
Daniel diam sahaja. Langsung tidak memanggil namanya, namun dia tahu lelaki
itu masih berada di luar. Mengharap dia mendengar penjelasannya.
“Kau tak turun lagi? Hujan lebat sangat ni!”marah Dila, disokong oleh
Ijah. Ridza memegang kepalanya. “Jangan kasihankan diri kau, kesian kat dia,
hujan lebat ni!”
“Takda kaitan dengan aku,”
“Ridza, dia ada depan rumah kita sebab kau, apa kata kau ketepikan
ego kau dulu, sekarang kan Tahun Melawat Malaysia!”
Sudah-sudahlah tu buat lawak!
Ridza mencapai telefon bimbitnya. Mendail nombor Daniel. Setelah
beberapa lama menanti, telefonnya berjawab.
Kedua-duanya menanti masing-masing berbicara. Ridza dapat
mendengar bunyi bising hujan dari dalam corong telefonnya. Dapat mendengar
deruan nafas Daniel juga.
“Daniel…”akhirnya Ridza bersuara. Daniel sunyi. “Baliklah, hujan..”
“Saya tak akan balik selagi awak tak dengar penjelasan saya,”suara
Daniel kedengaran agak bergetar-getar. Sejuk agaknya.
“Saya takkan turun, baliklah,”
“Saya takkan balik, turunlah,”geramnya! “Tolong, Ridza,”
“Awak hanya membuang masa dan tenaga awak,”
“I will wait forever if only that can make you fall for me,”
“You are talking nonsense,”
“Awak boleh kata apa saja, tapi saya takkan berganjak selagi tak jumpa
awak,”
“Awak terlalu mengharap,”
“Saya cintakan awak, dan saya meminta awak untuk turun bertemu
saya, is that too much to ask?”klik! Ridza melemparkan telefon bimbitnya ke
katil. Dia berteleku lama di meja.
Setengah jam kemudian, dia turun. Pintu dibuka. Daniel masih berdiri
tegak di situ, di sisi keretanya. Basah kuyup. Ridza bergerak ke hadapan
sedikit. Daniel mengangkat kepala. Matanya menyapa mesra Ridza biar tiada
senyuman terukir di bibirnya.
Ridza membuka payung. Perlahan-lahan dia mendekati Daniel yang
berada di tengah hujan. Sudah basah kuyup. Akhirnya dia menyedari dia
sedang berdiri di hadapan Daniel. Kedua-duanya sedang beradu mata. Ridza
menghulurkan kain batik. Namun, entah kenapa pergelangan tangannya
direntap kasar dan dia dapat merasakan tubuhnya melayang dan belakangnya
terkena badan kereta. Baru sahaja Ridza mahu membuka mata yang terpejam,
dia tersedar ada nafas dekat dengan wajahnya.
Ya Allah…!
Hampir bibir mereka bersentuh. Tidak semena-mena airmata Ridza
menitik. Tubuh Daniel terlalu dekat dengannya. Menghalang hujan dari
mengenai tubuhnya.
Ridza kaku.
Daniel masih dalam posisi tadi. Merapatkan tubuhnya pada Ridza.
“Saya hanya mahu awak cintakan saya semula,”bisik Daniel. Rapat
dengan telinganya. “Tapi apa yang saya lakukan membuatkan awak membenci
saya,” Daniel berdiri. Memberikan kembali payung kepada Ridza. Ridza
mengalihkan wajahnya. Tidak tahu kenapa dia tiba-tiba menangis. “Pertama
kali awak menangis, awak takut, kan?”
Ridza tidak menjawab.
“Saya terlalu cintakan awak sehingga mahu melakukan taboo pada awak,
saya memang bodoh,”Daniel ketawa. “Maafkan saya, sayang,”Ridza teresak.
Dia lantas berlari meninggalkan situ tanpa berbicara lagi.

Sudah berkali-kali Daniel menghubunginya malam itu, namun sia-sia.


Ridza tidak mengangkat telefon langsung. Alih-alih, Dila dan Ijah pula yang
risau.
Balik sahaja Ridza dengan kekuyupan yang melampau tadi, dia terus
masuk ke dalam bilik air buat beberapa lama. Dalam masa itu, masih tiada
panggilan telefon. Hanya selepas lampu bilik Ridza dipadamkan, barulah ada
panggilan telefon diterima dari Daniel. Ridza enggan menjawab, kerana dia
menangis. Menangis teresak-esak sehingga dapat membimbangkan Dila dan
Ijah. Kedua-duanya diam sahaja.
Tit! Ada mesej masuk. Pada awalnya, Ridza enggan membacanya. Lama
menanti, akhirnya dia mengalah. Mesej itu dibuka.

‘Ini alamat rumah saya. You will be surprised.’

“Kepala hotak dia! Ingat aku akan tergoda, kot! Tak mungkin aku nak ke
rumah dia!”bebel Ridza seorang. “Surprise konon!”
Mesej itu dibiarkan sahaja di dalam peti mesej.

Ridza dan Dila beserta Ijah terpacak di hadapan rumah banglo itu. Ada
sebiji kereta Perdana dan Toyota Avanza di porch rumah. Ada juga beberapa
buah basikal dan motorsikal.
“Siapa kata taknak datang awal-awal tadi?”tanya Dila.
“Entahlah,”Ijah menyahut. Ridza terpaku.
“Jom, masuk,”Ridza mengetuai rombongan itu masuk ke dalam rumah.
Ruang tamu rumah dimasuki. Ada kaunter lagi.
“Hai, emm..Daniel ada?”tanya Ijah, tidak sempat-sempat. Ridza
mengintai sekeliling.
“Daniel, kamu peminat dia?”tanya wanita di situ. Ijah menggelengkan
kepala.
“Tak, dia peminat kawan saya,”wanita itu ketawa. Ridza berdiri tegak
sedang Ijah dan Dila sudah mengambil tempat di sofa.
“Emm…Daniel ada, tapi tak boleh jumpa orang lagi, sekarang baru pukul
10 pagi,”
“Jadi, sembanglah dengan kami, masih ada banyak masa,”agah Dila,
matanya memberikan isyarat pada Ridza untuk melepasi ruang tamu.
“Daniel ada schedule yang ketat, jadi kami hanya ada masa yang
terhad, untuk peminat dia,”
“Kami bukan peminat dia, ada kami datang bawak poster dia?”sangat
selamba sekali.
Ridza menaiki tangga. Perlahan dia melalui koridor.
Alamak, mana aku tahu bilik dia kat mana!
Ridza mengutuk kebolehan diri sendiri. Dia mengurut dagu. Berfikir
sejenak. Dia menoleh ke satu tempat. Terpampang nama Daniel di hadapan
pintu.
Tiba-tiba terasa aku ni bodoh sangat…
Ridza mengetuk pintu itu. Tiada jawapan.
Klang! Klang!
Ridza menoleh. Melihat sekeliling. Dia menggigit bibir. Bunyi kuat dari
dalam bilik. Dia menolak pintu. Terkejut dia melihat, botol-botol arak
bergelimpangan di hadapan pintu.
Ya Allah, betul ke ni Daniel?
Ridza menekup mulutnya. Mahu berkalih apabila ternampak ada seorang
lelaki tegap berdiri di belakangnya. Ridza mendongak. Bau arak menusuk
hidung. Dia tidak kenal lelaki itu.
“Hai, sweetie,”lelaki itu menghulurkan tangan ke hadapan. Ridza pantas
menepis. Tepisan seorang profesional.
Mampus aku! Laki kat depan aku ni mabuk! Apa lagi, gunakan senjata
wanita yang ada!
“AAAHHH!!!!”Ridza menjerit sekuat hati. Baru sahaja hendak melarikan
diri, tangannya direnggut kasar. Lelaki itu menolaknya ke dinding. Ridza panik.
Dalam keadaan panik itu, sempat lagi dia menghayunkan tangannya mengenai
wajah lelaki itu. Tetapi, lain pula jadinya. Lelaki itu makin gembira nampaknya.
“Woi, kau dah gila, kau dah gila tau!”
“Apa jadi ni?”tiba-tiba Daniel yang sebenar muncul. Tidak memakai
baju. Ridza berpaling. Dalam masa kelekaannya, lelaki di hadapannya
mengambil kesempatan dengan mendakap Ridza. Ridza tersentak, tambah
takut.
“Woi, lepaslah! Lepaslah!”jerit Ridza, namun lelaki itu sudah gila. Sudah
hilang akal. Inilah akibatnya minuum air haram tu! “Lepaslah, wei! Aku tumbuk
karang!”Ridza mengangkat kepala. Ternampak seorang wanita muncul dan
memegang tangan Daniel keluar dari bilik yang sama dengan Daniel.
Tak guna!
Daniel baru hendak menolong Ridza, namun dari mana Ridza mendapat
kekuatannya, entahlah. Sebaik-baik sahaja ternampak wanita itu, terus Ridza
menggigit lengan itu sekuat-kuatnya.
Yak! Masin!
“Argh!!!”lelaki itu melepaskannya. Ridza tidak menunggu lama lagi, dia
menumbuk kuat wajah lelaki itu. Ditendangnya lagi, dan dijatuhkannya. Terus
lembik.
“Kau ingat aku lemah, ke?”Ridza meletakkan kaki ke atas badan lelaki
itu. “Tulah, aku kata lepas, lepaslah! Sekarang, siapa yang susah? Mereka dan
keluarga mereka!”
“Ridza…”Daniel meluru pada Ridza namun pantas Ridza
membelakanginya. “Ridza, look at me,”
“I don’t want to hear anything!”jerit Ridza. Dia pantas berlari ke
bawah. Daniel mengejar.
“Ridza,”Daniel merentap tangan Ridza. Sudah tidak peduli dengan
peraturan Ridza. Drama ini berlangsung di hadapan Ijah, Dila dan wanita di
kaunter. Memperparahkan keadaan Ridza. Tambahan, wanita di sebelah Daniel
tadi pun ada. “Tak seperti apa yang awak nampak,”
“Apa yang saya nampak? Lepaskan tangan saya, kalau tak, saya belasah
awak macam laki tadi!”ugut Ridza. Daniel mengeluh. Tangan Ridza dilepaskan.
“Bye, bye!”
“Tunggu dulu!”Ridza dihalang. Daniel sedang mendepangkan tangan di
hadapannya. Tidak membenarkan dia berlalu. Nak main galah panjang pulak
ke? “Dengar dulu,”
“Saya taknak dengar penjelasan awak,”dahlah tak pakai baju! “Awak
yang buat saya datang sini dan jumpa laki gila tu!”
“Saya cintakan awak, Ridza!”
“Dan saya bencikan awak, jauh tau rumah saya dengan tempat ni! Teksi
lagi! Penat saya! Saya datang nak jenguk awak, tapi apa dah jadi? Kalau saya
tak pernah belajar taekwando, mampus saya!”
“Saya..saya tak sangka…”
“Apa yang awak tak sangka?”Ridza mencekak pinggang. Makin garang
pula jadinya. “Awak tak sangka saya akan nampak awak dengan perempuan tu?
Cenggitu?”
“Tak, Ridza…”Daniel mengeluh.
“Awak memang pandai berlakon!”herdik Ridza lagi. “Kenapa…”mata
mereka bertembung. Entah kenapa Ridza terasa sebak. “Kenapa awak nak tipu
hati saya?”ada airmata muncul. Ridza terlalu marah dengan Daniel.
“Saya tak pernah tipu awak,”
“Habis, perempuan tu?”
“Dia…”Daniel terdiam. Ridza teresak. Daniel tidak dapat menjawab
soalan itu!
Ridza menarik muka masam. Daniel menunduk. Ridza tidak tahan dengan
keadaan sunyi itu. Terus airmatanya merembes. Jatuh ke pipinya. Ridza cuba
menyekat dan mengesatnya, namun makin banyak pula yang keluar. Daniel
memandang belakang. Wanita itu telah pergi.
“Berikan saya waktu seminggu lagi, satu minggu sahaja,”rayu Daniel.
Ridza tidak tahu mahu berkata apa. Wajahnya sudah terlalu buruk. “Dalam
masa satu minggu tu, awak akan tahu betapa dalamnya cinta saya pada awak,”
“Dan mana awak belajar mengayat ni?”
“Emm…dari novel?”
“Fine!”Ridza memandang tajam Daniel. “Satu minggu,”airmata Ridza
jatuh. Daniel merenungnya lama. “Satu minggu je,”Daniel mengangguk.
“Satu minggu je,”Daniel mengangkat jari telunjuk kirinya.

Ridza terasa bagaikan ingin ketawa apabila mendengar bahawa Daniel


akan ke London pada hari keesokannya. Kali pertama Daniel berkata yang dia
‘terpaksa bekerja’ sepanjang mereka berkenalan. Daniel tidak banyak
berkata-kata tentang pemergiannya ke sana. Lain daripada Daniel yang selalu
memiliki banyak perkara untuk dibualkan.
“Kau tak rindukan Daniel?”tanya Dila, apabila Ridza asyik termenung
sahaja.
“Entahlah,”Ridza bermain dengan kulit kerang di dalam botol. “Aku tak
kisah,”
“Ridza!”Ridza mengangkat kepala. Kelihatan Ijah, memegang sepucuk
sampul surat. Dihulurkannya pada Ridza. Ridza membukanya. Ada seutas
rantai perak. “Eee…ada rantai, siapa bagi? Daniel?”
“Entah,”Ridza membelek-belek sampul surat. “Takda nama, takda
surat,”
“Jimat berat,”
“Cantik, tapi macam dah lama,”Ridza membelek-belek rantai itu.
Ternganga. “Wei..ini…ini…!”
“Ini apa?”
“Rantai ni…rantai aku yang hilang dulu, mak aku yang bagi, tapi, hilang…
entah…”Ridza terus memerhati. Loket itu berbentuk bintang di atas bulan,
loket yang ditempah khas oleh ibunya. Sudah patah separuh. Ridza
tersenyum. “Tengok, dah patah, sebab kecik-kecik dulu, aku panjat pokok,
loket aku tersangkut,”
“Panjat pokok?”
“Ha’ah. Aku kawan dengan budak laki kecik-kecik dulu, zaman jahiliyah,”
“Patah dua benda ni, kau yang buat?”
“Lebih kurang begitulah, yang kirim kat aku benda ni pun, mesti kawan
waktu kecik-kecik dulu, terima kasih banyaklah pada dia…buat susah-susah
je,”mereka bertiga ketawa. “Sekarang, pakai balik,”
“Kau ni…”
“Aiyak! Ketat!”Ridza tidak jadi hendak memasangkannya ke leher.
“Nantilah aku cari tali panjang sikit! Lupa pulak aku dah besar!”

Dua minggu sudah berlalu.


Ridza sudah menyampah dengan diri sendiri.
Hari itu, sekali lagi, dia dan tiga orang sahabatnya keluar membeli-
belah. Window shopping, tengok wayang, atau yang seumpama dengannya.
Ridza keluar tanpa mahu mengingatkan dirinya pada Daniel.
“Boleh saya beli rantai silver yang panjang sikit?”Ridza mendekati satu
booth aksesori di dalam plaza itu. “Tolong sambungkannya kat loket ni,”Ridza
mengeluarkan loket dari dalam dompetnya. Diletakkannya di atas kaunter.
“Hei!”Ridza menoleh. Ada seorang lelaki muda menegurnya. Dark, tall
and….human!
“Err…hai,”takut-takut Ridza menjawab. Takut andainya dia bertegur
sapa dengan orang yang psycho! Tiba-tiba tegur orang tengah jalan!
“Kenal tak saya?”tanya lelaki itu. Masih tersenyum. Ridza menilik wajah
lelaki itu. Enggan menjawab. “Saya Madlah!”
“Mad?”
“Dulu, bukan kita satu sekolah?”
“Waktu bila?”
“Sekolah rendah, darjah satu! Saya ketua kelaslah!”beriya-iya Mad
memperkenalkan diri. Ridza cuba mengingat. “Saya perasan awak pun sebab
batu rantai ni, saya yang kutipnya dari tanah,”
“Maaf, saya lupa,”
“Waktu tu, awak panjat pokok nak ambik anak kucing, tapi rantai awak
tersangkut, batu rantai ni patah,”
“Tajam betul memori awak,”Ridza ingat kejadian dia memanjat pokok
itu. Tetapi, dia tidak tahu apa tujuannya. “Lagi?”
“Saya kutiplah batu rantai ni. Tunggu awak turun, tiba-tiba je…”
“WEI!!” Ridza menoleh. Dila dan Ijah muncul. Ani sudah hilang. Pergi
dating agaknya.
“Ha, Mad,”Ridza sudah dapat mengingat sedikit-sedikit. “Ini kawan
serumah saya, Ijad dan er..Dila, adoi!”Dila mencubit siku Ridza. Mad
tersengih.
“Emm…”
“Awak nak keluar dengan kami?”tanya Ridza. Mad menggelengkan
kepala.
“Tak payahlah, Ridza,”Mad menolak lembut. “Boleh bagi awak punya
nombor phone? Kalau-kalau saya nak contact awak, okey? Nanti saya missed
call,”
“Baik,”

Masa berlalu begitu pantas sekali apabila Ridza mengenali Mad. Mad
membayarkan harga tali rantai yang dibeli Ridza. Kemudian, mereka berpisah.
Mad menghubungi Ridza malam itu dan mereka berbual-bual tentang banyak
perkara.
Ridza sudah tidak betah menanti. Sudah lebih sebulan Daniel hilang
dari pandangan matanya, dan dalam tempoh itu dia tidak dihubungi langsung.
Mad pula sentiasa berkomunikasi dengannya, membuatkan di terlupa sebentar
dengan dengan janji Daniel. Biarlah, katanya, Daniel tidak mungkin akan jath
cinta padanya. Tidak mungkin. Itu semua hanyalah mimpi Ridza.
Ridza membelek-belek dirinay di dalam cermin. Hari ini dia akan keluar
lagi ke pusat beli-belah untuk bertemu dengan Mad. Dila dan Ijah diajak
sekali untuk menemaninya. Hish…tidak kuasa mahu keluar berdua sahaja
dengan lelaki itu!
“Hei!”Ridza mengangkat kepala. Rupa-rupanya dia mengelamun tadi.
Mad sudah berada di sebelahnya. Menghulurkan sebotol minuman. Ridza
menyambutnya dengan senyuman. Sudah semestinya dia sudah lapar. “Jom,
wayang dah nak start!”
“Okey,”Ridza bergerak seiringan dengan Mad. Mereka menonton
wayang, makan bersama, membeli-belah bersama. Ridza terasa aman, bahagia
di samping Mad, tetapi…
“Kau tak takut Daniel nampak, ke?”tanya Dila pada Ridza apabila
mereka masuk ke dalam tandas wanita. Mad tidak boleh masuk.
“Daniel?”Ridza tergelak. Dia memperbaharui gincu bibirnya selepas
enam jam di dalam kompleks beli-belah itu. “Apa yang dia nak buat?”
“Entah…”Dila menukar pandang dengan Ijah. Ijah memeluk tubuh. “Kau
dah tak nak percaya kat Daniel?”
“Buat apa?”Ridza mencebik. “Dia kata seminggu, tapi tengoklah, dah
sebulan!”
“Kalau dia ada jugak?”
“Lantaklah! Lelaki tu…ada banyak lagi perempuan lain, takkanlah aku
nak biar dia tipu aku sekali lagi? Aku tak segila tu.”Ridza membubuh kembali
gincu ke dalam beg tangan. “Apahal korang kisah?”
“Oh,”Dila memandang Ijah. “Takda apa-apa,”
“Kalau camtu, jomlah keluar,”Ridza menapak keluar. Dia menolak pintu
bilik air, dan mengangkat kepala.
Daniel!
Ridza ternganga. Dia melihat Daniel sedang memegang tangan seorang
wanita.
“Woi!”Ridza mengelipkan matanya. Dila menepuk bahunya. Ridza
berpaling. “Apahal muka kau macam nampak hantu?”
“Tak, takda.”Ridza berkalih kembali. Daniel sudah tiada! “Eh?”
“Kau tunggu apa lagi? Jomlah, kita blah!”Dila mengajak. Ridza hanya
mengangguk. Pelik, dengan sekelip mata sahaja?

“Awak, seronok tak hari ni?”tanya Mad, sambil mereka keluar dari
restoran McDonalds itu. Ridza mengangkat kepala, memandang Mad dan
tersenyum. “Awak tak suka keluar dengan saya?”
“Suka,”jawab Ridza, walaupun separuh hati sahaja mengiyakan. Entah
kenapa hati dia merasa tidak sedap. Dia rasa pelik. Kenapa boleh nampak
kelibat Daniel tadi?
“Sebenarnya, Ridza…”Ridza mengangkat kepala, sekali lagi. Ridza
menatap Mad yang sedang merenungnya. Mereka berhenti berjalan. Dila dan
Ijah sudah menonong ke hadapan. Tidak perasan akan Ridza dan Mad yang
terhenti di sebelah tiang. Tiang itu pula ada iklan Daniel sedang memegang tin
minuman. Hai, kat tiang pun nak bubuh iklan!
“Apa?”Ridza memeluk tubuh. Mad tersenyum.
“Saya nak hadiahkan awak sesuatu,”Entah kenapa wajah Ridza
memerah. Panas. “Awak tau ke saya nak bagi apa?”geleng.
“Tak,”Ridza menggigit bibir. Hatinya tiba-tiba berdetak kencang. Ridza
melihat Mad menyeluk saku seluarnya. Ada sebuah kotak. Di atasnya ada
riben. Wow. Ridza memandang Mad yang sedang merenungnya. Kotak itu
bertukar tangan.
“Bukalah,”Ridza serba-salah. Dia mengerling ke poster di sebelah.
Daniel sedang tersenyum. Ya, gambar Daniel yang kaku.
“Tapi…”tetapi tangannya membuka juga kotak itu. Ternganga dibuatnya.
Ada seutas rantai perak. Ridza memandang Mad. Mad tersenyum manis. Ridza
menggigit gigi.
“Untuk awak,”
“Saya?”Ridza menelan liur. “Ke..kenapa? Untuk apa ni?”
“Awak tahu sebab apa, kan?”Ridza menggeleng. Dia tidak tahu. Dia
tidak mahu tahu. “Rantai ini untuk awak, sebagai tanda kenangan saya pada
awak,”
“Apa yang awak nak?”
“Hah?”
“Tak, apa yang awak nak kalau saya terima benda ni? I mean..awak
takkan memberi sesuatu tanpa…tanpa…”Ridza menelan kata-kata itu.
“..balasan, ya,”
“Awak kata saya hadiahkan awak rantai ini sebab saya nakkan
balasan?”Mad tergelak.
“Apasal? Awak ni…”
“Ridza, Ridza…”Ridza menatap wajah Mad. Tiba-tiba dia merasakan
Daniel yang sedang bercakap dengannya. Nada Mad tadi mengingatkannya
pada Daniel. Daniel yang sudah jauh daripadanya.
Kenapa Mad yang berada di depan aku sekarang? Kenapa bukan Daniel,
seperti dulu?
“Saya tak boleh terima ni,”Ridza menghulurkan kembali kotak itu pada
Mad. Mad pula tertanya-tanya. “Maaf, benda ni terlalu mahal, saya tak patut
ambil,”
“Tapi, Ridza..”
“Apa? Dengar sini, Mad, saya taknak…”Daniel, “Ada orang salah
sangka,”
“Tak, Ridza,”Ridza mengangkat kepala.
Tap! Ridza tiba-tiba berasa seram sejuk. Ada aura aneh di sebelahnya.
Ridza pantas menoleh. Daniel berada satu meter jaraknya dari kanannya.
Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa ketika itu. Dia kaku. Daniel
kaku. Mad, entah. Lama mata mereka bertentang. Wajah Daniel masih seperti
itu. Innocent.
Angkat tangan dan sapa dia? Tak boleh. Aku akan nampak macam
badut. Gelak, sebab tak sangka dia ada kat sini? Tak boleh jugak. Nanti aku
nampak macam orang bodoh. Sengih kat dia? Tak boleh, tak boleh, tak boleh!
Habis, nak buat apa? Peluk dia? Oh, tak…tak mungkin! Nak mampus! Apa lagi,
LAARI!!!
“Ridza,”Daniel memanggil. Saat itu, Ridza terus angkat kaki. Entah
kenapa rasanya ringan kaki pula nak blah terus ! “Ridza!”
“Ridza,”Mad pulak panggil!
Daniel berlari, tepat berdiri di hadapan Ridza. Wajah innocent itu lagi.
Mad berdiri di belakang Daniel. Wajahnya keliru juga. Ridza berhenti.
Memanggungkan kepalanya, menghadap Daniel. Daniel nampak resah. Baru
sahaja hendak bersuara, bila ada seorang lelaki bertopi besbol yang nampak
garang muncul.
“Daniel, cepatlah!”Daniel memejamkan mata. Gigi hadapannya
dirapatkan.
“Damn! What the…!”Ridza dapat mendengar perkataan itu keluar dari
mulut Daniel. “Dengar sini, Ridza…”
“Daniel!”panggil orang itu lagi. Daniel mengangkat muka.
“Just one moment, Ridza, just one…”Daniel mahu bergerak
meninggalkan Ridza. Ridza berpusing.
“You will never see me here ever again,”perlahan sahaja Ridza
mengatakan begitu sebelum dia bergerak pantas beredar. Daniel berkalih
kembali.
“Daniel, director dah marah, okey?!”
“Shut up!”Daniel mahu mengejar Ridza. “Ridza!”
“Daniel!”lelaki itu menjerit.
“Ridza,”Ridza menghilangkan diri di balik lif. Daniel bagaikan tertelan
gula-gula ketika itu. Dia berlari ke tangga kecemasan. Mengejar bagaikan
ornag desperate.

Ridza tidak tahu mahu ke mana. Telefon bimbit di dalam beg tangannya
asyik berdering sejak tadi. Dia tahu itu panggilan daripada Daniel. Dia tahu
sangat. Lelaki itu segala-galanya tentang dia sangat mudah memujuk. Ridza
menarik nafas. Tidak! Tidak! Tidak! Aku dah janji dengan diri sendiri, aku dah
taknak jumpa dia! Taknak terlibat dengan dia!
“Ridza!”Ridza terkejut. Toleh-toleh aja, Daniel! Ridza terus menghadap
hadapan. Mahu lari! “Ridza, jangan lari!”
Kepala hotak kau, takkanlah aku taknak lari kot?!
Pap! Tumit sandal Ridza terpatah. Ridza hilang keseimbangan lantas
jatuh tersungkur. Tepat di hadapan Daniel. Ridza menggigit bibir apabila
melihat sandalnya sudah terpatah tumitnya. Ridza melihat lututnya. Terkoyak
seluar yang dipakainya. Ridza teresak.
“Huk..”airmatanya keluar. Ridza menghentak-hentakkan kakinya ke atas
jalan raya itu. “Kenapa…”Ridza memandang Daniel yang terkedu. Dia menangis
teresak-esak. Sakitnya! Malunya! “Ni semua awak punya pasal!”jeritnya. Daniel
terus mendapatkannya. “Hah, puas hati awak! Tengok saya macam ni?!”Ridza
tidak dapat menahan kemarahannya pada Daniel. “Awak! Sebab awaklah, saya
tersungkur kat sini! Sebab awaklah, saya menangis kat sini! Awak tau tak,
betapa bencinya saya pada awak?! Betapa bencinya saya pada diri saya sendiri
yang bodoh dan asyik menunggu? Awak tau tak, betapa bencinya saya pada
awak?!”
Tanpa disedari, Ridza menarik kolar baju Daniel, menggoncang-
goncangkan tubuh Daniel. Ridza menggigit bibir. Rasa mahu ditumbuknya muka
Daniel namun tidak boleh. Nanti lebam, tak boleh masuk TV.
“Sekarang, apa nak buat? Dah luka! Dah berdarah!”Ridza menekup
mukanya. Menangis lagi. Daniel terdiam di situ.
“Saya bawakan awak ke klinik,”Daniel menghulurkan tangan namun
ditepis kasar oleh Ridza. Ridza muncung.
“Saya sakit pun nak ambik kesempatan!”marah Ridza. Ridza bangun dan
mahu bergerak. Terjengket-jengket, berkerut menahan sakit.
“Ridza, jangan salah anggap, saya nak tolong awak,”Daniel berada di
hadapan Ridza. Ridza berhenti. “Awak ni degillah!”
“Siapa yang suka berbohong mula-mula?”
“Awak tak pernah nak dengar apa yang saya nak cakap!”
“Sebab…awak akan berbohong pada saya!”
“Fine!”Daniel separuh menjerit. Ridza terkejut. Mata Daniel kelihatan
membara. Ridza pula berasa takut. “Awak memang degil, kan? Fine! Saya
memang nak tolong awak! Saya nak selamatkan awak! I just want to take
care! To make you love me! To be by your side! I always been very afraid to
leave you!”wajah Daniel sangat merah. Macam nak meletup! “ Fine..!”Daniel
meletakkan tangan pada dahinya.
Shit..damn…itu yang Ridza nampak keluar dari bibir Daniel. Tiba-tiba
rasa bersalah. Aku buat dia marah?
“God! I am so all out to get you! Tapi…tengoklah!”Daniel terus
meninggalkan situ.
“Ha, padan muka kau! Tulah, dulu aku suruh kau sabar je dengan
schedule dia, kau mengamuk kat dia!”Dila membebel di sebelahnya. Ridza
memekakkan telinga sahaja, sambil menatap siling. Mereka bertiga sedang
berbaring. Standby nak tidur. Menanti Jannah untuk pulang.
“Sekarang, dia taknak jumpa kau dah!”Ijah menyampuk.
“Takpalah, Ridza, takda rezeki kau dengan dia…”
“Tapi, aku nak kau dengan dia, walaupun dia tinggi…”
“Korang kata aku rendah?”
“Tak, kitorang kata dia tinggi.”
Skreech!! Terkejut ketiga-tiga anak dara itu. Ridza terus bangkit.
“Macam kenal je,”dia menoleh pada Ijah dan Dila. Ridza memandang
jam. 11.15 malam. “Lupakan,”Ridza, Dila dan Ijah kembali berbaring serentak.
“RIDZA!!!”mereka bertiga bangkit semula. Dila dan Ijah memandang
Ridza.
“Daniel!”kedua-duanya berkata serius. Ridza berlari ke bilik tidurnya,
memakai baju yang sempurna dan mengenakan tudung dengan lengkap.
“Awak tak turun, saya naik!”jerit Daniel lagi. Ridza gentar. Dila dan
Ijah berlari ke balkoni. Memandang bawah.
Ridza berlari turun. Melihat Daniel yang memakai serba hitam. Hati
Ridza tiba-tiba kecut. Dah malam sangat ni! Daniel tenang berdiri di tengah
jalan. Memeluk tubuh.
Daniel tidak senyum. Ridza menggigit bibir. Kakinya melangkah
mendekati Daniel. Ridza mahu memandang Daniel, namun dia takut.
Tangannya direntap kasar oleh tangan gagah Daniel. Ridza terkejut.
Mahu ditarik tangannya. Takut dengan perubahan sikap Daniel. Daniel
memandang matanya, tajam.
“Apa ni, Daniel?!”Ridza diheret paksa.
“Saya nak awak ikut saya!”kasar sungguh Daniel padanya. Pintu kereta
dibuka dan Ridza dihumban ke tempat duduk sebelah pemandu. Ridza terkial-
kial mahu membetulkan duduk apabila Daniel menutup pintu kereta di
sebelahnya. Ridza separuh menjerit. Daniel masuk ke dalam tempat duduk
pemandu, dan sekelip mata sahaja kereta itu bergerak laju.

“Da…Daniel,”panggil Ridza.
“Shut up,”pangkas Daniel, dengan dingin sekali. Ridza menelan liur.
“Awak..awak nak bawak saya ke mana?”
“Shut up,”Ridza menunduk.
“Awak nak bawak saya ke mana?”
“I SAID SHUT UP!!!”potong Daniel, suaranya kasar sekali. Bahu Ridza
terangkat. Lantas, dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. “Saya
lakukan apa saja untuk awak, saya pulang dari London, nak bertemu dengan
awak, tapi apa yang awak buat? Awak lari dari saya!”
“Saya keliru!”
“Ada apa dengan keliru awak?!”Ridza mengetap bibir. “Dengar sini,
Ridza, saya akan buat apa yang saya nak buat pada awak selama ni!”lantas,
Daniel membelok, masuk ke dalam satu persimpangan. Satu bangunan hotel
menanti.
Daniel memberhentikan kereta. Diparkirnya dan terus keluar. Dia
menuju ke tempat duduk Ridza, menarik tangan gadis itu. Erat dan penuh
paksaan.
“Taknak!”jerit Ridza.
“Baik awak ikut saya, kalau tak…!”Daniel menekan butang tali pinggang
keselamatan Ridza, dan menarik tangan Ridza dengan kuat. Diseretnya tubuh
itu.
“Taknak, taknak! Daniel, jangan buat saya macam ni!”taubat! Taubat!
Aku takkan percaya cakap strangers lagi! Aku takkan mess up dengan
strangers lagi! “Lepaslah, lepas!!”
“Setelah apa yang awak buat pada saya, saya takkan lepaskan
awak!”keras suara lelaki itu.
“Saya minta maaf,”tangan Ridza ditarik masuk ked alam bangunan terus
ke lobi hotel. Ridza meminta belas kasihan daripada pekerja hotel, namun apa
yang dilihatnya hanyalah wajah kasihan sahaja.
Mereka masuk ke dalam lif. Ridza ditolak sehingga belakangnya
terhenyak ke dinding lif. Daniel menekan tangannya, memerangkap Ridza di
satu sudut. Dipaksanya Ridza bertentang mata.
“Kenapa dengan awak malam ni?”tanya Ridza, hampir mahu menangis.
Dia sedar dia tidak boleh lari lagi. Desah nafas Daniel sangat dekat dengan
wajahnya. Menilik wajahnya satu persatu. Dari mata, hidung, pipi dan terus ke
bibirnya.
“Siapa yang tak menyedari yang awak ni sangat cute?”bisik Daniel ke
telinga Ridza. Ridza menggeletar, lidahnya kelu. Tidak berani hendak
memandang Daniel. “Kenapa awak kenakan spell awak pada saya?”Ridza tidak
berkata apa-apa. “Why did you do that?”Ridza menggeleng. Berdoa di dalam
hati supaya lif berhenti. “Why did you make me this crazy?”
“Awak memang gila!”jerit Ridza. “Saya tak tau apa yang awak nak buat
pada saya,”
“Awak tau tak yang awak dah buat saya marah?”herdik Daniel.
“Awak yang bohong saya dulu!”balas Ridza.
“Sebab awak tak pernah faham apa yang saya nak buat! Saya hanya
mahu awak mencintai saya,”Daniel meletakkan tangan ke dada. “Saya lakukan
segala-galanya untuk awak, saya berikan awak apa yang saya ada, apa lagi yang
awak nak?”Ridza diam. “Tapi, apa pun yang awak kata malam ni, saya tak
kira!”tangan Ridza direntap.
“Daniel!”
“Saya akan miliki awak,”pintu lif terbuka. Tangan Ridza diseret. Ridza
terpaksa mengikut rentak kaki ganas Daniel. Mereka keluar dari lif.
“Apa ni, Daniel?!”Ridza cuba menarik tangan Daniel, namun Daniel
pantas merangkul pinggangnya, membuatkan Ridza terkedu. “Awak jangan nak
buat gila, Daniel! Lepaskan saya!”
“Saya takkan lepaskan awak!”kata Daniel dengan nada geram. “Saya
akan tunjukkan awak, kenapa awak kena tunduk pada saya!”
“Daniel, saya tak suka awak macam ni!”Daniel membuka pintu bilik hotel
dengan kunci yang ada di dalam poketnya. Ridza dibawa masuk. “Daniel!”Ridza
berlari ke pintu, namun pintu terkunci. Dia berpaling. “Daniel, bukak pintu ni!
Saya nak balik! Saya nak balik!”Ridza sudah berpeluh. Daniel nampak bengis.
Bahu Ridza dipaut dan Ridza dibawa ke dalam bilik tidur. Daniel lantas
menolak Ridza ke katil. “Daniel!”
“Malam ni, awak akan kenal siapa saya yang sebenarnya…”Daniel
menyentuh kolar bajunya. Ridza menelan liur. Terkial-kial dia di situ. “Lepas
ni, awak jerit pun tak guna!”Ridza terkejut apabila Daniel duduk di hujung
katil. Bilik itu agak suram.
“Baik awak jangan buat apa-apa pada saya! Saya bagitau mak saya!”jerit
Ridza. Dia sudah mula mahu menangis apabila melihat Daniel membuka satu
persatu butang baju kemejanya. “Jangan, Daniel! Saya tak sanggup tengok
orang yang saya cinta buat saya macam ni! AAAAHHHH!!!!”
“Tengoklah!”Ridza membuka mata. Entah kenapa tiba-tiba terasa
terang. Dia memejamkan mata bila menjerit sekuat hati tadi. Melihat Daniel
sudah tersenyum manis padanya. Dia membaca tulisan pada kemeja putih
Daniel.
“Hap….happy…birthday?!”Ridza terkebil-kebil. Daniel, dan seluruh
keluarga, dan kawan-kawannya berada di dalam bilik itu. Tidak lupa pekerja
hotel tadi.
“Selamat hari lahir, Ridza!”kedengaran suara seorang lelaki. Ridza
menoleh ke kanannya, melihat Daniel sedang mengangkat sebiji kek yang
sangat besar. Daniel? Dia melihat sebelah kirinya. Ada Daniel juga. Dia
pening.
“Happy birthday, Ridza,”ibunya menyapa. Ridza yang terkejut lantas
memeluk ibunya.
“Kenapa mama berpakat dengan diorang?”
“Tanya Daniel,”
“Papa, kenapa papa berpakat dengan diorang?”
“Tanya Daniel,”papa dan mama tersenyum manis. Ridza kebingungan.
Ada dua Daniel di sini.
“Daniel,”panggil Ridza. Daniel yang tadi, memakai baju putih, menjawab,
mendekatinya. “Kenapa…kenapa awak buat macam ni?”
“Sebab saya sayangkan awak,”Daniel membalas pandangan dengan
Daniel satu lagi. “Saya Daniel awak, dia Andi, my twin brother,”Andi
mengangkat tangannya. Senyumannya sebijik macam Daniel! Ridza terjatuh.
“Ridza!”
“Saya tak apa-apa!”Ridza mengangkat lengan. Masih blur. “Awak
memang jahat!”
“Tengok, saya memang nak miliki awak luar dan dalam, saya nak
tunjukkan pada awak yang saya ialah lelaki yang dapat buat awak bahagia,
saya nak awak kenal siapa saya sebenarnya, saya mahukan awak, saya takkan
lepaskan awak,”wajah Ridza memerah.
“Tapi, saya tak kenal awak lagi,”
“Saya kenal awak dah lama,”Ridza terkejut.
“Bila?”
“Selamat hari lahir,”ucap Daniel tanpa mengulas lanjut. “Kita makan
dulu,”

Ridza menatap lama kulit kerang berwarna-warni di dalam botol.


Pemberian Daniel, kekasihnya.

‘Saya Daniel, kawan awak di sekolah rendah dulu,’ Daniel tersenyum.


Mereka duduk berdua di ruang tamu. ‘Saya tahu segala-galanya tentang awak
sebab ibu awak jaga saya dulu, awak asyik dengan budak-budak lelaki lain, dan
tak mengenali saya langsung,
‘Bila kita kenal, ketika awak tengah kira kulit kerang dalam botol, saya
mintak, tapi awak tak bagi, saya kecewa, tapi lepas tu awak panjat pokok, dan
loket awak tersangkut, pastu awak jatuh, saya tolong angkatkan awak, dan
awak dah tak jumpa saya selepas tu, saya ambil kulit kerang awak dan simpan
bersama saya,
‘Saya tak pernah lupakan awak, saya ke luar negara, tinggal bersama
Andi dan mak saya, saya masih ingatkan awak, saya ingat betapa hangatnya
tubuh awak yang saya dukung waktu itu, hangat yang menyentuh perasaan
ketika itu, saya tidur bertemankan imaginasi saya bersama awak, wajah awak
yang sangat comel,
‘Ketika saya pulang semula ke sini, saya terkejut sebab terjumpa awak
lagi, awak pun terlupa pasal kulit kerang tu, saya anggap awak langsung takda
memori tentang saya, saya menanti untuk awak mengenali saya semula,
‘Tapi saat tu tak pernah muncul. Apabila watak Alissa telefon awak
masa tu, dia bersama Andi, bukan saya, yang awak jumpa di rumah tu bukan
saya tapi Andi, Andi tak pandai berbahasa Melayu, tapi itu saja, yang lain
semuanya adalah saya, Daniel, lelaki yang mencintai awak, lelaki yang
menyayangi awak untuk hayat ini, lelaki yang hanya memiliki awak dalam
hidupnya,’

“Ridza,”Ridza mengangkat kepala. Tersenyum memandang Daniel. Daniel


datang ke rumah Ridza. Rumah ibubapa Ridza. Cuti semesternya. Cuti Daniel
daripada penggambarannya.
“Daniel?”Ridza terkejut apabila Daniel tiba-tiba melutut di
hadapannya.
“Will you marry me?”

Anda mungkin juga menyukai