Anda di halaman 1dari 4

Piramid Makanan Malaysia

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA Apakah dia Piramid Makanan? Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan? Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Paras 1 o Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian Paras 2 o Buah-buahan dan sayur-sayuran Paras 3 o Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang o Susu dan produk tenusu Paras 4 o Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?


Paras 1 o Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian) Paras 2 o Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian) Paras 3 o Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian) Paras 4 o Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Apakan dia saiz sajian? Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .

Apakah yang membentuk satu sajian? Jenis Makanan Satu Sajian

Bijirin & produk bijirin dan ubiubian E.g. : Rice, bread, cereal, noodles, yam, potato

cawan nasi putih cawan mi/bihun/kuetiau/pasta 1 keping roti bijirin penuh keping capati (saiz kecil) 1 cawan bubur nasi cawan bijiran sarapan 1 biji ubi kentang saiz sederhana 3 keping biskut tawar/krim cawan sayuran berdaun hijau tua cawan sayuran buah atau ubian cawan lain-lain sayuran biji jambu batu saiz sederhana 1 potong betik / tembikai / nanas 1 biji pisang / oren / pir / epal cawan jus buah (tanpa gula) 1 cawan susu cawan dadih 1 keping keju * tenusu rendah lemak lebih digalakkan 1 ketul peha ayam saiz sederhana 1 ekor ikan kembung

Sayur-sayuran

Buah-buahan

Susu dan Produk Tenusu

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala cawan kekacang kering 4 sudu makan udang kecil dengan kulit 1 keping tauhu 1 keping tempe 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil? Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia. Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masingmasing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif. Berapakah kalori yang diperlukan? Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang. Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity. Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek? Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut. Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik? Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda. Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :

Kalori. Lemak. Kolesterol. Natrium. Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah. Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.
Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Anda mungkin juga menyukai