Anda di halaman 1dari 1

7.

0 REFLEKSI Sepanjang pelaksanaan program Seminar Guru Inovatif dan Bengkel Interaksi Bersama Guru Cemerlang tersebut banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya ialah ketika pengurusan bagi menjalankan seminar tersebut. Pada semester ini kami telah menjalani praktikum fasa 2 selama 2 bulan dan pada masa yang sama juga tugasan bagi BIG fasa 6 ini harus dilaksanakan beberapa minggu selepas kami tamat menjalani praktikum. Apa yang dapat saya perhatikan disini, peruuntukkan masa yang cukup adalah penting memastikan ianya berjalan dengan lancar di mana setiap ahli haruslah memainkan peranan masingmasing berdasarkan AJK yang telah dilantik Justeru pengurusan masa yang bijak adalah perlu sebagai seorang guru pelatih begi memastikan setiap tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama juga berdasarkan seminar dan bengkel yang telah dijalankan banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Antaranya, sebagai seorang guru kita haruslah senantiasa bersedia untuk menghadapi suasana sebenar di sekolah pada masa akan datang kelak. Setiap ilmu haruslah dicari. Contohnya , bidang major saya ialah Reka Bentuk dan Teknologi. Saya tidak seharusnya hanya tertumpu kepada bidang tersebut, sebaliknya saya perlu mencari pengetahuan lebih daripada itu. Ini kerana seorang guru merupakan panduan kepada murid-murid dan murid-murid mengganggap guru itu sebagai buku rujukan kepada mereka apabila timbul persoalan dalam diri mereka mengenai apa-apa perkara yang bersangkutan dengan apa-apa mata pelajaran yang ada disekolah mahupun di luar sekolah. Tambahan juga, sebagai seorang guru pelatih, kita haruslah peka terhadap isu-isu semasa dan bijak mengharungi perubahan terutama dalam dunia pendidikan. Pada masa kini, KBSR telah digantikan KSSR. Sebagai seorang guru keluaran PISMP, saya berharap pada masa akan datang, saya akan cuba untuk mengatasai segalamkelemahan yang ada dengan bijak. Ramai guru yang mengeluh disebabkan kekangan yang ada. Bagi saya, kekangan itu hanyalah tembok pemisah antara matlamat dan usaha. Justeru sungguh-sungguh itu yang menjadi jentolak yang bakal meruntuhkan tembok tersebut. Akhir sekali saya berharap pada masa akan datang saya hanya tidak berpegang kepada kata-kata semata-mata. Malah saya akan cuba dengan bersungguh untuk memeperjuangkan profesion yang telah saya ceburi ini.

Anda mungkin juga menyukai