Anda di halaman 1dari 6

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PTV

Oleh kerana pendidikan teknik dan vokasional memainkan peranan penting dalam mencapai kemajuan negara pada masa kini, maka kerajaan juga telah mengambil tindakan penting dalam tahun 1995 apabila satu Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal telah digubal. Dalam pelan tersebut ada menyatakan bahawa: "Pelan Tindakan Pengeluaran tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan vokasional. " (Shahril @ Charil dan Habib, 1999) Oleh itu, jelaslah bahawa penghasilan tenaga kerja yang berkualiti adalah sangat penting bagi politeknikpoliteknik demi memenuhi hasrat kerajaan dalam melahirkan juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020. Apabila memperkatakan tentang penghasilan tenaga kerja mahir maka wujud pelbagai persoalan yang perlu diperjelaskan. Antaranya ialah siapakah yang bertanggungjawab mendidik tenaga kerja negara dan apakah yang perlu ada pada diri seseorang pensyarah dalam mendidik bakal tenaga kerja tersebut? Menjawab persoalan ini, maka jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti dalam bidang teknik dan vokasional tentulah merujuk kepada pensyarah-pensyarah politeknik. Penghasilan pensyarah politeknik yang berkualiti dan berdaya saing hendaklah diberi penekanan dalam pendidikan kerana pendidikan yang berkualiti tidak akan dapat dicapai sekiranya pengajaran pensyarah tidak mencapai tahap kualiti yang diperlukan dalam proses pengajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa tenaga kerja yang berkualiti merujuk kepada kebolehan, keupayaan dan kepakaran pensyarah dalam menghasilkan proses pengajaran yang berkesan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PTV


AKTA PENDIDIKAN 1996 Bab 6 Institusi Pendidikan Lain Perenggan 34. Institusi pendidikan lain. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut: (a) maktab-maktab, selain daripada maktab maktab yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; (b) sekolah khas; (c) politeknik, dan (d) apa-apa institusi pendidikan lain, yang penubuhan atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Bab 7 Pendidikan Teknik dan Politeknik Perenggan 35. Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. (1) Menteri boleh mengadakan pendidikan teknik di (a) mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam seksyen 30; atau (b) institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c).

(2) Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan teknik termasuklah penyediaan (a) latihan kemahiran; (b) latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu; (c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan (d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri. Perenggan 36. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri. Politeknik yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(c) boleh (a) menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri; dan

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PTV


(b) menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan. Perenggan 37. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan teknik dan vokasional. (1) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatu politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian, mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan (termasuklah program pertukaran) yang disifatkan suaimanfaat oleh Menteri bagi maksud (a) melaksanakan pemindahan teknologi; (b) meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru-guru, pekerja-pekerja dan muridmurid politeknik itu; dan (c) melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh Menteri sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau murid-muridnya atau guru-gurunya.

(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri. Perenggan 38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti, dsb. (1) Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi diploma, sijil atau pengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. (2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan. (3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu. Perenggan 39. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan politeknik. Menteri boleh membuat peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan peruntukan bagi (a) Penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik;

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PTV


(b) penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan, mengawasi dan mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik; (c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa apa kelayakan lain; (d) disiplin murid; (e) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik; dan (f) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

************************************ Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan sains dan teknologi, peruntukan Akta Pendidikan 1996 telah mempertingkatkan pendidikan teknik di semua sekolah teknik dan politeknik Akta Pendidikan 1996 telah memudahkan sekolah-sekolah vokasional ditukartaraf ke sekolah-sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Melalui Akta Pendidikan 1996 juga politeknik boleh mengadakan program berkembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi pendidikan tinggi, sama ada di dalam atau di luar negeri. Peruntukan tersebut di dalam akta ini juga selaras hasrat menjadikan masyarakat di Malaysia menguasainya ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi dan bersifat global. *************************************** Rancangan Malaysia ke-7 (1996 2000) Pendidikan Teknikal dan Vokasional 10.24 Usaha yang berterusan telah diambil bagi menambah penawaran tenaga kerja berkemahiran melalui peningkatan pengambilan ke sekolah menengah teknik dan vokasional. Pada tahun 1995, terdapat sembilan sekolah menengah teknik (SMT) dan 69 sekolah menengah vokasional (SMV) berbanding dengan 58 SMV pada tahun 1990. Enrolmen di sekolah-sekolah ini telah meningkat melebihi separuh iaitu daripada 30,940 pada tahun 1990 kepada 48,800 pada tahun 1995, sementara keluaran SMT berjumlah seramai 13,500 dan SMV seramai 82,700. Sebahagian besar daripada pelajar SMT telah melanjutkan pelajaran ke berbagai institusi pengajian tinggi, manakala lepasan SMV memasuki pasaran tenaga kerja. Aliran kemahiran di SMV telah mengeluarkan sejumlah 23,500 lulusan yang menyumbang kepada penawaran tenaga kerja separuh mahir. 10.25 Sejajar dengan keperluan meningkatkan tenaga kerja sains dan teknikal, langkah telah diambil untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mempunyai asas yang kukuh dalam matematik, sains dan mata pelajaran berkaitan dengan bidang teknikal bagi membolehkan mereka mengikuti kursus

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PTV


berasaskan sains dan teknikal di peringkat pendidikan tinggi. Selaras dengan ini, 20 SMV telah ditukar menjadi SMT mulai sesi persekolahan 1996. Dengan perubahan ini, pengambilan pelajar ke aliran vokasional dan kemahiran di sekolah-sekolah berkenaan telah dikurangkan. 10.26 Bagi menyediakan peluang kepada pelajar sekolah menengah mengambil mata pelajaran teknologi kejuruteraan dan lukisan kejuruteraan, mata pelajaran tersebut telah diperkenalkan di sekolah menengah terpilih. Ini adalah untuk membiasakan pelajar dengan mata pelajaran teknikal dan menanam minat serta membolehkan mereka bersedia meneruskan pelajaran dalam berbagai kursus sains dan yang berasaskan teknologi di peringkat pengajian tinggi. ********************************* Rancangan Malaysia ke-8 (2001 2005) 4.109 Selaras dengan pendemokrasian pendidikan, sekolah menengah teknik (SMT) akan menawarkan kursus dalam aliran teknikal, vokasional dan kemahiran bagi memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai keupayaan akademik yang berbeza. Sistem SMT akan menyediakan tenaga manusia terlatih dan merupakan penyalur utama kepada universiti teknikal. Jawatankuasa penasihat yang dianggotai sector swasta akan ditubuhkan di setiap sekolah manakala jawatankuasa sedia ada diperkukuhkan untuk memastikan kursus tersebut berorientasikan pasaran. Pada akhir tempoh Rancangan, enrolmen di SMT akan bertambah daripada 59,500 pada tahun 2000 kepada 99,755 pada tahun 2005, iaitu 10.8 peratus daripada jumlah enrolmen di peringkat menengah atas. Bagi menampung pertambahan permintaan terhadap pendidikan teknikal, lebih banyak sekolah harian dan sekolah berasrama akan terus menawarkan elektif teknikal. *************************************************** Rancangan Malaysia ke - 10 (2011 2015) Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang Berkualiti Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PTV


dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari. Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang diusahakan akan memberi peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TEVT dengan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-8. Carta ini juga menunjukkan pelbagai komponen dalam TEVT serta pilihan laluan daripada TEVT kepada akademik dan sebaliknya Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sector industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh. *****************************************************************

Anda mungkin juga menyukai