Anda di halaman 1dari 4

Tajuk : Si Buang

Saya bukan seorang seniman,

Hadir cuma penyampai cerita,

Kisah hidup jadi pedoman,

Jadi panduan hidup kita.

Assalamualaikum diucapkan kepada

Pengerusi majlis petah bicara

Hakim pula adil saksama

Wahai hadirin yang tercinta

Izinkan saya mula cerita

Maafkan saya sewaktu menglipur lara

Kisah Si Buang menyentuh rasa.

Kisah terjadi pada suatu masa. Ketika kilat sabung menyabung, ketika sang badai

mengganas di samudera lahirlah seorang bayi yang istimewa. Si Buang diberi nama.

Kelahiran Si Buang telah membuka lembaran duka. Anak ini telah

menggelapkan dunia ayah dan bonda. Apa tidaknya Si Buang lahir cacat anggota.

Sudahlah hodoh, buta pula. Setelah kelahiran Si Buang, ibunya telah menutup mata,
pergi buat selama-lamanya. Ayah Si Buang sangat berdukacita. Si Buang

dianggapnya membawa derita. Lama-kelamaan Si Buang pun menjadi remaja.

Si Buang sangat dibenci oleh ayahnya. Caci nista si ayah menjadi halwa

telinga dalam hidupnya. Terasa diri amat tersisih. Rasa kasih dan sayang jauh sekali.

Buang rindu akan belaian kasih sayang seorang ayah. Malahan, ayahnya selalu

menghina keadaan dirinya. Ayahnya menyesali kehadirannya.

Buang bukan sahaja dibenci oleh keluarganya,malah seluruh penduduk

kampung turut membencinya. Ke mana sahaja Si Buang pergi kanak-kanak dan

orang dewasa akan mengejeknya dengan kata-kata nista. Hati remuk tidak terperi,

menjadi ejekan saban hari.

Si Buang berasa sangat sedih. Namun begitu, ada insan yang menyayanginya

dan mengambil berat tentang dirinya. Terhibur hatinya disayangi oleh datuknya.

Datuknya sering menasihatinya agar tabah dan sabar menempuh ujian daripada

Tuhan. Kata-kata datuknya umpama azimat. Kalau ikutkan hati, mahu dia mengambil

nyawanya sendiri kerana tidak tertahan dizalimi. Buang sering dipukul, dibuli,dan

dicaci oleh orang ramai.

Sewaktu menerima layanan yang buruk hatinya sering berdukacita.

“Wahai penduduk kampung, mengapakah aku kalian hina? Apakah dosaku?

Mengapa kalian menganggap aku bagaikan haiwan? Lupakah kalian aku juga

bergelar manusia? Aku juga punyai perasaan. Aku dan kalian sama. Kita semua

ciptaan yang Maha Esa. Cuma aku insan yang tak berdaya. Kita ibarat sepohon
pokok. Jika tidak berbuah mungkin boleh dibuat peneduh atau perhiasan. Jika tidak

berguna juga mungkin boleh dijadikan kayu api”

Pada suatu hari, ayah Si Buang telah jatuh sakit. Buah pinggang dan hatinya

tidak dapat berfungsi seperti biasa. Penyakit ayah Si Buang sangat kronik. Dia perlu

dibedah dengan segera. Itu pun jika ada penderma. Semua anaknya tidak sanggup

menderma organ mereka, mungkin kerana takut kehilangan nyawa.

Tuhan itu maha adil. Si Buang dalam senyap-senyap telah berjumpa doktor.

Si buang sanggup menderma hati dan buah pinggangnya. Doktor telah mensihati

kerana pembedahan itu sangat bahaya. Namun Si Buang tetap mendesak. Datuknya

Cuma menggelengkan kepala melihat kesucian hati cucunya.

Pembedahan memindahkan hati dan buah pinggang bapa Si Buang telah

berjaya. Namun begitu, Si Buang tidak mampu melihat kegembiraan bapanya kerana

Tuhan telah memakbulkan doanya. Dia pergi bersama derita.

Bapa Si Buang sangat menyesal. “Oh, Tuhanku, ampunkanlah dosaku.

Tergamak aku mensia-siakan darah dagingku. Aku memang kejam”

Datuk Si Buang masih terngiang-ngiang akan suara Si Buang yang pernah

bermadah.

Maafkan anakmu, wahai ayah dan keluargaku. Izinkanlah aku menumpang di

sudut dunia. Hidup ini hanya sementara. Bersabarlah, usahlah kalian membuang

aku. Sampai waktu, akukan pergi juga.

Semoga Tuhan akan memberi rahmat kepada Si Buang. Hadirin, jangan ada

lagi kisah sendu seperti ini. Kasihanilah mereka.


Hai, kawan-kawan kita hendaklah bersyukur dengan anugerah Tuhan.

Walaupun tidak sempurna, kita hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka.

Membesarkan dan mendidik anak dengan penuh kasih sayang pula

merupakan tanggungjawab ayah dan ibu.

Kita patutlah mengamalkan sikap kasih sayang terhadap golongan orang

kurang upaya. Berilah kasih sayang dan pertolongan kepada mereka.

Ingat ya kawan-kawan, pesanan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai