Anda di halaman 1dari 3

UNIT PENDIDIKAN SAINS KEJURULATIHAN CAWANGAN KEJURULATIHAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR PERMOHONAN PERSAMAAN TARAF KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I,II DAN III
(BERKUATKUASA 1 Januari 2012)

SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SPKK)

1. LATAR BELAKANG 1.1 Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) bagi memberi pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan. 1.2 Skim ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap I, II dan III. Setiap tahap mengandungi komponen berikut : a) b) c) Kursus Sains Sukan (KSS) (Kelolaan MSNM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MS Ng) Kursus Sukan Spesifik / Pengkhususan Sukan - kelolaan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) Praktikum Sukan Spesifik / Pengkhususan Sukan - kelolaan PSK

2. OBJEKTIF KURSUS SAINS SUKAN Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang Sains Sukan agar dapat memajukan lagi corak dan cara kejurulatihan untuk membantu mempertingkatkan lagi prestasi dan pencapaian sukan negara. 3. SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS SAINS SUKAN 3.1 3.2 3.3 Terbuka kepada semua individu yang berminat dalam bidang kejurulatihan dan sukan. Umur tidak kurang daripada 18 tahun. Bagi Tahap II, peserta wajib Lulus Tahap I atau memiliki Sijil Persamaan Taraf Tahap I yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

4. SYARAT PERMOHONAN PERSAMAAN TARAF SAINS SUKAN 4.1 Kelulusan ijazah dan keatas dalam bidang Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani dari mana- mana universiti di dalam dan luar negara akan dilayan. SAINS SUKAN Tahap I Tahap II Tahap III PERSAMAAN TARAF Ijazah dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya Doktor Falsafah dalam Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya

5. BORANG PERMOHONAN
5.1 Peserta yang ingin mendapatkan pengesahan pengiktirafan perlu mengisi Borang Persamaan Taraf Sains Sukan MSN melalui laman web MSN. Semua Borang mesti dilengkapi dengan salinan Transkripsi dan disertakan dengan Wang Pos.

5.2

6. YURAN BAYARAN UNTUK SIJIL PERSAMAAN TARAF 6.1 Yuran adalah seperti berikut : Tahap I Tahap II Tahap III 6.2 RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00

Pembayaran perlu dibuat melalui wang pos semasa menghantar borang permohonan. Mana-mana permohonan yang tidak diluluskan, wang pos tersebut akan dikembalikan.

6.3 Permohonan yang tidak disertakan wang pos tidak akan dilayan. 7. SIJIL 7.1 7.2 Sijil akan dikeluarkan selewat-lewatnya 3 bulan selepas permohonan diterima. Sijil akan dikeluarkan oleh pihak MSNM. Peserta dikehendaki datang mengambil sijil dari Unit SPKK Cawangan Kejurulatihan MSNM. Sekiranya peserta ingin sijil dihantar melalui pos, peserta perlu nyatakan dalam borang permohonan untuk persetujuan. Sekiranya sijil hilang semasa proses mengepos, ianya bukan tanggungjawab pihak Cawangan. Bagi sijil yang hilang, peserta perlu membayar RM50.00 untuk mendapatkan yang baru daripada Cawangan Kejurulatihan MSNM.

7.3

8. MAKLUMAT LANJUT Unit SPKK Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur. Tel : 03 - 8992 9600 (MSNM) ; 03 8992 9849 ( Caw. Kejurulatihan ) : 03 - 8992 9010 (Pejabat Unit SPKK) Fax : 03 - 8996 6203 Laman web : www.nsc.gov.my

Anda mungkin juga menyukai