Anda di halaman 1dari 14

HBSShirma2011

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011 HBSS3203 PENGENALAN SOSIOLOGI

NO. MATRIKS : 640725106482002 NO> KAD PENGENALAN : 640725-10-6482 NO> TELEFON : 0193702239 E-MAIL : hirma-en2629@hotmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : NEGERI SEMBILAN

HBSShirma2011

Bil 1.0 1.1 1.2 2.0 3.0 4.0

ISI KANDUNGAN Perkara Pengenalan Definisi Tingkah Laku Tingkah Laku Bermasalah Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Personaliti dan Tingkah Laku Pelajar Peranan Guru dan Ibu Bapa Membentuk Personaliti dan Tingkah Laku Pelajar Kesimpulan

Muka surat 3 4 4-5 5-8 8 - 12 12 13

HBSShirma2011

1.0

Pengenalan

Permasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara dalam kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasar raya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan sahsiah. Ini jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM. Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar sebagai satu topik besar. Kalau pada masa dahulu, sebelum perluasan pengaruh media telekomunikasi, terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang berbicara dan mempersoal isu sahsiah pelajar. Malah, pada zaman itu para pemimpin, cendekiawan atau orang ramai banyak berbicara tentang kepasifan pelajar dan remaja kita.Pelaja-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar tidak agresif dan berani seperti sekarang. Tetapi keadaan masa kini jauh berubah. Pelajar-pelajar sudah menerjah keluar daripada kepompong kepasifan yang membelenggukan. Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah pelajar yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah menjadi aktif malah memaparkan model kerosakan yang semakin menjadi-jadi hingga mengancam masa depan negara. Di manakah silapnya? Salahkah para guru mendidik benih-benih muda ini? Apakah dasar pendidikan negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berkesan dan berpengaruh sehingga dapat mengubah hala tuju dan pendirian pelajar? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca menularnya masalah sahsiah dan tingkah laku pelajar yang semakin berleluasa sekarang ini.

HBSShirma2011 1.1

Definisi Tingkah Laku.

Tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai. Menurut Lewis M. Beaker (2001)iIni melibatkan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau tidak. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Ini melibatkan dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjarbdan aktiviti elektrik setiap organ. Bagi Carl Rogers pula menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Berdasarkan Imam Al-Ghazali pula, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri dan setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Motivasi ini boleh dirangsang oleh rangsangan-rangsangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah. Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dan tingkah laku. Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua peringkat. i. ii. Manusia dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan serta kelakuannya. Manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional.

1.2 Tingkah Laku Bermasalah. Salah laku pula dikaitkan dengan tingkah laku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku. Menurut Mok Soon Sang (2004) salah laku adalah tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai serta norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Tingkah laku yang

HBSShirma2011

melanggar norma-norma masyarakat yang berkaitan dengan had umur yang lebih menumpukan pelajar sekolah ini sering dikenali sebagai delinkuen. Norma-norma sesebuah institusi sekolah ialah disiplin. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990), tingkah laku bermasalah ialah tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupan. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama di bilik darjah. Tidak dapat dinafikan bahawa rumah adalah tempat pendidikan yang pertama di mana anak dibesarkan dan dididik. Sahsiah ibu bapa yang baik akan mempengaruhi pembentukan yang baik dalam diri anak. Mereka secara tidak langsung meneladani tunjuk ajar, budi bicara dan sikap yang diamalkan oleh ibu bapa.Selain itu, institusi pendidikan juga menyumbang kepada pembentukan sahsiah pelajar. Sekolah adalah ibarat rumah kedua pelajar mendapat kasih sayang, didikan dan bimbingan bagi membentuk tingkah laku dan hala tuju positif dalam diri pelajaran. Justeru, peranan institusi keluarga dan sekolah sangat penting untuk memastikan perkembangan rohani, emosi, intelek dan jasmani pelajar terutama ibu bapa dan guru.

2.0

Faktor-faktor Mempengaruhi

Pembentukan Personaliti dan

Tingkah laku Pelajar. Proses membentuk sahsiah individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Faktor baka mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Saiz badan menentukan sama ada seseorang pelajar itu sesuai melakukan sesuatu aktiviti atau tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu itu diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya. Harga diri yang meningkat membentuk sahsiah sihat. Bagi pelajar yang berlainan, tahap kecerdasan yang diwarisi dalah berbeza dan hal ini adalah suatu kenyataan. Kecerdasan digunakan bagi membantu pelajar menyelesaikan masalah masalah harian dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan di bilik

HBSShirma2011

darjah membentuk sahsiah yang meyakinkan. Sebaliknya, bagi yang kurang cerdas agak sukar menyelesaikan tugasan akademik dan menjadikan pelajar itu menjauhi rakan-rakannya dan berasa rendah diri. Temperamen atau sifat semula jadi individu juga dapat mempengaruhi interaksi dengan orang lain. Pelajar yang stabil emosinya dapat mengawal rasa kecewa, menyenangkan orang lain menghampiri dan bergaul dengannya. Sebaliknya pelajar pemarah kurang sabar dan gemar mengkritik orang lain biasanya dijauhi oleh orang lain. Persekitaran memainkan peranan penting dalam proses pembentukan sahsiah pelajar. Antara faktor persekitaran termasuklah keluarga, pengalaman awal, rakan sebaya, budaya, pengaruh sekolah, media massa dan masyarakat sekeliling. Dalam ikatan social keluarga, terdapat sifat kasih saying., saling menghormati dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap anggota keluarga. Ayah menjadi ketua keluarga. Ayah juga berperanan memenuhi segala keperluan hidup, memberi perlindungan dan mengembangkan sahsiah anggota keluarga. Selain itu, ibu mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana, ibu adalah orang yang rapat dengan anakanak. Bermula dari saat dilahirkan, ibulah mengasuh dan melindungi. Corak hubungan keluarga mepunyai kesan pada anak. Rumah yang mesra dan harmoni menggalakkan perkembangan sahsiah yang sihat. Keluarga yang retak dan ibu bapa yang bercerai mewujudkan suasana rumah yang dingin dan mengancam perkembangan sahsiah anak daripada segi emosi dan social. Ibu bapa yang bersikap demokratik dapat membantu anak-anak apabila membuat keputusan. Hal ini dapat meningkatkan lagi konsep kendiri anak-anak. Kasih syang, layanan, asuhan dan perhatian yang diberikan secara langsung membantu mengembangkan sahsiah positif. Sebaliknya ibu yang tidak pengasih menyebabkan anak melawan, bersikap dingin, berasa iri hati dan mempunyai pandangan hidup yang pesimis. Kdudukan kewangan keluarga menentukan jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk kanak-kanak. Selain makanan seimbang, ibu bapa mampu menyediakan bahan belajar tambahan seperti buku rujukan, computer, alat permainan dan alat muzik. Sebaliknya pelajar yang daripada keluarga miskin tidak dapat disediakan bahan seperti itu menyebabkan sahsiah mereka

HBSShirma2011

terjejas. Dengan itu jelaslah tarf sosioekonomi tetap mempengaruhi proses mengembangkan sahsiah individu. Dalam erti kata lain, terdapat proses sosialisasi berlainan antara dua kelas ini. Proses sosialisasi dalam kelas bawahan tidak menggalakkan pelajar berfungsi dengan lebih sempurna di sekolah. Manakala pelajar kelas pertengahan mahupun atasan lebih bersedia belajar disebabkan persekitaran berlainan. Pengalaman awal turut mempengaruhi perkembangan sahsiah pelajar. Pelajar yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan menyebabkan pelajar sentiasa bimbang dan rasa bersalah dan menjejaskan harga diri dan konsep kendiri pelajar Di samping itu, nilai yang ditekankan dalam setiap budaya mempengaruhi perkembangan sahsiah pelajar. Contohnya, apabila budaya keluarga menekankan agama, maka pelajar yang dibesarkan menjaga nilainilai. Sebaliknya sekiranya keluarga menekankan nilai harta, maka pelajar akan bersifat materialistik. Sekolah adalah agen sosialisasi yang beroperasi secara formal. Ia mempunyai struktur mentadbir yang mengurus program pelajar. Kuasa di sekolah terletak di tangan sesetengah pihak seperti pengetua, guru penolong kanan, guru disiplin dan lain-lain. Oleh itu, jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi proses mengembangkan sahsiah anak-anak. Pengetua sekolah yang tegas melahirkan pelajar berdisiplin melaksanakan tugas. Sebaliknya pengetua yang tidak tegas melahirkan pelajar pasif, kurang inovatif dan takut melakukan sebarang perubahan. Proses mengembangkan sifat kepimpinan pelajar terbantut. Sifat guru yang adil, tidak pilih kasih dan kurang menghukum secara mendera mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Guru penyayang membentuk emosi pelajar yang stabil. Sifat yang baik ini menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya guru yang tidak adil, pilih kasih, suka mendera pelajar menjadi ikutan kepada pelajar-pelajar. Sehubungan itu, peranan guru di dalam dan di luar bilik darjah, semasa berinteraksi dengan murid adalah penting. Keith (1979) menegaskan guru adalah agen sosialisasi yang berpengaruh. Kawasan sekitar sekolah adalah situasi yang menggalakkan proses mengembangkan sikap positif kepada rakan dan sekolah kerana pelajar

HBSShirma2011

adalah produk kawasan sekitarnya. Kawasan sekitar sekolah yang baik dapat membantu Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah pengaruh media massa yang sewenang-wenangnya menyebarkan unsur-unsur negatif. Ini merupakan satu kesan negatif akibat modenisasi. Ini merupakan gejala dari pengaruh faktor luaran. Di mana-mana sekolah pun pelajar mempunyai kumpulan atau organisasi masing-masing yang menjadi faktor penting dan mempengaruhi proses membentuk sahsiah individu. Anggota kumpulan bertindak mengikut pola tingkah laku yang dipersetujui bersama. Clark (1969) melaporkan, terdapat empat kumpulan corak budaya pelajar. Pertama, subbudaya seronok yang mengutamakan paras rupa, sukan , berkelah dan sebagainya yang tidak menghargai kepentingan akademik. Kedua, subbudaya akademik yang berorientasikan pelajaran dan aktiviti bercorak akademk. Ketiga, kumpulan yang terdiri daripada pelajar delinkuen iatu pelajar yang suka memberontak, menentang sekolah dengan nilai-nilai orang dewasa dan ponteng sekolah. Keempat kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mereka lebih suka mengasingkan diri dan tidak mengambil tahu apa yang berlaku. Berdasarkan buti-bukti yang telah dinyatakan, jelaslah bahawa pembentukan sahsiah positif dan negatif berlaku akibat pelbagai merupakan modal insan yang amat berharga untuk faktor. Perkara tersebut perlu difikirkan dan dicari penyelesaian keran pelajar meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan. Justeru, guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif untuk mengatasi masalah tersebut. 3.0 Peranan Guru dan Ibu Bapa Membentuk Personaliti dan Tingkah Laku Pelajar. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

HBSShirma2011

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah ini memrlukan peranan positif dan konstruktif profesion keguruan ke arah membina sahsiah dan tingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai komitmen sahsiah yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar. Contohnya guru tidak harus mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja. Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah, guru-gurulah memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu, peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan. Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan ada pepatah Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Cara gur bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama akhlaknya diperhatikan. Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan oranag yang paling berpengaruh dalam pembentukan dan mind set seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Guru juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiakan berasa sekolah seperti rumah keduanya . Sekali gus suasana yang harmonis itu akan membentuk Sekolah tanpa takut. Guru akan dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan membentuk minda pelajar selain dapat mengawal emosi dan memperkembang potensi diri pelajar. Guru perlu berupaya menjadi pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbangrasa, pendengar yang simpati dan empati dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar.

HBSShirma2011

Selain mewujudkan sekolah penyayang, guru juga berperanan mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah lama dikenali sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan masyarakat. Setiap guru harus komited terhadap kerjaya, berperibadi tinggi dan bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutama untuk menjayakan pendidikan moral. Keikhlasan dan kejujuran guru perlu di samping menyampaikan pengajaran berdasarkan aspirasi negara. Guru juga perlu mempunyai ilmu yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pedagogi, bahan, kaedah dan teknologi. Guru perlu mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran meliputi merancang, mengurus, memilih strategi dan merangsang pengajaran dan pembelajaran, kemahiran generik, teknologi, kaunseling dan penilaian. Selain pembentukan sahsiah dilakukan secara langsung berdasarkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, pendekatan tak langsung juga boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia dan Sejarah. Pendekatan tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual (Gambell 1988). Walaupun tidak dapat ditolak bahawa semua pihak berperanan dalam mentarbiah namun pihak yang paling berpengaruh dalam membentuk personaliti dan tingkah laku pelajar ialah keluarga, ibu bapa adalah pihak yang paling berkuasa dalam mencorak sahsiah anak itu sendiri. Para ilmuwan Islam yang lahir pada masa dahulu adalah hasil didikan ayah ibu yang berpegang pada hadis yang bermaksud Sesiapa di kalangan kamu mengajar anaknya adalah lebih baik daripada bersedekah setengah gantang makanan untuk orang miskin. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan dari segi jasmani, akal dan emosi. Oleh itu dia akan segera menerima semua perkara yang diterimanya bagi memperlengkap dirinya tanpa sebarang

10

HBSShirma2011

penentangan.Tanggungjawab keibubapaan bukan hanya terpikul ke atas ibu bapa berdasarkan ikatan keturunan atau hubungan antara pihak yang terjadi secara kebetulan sahaja. Sebaliknya, keibubapaan ini mempunyai penghormatan di sisi Allah dan manusia iaitu dengan menjadikan ibu bapa sebagai contoh terbaik kepada anak-anak. Anak-anak akan melihat ibu bapa sebagai model ikutan pada dirinya dan sifat-sifatnya. Oleh kerana itulah contoh terbaik perlu ditunjukkan dan jika tidak ibu bapa akan menjadi penyebab kepada cacian dan celaan terhadap sikap anak-anak yang terpesong kerana mengikuti jejak langkah ibu bapa yang kurang elok itu. Ibu bapa perlu mengambil berat soal anak. Anak-anak adalah perhiasan dan nikmat yang mampu membawa kegembiraan dan ketenangan di dunia. Ibu bapa perlu membesarkan anak dengan kasih saying dan keikhlasan. Pengabaian dalam hal ini akan menjadikan anak-anak mementingkan diri sendiri. Ibu bapa perlu mendidik anak bersama-sama, bekerjasama dengan orang lain dalam menyelesaikan tanggungjawab masyarakat, melaksanakan tugasan, memberi manfaat dan tidak memudaratkan orang lain serta berkongsi senang dan susah bersama agar dapat merasai diri mereka adalah sebahagian daripada masyarakat, menyemai sikap kebersamaan dan mengelakkan sikap individualistik. Ibu bapa perlu mengkhaskan waktu yang cukup untuk mendidik dan bersama anak setiap hari, memastikan mereka melakukan tugasan sekolah, tanggungjawab dan lain-lain. Ibu bapa juga perlu mengetahui masalah anakanak dan berusaha mengatasinya sekiranya mereka benar-benar merasai tanggungjawab yang terletak atas bahu bahu mereka terhadap diri, keluarga dan ummah. Anak-anak sangat memerlukan penjagaan ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak agar menjauhi perkara yang salah dan memilih jalan yang betul. Ibu bapa perlu memantau bahan-bahan yang dibaca atau ditonton oleh anak-anak melalui media massa. Pastikan anak-anak menonton paparan yang dapat menambah pengisian jiwa seperti rancangan yang bercorak keagamaan, dokumentari atau yang mengandungi bahan hiburan ringan yang tidak mengandungi elemen negatif. Ibu bapa juga perlu menyertai anak-anak

11

HBSShirma2011

bermain di halaman rumah untuk memasukkan dalam diri mereka rasa kesenangan dan kebahagiaan. Motivasi yang datang dari dalam diri seseorang anak itu sebahagian besar lahir daripada pendidikan yang diserapkan oleh ibu bapa di sepanjang tempoh perkembangan usianya. Contohnya ibu bapa yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik, semangat yang kental dan sokongan yang padu kepada perkembangan dan kemajuan anak-anak akan membentuk anak yang mempunyai tingkah laku yang positif. Peranan ibu bapa menjadi prasyarat utama kepada pengembangan bakat dan peningkatan kepintaran akal serta intelek anak. Peranan membentuk sahsiah pelajar tidak akan berhasil sepenuhnya tanpa kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Dalam hal ini, perkongsian idea, permuafakatan dan kerjasama antara warga sekolah dan ibu bapa amat perlu agar pelajar mendapat kesinambungan didikan antara institusi keluarga dan institusi sekolah. 3.0 Kesimpulan

Ibu bapa perlu mencari beberapa perkara utama, yang membantu mengembangkan perkara dasar dalam keperibadian anak. Sebagaimana ibu bapa memilih sekolah yang sesuai dengan orientasi nilai dan harapan mereka, begitu juga ibu bapa perlu mangadaptasikan pola-pola pendidikan konstruktif dan positif daripada sekolah. Paling tidak, antara kedua-duanya saling mengisi dan bukan saling menidakkan. Untuk itu, komunikasi ibu bapa dengan anak, dan komunikasi antara ibu bapa dengan pihak sekolah menjadi perkara sangat penting untuk dilakukan. Kita perlu melihat sebarang masalah yang berlaku secara bijaksana kerana reaksi seorang anak terhadap sesuatu sangat dipengaruhi oleh proses belajar yang dilaluinya dan pola asuh yang paling mendominasi pembentukan sikap dan keperibadiannya. Jadi keluarga adalah tempat utama pendidikan dan pengembangan seorang anak. Sekolah pada dasarnya mengarahkan, memberikan bimbingan dan kerangka bagi anak untuk belajar, bertumbuh dan

12

HBSShirma2011

berkembang. Sementara keluarga menjadi centre of education yang utama, pertama dan paling besar. Sekolah pula berperanan sebagaicaring moral communities yang boleh membantu pelajar yang terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan kecewa, serta merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab. Semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta sanggup menjadi model kepada masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting memahami penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya keguruan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu penghayatan tersebut diharap dapat merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.

13

HBSShirma2011

Rujukan Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme keguruan: Prospek dan cabaran.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Md. Shah.(2009).Mencapai langit tinggi.Kuala Lumpur: E1

Publication Sdn. Bhd. Noraini Ahmad. (2003). Kaunseling kekeluargaan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Shahrin Awaludin & Kamaruzaman Abd. Ghani. (2003). Pendidikan rohani Bangi. Zahazan Mohamed. (2006). Anakku hebat anakku soleh.Kuala dalam sistem pendidikan negara: Satu pemikiran semula.Pemikiran dalam pendidikan. Fakulti Pendidikan , UKM:

Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) dalam Pengajaran Matematik : Penyelidikan di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan 29 m.s 105 124. Fakulti Pendidikan, UKM. Bagi. http://tuanmat.tripod.com/norma.html www.pts.com.my

14

Anda mungkin juga menyukai