Anda di halaman 1dari 6

PENGACARA TENTATIF TEKS PENGACARA CATATAN

(menanti Sebelum majlis dimulakan, mohon semua hadirin untuk memberikan


ketibaan tetamu perhatian atas perkara-perkara yang berikut:
kehormat) 1. Mohon hadirin untuk mematikan telefon bimbit atau meletakkannya
dalam mod senyap ketika majlis ini berlangsung.
2. Mohon hadirin untuk tidak meninggalkan auditorium apabila majlis
ini bermula sehingga berakhirnya majlis pada hari ini
3. Segala kerjasama dan perhatian anda amat kami hargai. Harap
maklum dan terima kasih.
Perarakan Hadirin yang dikasihi, -Pengacara
masuk Mengumumkan ketibaan Srikandi Yang Dirai, Yang Berusaha Cik Selesai baru
Selawat Hajah Norziah binti Aziz (Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik) mula selawat
bersama tetamu-tetamu kehormat dengan iringan selawat ke Majlis
Seharum Kasih Seluhur Budi, Sekolah Seni Malaysia Johor.
Dipersilakan.
Asma Ul Husna Mohon hadirin untuk berdiri dan bersama-sama membacakan Asma Ul
Husna dan Doa Qunut Nazilah. Dipersilakan.
(Asma Ul Husna)
(Doa Qunut Nazilah)
Hadirin dipersilakan duduk.
Khatam Al- Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Bersempena Majlis Seharum Kasih Seluhur Budi yang indah bersejarah
Quran
di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama
mendengarkan bacaan suci Al-Quran menerusi Khatam Al-Quran oleh
warga Sekolah Seni Malaysia Johor. Dipersilakan
(video Rahman)
(Khatam Al, Quran)
Demikianlah tadi bacaan suci Al-Quran yang telah dijayakan oleh
murid-murid tingkatan Lima dan barisan pentadbir, guru-guru serta para
jurulatih seni, Sekolah Seni Malaysia Johor.
Kata alu-aluan Pergi bersiar di Padang Kota,
Udaranya nyaman di malam hari
Lembaran bersua di ruangan mata,
Alamat takzim salam diberi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,


selamat sejahtera, salam 1Suara 1Budaya dan salam Pewaris Budaya
Bangsa ,kepada:

YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Diraikan,

1
Srikandi Sekolah Seni Malaysia Johor,
YANG BERUSAHA,
CIK HAJAH NORZIAH BINTI AZIZ,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

YANG DIHORMATI,
EN ZAIRULRIZAL BIN ZAINAL
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Seni Malaysia
Johor.

Yang Dihormati Pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Sukan dan


Seni (BPSS), Kementerian Pendidikan Malaysia, dif-dif jemputan,,
barisan jurulatih kesenian, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta
putera puteri Sekolah Seni Malaysia Johor yang dikasihi. Selamat
datang ke MAJLIS SEHARUM KASIH, SELUHUR BUDI.
Alu aluan Terbang Melayang si anak kedidi
Tersenyum kenari berteman merpati
Buat hajah
Bonda tersayang menabur budi
Norziah Kami di sini meraih bukti

Hadirin yang dikasihi, majlis yang penuh bermakna pada hari ini
diadakan khas bersempena dengan Majlis Persaraan Penolong Kanan
Pentadbiran dan Akademik, Sekolah Seni Malaysia Johor, iaitu Yang
Berusaha Cik Hajah Norziah binti Aziz. Sesungguhnya banyak jasa dan
bakti yang telah beliau tinggalkan khususnya sepanjang perkhidmatan
beliau sebagai pendidik di Sekolah Seni Malaysia Johor ini.

Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang;


Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang

Persembahan Maka majlis hari ini akan disajikan dengan himpunan persembahan
murid daripada anak-anak Sekolah Seni Malaysia Johor. Rangkaian
persembahan istimewa ini bakal menampilkan puisi karya Puteri Mas
Aisyah yang disampaikan sendiri oleh beliau dan disusuli pula
persembahan daripada bidang seni muzik dengan rangkaian beberapa
buah lagu serta persembahan bidang seni teater yang bertajuk Bunga
Kecil dari Korea. Dengan itu, majlis mempersilakan.
(persembahan selesai)
Demikianlah tadi persembahan murid-murid Sekolah Seni Malaysia
Johor yang turut dijayakan oleh alumni Sekolah Seni Malaysia Johor
iaitu Cik Diana Adha binti Mohamad Abid yang sedang menuntut di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tahun ketiga dalam jurusan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik). Terima kasih diucapkan.
Bacaan doa Muslimin dan muslimat yang dikasihi,
Majlis seterusnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Abd Hadi

2
bin Abdullah untuk mengetuai bacaan doa sempena Majlis Seharum
Kasih Seluhur Budi pada hari ini. Majlis mempersilakan.
(Bacaan Doa)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Al-Fadhil Ustaz Mohd Abd Hadi bin Abdullah atas bacaan doa
sebentar tadi.
UCAPAN BPSS Warga dewan yang dimuliakan,
Bagi meneruskan majlis pada hari ini, dijemput
YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
(ucapan BPSS)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia
atas ucapan sebentar tadi.
MULTIMEDIA TAYANGAN MULTIMEDIA HAJAH NORZIAH
Ucapan Hajah Kain berlipat dalam istana,
Norziah Pakaian puteri raja kayangan
Sepatah nasihat ilmu berguna
Secubit budi jadi kenangan.

Kini, Majlis dengan takzimnya menjemput Srikandi Yang Dirai lagi


dikasihi, Yang Berusaha Cik Hajah Norziah Binti Aziz, Penolong Kanan
Pentadbiran Dan Akademik, Sekolah Seni Malaysia Johor untuk
menyampaikan amanat terakhir, bicara dari hati buat seluruh warga
Sekolah Seni Malaysia Johor pada hari ini. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.
(ucapan hajah)
Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Jemput BPSS ke Majlis sekali lagi mempersilakan


pentas YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah

3
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk bersama-sama Srikandi Yang Dirai Yang Berusaha Cik Hajah
Norziah Binti Aziz bagi meneruskan majlis pada hari ini
Intro Jasamu dikenang
cenderamata Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Itulah yang boleh kita coretkan melalui kata-kata atas segala bakti ilmu
dan kepimpinan yang telah dicurahkan oleh Yang Berusaha, Cik Hajah
Norziah Binti Aziz sejak 16 Mei tahun 1989 sehingga ke hari
bersejarah, hari ini, tanggal 23 Mei 2019 yang menjadi hari terakhir
beliau berkhidmat sebagai seorang guru. Ternyata Sekolah Seni
Malaysia Johor destinasi kedua dan terakhir unrtuk sejarah
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan. Sesungguhnya jasa
beliau tidak ternilai harganya.Terima kasih hajah.
Gimik Pembawa (Gimik untuk pembawa cenderamata masuk ke tengah pentas dan
dulang tunduk)
Cenderamata Tudung bukan sebarang tudung,
Tudung saji sudah terbilang;
Untung bukan sebarang untung,
Untung berbudi nama dikenang.

Dengan ini, majlis dengan hormat takzimnya menjemput


Srikandi Yang Dirai, Yang Berusaha Cik Hajah Norziah Binti Aziz,
untuk sudi menerima cenderamata kenang-kenangan daripada warga
Sekolah Seni Malaysia Johor. Mempersilakan penyampaian
cenderamata ikhlas daripada :
Wakil Putera dan Puteri, Anak-anak Sekolah Seni Malaysia Johor
Wakil Anggota Kakitangan Pelaksana
Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Wakil KEBIRU
Wakil KOPERASI Sekolah Seni Malaysia Johor
Wakil Unit Bimbingan dan Kaunseling
Wakil Bidang Bahasa

Wakil Bidang Sains dan Matematik

Wakil Bidang Sains Kemasyarakatan & Teknik Vokasional

Wakil Bidang Seni Tari

Wakil Bidang Seni Teater

Wakil Bidang Seni Muzik

Wakil Bidang Seni Visual

Barisan Guru Kanan Matapelajaran Akademik


4
dan Ketua Bidang Seni
Barisan Penolong-Penolong Kanan
Wakil bagi seluruh warga Sekolah Seni Malaysia Johor
Cenderamata Majlis diteruskan dengan mempersilakan
BPSS YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk menyampaikan cenderamata istimewa dari Bahagian Pendidikan
Sukan dan Seni (BPSS), Kementerian Pendidikan Malaysia
kepada,
Srikandi Yang Dirai,
YANG BERUSAHA,
CIK HAJAH NORZIAH BINTI AZIZ,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
Dipersilakan.
Terima sijil Seterusnya dipersilakan
persaraan YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia.
untuk menyampaikan SIJIL PERSARAAN kepada,
Yang Dirai
Srikandi Sekolah Seni Malaysia Johor,
YANG BERUSAHA,
CIK HAJAH NORZIAH BINTI AZIZ,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
Sekolah Seni Malaysia Johor. Dipersilakan.
Cenderamata Sebagai tanda terima kasih warga Sekolah Seni Malaysia Johor
kepada tetatmu kehormat yang sudi ke
untuk VIP
Majlis Seharum Kasih Seluhur Budi ini, dengan ini
Majlis mempersilakan
YANG BERUSAHA,
CIK HAJAH NORZIAH BINTI AZIZ,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
Sekolah Seni Malaysia Johor

Untuk menyampaikan cenderamata kepada,


YANG BERUSAHA,
ENCIK SUHAIMI SUN BIN ABDULLAH
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan dan Penyelarasan
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni (BPSS)
5
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.
Lagu sekolah Sebelum kita mengakhiri majlis kita pada hari ini, dipersilakan hadirin
bangun untuk menyanyikan lagu sekolah, Dipersada Sekolah Seni
Malaysia Johor. Dipersilakan.

Murid dan Pohon redang buah bidara,


Pohon pedada buah meranti
bangun untuk
Yang genap usia akan bersara,
pergerakan Budi tak lupa sampai ke mati.
salam dan
Bingka diletak dalam talam,
lambaian. Buat jamuan Dato Penghulu
Jika rindu kukirim salam
Kubisik rindu di angin lalu

Hai berkayuh ke Sungai Panjang


Di sana urusan berhari-hari
Minta doa umur panjang
Kalau berjumpa terkenang lagi.

Dipersilakan murid-murid dan guru-guru bergerak untuk bersalaman


dengan Yang Berusaha Cik Hajah Norziah binti Aziz.
Dengan terciptanya bibit-bibit terakhir warga Sekolah Seni Malaysia
Johor bersama bonda yang dikasihi ini, maka berakhirlah majlis kita
pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Akhir kata,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, selamat sejahtera,
salam 1Suara 1Budaya dan salam pewaris budaya bangsa
Dipersilakan
Yang berusaha,
Cik Hajah Norziah binti Aziz
dan Tetamu Kehormat untuk menuju ke ruang utama sebagai simbolik
lambaian terakhir kepada seluruh warga Sekolah Seni Malaysia Johor.
Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai