Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni dan EMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Jangkaan Terhadap

Pembangunan Modal Insan. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Prasekolah, saya yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetahuan, kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Prasekolah, pembangunan modal insan boleh dicapai. Selain itu, hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ialah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Ini pasti dapat dicapai dengan adanya rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran serta dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dan meningkatkan daya pengeluarannya. Ini dapat dilihat dari segi potensi dan bakat murid. Tugas guru pula ialah mengesan bakat murid dan mengasah bakat mereka supaya ianya tidak disia-siakan. Terdapat banyak Institut Kemahiran untuk pelajar yang berpotensi di dalam sesebuah bidang. Contohnya seni rekaan. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupaya untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita untuk memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu daripada matlamat pendidikan.

Rujukan 1. Ahmad Sunawari Long (2006). Sejarah Falsafah. Dimuat turun dari http://www.ukm.my/penerbit/f746-3.htm 2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 3. Mohd. Azhar Abd. Hamid, Muhammed Fauzi Othman, Zainudin Hassan dan Othman A. Kassim. Pendidikan Bukan Formal (PBF) Di Malaysia : Cabaran Dan Hala Tuju Wawasan 2020. Dimuat turun dari http://eprints.utm.my/2287/1/PENDIDIKAN_BUKAN_FORMAL_DI_MALAYSIA.pdf 4. Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah dan Amirmudin Bin Udin. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Dimuat turun dari http://eprints.utm.my/14917/1/Implikasi_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_dalam_Pendidikan_Teknik _dan_Vokasional_di_Malaysia-eprint2.pdf

5. My Government Portal Rasmi Kerajaan Malaysia. Pendidikan Sekolah Menengah. Dimuat turun dari http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Education%20and%20Learning/Citizen/Secondar ySchool/Pages/SecondarySchool.aspx 6. Penerbit USM (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007). Dimuat turun dari http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php 7. Wandy Definite. Guru Merealisasikan Matlamat Pendidikan Negara. Dimuat turun dari http://wandy-infinity.blogspot.com/2010/10/guru-merealisasikan-matlamat-pendidikan.html 8. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Pendidikan Di Malaysia. Dimuat turun dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia 9. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Kategori : Pendidikan Prasekolah. Dimuat turun dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Pendidikan_Prasekolah 10. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Pendidikan Rendah. Dimuat turun dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_rendah 11. Zaini Bin Abdullah, Mohmad Noor Bin Mohmad Taib, Ikhsan Bin Othman, Norila Binti Md Salleh, Abu Bakar Bin Yusuf dan Abdul Talib Bin Mohamed Hashim, Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai