Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2011/2012

HPA 104 ETIKA DAN MASYARAKAT LESTARI SOALAN: Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup dan selepas mereka meninggal dunia. NAMA: NOOR HAFFIESZA BINTI AHMAD NO KAD PENGENALAN: 910217-08-6064 NO MATRIK: 110270 TUTORIAL: KHAMIS (10.00-11.00 PG)

NAMA PENSYARAH: DR.RATNA ROSHIDA ABD RAZAK

Page 1

ISI KANDUNGAN
BIL 1 PERKARA/TAJUK
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA 1.0-Pengenalan 2.0-Cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup 3.0-Cara berbakti kepada ibu bapa selepas mereka mereka meninggal dunia 4.0-Kesimpulan

MUKA SURAT

1 1-3 3-5 5-6

Rujukan

Page 2

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SEMASA MEREKA HIDUP DAN SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA.

1.0

PENGENALAN

Ibu bapa adalah anugerah paling berharga dan bernilai kepada setiap orang anak di atas muka bumi ini.Tanpa ibu bapa sudah pasti kita tidak berada di atas muka bumi yang dicipta dengan begitu indah untuk diimarahkan oleh manusia yang disandarkan sebagai khalifah.Tetapi adakah kita sebagai seorang yang bergelar anak mengetahui pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa untuk membesarkan anak-anak.Adakah kita pandai mensyukuri setiap kasih sayang dan belaian manja ibu bapa setelah kita meningkat dewasa.Persoalan ini yang sering diutarakan oleh banyak pihak untuk mempertikaikan sikap dan tingkah laku anak-anak yang boleh dikatakan semakin meruncingkan seakan-akan ibu bapa kini sudah tidak mempunyai makna bagi mereka terutamanya yang bergelar seorang yang berjaya dalam sekelip mata.Tiada tolok bandingnya pengorbanan ibu bapa jika kita sebagai seorang anak masih ingin mempertikaikan semua itu dan percayalah bahawa semua pengorbanan dan penat lelah itu tidak mungkin berbalas oleh apa pun di atas muka bumi yang fana ini.Seharusnya kita sebagai anak yang soleh dan solehah mengetahui cara untuk berbakti kepada mereka sama ada masih hidup dan setelah mereka meninggal dunia.Hal ini memerlukan penelitian dan tanggungjawab serta komited yang tinggi daripada anak-anak terhadap ibu bapa masing-masing.

2.0

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SEMASA MEREKA HIDUP

Cara pertama yang dapat dilakukan oleh kita sebagai anak-anak ialah memuliakan mereka dalam segala kebajikan dan urusan.1Ibu bapa sudah pasti tidak berharap segala kasih sayang dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada anak-anak dibalas kembali.Tetapi kita yang inginkan kebahagiaan mereka sudah pasti mengharapkan hal dan perkara yang terbaik agar kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat terjamin.Kita seharusnya sebagai anak tahu kembali membalas jasa mereka dan tidak perlulah sehingga

http://www.cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup dan selepas mereka meninggal dunia.my, Tarikh diambil pada:10 Oktober 2011

Page 3

mereka mempersoalkan dikemudian hari tentang tanggungjawab anda.Kita seboleh-bolehnya harus mencuba melakukan yang terbaik kerana kita perlu sentiasa beringat bahawa tiada ibu bapa kedua selain ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita sedari kecil.Kita perlulah sentiasa beristiqamah dalam berbuat ihsan kepada ibu bapa agar mereka mendapat kualiti hidup yang sempurna semasa hayat.Tidak perlulah kita mempersoalkan cara untuk membuat hidup mereka berkualiti tetapi cukuplah sekadar mereka merasa sedikit kebahagiaan di dalam kehidupan mereka.Sebenarnya yang perlu diketahui bahawa ibu bapa tidak mahu anak-anak bersusah-payah demi mereka,tetapi sebagai yang tahu mengenang jasa apa salahnya berkorban sedikit untuk orang yang begitu penting disebalik kejayaan yang mungkin telah kita capai dan inginkan.Oleh itu,anak-anak haruslah sentiasa mendahulukan dan memuliakan ibu bapa dalam apa jua urusan agar kita beroleh rahmat daripada Allah SWT kelak.

Selain itu,kita sebagai anak-anak yang baik perlulah sentiasa menggembirakan hati ibu bapa2 dan janganlah sesekali membuat mereka terasa hati atas apa sahaja tingkah laku dan perlakuan kita.Perlulah diketahui oleh anak-anak bahawa raut wajah kita memberi 1001 kesan kepada ibu bapa sama ada yang menggembirakan ataupun menyedihkan mereka.Oleh itu,kita perlulah sentiasa berhati-hati ketika berhadapan dengan mereka ini agar setiap perbuatan kita tidak menyinggung perasaan mereka sama sekali.Kita haruslah sentiasa memberi senyuman,bermanis muka dan memandang mereka dengan penuh kasih sayang agar iktan antara anak dan ibu bapa semakin hari semakin erat.Tidak timbul sebarang syakwasangka dan perasaan tersinggung antara kedua belah pihak sama ada si ibu bapa mahupun si anak.Nabi Muhammad SAW juga telah memberi beberapa panduan kepada kita untuk diikuti dan dipraktikkan dalam kehidupan harian.3Contohnya dilarang sama sekali berjalan mendahului ibu bapa,duduk sebelum ibu bapa dan sentiasa membiasakan diri untuk meminta izin dalam apa jua hal yang ingin atau akan dilakukan.Nescaya ibu bapa pasti merasa diri mereka lebih dihargai dengan cara sedemikian walaupun mereka tidak menginginkan perkara seperti itu.Jelaslah bahawa cara berbakti kepada ibu bapa ketika mereka masih hidup salah

http://www.ibu bapa kita.com.my Tarikh diambil pada: 11 Oktober 2011

http://www.cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup dan selepas mereka meninggal dunia.my, Tarikh diambil pada:10 Oktober 2011

Page 4

satunya ialah menggembirakan hati mereka dalam apa jua hal di dunia ini sebagai satu penghargaan yang paling besar daripada seorang anak.

Tambahan pula,kita sebagai anak-anak haruslah berusaha untuk memenuhi segala hasrat dan harapan ibu bapa.4Setiap ibu bapa di dunia ini sentiasa mendoakan agar anak-anak mereka berjaya di dalam hidup,menjadi anak yang soleh dan solehah serta tahu mengenang jasa.Tiada seorang pun daripada ibu bapa menginginkan kejahatan dan keburukan bagi anakanak mereka apatah lagi untuk mendoakan perkara yang tidak baik.Oleh itu,kita haruslah yakin bahawa doa ibu bapa kita akan sentiasa mengiringi kejayaan anak-anaknya.Sebagai anak yang tahu mengenang jasa apa salahnya berbuat sedikit kebaikan untuk mereka.Bagi mereka yang berkemampuan dan mempunyai pendapatan lebih,bolehlah memperuntukkan sedikit wang untuk menghantar ibu bapa menunaikan haji,sentiasa berhubung dengan mereka jika tinggal berjauhan walaupun cuma hanya sementara sahaja serta bagi mereka yang tinggal berjauhan dan tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung,hari rayalah menjadi pengerat antara anak dan ibu bapa dengan mengirimkan kad ucapan raya sebagai tanda ingatan.Selain itu,jika ibu bapa di kampong jatuh sakit,sebaik-baiknya anak-anak pulang untuk menjenguk keadaan mereka.Kadang-kadang sakit pening ibu bapa tidaklah seberapa tetapi lebih kepada merindui anak dan cucu yang telah lama tidak bersua.Mungkin dengan kehadiran anak cucu mempercepat proses kesembuhan ibu bapa di kampung halaman.Berbuat kebaikan kepada ibu bapa ganjarannya lebih besar daripada jihad fisabilillah seperti yang dijanjikan Allah.

3.0

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA

Cara yang dapat kita lakukan kepada ibu bapa setelah mereka meninggal dunia ialah kita menguruskan jenazah mereka dengan segera.5Kita haruslah menerima sesuatu kematian itu dengan reda dan sabar dan sebaik-baiknya tidak meratapi kematian tersebut kerana Islam telah memberi panduan bagaimana untuk menghadapi kematian orang yang

disayangi.Apabila berlaku kematian kepada orang yang disayangi seelok-eloknya kita menyegerakan
4

segala

urusan

yang

berkaitan

pengebumian.Kita

perlulah

Asyur Ahmad Isa,Berbakti kepada Ibu Bapa.1994,hlmn 143 http://www.tugas anak-anak kepada ibu bapa Tarikh diambil pada:11 Oktober 2011

Page 5

memandikan,mengkafankan,menyembahyangkan serta mengebumikan jenazah ibu bapa dengan segera.Sebaik-baiknya jika kita dapat membaca talkin kepada ibu bapa sebagai penghargaan terakhir kepada mereka.Sememangnya terdapat orang yang lebih arif dan berpengalaman dalam hal ini,tetapi tiada salahnya kita mempelajarinya lebih awal agar kita dapat melaksanakannya sendiri untuk ibu bapa.Kita pasti mendapat satu kepuasan jika kita sebagai anak-anak dapat menyempurnakan jenazah ibu atau bapa sendiri kerana telah banyak pengorbanan dilakukan kepada kita semasa hayat mereka. Selain itu,kita perlulah melunaskan segala hutang-piutang6 ibu dan bapa kita semasa hayat mereka yang tidak sempat dijelaskan.Hutang terbahagi kepada iaitu hutang harta benda dan hutang ibadat.Hutang ibadat perlulah diselesaikan dengan Allah SWT dengan segera contohnya solat ibu bapa yang tidak dapat dilaksanakan ketika mereka sakit.Seharusnya anak-anak membayar hutang tersebut mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oelh agama Islam.Bagi hutang harta benda pula,jika ibu bapa pernah terhutang dan belum berkesempatan membayarnya sehinggalah ajal menjemput mereka,anak-anak perlulah menyegerakannya.Kita perlulah bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang mungkin pernah ibu bapa terhutang dan cuba menjelaskannya.Jika hutang tersebut terlalu membebankan,cara yang terbaik adalah dengan berbincang dengan pihak tersebut secara diplomasi untuk mendapatkan persetujuan agar tempoh pembayaran boleh dilanjutkan.Hal ini agar ibu atau bapa kita tidak mendapat kesulitan di alam sana akibat hutang yang belum terlunas.Oleh itu,anak-anak perlulah mengambil inisiatif agar hutang-hutang ibu bapa dapat dilunaskan dengan segera.

Kita juga perlu meneruskan apa yang baik dan menghentikan apa yang buruk yang telah dilakukan oleh ibu bapa.7Semasa hayat ibu bapa sudah pasti mereka ada melakukan kebaikan dan keburukan yang tidak disedari oleh mereka dan kita haruslah bijak mengatur segala perkara tersebut.Contohnya jika bapa kita pernah bersedekah naskhah-naskhah Al Quran kepada masjid untuk pengajian disana,kita haruslah memastikan ia masih berada dalam keadaan baik dan memperbaiki lagi ke tahap yang lebih baik agar dapat dimanfaatkan oleh jemaah masjid.Bagi perkara yang buruk kita perlulah mencegahnya agar tidak
6

http://www.tugas anak-anak kepada ibu bapa Tarikh diambil pada:11 Oktober 2011 ManaSikana,Sayangkan Ibu Bapa,1982,hlmn 45

Page 6

berlanjutan contohnya jika semasa hayat ibu beliau ada bermasam muka dengan jiran tetangga seharusnya kita pergi memohon kemaafan bagi pihak ibu,Hal ini bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi buah mulut orang sekeliling apatah lagi setelah ibu kita tiada lagi di dunia ini.Kita juga dapat lebih mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga yang berkemungkinan tidak pernah terjalin semasa hayat ibu hanya kerana salah faham yang kecil.Jelaslah bahawa cara berbakti kepada ibu bapa setelah mereka tiada adalah dengan meneruskan segala kebaikan yang pernah dilakukan dan menghentikan segala keburukan.

Sebagai anak-anak yang inginkan syurga di akhirat sana,sudah pasti kita sentiasa akan mendoakan kesejahteraan ibu bapa setelah mereka tiada.8Setelah anak cucu adam meninggal dunia tiada amalan yang dibawanya kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang bermanfaat,amalan kebaikannya ketika hayat serta doa anak-anak yang soleh.Doa perlulah sentiasa diiringi kepada ibu bapa9 dan tidak perlulah menunggu ketika menziarah perkuburan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Qurban.Doa kita perlulah sentiasa diucapkan terutamanya dalam solat lima waktu yang dikerjakan.Ibu bapa pasti mendapat kebahagiaan apabila mengetahui anak-anak mereka tidak pernah melupakan mereka walaupun sudah tiada lagi.Nescaya doa anak-anak dapat membantu ibu bapa di alam sana dan kita sebagai anakanak juga pasti berharap agar arwah ibu atau bapa mendapat keharmonian dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Oleh itu,doa anak-anak merupakan cara atau kaedah yang terbaik untuk kembali berbakti kepada ibu bapa setelah mereka meninggal dunia.

4.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya,ibu bapa merupakan anugerah yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingannya jika ingin diganti posisinya oleh sesiapa pun didunia ini.Anak-anak perlulah bersikap rasional dan memikirkan bagaimana cara terbaik untuk berbakti kepada ibu bapa sebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka.Perlulah diketahui oleh anak-anak bahawa kita tidak dapat membalas jasa-jasa mereka tetapi kita boleh melakukan hal yang terbaik agar mereka merasa diri dihargai setelah bersusah payah membesarkan anak-anak.Tidak perlulah
8

http://www.ibu bapa anugerah terindah kepada anak-anak di dunia.edu.my Tarikh diambil pada:11 Oktober 2011 http://www.tugas anak-anak kepada ibu bapa Tarikh diambil pada:11 Oktober 2011

Page 7

anak-anak berasa satu bebanan apabila ibu bapa meminta pertolongan tetapi anggaplah itu merupakan salah satu cara kita berbakti kepada mereka dan ingatlah wahai semua yang bergelar anak di atas muka bumi ini bahawa ibu bapa bagaikan sebuah cahaya dalam kehidupan kita.Tanpa mereka kita pasti tidak akan berada di atas muka bumi yang fana ini dan menjadi khalifah yang mengimarahkan dunia ini.Jasa ibu bapa tidak ternilai dan dibawa sehingga akhir hayat kita dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT adakah kita mensyukuri setiap kebaikan yang diperolehi semasa hayat terutamanya anugerah ibu bapa dalam hidup ini.

Page 8

Rujukan
INTERNET
1. http://www.cara berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup dan selepas mereka meninggal dunia.my, Tarikh diambil pada:10 Oktober 2011 2. http://www.ibu bapa kita.com.my Tarikh diambil pada: 11 Oktober 2011 3. http://www.tugas anak-anak kepada ibu bapa Tarikh diambil pada:11 Oktober 2011 4. http://www.ibu bapa anugerah terindah kepada anak-anak di dunia.edu.my Tarikh diambil pada:11 Oktober 2011

BUKU
1. Asyur Ahmad Isa,Berbakti kepada Ibu Bapa,Dewan Bahasa dan Pustaka,1994 2. ManaSikana,Sayangkan Ibu Bapa,Dewan Bahasa dan Pustaka,1982 3. Nasution.Syahrin,Peranan Anak Terhadap Ibu Bapa,Fajar Bakti,1995 4. Muhamad Ismail Ahmad,Adab Terhadap Ibu Bapa,Sasbadi Production,1998 5. Abdul Wahid Baharon,Tanggungjawab Mengukuhkan Keluarga,1992,hlmn 89-101 Ibu Bapa dan Anak-Anak dalam

Page 9

Anda mungkin juga menyukai