Anda di halaman 1dari 1

Suatu hari, Si Deruma pergi berjumpa dengan Si Tanggang setelah lama tidak berjumpa. Ibunya sangat merindui Si Tanggang.

Tanggang anak mak, ke sini nak. Dah lama kita tak jumpa. Kata Si Deruma kepada Si Tanggang. Siapakah orang tua ini? tanya isteri Si Tanggang kepadanya. Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibunya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. Eh orang tua! Pergi kau dari sini. Orang tua kotor! Busuk! Pergi balik. Aku tidak kenal kau. Pergi! tengking si tanggang. Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangannya telah berubah. Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya. Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang. Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Anda mungkin juga menyukai