Anda di halaman 1dari 9

HNS2013

TAMADUN MELAYU

KENEGARAAN

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN AT (59) PENDIDIKAN JASMANI

NAMA NO.MATRIX NO. I/C

: TG. MOHD TERMIZI BIN TG. IBRAHIM : D20112056420 : 901224-11-5295 MARK

HNS2013

PENGENALAN
Alam Melayu merupakan kawasan yang dikenali sebagai Nusantara. Yang mana ianya merujuk kepada Negara-negara yang berada di asia Tenggara seperti Kepulauan Indonesia, Malaysia dan Filipina.Alam melayu juga terkenal sebagai Mutiara Timur kerana bentuk muka buminya yang subur dengan pelbagai flora dan fauna dan kaya dengan khazanah. Tamadun Melayu telah berusia lebih 5,000 tahun dengnan mengambil kira tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3,000 tahun S.M. Alam Melayu telah lama membina kebudayaannya yang tersendiri seiring dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Didalam pembentukan tamadun Melayu ini, terdapat tiga peringkat utama dalam pembentukan tamadun iaitu Tamadun Purba atau Prasejarah (sehingga abad ke-M), Tamadun Hindu, iaitu sejak kedatangan pengaruh Hindu (abada ke-3 dan Arab Jahiliyah hingga tahun 1200M) dan Tamadun Moden iaitu selepas kedatangan Islam (1200M hingga kini). Nusantara pada asalnya merupakan kawasan yang menerima pengaruh Hindu dan Budha tetapi dengan kedatangan Islam kawasan ini telah berjaya mengubah kawasan ini kepada pusat perkembangan Islam. Ramai sejarawan mengatakan bahawa kebangkitan Tamadun Melayu ini selari dengan perkembangan Islam di rantau ini.Sejak kelahiran Tamadun Melayu, Alam Melayu telah membina kebudayaan yang tersendiri hingga mencipta tahap tamadun yang tinggi dalam memberikan sumbangan kepada budaya dan tamadun dunia semaza zaman kemuncak tamadun melayu. Tamadun Melayu mengalami tahap kemerosotan iaitu pada abad ke-18 yang mana pada masa ini tamadun ini berada pada tahap paling rendah dan kehidupan rakyatnya yang terlalu daif. Golongan pembesar dan raja-raja termakan dengan janji yang ditabur oleh penjajah British. Oleh kerana tahap pemikiran mereka terlalu lemah maka ianya membawa kejatuhan kepada empayar Melaka dan menyebabkan peradaban yang selama ini di junjung ke seluruh dunia lenyap dalam sekelip mata.

HNS2013

TAMADUN NUSANTARA
Tamadun awal di Lembah Bujang Perkembangan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan enterpot telah

menggalakkan kedatangan pedaganag dari China,India dan Arab. Mereka datang ke Lembah Bujang kerana kedudukan Lembah Bujang yang berhampiran dengan pesisiran Selat Melaka dan dalam pada masa yang sama kebangkitan kerajaan Srivijaya.1 Perkembangan ini memberi peluang kepada penyebaran pengaruh India di sepanjang Sungai Bujang dan Sungai Merbok Kecil. Golongan India ini merupakan pedagang yang paling aktif pada awal dan pertengahan tahun Masihi. Sungai Merbok dan sungai Bujang memainkan peranan yang penting kerana di anggap sebagai pelabuhan pendalaman yang mana membekalkan hasil perdagangan, hasil daripada hutan. Kedudukan sungai ini juga strategic kerana terlindung daripada angin monson. Dalam pada masa yang sama juga, kawasan ini mudah untuk mendapatkan material batu sungai dan kayu bagi tujuan pembinaan candi. Berhubung dengan penyebaran penghiduan di Asia Tenggara, para sarjana telah membahagikan kepada empat kategori.2 Hal ini kerana semasa kebangkitan Srivijaya pada sekitar abad ketujuh hingga ke 13 pernah menghantar pelajar ke sana bagi lebih mendalami ajaran Budha.

Pada ketika itu kerajaan Srivijaya menguasai jalan perdagangan di perairan Selat Melaka yang memberi sedikit kesan terhadap perkembangan perdagangan di Lembah Bujang pada abad ke 7 hingga abad ke 14. Mohd Supian Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 1

Yang pertama, berlakunya penaklukan maka proses penghiduan dapat disebarkan dengan meluas. Kedua, proses penghiduan disebarkan melalui golongan pedagang. Golongan ini dikaitkan mempunyai hubungan dengan penguasaan tempatan dan terlibat dalam perkahwinan dengan penduduk tempatan dan anak penguasa. Ketiga adalah, proses penghinduan tersebar melalui golongan Brahmin. Golongan Brahmin mempunyai asas dalam menyampaikan ajaran Hindu kepada masyarakat peribumi yang di datangi. Selain daripada itu, dengan wujudnya penubuhan Universiti Nalanda pada sekitar abad kelima juga turut menjadi faktor penyebaran dua hala penghinduan diAsia Tenggara. Mohd Supian Sabtu. 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman

HNS2013

Kedatangan pedagang luar ke Asia Tenggara didorong keperluan untuk mendapatkan pelbagai hasil bumi, antaranya adalah seperti rempah ratus, emas, timah, kapur barus, dammar, sarang burung, kayu cendana dan kayu manis. Pada awal tahun masihi di Asia Tenggara, telah wujud pusat pelabuhan yang dikenali seperti Tun-sun, Ko-la dan Pan-pan (Segenting Kra), Langkasuka (Patani), Chih-tu (Kelantan), Tan-tan(Terengganu), Chieh-Cha (Kedah Tua), Gangga Negara (Perak). Antara abad ketujuh hingga abad ke 13, kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan di Asia Tenggara yang telah menguasai jalan laut dan perdagangan di sepanjang Selat Melaka di samping menjadi sebuah pusat penyebaran ajaran Budha (O.W.Wolters, 1990:1)3. Kajian arkeologi membuktikan penulisan di Kedah Tua bergantung pada peningalan arkeologi di Lembah Bujang.4 Berdasarkan hal tersebut, kerja arkeologi merupakan cara utama untuk mengetahui tentang sejarah Lembah Bujang. Permulaan penyelidikan terhadap peninggalan arkeologi zaman protosejarah di Lembah Bujang bermula sekitar tahun 1840.5

H.G Quaritch Wales mendakwa bahawa penemuan arkeologi yang terdapat di Lembah Bujang merupakan bukti yang jelas bahawa memang terdapat pengaruh Hindu-

Ramai pedagang dari Mesir, Parsi, India dan China telah datang berdagang. Dalam pada masa yang sama, Raja Srivijaya dipengaruhi oleh ajaran serta kebudayaan dari India serta menggalakkan pembinaan candi Hindu-Budha. Mohd Supian Sabtu.2002.Tamadun Awal LembahBujang.Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Halaman 8 Menurut Mohd Supian Sabtu, data yang menarik di Lembah Bujang hasil daripada penyelidikan merupakan tapak candi Hindu-Buddha, beberapa arca Hindu dan arca Buddha serta jumpaan pecahan seramik seperti tembikar tanah, tembikar batu,celadon, porselin, manik, serpihan kaca dan pelbagai jenis artifak yang ada kaitan dengan perdagangan.
4

Menurut Kolonel James Low (Micheal Sullivian, 1958:190), beliau menemui secara tidak sengaja runtuhan struktur bangunan candid an juga inskripsi batu bersurat buddhagupta serta batu bersurat Cherok Tok Kun di Seberang Prai. Beliau juga berpendapat bahawa artifak dan juga candi yang ditemui itu mempunyai perkaitan dengan unsure difusi oleh masyarakat India yang mengamalkanajaran Hindu-Budha.
5

HNS2013

Budha yang amat kuat di kawasan tersebut. Wales telah membahagikan perkembangan perkembangan penghinduan di Lembah Bujang kepada empat fasa.6 Quaritch Wales berpendapat bahawa candi yang ditemui di Lembah Bujang sebenarnya merupakan unsur kebudayaan yang dibawa masuk secara langsung dari India Selatan.7 Walaubagaimanapun pendapat beliau di tentang oleh Alastair Lamb yang berpendapat persamaan yang terdapat pada budaya India Selatan di Lembah Bujang hanyalah pada konsep bentuk bangunan candi.8 Alastair Lamb berpendapat perkembanngan kebudayaan Lembah Bujang berdasarkan arkeologi terbahagi kepada empat fasa.9

Menurut wales, perkembangan bermula dari abad pertama hingga abad ketiga berdasarkan jumpaan manik yang di duga berasal daripada Rom dan juga pecahan tembikar tanah di Johor. Fasa yang kedua adalah pada sekitar 300M hingga 550M, merupakan tahap pertama perkembangan bertulis dan berangapan bahawa masyarakat awal pada masa itu beragama Hindu. Fasa yang ketiga berlaku sekitar 550M hingga 750M yang mana dipengaruhi unsure Hindu Pallava (India Selatan), beliau beranggapan masyarakat dipengaruhi ajaran Siwa. Pada fasa yang keempat pula berlaku sekitar tahun 750M hingga tahun 900M yang mana secara umumnya diresapi pengaruh Budha aliran Mahayana. Beliau berpendapat pengaruh Hindu-Budha yang terdapat di Lembah Bujang disebarkan secara langsung dari India Selatan (Quaritch Wales,1940:1-85)
7

Quaritich Wales berpendapat bahawa golongan masyarakat India yang menetap di Lembah Bujang telah menyebar kepercayaan dan budaya dari India Selatan ke seluruh Lembah Bujang.
8

Menurut Alastair Lamb pula, beberapa struktur bangunan candi yang terdapat di Lembah Bujang seperti asas pelapik tiang yang diduga sebagai tempat untuk meletakkan tiang daripada kayu merupakan unsure budaya tempatan dan diterapkan pada bangunan candi.
9

Menurut Alastair lamb, bagi fasa yang pertama adalah pengaruh Budha dengan terjumpanya inskripsi Budhagupta berhubung dengan kesyukurannya kerana selamat dalam pelayaran yang bertarikh antara abad ke 4 hingga abad ke 5 M. Bagi fasa yang kedua pula. Terdapat pengaruh daripada kerajaan Srivijaya, denga penemuan arca gangsa yang dijumpai yang mana mempunyai persamaan dengan gaya Srivijaya. Bagi tahap yang ketiga pula, era pangkalan Bujang yang berkembang sebagai satu pusat perdagangan serantau dan mula mengalami kemerosotan menjelang abada ke 14. Tahap terakhir ialah Kuala Muda, yang mana kawasan tersebut berkembang sebagai pusat perdaganggan dengan penemuan seramik biru putih (dinasti Ming) ( Alastair Lamb,1961:78-86)

HNS2013

Tamadun di Brunei Brunei merupakan negra tua di Alam Melayu yang mempunyai sejarah yang bersaing dengan Palembang Tua di Sumatera dan Trauma Negara di Jawa dan lain-lain kerajaan tua Melayu Islam di rantau seperti Perlak, Melaka, Demak dan Acheh. Kedudukan geografinya yang baik dan pelabuhan yang strategik.10 Pedagang-pedagang China yang berlayar berulang alik ke Alam Melayu pasti akan singgah di Brunei.11 Semenjak orang Cina mengetahui jalan laut ke Brunei, sistem perniagaan antara kedua-dua kerajaan ini berjalan dengan baik. Orang-orang Cina akan membawa barangbarang perdagangan seperti tembikar, barangan perak, emas, kain sutera berwarna warni, kain kasa dan kiap.12 Selain mempunyai hubungan perdagangan dengan China, Brunei juga mempunyai hubungan perniagaan dnegan dengan Cochin, Jawa, Singapura, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Siam.13

10

Menurut Mohd Jamil Al-Sufi , kedudukan yang strategik menjadikan Brunei terkenal sebagai tempat persinggahan berulang-alik ahli-ahli pelayaran Arab, India, China dan negeri-negeri di rantau. Mohd Jamil Al-Sufi.1990.Latar Belakang Sejarah Brunei.Jabatan Pusat Sejarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam Halaman 1
11

Menurut riwayat China, pada zaman pemerintahan Dinasti Liang, yang mana Brunei telah menghantar utusan ke China dengan membawa barang-barang hasil dari dalam negeri, termasuklah tikar emas. Pada ketika itu, Brunei memerintah 136 buah daerah dan jarak pelayaran ke Canton mengikut tiupan angin biasa akan memakan masa selama 2bulan perjalanan.
12

Barang dagangan daripada China akan ditukar dengan barang tempatan seperti kapur barus, tanduk rusa, timah, gelang yang dibuat daripada gading gajah, kulit kura-kura, sarang burung, wangi-wangian dan rempah ratus.
13

Menurut Mohd Jamil Al-Sufri, pada ketika itu ada seorang kaya Brunei terkenal dengan nama Anakuda Siam yang berniaga garam. Sebutan Nakhoda Siam itu mungkin salah satu bukti yang selalu berulang alik ke Negeri Siam.

HNS2013

Bekas-bekas tinggalan lama pada zaman dahulu yang pernah diperniagaan seperti tembikar dan manic-manik telah ditemui terbenam dalam tanah di kawasan Kota Batu, Kupang, Lumut dan lian-lain.14 Islam tersebar di Brunei lebih awal kerana Brunei menjadi laluan berulang alik ahli perniagaan Islam.15 Untuk menguatkan lagi mengenai kedatangan islam, penemuan batu nisan yang terdapat di perkuburan orang Islam di Rangas, Bandar Seri Begawan adalah milik Pu Kung Chih-mu bertarikh tahun masihi 1264. Pengaruh islam semakin berkembang semenjak kedatangan Sharif Ali dan berkahwin dengan puteri Sultan Ahmad bernama Puteri Ratna Kesuma.16

14

Menurut Mohd Jamil Al-Sufi, diantara pecahan-pecahan tembikar itu terdapat daripada buatan zaman Dinasti Sung dan Dinasti Ming. Begitu juga kebanyakan mata wang syiling China yang dijumpai di kawasan berkenaan dan tarik yang terawal sekali ialah pada tahun masihi 723-768. Manakala manik-manik berbagai rupa yang dibawa dari China boleh didapati daripada orang Murut,Kenyah dan Kayan sebagai alat perhiasan yang mereka warisi sejak turun temurun.
15

Menurut riwayat China pada tahun masihi 977, Raja Puni telah menghantar utusan ke China bersama Pu Lu-hsieh yang mana pada masa itu beliau pulang ke China. Utusan itu di ketuai oleh Pu Ya Li, Shih Nu (Sheikh Noh) dan Kadhi Qasim dengan membawa sepucuk surat dan barang-barang persembahan hasil negeri.
16

Menurut Mohd Jamil Al-Sufi, disebabkan Sultan Ahmad tidak mempunyai anak lelaki, Sharif Ali di angkat sebagai Sultan. Hal ini menyebabkan hubungan antara China dan Brunei semakin renggang dan akhirnya putus atas alasan pertukaran Sultan. Walaupun hubungan semakin renggang tapi perdagangan antara kedua belah pihak masih berjalan dan orang cina yang menetap di Brunei yang menguruskan perniagaan tetap dijalankan.

HNS2013

Srivijaya dan masyarakat Melayu

Kemunculan Srivijaya dalam abad ketujuh masihi berkait rapat dengan suasana politik di Tanah Besar Asia Tenggara, Asia barat dan Negeri China . abad ke-6 pengaruh Funan sebuah kerajaan yang mempunyai kuasa politik besar di Tanah Besar Asia Tenggara.17 Kejatuhan kerajaan Funan pada awal abad ke-7 memberi peluan kepada negeri-negeri Bandar di kuala-kuala sungai besar di pantai timur Sumatera. 18 Kebangkitan Srivijaya sebagai negeri perniagaan laut berkait rapat dengan factor politik, geografi dan perkembangan perniagaan antarabangsa dari negeri China, India dan Asia Barat. Pada awalnya Bandar Srivijaya hanya penting sebagai sebuah pelabuhan perniagaan laut antarabangsa mengikut jalan laut dari Asia Barat ke negeri China. Selat Melaka berperanan sebagai pintu gerbang rantau Nusantara yang sangat penting dalam perniagaan antarabangsa.19

17

Menurut Mohd Dahlan Mansoer, pada abad ke-2 kuasa politik semakin menurun dan memberi peluang kepada negeri-negeri kecil di Tanah Besar Asia Tenggara yang bernaung dibawah kekuasaannya bangun dan membebaskan diri dari dijajah. Mohd Dahlan Mansoer.1979.Penghantar Sejarah Nusantara Awal.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia:Kuala Lumpur. Halaman
18

Menurut Mohd Dahlan Mansoer, negeri-negeri Bandar itu Berjaya mengawal lalu lintas perniagaan laut antarabangsa dari India ke Negeri China. Negeri-negeri tersebut berhampiran dengan kawasan Selat Melaka iaitu pintu gerbang rantau Nusantara di barat laut. dengan bantuan angin tenggara menjadikan negeri-negeri Bandar di kawasan sebagai tempat persinggahan semulajadi. Mohd Dahlan Mansoer.1979.Penghantar Sejarah Nusantara Awal.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia:Kuala Lumpur. Halaman
19

menurut Mohd Dahlan Mansoer, penemuan batu bersurat Wat Sema Muang yang lazim dipanggil inskripsi Ligor, boleh dijadikan panduan bahawa Srivijaya telah Berjaya mengawal lalulintas di Selat Melaka, selain itu penemuan Batu Bersurat berada di Segenting Kra di pantai barat Teluk Siam. Mohd Dahlan Mansoer.1979.Penghantar Sejarah Nusantara Awal.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia:Kuala Lumpur. Halaman

HNS2013

BIBLIOGRAFI

Mohd Dahlan Mansoer.1979. Penghantar Sejarah Nusantara Awal. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia:Kuala Lumpur. Halaman 51,85

Mohd

Supian

Sabtu.2002.Tamadun

Awal

Lembaga

Bujang.Dewan

Bahasa

dan

Pustaka:Kuala Lumpur.

Mohd Jamil Al-Sufi.1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Jabatan Pusat Sejarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. 2009.Kenegaraan dan Ketamadunan.Vivar Printing SDN BHD:Selangor Darul Ehsan

Anda mungkin juga menyukai