Anda di halaman 1dari 1

Teknologi Teknologi berasal dari bahasa Yunani techne yang bermaksud kemahiran.

Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Manakala Teknologi Pendidikan ialah pencerapan ilmu saintifik tentang pembelajaran dan syarat pembelajaran bagi memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan. Oleh sebab tidak ada prinsipprinsip saintifik yang kukuh, teknologi pendidikan melaksanakan teknik pengujian empirikal bagi memperbaiki situasi pembelajaran dan Teknologi Pengajaran pula adalah teknologi yang bertanggungjawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran. Teknologi Maklumat adalah suatu istilah untuk memperihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat (Behan & Holmes, 2005) Perubahan Teknologi Pada abad ke-21 ini, perubahan dalam teknologi berlaku dengan begitu pesat sekali sehinggakan tidak lagi mampu untuk dikejar oleh manusia. Perubahan dalam teknologi berkomputer iaitu daripada menggunakan komputer peribadi di rumah kepada komputer riba yang boleh dibawa ke mana sahaja kemudian kepada tablet yang telah menjangkaui beberapa versi. Selain komputer, revolusi dalam teknologi mobil telefon juga tidak kurang hebatnya kini dengan wujudnya telefon pintar seperti blackberry, i-phone dan juga android maklumat dan informasi boleh diakses dimana-mana sahaja. Maklumat yang disebarkan juga akan cepat untuk diterima oleh ramai pihak. Oleh yang demikian, selain usaha sesebuah kerajaan dalam memartabatkan TVET sebagai satu bidang yang utama yang akan menjadi pilihan rakyat mereka mereka juga perlulah memastikan bidang TVET itu seiring dengan perubahan teknologi. Terdapat kajian yang dilakukan, penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang TVET sangat membantu pelajar untuk lebih memahami pelajaran mereka,

Anda mungkin juga menyukai