Anda di halaman 1dari 83

Falsafah: Hubungannya Dengan Sains, Pemikiran Dan Etika

Falsafah
Suatu usaha manusia untuk memahami pengertian interaksi dengan fenomenafenomena alam yang wujud. Cara manusia berperanan untuk mengendalikan dunia secara aman dan sejahtera.

memahami

Fenomena alam

Peranan Pengendalian pengurusan

Falsafah
akal

falsafah amanah hikmah

Mengenali dan memahami falsafah adalah tanggungjawab manusia yang diaugerahkan akal untuk menilai hikmah kehidupan. Manusia dapat menggunakan akal dengan betul dalam berinteraksi dengan hati untuk mengenal hakikat diri.

Falsafah

Akal

Hati

Falsafah
Pemikiran memainkan peranan penting dalam menjana falsafah berdasarkan kepada tiga topik yang tidak mampu dijawab melalui pengetahuan biasa iaitu : Hakikat Alam Hakikat Kemanusiaan-roh Hakikat Ketuhanan- keselamatan abadi dan anugerah

Definisi

Falsafah dibahaskan melalui dua bidang ilmu iaitu semantik dan praktik. Falsafah secara semantik berasal drpd dua cantuman perkataan Bhs Greek iaitu Philo dan Sophia. Philo bererti cinta atau suka (loving) manakala sophia pula membawa maksud pengetahuan @hikmah (wisdom). Philosophia ialah cintakan kebijaksanaan @cintakan hikmah. Org yg cintakan kebenaran dan pengetahuan dikenali sbg. philosopher dan failasuf

Definisi

Falsafah secara praktik, menurut kamus dewan ialah pengetahuan tentang pengertian-pngertian yg dianggap sbg. Ilmu dasar kepada ilmu-ilmu lain. Kedudukannya dr aspek teori merupakan disiplin ilmu yg. Penting serta mampu melahirkan cbg. Ilmu-ilmu lain spt. epistemologi, metafizik, estetika, logik dan etika.

Definisi Falsafah
Istilah @ terminologi: Plato: ilmu pengetahuan yang berminat mencapai kebenaran yg. asli.

Aristotle: ilmu pengetahuan yg. meliputi kebenaran yg terkandung dalam ilmu-ilmu metafizik, logika, retorika, etika, ekonomi dan politik. Al-Farabi: ilmu pengetahuan ttg alam maujud bgmn hakikat yg sebenar.

Pandangan Ahli Falsafah

Socrates (469-399 SM), falsafah ialah kajian alam tabii secara teori untuk mengenal diri sendiri. Plato (427-347 SM) dan Aristoteles (384-322 SM) falsafah sebagai kajian tentang perkara-perkara azali dan abadi bagi mengharmonikan kepercayaan mistik atau agama dengan menggunakan akal untuk berfikir. Plato bergiat memahami kebenaran dan kebaikan serta tanggapan yang lebih betul dan pasti tentang Tuhannya bagi mengimbangi kepercayaan Yunani pada zaman tersebut dengan cuba mencontohi tuhannya. Kegiatan seperti ini wajib dilakukan oleh setiap manusia yang bersedia untuk menghadapi hakikat kehidupan dan kematian.

Pandangan Ahli Falsafah Al-Kindi (796-873) membahagikan falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik (tingkat terendah), sains matematik (tingkat pertengahan) dan sains ketuhanan(tingkat tertinggi). Al-Farabi membahagikan falsafah kepada dua iaitu teori (meliputi matematik,fizik dan metafizik) dan amali (etika atau ilmu akhlak). Ibnu Sina (980-1037) membahagikan falsafah kepada teori dan amali seperti pandangan al-Farabi dan keduaduanya dihubungkan dengan Islam serta kajian tentang kewujudan (hakikat wujud).

Perbezaan Pandangan

Al-Ghazali (1059-1111) mulanya juga seorang ahli falsafah yang sama seperti ahli falsafah yang sebelumnya tetapi kemudiannya mengecam ahli falsafah yang tidak sealiran dengannya sebagai penyeleweng Islam (digelar kafir Zindiq) dan membezakannya dengan Tasawuf yang dilandasinya dengan meletakkan akal di bawah wahyu.

Ibnu Rusyd (1126-1198) pula meletakkan falsafah sebagai penyelidikan tentang alam wujud dan memandangnya sebagai jalan untuk menemui Maha Pencipta Segala Ciptaan. Beliau menentang hebat pendirian al-Ghazali dan berhujah bahawa falsafah tidak bertentangan dengan agama, malah memantapkan, mengukuhkan dan menjelaskan hal-hal agama.

SKOP FALSAFAH

Tabii alam semesta Tabii Tuhan 3. Kedudukan manusia dlm alam semesta 4. Manusia dan negara 5. Manusia dan pendidikan 6. Konsep jahat dan baik 7. Nasib dan ikhtiar 8. Roh dan kematian 9. Minda dan jirim 10. Idea dan pemikiran 11. Tabii kewujudan 12. Isi sebenar sesuatu benda 13. Metafizik
1. 2.

Frost (1962) membahagikan falsafah kepada 13 isu :

BIDANG-BIDANG FALSAFAH
Terdapt tiga bidang falsafah : 1. Ontologi, atau teori hakikat/wujud a) hakikat Tuhan ( teologi/metafizik) b) hakikat alam semesta (kosmologi) c) hakikat manusia (psikologi) 2. Epistemologi atau teori ilmu 3. Aksiologi atau teori nilai a) etika b) estetika

CABANG-CABANG FALSAFAH

Cabang falsafah : 1. Metafizik 2. Logik 3. Epistemologi 4. Etika 5. Estetika 6. Falsafah khusus : a) Falsafah Agama b) Falsafah ilmu sains c) Falsafah hukum d) Falsafah pendidikan e) Falsafah sejarah f) Falsafah politik g) Falsafah matematik

Samb.

Persoalan falsafah dan agama dikaitkan dgn persoalan pengetahuan dan ilmu :
Pengetahuan merujuk kpd hal2 biasa, yg dimiliki setiap org. 2. Apabila pengetahuan menjadi tersusun menurut kaedah dan sistem tertentu, maka ia meningkat menjadi ilmu/sains. 3. Peranan falsafah dalam menyelesaikan masalah asasi. 4. Peranan agama utk menyelesaikan masalah yg tidak dpt diselesaikan oleh falsafah.
1.

ALIRAN FALSAFAH
1.METAFIZIKA
KUANTITI MONISME DUALISME

PLURALISME KUALITI
TETAP KEJADIAN

SPIRITUALISME MATERIALISME

MEKANISME TELEOLOGI DETERMINISME INDERMINISME

ALIRAN FALSAFAH

Aliran falsafah : 1. Aliran Metafizik

berkaitan ttg hakikat yg ada di sebalik fizik, hakikat yg berubah. 1. Monotisme : aliran yg mengemukakan unsur dasar segala yg ada ini adalah Esa/Satu. 2. Dualisme : aliran yg berpendirian bahawa unsur dasar yg ada ini adalah roh dan benda. 3. Pluralisme : aliran yg berpendapat bahawa banyak unsur asas dalam hakikat kehidupan ini.

samb. Dari aspek kualiti, dua aliran tetap dan kejadian :


1. Spiritualisme : aliran yg berpendapat bahawa hakikat itu bersifat roh.

2. Materialisme : aliran yg berpendirian hakikat itu bersifat material.

Samb

Aliran kejadian mempunyai aliran :


1. Mekanisme : aliran yg berkeyakinan bahawa kejadian di dunia berlaku dgn sendirinya mengikut hukum sebab akibat.

2. Teologi : aliran yg berkeyakinan bahawa kejadian berhubungan dgn kejadian yg lain, bukan oleh hukum sebab akibat, melainkan semata-mata oleh tujuan yg sama.

3. Determinisme : aliran yg mengajarkan bahawa kemahuan manusia tidak bebas dlm mengambil keputusan yg penting, ttp sudah dipastikan terlebih dahulu. 4. Indeterminisme : aliran yg berpendirian bahawa kemahuan manusia itu bebas dlm erti yg seluas2nya.

2. Aliran Aksiologi: terbahagi kpd :


1. Naturalisme : kebahagian manusia boleh didapati dgn menurunkan panggilan fitrah kejadian manusia. 2. Hedonisme : perbuatan susila manusia ialah perbuatan yg menimbulkankenikmatan. 3. Idealisme : perbuatan manusia tidak terikat pd sebab musabab lahir, ttp didasarkan pd prinsip kerohanian yg lebih tinggi.

4. Utilitarisme : menilai baik dan buruk perbuatan manusia ditinjau dari kecil dan besarnya manfaat.
5. Vitalisme : menilai baik buruk perbuatan manusia sebagai ukuran daya hidup. 6. Teologis : berkeyakinan bahawa ukuran baik buruk perbuatan manusia dinilai dgn sesuatu yg sesuai dan tidak dgn perintah Tuhan.

3. Aliran Epistemologi: Golongan pertama menyatakan sumber dan asal pengetahuan iaitu : 1. Rasionalisme : sumber pengetahuan manusia ialah dari fikiran, rasional dan jiwa manusia. 2. Empirisme : pengetahuan manusia berasal drpd pengalaman manusia.

3. Kritisme : pengetahuan manusia itu berasal dari dunia luar dan dari jiwa/fikiran manusia.

Golongan kedua mengatakan bahawa sumber/asal pengetahuan ialah :


1. Realisme : pengetahuan manusia ialah gambar yg baik dan tepat drpd kebenaran. 2. Idealisme : pengetahuan diperolehi drpd kejadian dlm jiwa manusia, sedangkan kenyataan yg diketahui manusia semuanya terletak di luarnya.

Aliran Falsafah Lain

1. Eksistensialisme : falsafah bertitik tolak pd manusia yg konkrit.

2. Pragmatisme : benar dan tidaknya suatu ucapan, dalil/teori semata2 bergantung kpd faedah yg diperolehi bg manusia utk bertindak dlm kehidupannya.
3. Fenomenologi : hasrat utk mengerti perkara yg sebenarnya dpt dicapai jika mengamati fenomena realiti. 4. Positivisme : falsafah sepatutnya membicarakan mengenai dan berpangkal pd peristiwa positif.

5. Aliran Falsafah Hidup : berfalsafah hanya mungkin jika akal dipadukan dgn seluruh keperibadian yg berkaitan dgn pemikiran yg menurut kehendak hati dan iman.

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA.

Falsafah & Sains


Ilmu Pengetahuan

Falsafah

Sains

Definisi falsafah bertumpukan kepada hikmah atau pengetahuan, Definisi sains yang berasal daripada perkataan bahasa Latin, scientia, yang bermakna ilmu.

Hubungan Falsafah&Sains

Proses memahami kebenaran ilmu dengan mencari jawapan soalan-soalan berkenaan punca-punca ilmu, ciri-ciri ilmu, perkara-perkara yang sememangnya mustahil diketahui (jika ada).

perbezaan antara pengetahuan dengan kepercayaan, dan kebarangkalian dengan keyakinan.


status pengetahuan tentang benda dan zat sama ada ia bersifat lebih pasti daripada pengetahuan dan berkenaan kesan-kesannya kepada deria atau sebaliknya.

Sebagai contoh, untuk menjawab soalan yang benarbenar diketahui bukan mudah kerana sudah tentu ada cara yang menimbulkan keraguan apabila berfikir tentang sesuatu yang diketahui.
Tambahan pula tidak semua yang difikirkan diketahui. Oleh itu, perlu berfikir.

Dalam hal ini, pengetahuan sains bukan setakat perkaraperkara yang hanya kelihatan jelas dengan manusia, tetapi ia juga meliputi status pengetahuan terhadap bintang, bulan, planet, dan sebagainya.

Falsafah & Sains

Persoalan-persoalan tersebut memerlukan jawapan yang berasaskan prinsip-prinsip, sebutan-sebutan asas dan kaedah-kaedah asasi sains. Ia secara langsung membahaskan kedudukan sains sebagai sejenis ilmu. Oleh yang demikian, sains mempunyai hubungan dengan falsafah dalam proses memperolehi sesuatu ilmu melalui beberapa pendekatan seperti epistemologi dan logik.

Epistemologi

Epistemologi ialah perbahasan tentang teori-teori pengetahuan. Istilah epistemologi berasal daripada perkataan Latin Yunani episteme yang bermaksud pengetahuan.
Wahyu

Autoritarianisme

Empirisisme

Rasionalisme

Intuisionisme

Epistemologi

Wahyu Wahyu merupakan sumber ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul-Nya untuk disampaikan kepada manusia melalui kitabkitab-Nya.

Rasionalisme Aliran rasinalisme menekankan kepercayaan kepada kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Aliran rasionalisme berpendapat bahawa sumber ilmu hanya diperolehi melalui akal sahaja yang dapat menentukan kebenaran dan kesahihannya.

Empirisisme Aliran empirisisme mementingkan pengalaman pancaindera atau deria sebagai sumber pengetahuan dan kebenaran. Kaedah yang digunakan oleh aliran ini ialah apoteriori iaitu pengetahuan yang diperolehi selepas melalui pengamatan dan pengalaman. Autoritarianisme Aliran ini mempercayai tentang pegangan yang dibuat oleh sekelompok manusia yang dikenali sebagai golongan yang berautoriti dalam menentukan kebenaran sumber pengetahuan.

Intuisionisme Aliran intuisionisme berpegang kepada inspirasi atau ilham yang bersifat ghaib atau subjektif. Antara jenis-jenis intuisionisme ialah animisme, dinamisme, mitos, magis iaitu unsur supernatural atau kuasa ghaib yang luar biasa yang digunakan untuk kepentingan kehidupan seharian seperti bomoh.

LOGIK
Istilah logik berasal daripada perkataan Yunani iaitu logos yang bermaksud pemikiran, pernyataan dan pengucapan.Selain itu, logik juga dapat didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki kebenaran pemikiran manusia melalui proses analisis dan kuasa pendalilan.
Kaedah deduksi bermaksud suatu penyataan yang bersifat kesimpulan atau rumusan umum kepada penyataan bersifat khusus. Sebagai contoh, Semua sayur mengandungi vitamin, vitamin baik untuk kesihatan, Justeru semua sayur baik untuk kesihatan. Kaedah Induksi pula bermaksud penyataan khusus kepada penyataan umum.

Sebagai contoh. Ali adalah manusia, manusia adalah sejenis haiwan yang boleh berfikir, maka Ali adalah haiwan yang boleh berfikir.

Bahagian Kedua PEMIKIRAN

Takrif Pemikiran

Pemikiran dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai thinking iaitu fikir atau renung dengan menggunakan akal yang diberikan kepada manusia. Berfikir membawa maksud menggunakan akal untuk membuat atau mengambil keputusan yang wajar dan rasional tentang sesuatu perkara atau masalah (Mohd. Azhar Abdul Hamid, 2003) dan (K.J Gilhooly, 1996).

Definisi

Pengertian pemikiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh pemikiran sangat banyak. E. Moore mengatakan pemikiran ialah mencari cara penyelesaian masalah atau hal. Edward de Bono menjelaskan pemikiran ialah mencipta cara penyelesaian masalah berdasarkan pengalaman. Anderson pula menegaskan pemikiran ialah proses menyusurgalurkan keterangan-keterangan untuk mengenal pasti masalah. Atan Long menerangkan pemikiran itu ialah pengolahan bahan-bahan pengalaman terhadap fenomena atau keadaan yang sedia ada untuk menghasilkan keputusan (Mohd. Yusof Hassan, 2000).

Kesimpulan

Definisi-definisi yang dikemukakan ini menunjukkan pemikiran ialah proses ke arah penyelesaian masalah. Proses tersebut memerlukan fikiran berdasarkan kemampuan otak, pengalaman dan pembacaan sendiri. Kesimpulannya, dalam proses pemikiran terdapat tiga perkara utama iaitu masalah, pemikiran dan penyelesaian (Mohd. Yusof Hassan, 2000).

Perbezaan konsep pemikiran dari perspektif Islam & Barat


Pemikiran dan fungsi akal pada pandangan Islam berbeza dengan sarjana Barat. Sarjana Barat berkeyakinan bahawa berfikir hanya ditentukan oleh persepsi dan tanggapan diri manusia. Sarjana Islam sebaliknya mengatakan fikir berasal daripada bahasa Arab yang digunakan secara meluas dalam al-Quran. Perkataan fikr yang digunakan dalam al-Quran disebut dalam bentuk fi'il madhi menggambarkan amalan atau aktiviti berfikir sama seperti dengan amalan atau aktiviti jasad fizikal. Perbezaannya ialah aktiviti akal tidak nampak secara lahiriah.

samb
Menurut Ibn Khaldun dalam Mukadimah mengatakan berfikir merupaka kesedaran dalam diri seseorang tentang hal yang dianggap suatu yang khusus dimiliki oleh makhluk-makhluk yang hidup sahaja (Mohd. Yusof Hj. Othman, et.al. 1999). Makhluk haiwan berkeupayaan menganggapi segala fenomena yang berlaku di luar dirinya dengan perantaraan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu pendengaran, penglihatan, penghiduan, deria rasa dan sentuhan.

samb

Makhluk haiwan berkeupayaan menerima segala fenomena yang berlaku di luar dirinya dengan perantaraan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu pendengaran, penglihatan, penghiduan, deria rasa dan sentuhan. Manusia mempunyai kelebihan daripada makhluk yang lain kerana mereka boleh memahami sesuatau dari luar diri melalui kemampuan berfikir, mewujudkan imaginasi sesuatu perkara berdasarkan kepada analisis dan sistesis.

KELEBIHAN MANUSIA

Manusia mempunyai kelebihan daripada makhluk lain kerana boleh .........rujuk rajah Berfikir merupakan sentuhan imaginasi dan aplikasi untuk melakukan analisis dan sintesis sejajar dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

kemampuan berfikir analisis sintesis

Katakanlah : Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan afidah (kebolehan untuk berfikir). Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.(Al-Mulk, 23).

masalah

pemikiran

penyelesaian

Menurut Ibn Khaldun lagi, fuad merujuk kepada kemampuan berfikir mempunyai beberapa tingkatan iaitu :

(i)tingkat pertama, pemahaman intelek manusia terhadap segala sesuatu yang berada di luar alam semesta, iaitu tanggapan diri. Tingkat ini membolehkan akal melakukan perbezaan antara baik dan buruk untuk dimanfaatkan dalan kehidupan mereka.

Peringkat 2

kemampuan berfikir yang menyediakan manusia dengan segala idea dan perilaku yang diperlukan dalam perhubungan dengan persekitaran. Kemampuan berfikir sejenis ini diperolehi melalui pengalaman yang dirasakan benar-benar bermanfaat kepada manusia. Ia juga dikenali sebagai intelek eksperimen.

Peringkat 3

tingkat ketiga, kemampuan berfikir yang melengkapkan manusia dengan pengetahuan (ilmu) atau pengetahuan andaian (dzann) tentang sesuatu objek yang berada melampaui persepsi pancaindera tanpa perantaraan pengalaman hidup. Hal seumpama ini dikatakan intelek spekulatif (al-aql an-nadzari). Intelek ini mengandungi tanggapan (perception) tasawwur (worldview) dan tashdiq.

Peringkat 3

Pada peringkat ini, seseorang itu mampu membuat perbandingan dan penggabungan antara beberapa pengetahuan untuk menghasilkan pengetahuan baru seperti yang terungkap dalam pendapat al-Ghazali : Ketahuilah, berfikir itu ialah menghadirkan dua makrifah dalam hati yang dapat mengeluarkan makrifah yang ketiga.

Peringkat 4

tingkat terakhir, tingkat untuk memberikan tanggapan tentang wujud mengikut pelbagai kepintaran, perbezaan sebab musabab dan punca. Kemampuan berfikir pada tahap ini menunjukkan pemikiran tersebut sudah mencapai kesempurnaan dalam realiti, intelek yang murni dan jiwa yang berperseptif (Mohd. Yusof Hj. Othman, et.al. 1999).

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMIKIRAN

Pendidikan

Emosi

FAKTOR

Nilai

Pengalaman

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMIKIRAN


Pendidikan adalah proses yang diperolehi melalui pengetahuan. Pengetahuan adalah salah satu asas komponen pemikiran yang menyediakan bahan atau tajuk untuk difikirkan. Sebagai contoh, pemikiran dalam nilai dipengaruhi dengan tingkah laku atau sikap yang dikategorikan baik atau buruk. Operasi pemikiran yang khusus untuk nilai mungkin berbeza daripada operasi untuk bahasa dan sejarah. Oleh itu, berfikir dengan bijak memerlukan pengetahuan tentang ilmu yang dibincangkan. Oleh itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam membina pengetahuan dalam proses pemikiran.

Emosi yang positif seperti motivasi, emosi dan dorongan boleh merangsang seseorang untuk berfikir dalam memahami erti kehidupan dengan lebih komprehensif. Oleh itu, emosi yang positif dapat dibentuk melalui pemikiran yang berdikari, pengesanan pengetahuan dan objektif serta kesediaan untuk mencuba dalam kehidupan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMIKIRAN


Nilai Nilai berperanan penting dalam membentuk sikap seseorang. Sikap yang baik dipertingkatkan dengan pengolahan pemikiran terhadap sesuatu nilai tingkah laku yang dibentuk. Ia dapat melatih seseorang berfikir dalam bertindak secara toleransi terhadap kesangsian, mencari sumber maklumat yang diterima, menghargai sumber maklumat yang diperolehi, sanggup mencari pelbagai alternatif yang berlainan dan lebih suka menimbangkan keputusan yang pelbagai.

Pengalaman Berfikir melalui proses perkembangan yang membawa kepada pengalaman dalam kehidupan. Melalui pengalaman manusia akan menjadikan pengalaman tersebut sebagai panduan dalam mengendalikan kehidupan. Oleh itu, pengalaman dapat membantu manusia dalam menangani situasi berfikir yang kompleks dan inovatif.

ALAT-ALAT BERFIKIR
Alat-alat berfikir diperkenalkan oleh Edward de Bono melalui program yang dinamakan CORT iaitu Cognitive Researh Trust dan diterangkan dalam bukunya Direct Attention Thinking Tools. Program ini mengandungi 10 alat berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi pemikir, mempertingkatkan pemikiran kreatif, konstruktif dan kritikal dan membantu menyelesaikan masalah.

CAF ConsiderAll Factors Kebaikan, keburukan, menarik (Pertimbangkan semua faktor)

PMI Plus, Minus, Interesting

Decisions (Keputusan)

(Kesan dan akibat daripada kesan)

C&S Consequence and Sequel

Planning (Perancangan)

ALAT-ALAT BERFIKIR

(Tujuan, matlamat, objektif)

AGO Aims, Goals, Objectives

Rules-

(Peraturan)

(Perkara-perkara yang diberi keutamaan)

FIP First Important Priorities

(Alternatif, kemungkinan, pilihan)

APC Alternatives, Possibilities, Choices

(Pandangan orang lain)

OPV Other People's Views

PMI

Digunakan untuk menilai sesuatu idea dari segi kebaikannya, keburukannya an apa yang menarik tentang idea tersebut Mengelakkan pemikir dari terlalu cenderung terhadap pemikiran beremosi atau yang bersifat negatif Dapat membuat penilaian dengan objektif Dengan membuat PMI kita berupaya mengasingkan apa yang baik, apa yang buruk, dan apa yang menarik seterusnya berupaya membuat perbandingan antara ketiga-tiga perkara tersebut dengan jelas dan teratur Perkara yang baik tidak semestinya baik atau buruk tetapi sesuatu yang boleh dipertimbangkan. Contohnya:Anda bercadang untuk membeli satu unit pangsapuri mewah di tengah bandar. Buat PMI tentang cadangan ini.

P (Kebaikan)
Harga seunit pansapuri lebih murah daripada harga sebuah rumah di kawasan yang sama

M (Keburukan)

I (Menarik)

Latihan PMI
Antara cara-cara yang mungkin mampu menyelesaikan masalah kemalangan jalanraya yang semakin meningkat adalah: A) Kurangkan had laju B) Hukuman yang lebih berat C) Adakan kempen kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalanraya

menyelesaikan masalah (problem solving),

membuat keputusan (decisions making),

STRATEGI BERFIKIR

menganalisis isu (issues analyzing)

membina konsep (conceptualizing).

ALIRAN-ALIRAN PEMIKIRAN DALAM MEMBENTUK TINGKAH LAKU


Aliran pemikiran bergantung kepada persepsi seseorang terhadap isu atau situasi yang dihadapi dan alternatif penyelesaian masalah yang diambil. Ia bergantung kepada seseorang menyelesaikannya berdasarkan kepada pengalaman, tahap intelektual dan rujukan persekitaran. Justeru terdapat empat aliran pemikiran yang wujud iaitu:

PEMIKIRAN

Naturalisme

Emotivisme

Intuisionisme

Rasionalisme

Pemikiran Naturalisme

Aliran pemikiran naturalisme ialah seseorang yang berfikir dengan menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku. Golongan ini sentiasa berfikir dengan melihat objek pada keadaan sebenarnya tanpa mempersoalkan hakikat atau sebab-sebab kewujudan sesuatu isu. Manusia yang mempunyai pemikiran ini juga akan hidup tertekan kerana sentiasa mengelak daripada mengetahui punca-punca yang berlaku sesuatu isu dan tidak dapat mengeluarkan pandangan terhadap sesuatu yang berlaku. Sifat pemikir aliran ini juga sentiasa merendahkan diri, tidak suka berinteraksi dengan orang lain, tidak bermotivasi dan kurang berusaha. Sifat-sifat tersebut membentuk diri pemikir golongan ini berjiwa lemah dan tidak bermaya serta menghalang usaha dalam mencapai kehidupan yang lebih sempurna.

Pemikiran Emotivisme

Golongan pemikiran ini berasaskan kepada emosi yang membangkitkan perasaan terhadap sesuatu objek atau situasi. Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau benci. Perasaan gembira merujuk kepada perkara yang menyenangkan, disetujui dan puas hati. Sebaliknya perasaan benci wujud apabila keadaan yang tidak menyenangkan, cemburu, marah dan iri hati. Oleh yang demikian, aliran pemikiran emotif merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi tanpa melihat kepada fakta atau bukti. Sifat-sifat orang yang mempunyai pemikiran emotif ialah agresif, pendiam, mudah tersinggung dan tahap cemburu yang tinggi. Mereka juga sentiasa menghadapi tekanan emosi dan rasa keberatan untuk bergaul dengan orang lain. Walau bagaimanapun, golongan ini juga mempunyai nilai positif seperti sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri untuk mendapatkan perhatian orang lain, bertanggungjawab dan mengambil berat tentang orang lain serta serius terhadap kerja yang dilakukannya.

Intuisi bermaksud suatu proses melihat dan memahami sesuatu perkara secara intelektual. Orang beraliran intuisi ini biasanya bertindak mengikut bisikan hati kecilnya. Pemikiran dan perasaan hanya menggunakan maklumat atau apa yang ada di depan matanya.Unsur intuisi boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan mengikut pengetahuan dan kefahaman individu. Dalam hal ini menunjukkan bahawa pemikiran instuisi mempunyai kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Hasil instuisi adalah refleksi atau respon separuh sedar terhadap objek dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud.

Pemikiran Intuisionisme

Pemikiran Rasionalisme

Golongan pemikiran rasionalisme sentiasa berfikir sesuatu dengan waras dan logik. Pendekatan jenis rasional menekankan nilai-nilai seperti kebenaran, manfaat dan logik tentang sesuatu perkara. Aliran pemikiran ini juga mewujudkan pengalaman, logik dan penghayatan rohani terhadap ciptaan Tuhan. Golongan ini sentiasa berusaha mencari bukti dan kebenran. Mereka sentiasa berfikir untuk memperbaiki diri untuk mencapai kejayaan dan berbahas tentang isu-isu yang dapat meningkat pengetahuan dalam perkara-perkara yang ditemuinya. Namun mereka sering kali membawa kebosanan dalam persahabatan kerana mereka lebih mengutamakan sifat meneroka dan memperolehi pengetahuan baru dalam kehidupan mereka.

Bahagian Ketiga ETIKA

Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud perangai, cara hidup atau adat resam.

Etika merupakan sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan kehidupan yang baik, menjadi orang baik, melakukan perkara yang betul, dapat bergaul dengan orang lain dan memerlukan perkara yang betul dalam hidup.

TEORI TINGKAH LAKU MANUSIA

BAIK & BURUK

AKAL

Istilah Perbuatan Manusia

Etika bermaksud Moral boleh ditakrifkan satu ukuran dan piawaian sebagai tingkah laku atau yang digunakan untuk membezakan kelakuan seseorang amalan yang sejajar dengan sama ada baik atau buruk, tatasusila dan undang-undang menyenangkan atau masyarakat. tidak menyenangkan.

akhlak bermaksud keadaan jiwa yang menerbitkan tingkah laku dan perbuatan manusia.

Konsep Akhlak

Etika daripada perspektif Islam dikenali sebagai akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab jamak kepada perkataan khuluq.

Pengertian akhlak menurut bahasa bermaksud tabiat, adat maruah, sifat semula jadi dan gambaran batin seseorang.

Menurut Ibn Miskawaih


akhlak ialah keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Akhlak natural atau tabii seperti perasaan cepat marah

melalui latihan dan kebiasaan


pertimbangan dan pemikiran yang teliti.
mempraktiskan seseuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang

Menurut al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang membentuk perbuatan dengan mudah dan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu

aspek batin atau keadaan jiwa seseorang sebagai tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku

aspek luaran yang melibatkan tingkah laku yang dilakukan bukan kerana tekanan emos atau desakan-desakan luar seperti paksaan.

sesuatu perbuatan yang dikehendaki menjadi tabiat perlu diamalkan secara berterusan agar ia menjadi sebati dalam kehidupan.

PEMBAHAGIAN ETIKA
Ahli falsafah mengklasifikasikan etika

Deskriptif

Normatif

Etika Deskriptif
Sosial Gunaan

Individu

Deskriptif

Meta

Kerja

Etika ini merupakan satu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral. Ia akan menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat pelbagai sistem moral yang relatif. Contohnya seperti kepada orang Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu mempunyai fahaman yang tersendiri berdasarkan perbezaan individu, masa, tempat, dan keadaan.

Etika Deskriptif
individu

Sosial
menjelaskan bahawa perlakuan individu seharusnya berhubung kait antara alam sosial dengan individu. Berhubung itu, etika sosial menerangkan tentang hubungan dengan persekitaran sosial dari aspek kejiranan dan perhubungan mesra antara satu sama lain.

Gunaan
melibatkan analisis ke atas isu-isu khusus dan kontrovesi dalam pelbagai bidang seperti bisnes, perubatan dan alam sekitar. Ia cuba mencari penyelesaian ke atas masalahmasalah dengan menggunakan pelbagai konsep dalam kedua-dua etika meta dan normatif.

Kerja
sebagai panduan tingkah laku dalam menguruskan kehidupan secara sistematik. Ia amat penting bagi memastikan urusan yang dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi.

Meta
Meta bermaksud di

melihat kepada sifat seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Seseorang individu perlu memiliki kehidupan yang sederhana, tidak lalai daripada beribadat, tidak suka membuang waktu kepada yang tidak berfaedah, dan sangat suka memerhatikan buku-buku agama

sebalik apa yang dapat diliat secara kasar di mana ia

mengkaji asal-usul serta maksud konsep-konsep etika melalui luahan manusia dan emosi seseorang. Ia tertumpu kepada isuisu kebenaran sejagat, kuasa Tuhan, peranan akal dan makna istilah etika. Etika ini juga fokus kepada isu-isu metafizikal, psikologikal dan linguistik yang menjadi konsep yang tidak dapat dilihat secara kasar.

Etika Normatif (normative ethic ) Bahagian ini berkaitan kritikan dan penilaian terhadap sistem moral sekaligus mencadangkan satu sistem yang standard bagi semua golongan. Etika normatif mengemukakan banyak teori dalam memperkatakan perilaku manusia sama ada baik atau buruk. Namun yang kebanyakan etika yang digunakan hari ini ialah teori deontologikal yang berasaskan kepada tindakan seseorang dan teori teleologikal yang berdasarkan kesan tindakan tersebut.

Aliran-Aliran Etika

Aliran Intuisi

Aliran Adat-kebiasaan

Aliran teologi

Aliran Intuisi
Pengalaman manusia dan kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir dan mengkaji serta penggunaan akal telah dianggap oleh segolongan ahli fikir sebagai kriteria yang boleh dinilai sebagai suatu perkara yang betul atau salah. Aliran ini berpendapat bahawa setiap manusia itu mempunyai kekuatan naluri batin yang dapat membezakan baik dan buruk dengan hanya melihat sahaja. Kekuatan ini berbeza pada setiap masa dan keadaan.

Aliran Adat Kebiasaan


Aliran ini menerangkan bahawa tingkah laku manusia turut dipengaruhi oleh adat kebiasaan sebuah bangsa dan masyarakat. Ini berlaku disebabkan faktor persekitaran adalah pendidikan tidak formal yang menyumbang pembentukan tingkah laku.

Aliran teologi
Aliran etika teologi merupakan aliran yang berkeyakinan bahawa ukuran baik dan buruknya perbuatan manusia itu dinilai daripada kesesuaiannya dengan perintah tuhan. Terdapat beberapa aliran dalam etika yang terkandung dalam agama-agama yang terdapat di dunia seperti Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN ETIKA


Etika

Penentu

Pengukur

Objektif

Tuhan

Masyarakat Individu

Undang Sejagat

Keperluan Individu Masyarakat

Tuntutan Kepentingan Kehendak Tuhan Masyarakat Individu

Kepentingan Beretika

Hubungan Falsafah,Pemikiran dan Etika Dalam Sistem Kehidupan

Falsafah, pemikiran dan etika saling berhubungan antara satu dengan yang lain dan tidak dapat dipisahkan daripada setiap individu. Falsafah akan mengangkat martabat manusia, memandu ke arah kehidupan yang sempurna dan menjana pelbagai tingkah laku yang baik.

Hubungan Falsafah,Pemikiran dan Etika Dalam Sistem Kehidupan

Pemikiran lebih dekat kepada satu proses penggunaan akal yang mampu menjana ilmu supaya berubah mengikut keadaan, kehendak agama dalam lingkungan budaya, tradisi dan adat resam sesebuah masyarakat.

Hubungan Falsafah,Pemikiran dan Etika Dalam Sistem Kehidupan


Manakala etika memastikan falsafah dan pemikiran digunakan dengan betul dalam hubungannya dengan pembangunan diri, keluarga, masyarakat, negara dan tamadun agar dunia ini dapat dimakmurkan dengan penuh tanggungjawab. Ketiga-tiga unsur ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan bergandingan untuk memastikan pembangunan serta keterampilan diri, masyarakat dan negara yang berjaya.

Manusia dan Kehidupan

Manusia diberikan oleh Allah S.W.T. akal dan fikiran untuk mentadbir kehidupan mereka di muka bumi. Kelebihan dan keistimewaan akal yang diberi tidak disia-siakan oleh manusia. Akal juga telah membantu menyelesai dan menyusun kehidupan di muka bumi dengan baik dan sempurna. Jalinan antara akal dan pemikiran melahirkan pula persoalan falsafah yang indah.

Kehidupan Manusia

Kehidupan manusia penuh dengan kepayahan seperti kemelaratan sosial, kejatuhan peradaban, kemelesetan ekonomi, keruntuhan moral dan kemunduran pendidikan. Justeru, kelahiran falsafah bukan satu percubaan untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan politik tetapi bertujuan memikirkan dengan penuh hati-hati melalui kaedah yang sistematik tentang beberapa persoalan dasar tertentu yang ada kaitan dengan diri dan persoalan mereka.

Anda mungkin juga menyukai