Anda di halaman 1dari 25

AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR BUMIPUTERA. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

SALIHA BINTI SAID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR BUMIPUTERA. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

SALIHA BINTI SAID

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC 2004

Selaut kasih, segunung sayang kupersembahkan...... Teristimewa buat bonda tersayang Che Mariam binti Che Omar Pengorbanan, kasih sayang serta doamu Semoga Allah s.w.t memelihara dan merahmati kehidupanmu Khas untuk Abg Yie, Kak Nah, Kak Mah, Kak Ton, Abg Li, Abg Lik, Kak Nora, Kak Ti, Abg Adi, Abg Man dan adikku yang manja Din dan Yah Terima Kasih di atas dorongan, sokongan dan kesudian untuk berkongsi kasih sayang yang tidak ternilai harganya............................ Serta Anak-anak buah Cikli yang comel Along, Angah, Afiq, Afiqah, Aishah, Aliff, Anis, Aleya, Asyraf dan Aiman kerana....... sentiasa Buat Aku Tersenyum Buat Insan Teristimewa...... Iskandar Chan Abdullah Terima Kasih kerana sudi menyayangi diri ini..... Engkaulah yang satu............ Sesungguhnya kau ku jadikan sumber inspirasi Buat Pensyarah khususnya En Mohsin dan En Asnul. Berkat kesabaran melayan karenahku. Nasihat dan tunjuk ajar darimu ku jadikan panduan untuk menghadapi hari yang mendatang. Terima kasih atas segalanya Buat teman-teman yang dirindui Nor, Eza, Dila, Sharp, Gee, Jamil, Mama, Reen, Jannah dan Emma Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..... As we go on, well remember all the time we had together, as our life change, come whatever, well still be friends forever..... Sesungguhnya kenangan manis bersamamu teman terukir indah di sanubariku Tak lupa buat Duwe, Nakata, Na, Jaha, Rif, Linda dan Dahlia Buat Insan-insan tersayang Tuhan lebih menyayangi dirimu........... Semoga rohmu dicucuri rahmat Al-fatihah

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu Encik Asnul Dahar Bin Minghat yang banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Encik Mohsin Bin Uzir dan En Kandar Bin Selamat di atas segala nasihat dan pandangan yang diberikan. Juga kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, kerana memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu dan ahli keluarga kerana banyak memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakanrakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar bumiputera aliran Teknik di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Kajian ini melibatkan 202 orang pelajar. Instrumen kajian yang telah digunakan adalah set soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian A digunakan untuk melihat latar belakang responden. Bahagian B pula untuk menjawab persoalan kajian yang dikemukakan iaitu melibatkan aspek kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus masa dan kemahiran membuat rujukan. Data yang diperoleh telah diproses menggunakan perisian SPSS versi 11.0 (Statistical Package For Social Science). Dapatan kajian dipersembahkan ke dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian menunjukkan kemahiran belajar yang diamalkan adalah di peringkat sederhana dengan nilai min purata 3.43. Ia adalah kemahiran mencatat nota dengan nilai min purata 3.72 diikuti kemahiran membuat rujukan dengan nilai min purata 3.70 kemahiran mendengar dengan nilai min purata 3.48, kemahiran mengurus masa dengan nilai min purata 3.43 dan seterusnya kemahiran membaca dengan nilai min purata 3.03. Berdasarkan hasil dapatan, dicadangkan agar gaya pembelajaran yang sesuai dikenal pasti pada setiap orang pelajar. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan kemahiran belajar di kalangan pelajar bumiputera khususnya. Kajian yang sama diharapkan dapat diteruskan dengan meluaskan skopnya agar keberkesanan pengamalan kemahiran belajar dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.

ABSTRACT

The purpose of descriptive research is to identify the learning skills among Bumiputera student of Technical student, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa. The samples comprised of 202. The research instruments that are used questionnaire that involve 2 sections. Section A was used to collect data on respondents background, whereas section B was used to answer to research question encompasses the aspect of reading skill, learning skill, taking note skill, time management skill and doing reference skill. The findings were analyzed using the SPSS (Statistical Package For Social Science) software version 11.0. The result were tabulated on percentages, frequencies and mean. The findings showed the Bumiputera student of technical have the medium average mean level of learning skills (3.43). That is taking note skill (3.72), followed by doing reference skill (3.70), listening skill (3.48), time management skill (3.43) and reading skills (3.03). Based on the result, it was suggested that suitable learning style should be identified for each student. Through the end of this study, a few recommendations were suggested for conscientious to improve the usage of learning skills among the student. It is hoped that there will other research on the same topic with a wider scope in order to see the effective usage of learning skills among Bumiputera student.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT HALAMAN KANDUNGAN BIBLIOGRAFI SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN

i ii iii iv v vi vii viii xii xii xiii xv

BAHAGIAN SATU

BAB 1

PENGENALAN

1.1 1.2 1.3

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah

1 3 7

ix 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 Amalan Kemahiran Belajar Pelajar Bumiputera 7 7 8 8 9 9 9 9 10

BAHAGIAN DUA KAJIAN LITERATUR

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Pengenalan Kemahiran Belajar Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar Kemahiran Mencatat Nota Kemahiran Pengurusan Masa Kemahiran Membuat Rujukan

11 12 15 17 19 22 24

BAHAGIAN TIGA

x OBJEKTIF PENYELIDIKAN

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi Kajian Lokasi Kajian Instrumen Kajian Kajian Rintis Prosedur Kajian Analisis Data

26 26 27 27 28 30 31 32

BAHAGIAN EMPAT PENGUMPULAN DATA

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Latar Belakang Responden 4.2.1 4.2.2 4.2.3 Jantina Umur Pendapat Responden Mengenai Kepentingan Kemahiran Belajar 4.2.4 Penglibata RespondenDalam Ceramah Atau Seminar Mengenai Kemahiran Belajar 4.2.5 Pendapat Responden Mengenai Keberkesanan

33 33 34 34

35

35

xi Kemahiran Belajar Yang Diamalkan 4.2.6 Analisis Bahagian B 4.2.6.1 Persoalan Kajian Pertama 4.2.6.2 Persoalan Kajian Kedua 4.2.6.3 Persoalan Kajian Ketiga 4.2.6.4 Persoalan Kajian Keempat 4.2.6.5 Persoalan Kajian Kelima 4.2.6.6 Keputusan Skor Min bagi Setiap Persoalan Kajian 53 36 37 38 41 44 47 50

BAHAGIAN LIMA DAPATAN DAN PERBINCANGAN

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 Pengenalan Rumusan Perbincangan Hasil Dapatan 5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 5.3.5 5.3.6 5.3.7 5.4 Demografi Responden Keseluruhan Persoalan Kajian Persoalan Kajian Pertama Persoalan Kajian Kedua Persoalan Kajian.Ketiga Persoalan Kajian Keempat Persoalan Kajian Kelima 54 55 57 57 58 58 60 62 65 67 69 70 70 71 71

Cadangan 5.4.1 5.4.2 Kepada Guru Kepada Pelajar

5.5 5.6

Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

xii

BAHAGIAN ENAM SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

Senarai Dokumen Rujukan

72

BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A Lampiran B Lampiran C

Borang Soal Selidik Kebolehpercayaan soal selidik Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

80 90 92

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Bilangan Pelajar Melayu aliran Teknik di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa 27 28 29 29 32 32

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4.1

Taburan item dalam soal selidik mengikut persoalan kajian Pemeringkatan Skala Lima Mata Klasifikasi penilaian persoalan kajian Statistik yang digunakan dalam analisis data Pengubahsuaian pemeringkatan Skala Lima Mata Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina

34

4.2

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur 34

4.3

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut pendapat mengenai kepentingan kemahiran belajar 35

4.4

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut penglibatan dalam seminar atau ceramah mengenai kemahiran belajar 35

4.5

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut pendapat mengenai keberkesanan kemahiran belajar yang diamalkan 36

4.6

Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min bagi kemahiran membaca 38

4.7

Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min bagi kemahiran mendengar 41

4.8

Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

xiv bagi kemahiran mencatat nota 4.9 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min bagi kemahiran mengurus masa 4.10 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min bagi kemahiran membuat rujukan 4.11 Keputusan skor min bagi persoalan kajian 50 53 47 44

xv

SENARAI SINGKATAN

SPSS TP JJ KK K SK SMTPC SPM PMR KPM f % No.

Statistical Package For The Social Sciences Tidak Pernah Jarang-jarang Kadang-kadang Kerap Sangat Kerap Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa Sijil Pelajaran Malaysia Penilaian Menengah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Kekerapan Peratus Nombor

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pembelajaran ialah satu bidang penting di dalam perkembangan psikologi setiap pelajar. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Oleh itu, belajar adalah satu proses dan ia memerlukan kemahiran untuk memilih kaedah yang tepat serta baik bagi membolehkan kita mengendalikan proses tersebut. Tanpa kemahiran yang baik, belajar menjadi sesuatu yang membosankan dan membebankan. Ini sudah tentu akan menghalang usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan suatu kombinasi berbagai-bagai kaedah dan kemahiran belajar. Tidak timbul soal bahawa sesuatu cara itu lebih sempurna dan lebih baik daripada kaedah yang lain. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana dan masa tertentu. Mengikut Siti Hawa (1989), teknik atau kaedah belajar bermaksud belajar dengan cepat dengan menggunakan tenaga yang minimum untuk memperoleh hasil yang maksimum. Kajian ini telah meninjau cara-cara atau kemahiran pembelajaran yang diamalkan di kalangan pelajar bumiputera aliran teknik tingkatan empat Sekolah

2 Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan. Kajian ini perlu dijalankan memandangkan isu-isu seperti kelemahan pelajar dalam pembelajaran masih diperkatakan atau masih lagi dipersoalkan.

Dalam hal ini, kemahiran belajar yang betul merupakan antara aspek yang paling penting dalam proses pembelajaran. Ini adalah kerana jika pelajar belajar dengan menggunakan teknik yang betul, pasti ia akan dapat membantu meningkatkan prestasi akademiknya. Pencapaian yang rendah tidak bererti seseorang pelajar itu lemah, kemungkinan dia tidak pernah diberi panduan atau tunjuk ajar serta pendekatan mengenai cara belajar yang berkesan. Antara kemahiran belajar yang akan dikaji di dalam kajian ini ialah kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran mengurus masa.

3 1.2 Latar Belakang Masalah

Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik. Berikutan dengan itu pada tahun 1968, kerajaan telah membina sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Selepas tahun 1979 iaitu pada tahun 1989, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut menyenaraikan Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Mata pelajaran yang di tawarkan di bawah rancangan KBSM terbahagi kepada dua iaitu kumpulan teras dan kumpulan elektif. Bagi mata pelajaran teknikal, turut disenaraikan di bawah mata pelajaran elektif kumpulan dua iaitu kumpulan vokasional dan teknologi. Antara mata pelajaran yang ditawarkan adalah prinsip akaun, ekonomi asas, perdagangan, sains pertanian, ekonomi rumah tangga, matematik tambahan, pengajian kejuruteraan jentera, pengajian kejuruteraan awam, pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik, lukisan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan.

Dalam tahun 1962, sekolah ini bertukar menjadi Sekolah Menengah Lanjutan Kampung untuk menerima pelajar yang telah tamat darjah enam sekolah rendah. Pembelajaran mengambil masa selama tiga tahun dan pelajar seterusnya akan menjalani peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1968 sekali lagi perubahan berlaku iaitu dari Sekolah Menengah Lanjutan Kampung menjadi Sekolah Menengah Vokasional yang menerima pelajar lepasan SRP di mana pada akhir kursus pelajar dikehendaki mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikutan dengan perubahan sistem dan kurikulum yang dilaksanakan pada tahun 1987, pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik semasa peperiksaan akhir tingkatan empat akan diserapkan ke tingkatan lima aliran vokasional dan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Sebaliknya, pelajar yang lemah pula akan diserapkan ke aliran kemahiran dan mengambil Peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat asas anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Penstrukturan semula sekolah vokasional seluruh negara pada tahun 1995 menyebabkan semua sekolah vokasional menjadi sekolah menengah teknik dalam tiga fasa iaitu Aliran Teknik, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.

4 Untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi akademik pelajar, guru-guru telah dihantar untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisme perguruan di institusi dalam negeri dan ke luar negara seperti Australia, Jepun, Korea, New Zealand dan India. Namun begitu tugas untuk meningkatkan prestasi akademik bukannya terletak di bahu pihak sekolah dan guru sahaja malah yang paling penting ialah usaha dan tindakan yang dilakukan oleh pelajar tersebut di samping mendapat bimbingan dari guru. Salah satu faktor yang mempengaruhinya ialah faktor persekitaran.

Jadual 1.1 : Bilangan pelajar me ngikut gred bagi mata pelajaran teras SPM 2002 Mata Pelajaran Bilangan Dan Peratus 1A Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Sejarah Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%) Matematik Bil (%) 21 21.0 0 0.0 9 9.0 3 3.0 51 51.0 2A 28 18.9 1 0.7 28 18.9 11 7.4 12 8.1 3B 31 20.9 2 1.4 48 32.4 14 9.5 13 8.8 4B 30 20.3 5 3.4 33 22.3 25 16.9 11 7.4 5B 20 13.5 8 5.4 22 14.9 41 27.7 8 5.4 6B 8 5.4 12 8.2 6 4.1 28 18.9 14 9.5 7D 9 6.1 60 40.8 0 0.0 17 11.5 25 16.9 8E 1 0.7 45 30.6 1 0.0 9 6.1 13 8.8 Cemerlang Kepujian Kepujian Lulus

Sumber : Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa (2002)

Jadual 1.1 menunjukkan peratusan pelajar mengikut gred bagi mata pelajaran teras Sijil Pelajaran Malaysia 2002. Seramai 148 orang pelajar aliran teknik dan 183 orang pelajar aliran vokasional menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) pada tahun 2002. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah

5 seramai 49 orang (39.9%). Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris jumlah pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah hanya seorang (0.7%). Mata pelajaran Pendidikan Islam pula menunjukkan pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah seramai 37 orang (27.9%). Dalam mata pelajaran Sejarah, pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah seramai 14 orang (10.4%). Bagi mata pelajaran Matematik, pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah seramai 63 orang (59.8%). Keseluruhan didapati peratusan pelajar yang mendapat gred cemerlang adalah berada pada tahap sederhana sahaja iaitu 59.1%. Contoh analisis peperiksaan yang ditunjukkan dalam jadual 1.1 sebelah menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai peluang sama ada untuk lulus atau gagal dalam peperiksaan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecemerlangan atau kegagalan mereka. Salah satu faktor yang mempengaruhinya ialah strategi pembelajaran yang mereka amalkan.

Dalam Utusan Malaysia (2001), Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengutarakan pandangan seorang ahli sains yang bernama Gregor Johann Mendel di dalam hujah beliau untuk menghubungkaitkan antara faktor keturunan dengan pencapaian sesuatu kaum di dalam buku beliau The Malay Dilemma. Sungguh radikal tetapi mengundang minda kita untuk berfikir dan begitu intelektual. Di antara lain beliau menulis, Hari ini, peluang seseorang manusia untuk mempelajari sesuatu ilmu adalah begitu luas, tetapi kemampuan mereka berbeza-beza, bergantung kepada had-had seseorang itu. Katanya lagi, Yang pastinya, terdapat mereka yang dapat menyerap lebih banyak ilmu daripada orang lain. Perbezaan ini nampaknya seperti karakter keturunan. Oleh kerana faktor keturunan ini, beliau mengatakan bahawa persekitaran seseorang itulah yang memainkan peranan sangat penting di dalam membentuk diri, keluarga dan bangsanya. Ini adalah kerana, selain daripada faktor keturunan, faktor persekitaran adalah satu faktor terpenting di dalam perkembangan fizikal, mental dan psikologi manusia. Sungguhpun kenyataan Tun Dr. Mahathir lebih menyeluruh, tetapi ia sangat relevan di dalam membincangkan isu akademik pelajar Melayu hari ini.

6 Kajian yang dijalankan oleh Siti Hawa (1987) mendapati sebanyak 42.67% pelajar telah mengenal pasti bahawa teknik belajar merupakan salah satu masalah akademik yang mereka alami. Ini menunjukkan teknik belajar merupakan keperluan asas pelajar. Sebenarnya, ilmu atau kajian mengenai kemahiran belajar berkesan memang sudah lama wujud. Malangnya ramai pelajar menggunakan cara yang diamalkan secara percubaan dan pengalaman, malahan pelajar berkebolehan amat tinggi pun tidak menyedari dan mengetahui cara pembelajaran berkesan. Kemahiran yang khusus diperlukan untuk memastikan kita mengumpul maklumat yang betul serta setimpal dengan usaha dan masa yang digunakan. Kita hanya akan dapat memanfaatkan sumber-sumber itu sekiranya kita tahu cara yang betul dan efektif untuk mendapatkan maklumat. Pelajar-pelajar sekolah pada hari ini merupakan generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal menjadi tonggak utama kepada negara dalam memastikan negara kita agar terus kekal dan maju. Memandangkan kemahiran belajar memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pembelajaran, maka ia sudah tentu mempengaruhi keputusan peperiksaan seseorang pelajar. Menurut Rashid (1999), ramai pelajar yang telah gagal mengakui kurang pengetahuan dalam kemahiran belajar sebagai punca utama kegagalan dalam peperiksaan.

Permasalahan kecemerlangan akademik pelajar khususnya pelajar Melayu telah lama dikenal pasti. Dalam Utusan Malaysia (2001), Tokoh Guru Kebangsaan 1998 iaitu Datuk Dr. Yahya Ibrahim menyatakan beberapa orang pelajar Cina dan India mencapai kecemerlangan akademik bersepakat mengatakan bahawa faktor kejayaan mereka dalam peperiksaan adalah mengamalkan kemahiran belajar yang betul dan tahu membezakan keutamaan apabila berada di bangku persekolahan hingga ke universiti. Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Datuk Dr. Isahak Harun pula menyatakan di Universiti Malaya umpamanya, jumlah pelajar Cina yang mendapat kelas pertama sekitar 150 orang setahun tetapi pelajar Melayu cuma sepuluh peratus daripada bilangan itu. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran belajar itu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seorang pelajar dalam pelajaran. Dengan kemahiran belajar, seseorang individu dapat membaca, mendengar, mencatat nota, mengurus masa dan membuat rujukan dengan baik (Esah, 2002).

7 Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Samad Hadi dalam Utusan Malaysia, (2001) ketika membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Senario Semasa Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa Kolokium Kemajuan Akademik Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini, katanya gaya berfikir pelajar Melayu dan bukan Melayu berbeza. Menurut beliau lagi, satu kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian dan renungan. Sementara pelajar Cina pula lebih banyak menggunakan strategi belajar eksperimen aktif dan pengalaman konkrit. Kebanyakan punca kelemahan pelajar Melayu ialah tidak pandai untuk meletakkan keutamaan dalam melakukan sesuatu gerak kerja dan aktiviti.

Prof. Datuk Awang Had Salleh pernah mengutarakan kajian beliau di dalam buku Pemikir (Julai-September 1996). Beliau mengutarakan pencapaian graduan bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera pada tahun 1983 dan 1995. Jika diteliti, kesimpulan-kesimpulan yang telah diberikan, hampir sama sahaja sejak dulu lagi, begitu stereotaip dan terasa begitu normal di dalam mengklasifikasikan bangsa Melayu itu sendiri. Kesimpulan yang stereotaip dan sama ini turut menimbulkan persoalan iaitu apakah ketidakmampuan pelajar-pelajar Melayu ini merupakan satu tradisi yang tidak mampu diubah oleh bangsa Melayu? Kenyataan ini dipetik dari Utusan Malaysia (2000).

1.3

Pernyataan Masalah

Penyelidik telah menetapkan bahawa kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar bumiputera khususnya pelajar Melayu di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan dalam pembelajaran mereka. Aspek kemahiran belajar yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus masa dan kemahiran membuat rujukan

8 1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang telah dijalankan adalah ; a. Mengenal pasti tahap kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. b. Mengenal pasti tahap kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. c. Mengenal pasti tahap kemahiran mencatat nota yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. d. Mengenal pasti tahap kemahiran mengurus masa yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. e. Mengenal pasti tahap kemahiran membuat rujukan yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang telah dijalankan adalah : a. Apakah tahap kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka? b. Apakah tahap kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka? c. Apakah tahap kemahiran mencatat nota yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka? d. Apakah tahap kemahiran mengurus masa yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka? e. Apakah tahap kemahiran membuat rujukan yang diamalkan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka?

Anda mungkin juga menyukai