Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Jiwa Bangsa (Sempena Program Syarahan Perdana Keranda 152 di Kampus Machang, UiTM Cawangan Kelantan) Sorrylaaamy

y hubby tak beri I pergi. Come on.bro! Wife you mesti suka Sure punya .gempak! Aaaahhhbahasa rojak Semakin menular Semakin tersebar Di setiap rumahtangga, warung dan gerai Juga pasar dan kedai Dari bilik darjah ke kolej dan universiti Malah dalam mesyuarat rasmi ada bahasa ini Syair, pantun, seloka, gurindam, bidalan, kiasan dan peribahasa Keindahan bahasa warisan bangsa Semakin hilang ditelan zaman Diancam kematian perlahan tetapi amat pasti Oleh kebiadapan globalisasi Serta keangkuhan generasi Yang selesa berbahasa rojak Selesa disaluti ketidak-pedulian Leka dibaluti ketidak-perihatinan Lalai dibuai kealpaan dan ketidak-apaan Yang terus lupa Bahasa itu jiwanya bangsa Yang tanpa sedar Mengusung keranda 152 Siapakah yang akan mengejutkan mereka Pewaris-pewaris bangsa Untuk kita sisihkan Sesal dan tangis pilu bangsa kehilangan bahasa Kelayuan jiwa..??!! Siapa lagi kalau bukan kita Para peserta perhimpunan keramat ini Di sini kita semaikan kembali cinta bahasa Di sini kita bakar semarakkan semangat bangsa Di sini kita tebarkan kebestarian dan pengertian Agar mereka kembali menghargai Keindahan warisan pertiwi Semoga mereka kembali mengerti Perjuangan keramat ini Agar mereka mampu menghargai Bahasa Jiwa bangsa.! Norhaini Hj Mat Lajis, UiTM Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu, 1 November 2012

Anda mungkin juga menyukai