Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu bidang ilmu yang penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri setiap orang murid. Melalui pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang diajar dalam mata pelajaran ini, adalah diharapkan murid-murid akan menjadi warganegara yang sihat sahsiah dan tingkah lakunya. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga diharapkan dapat melahirkan insan yang seimbang seperti yang terangkum di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru guru-guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah suatu mata pelajaran teras yang telah diperkenalkan semula pada tahun 2005, secara berperingkatperingkat bagi tahap dua di sekolah rendah dan bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima bagi sekolah menengah. Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik, dan nilai-nilai sivik. Tema utama bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sekolah rendah ialah sayangi diri, sayangi keluarga, hidup bersama di sekolah dan masyarakat, kenali budaya Malaysia, Malaysia negaraku dan sedia hadapi cabaran. Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.

2.0

KERTAS KERJA CADANGAN GUA KOTA GELANGGI, JERANTUT, PAHANG

MENGANJURKAN EKSPEDISI KE

TEMA : SEDIA HADAPI CABARAN

KERTAS KERJA CADANGAN MENGANJURKAN EKSPEDISI KE GUA KOTA GELANGGI, JERANTUT, PAHANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANDAR BARU BANGI 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan dari Pentadbir IPG Kampus Pendidikan Islam terhadap cadangan menganjurkan ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 6 Ambilan Januari 2010, Pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Ekspedisi ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menimba pengalaman dan mengapresiasikan kejadian alam. Ekspedisi ini juga berhasrat memberi pendedahan dari aspek organisasi penyelaras program dan bertugas di realiti persekolahan. 3.0 MATLAMAT 3.1 Mendapat pendedahan dalam merancang, mengurus, mengelolakan, dan melaksanakan Ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang. 4.0 HASIL PEMBELAJARAN 4.1 4.2 Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Persatuan (WAJ 3113) Memberi pengalaman kepada pelajar dalam menghasilkan kertas kerja bagi menganjurkan Ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang. 5.2 Memberi pengalaman kepada pelajar dalam menghasilkan kertas kerja bagi menganjurkan Ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.

5.3

Melatih pelajar untuk merancang dan mengelolakan Ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.

6.0

BUTIRAN PROGRAM Tarikh Masa Tempat : 6-7 Oktober 2012 : 7.30 pagi 3.00 petang : Garaj bas IPGKPI

7.0

KUMPULAN SASARAN Semua ahli Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

8.0

JAWATANKUASA PELAKSANA EKSPEDISI GUA KOTA GELANGGI, JERANTUT, PAHANG Penaung Penasihat Penyelaras Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : : : : : Tuan Haji Osman bin Hussain Puan Nur Aisyah binti Abdullah Tuan Haji Ariffin bin Zainuddin Ahmad Zulhelmi Bin Ramlan Nurul Ain Binti Mohd Azmi Mohd Haniff Bin Hamid Nur Syamimi Binti Tumiran

AJK: Tajaan/Publisiti Buku Program : : : Perhubungan : : : Cenderahati Makanan : : : Seranta Dokumentasi : : : Mohd Azlan bin Saheimi Nur Farahiyah binti Ab Wahab Nur Hasniza binti Shalim Mohamad Izzudin bin Aris Muhammad Khalil bin Md Yusop Shahrul Nizam Bin Mohd Azlan Muhammad Azmir Bin Mazlan Norus Syairah binti Mohd Yusof Ahmad Saifuldin Bin Abu Bakar Mohd Azlan bin Saheimi Muhammad Safiq bin Abd Razak Adi Syazwan bin Saparudin

9.0

ATUR CARA PROGRAM

Hari Pertama : 6 Oktober 2012

MASA

AKTIVITI

7.30 8.30 pagi 8.30 11.30 pagi

Berkumpul di perkarangan bas Bertolak ke Gua Kota Gelanggi

11.30 1.30 pagi

Ekspedisi meneroka Gua Kota Gelanggi

1.30-2.30 petang

Makan tengah hari, Solat Zohor.

2.30-3.30 petang

Bertolak ke Tekam Plantation Resort,

3.30-4.00 petang 4.00 -6.30 petang 6.30-8.00 malam 9.00-11.00 malam 11.30 malam-12.30malam 12.30 malam

Solat Asar Aktiviti riadah-Kayak/Rakit Persiapan diri, Solat Maghrib Night Walk dan meneroka Gua Terang Bulan Barbeque dan makan malam Tidur

Hari Kedua : 7 Oktober 2012

MASA

AKTIVITI

6.00 7.00 pagi 8.30 pagi

Persiapan diri dan solat subuh Bertolak ke IPG Kampus Pendidikan Islam

11.30 pagi

Tiba di IPG Kampus Pendidikan Islam

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Jenis Kuantiti Harga per unit Jumlah

Tiket

18

RM 5.00

RM 90.00

2 3 4 5

Standard chalet 3 with breakfast Makan tengahari 18 Sewa kayak Barbeque Ayam 2 10

RM 169.00 RM 16.00 RM 5.00

RM 507.00 RM 288.00 RM 50.00

RM 16.00

RM 32.00 RM 967.00

JUMLAH KESELURUHAN

11.0

PENUTUP

Pelajar PISMP 6.04 Ambilan Januari 2010 Pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memohon pertimbangan Pentadbiran dan Pengurusan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam agar dapat mempertimbangkan permohonan, agar ekspedisi ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

___________________________ (Mohd Haniff Bin Hamid) Setiausaha, Program Ekspedisi Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang. IPG Kampus Pendidikan Islam.

__________________________ (Tuan Haji Ariffin bin Zainuddin) Pensyarah Penasihat, Program Ekspedisi Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang. IPG Kampus Pendidikan Islam.

Disokong oleh, _____________________________ ( Puan Nur Aisyah binti Abdullah) Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Pendidikan Islam. 3.0 NOTA TEMA SEDIA HADAPI CABARAN

Diluluskan oleh, __________________________ (Tn Hj Osman bin Hussain) Pengarah, IPG Kampus Pendidikan Islam.

Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, Pendidikan Sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan melalui enam tema iaitu : 1. Sayangi Diri 2. Sayangi Keluarga 3. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat 4. Kenali Budaya Malaysia 5. Malaysia Negaraku 6. Sedia Hadapi Cabaran

Tema Sedia Hadapi Cabaran memberi penekanan terhadap aspek pertahanan diri untuk masa depan iaitu dalam mengamalkan budaya cemerlang untuk kemajuan diri dalam kehidupan seharian dan berusaha untuk meningkatkannya untuk masa depan. Selain itu, tema ini juga membantu dalam membentuk sahsiah dan jati diri setiap individu. Melalui pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang diajar dalam mata pelajaran ini, diharapkan agar dapat melahirkan warganegara yang sihat sahsiah dan tingkah lakunya. Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan satu Ekspedisi ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang telah dirancang bagi memenuhi tema dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu tema Sedia Hadapi Cabaran. Ekspedisi ini dijalankan selama dua hari seramai 18 orang. Objektif utama bagi ekspedisi ini ialah melahirkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan bagi mencapai kesejahteraan diri. Kota Gelanggi adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang. Di dalam kawasan ini terdapat banyak Gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu, dan Gua Kelawar. Selain itu, Gua Kota Gelanggi juga merupakan sebuah kompleks batu kapur yang mengandungi sekurang-kurangnya 120 buah gua, di mana ada di antaranya menjadi tapak untuk kajian kerja-kerja arkeologi dan akademik. Salah satu aktiviti menarik yang dijalankan ialah pertama meneroka Gua Kota Gelanggi. Gua ini telah berusia 150 juta tahun yang mempunyai sejarah dan mitos lama dengan keunikan kehidupan flora dan fauna di samping pembentukan batu indah yang dapat memikat pandangan pengunjung. Penerokaan ini telah memberikan inspirasi dan satu pengalaman pengembaraan yang sangat menakjubkan bagi pengunjung. Melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5 ada menghuraikan mengenai ciri-ciri peribadi terpuji dalam Tema Sedia Hadapi Cabaran iaitu kerohanian dan keimanan. Jadi, melalui penerokaan di Gua Kota Gelanggi dapat memberi kesedaran kepada individu dalam memberi penekanan tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatian iaitu mempunyai perasaan menyedari dan

mengingati adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta. Bukan itu sahaja, malah melalui penerokaan ini juga turut memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia dalam setiap individu. Hal ini bermakna ciri terpuji kerohanian dan keimanan ini dapat memberi keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Aktiviti kedua ialah aktiviti rekreasi iaitu kayak dan berakit. Menurut Whittaker (1983) dalam kajian Jaffry Zakaria ada mengatakan bahawa aktiviti rekreasi melibatkan aktiviti-aktiviti yang bersifat mencari ilmu secara tidak langsung seperti belayar, abseiling, berkayak, orienteering dan rock climbing di mana kesemuanya melibatkan alam semulajadi seperti air, angin, batu, hutan dan sebagainya. Melalui tema Sedia Hadapi Cabaran dalam huraian sukatan pelajaran Tahun 6 ada menyatakan mengenai gaya hidup sihat iaitu memupuk diri untuk mengamalkan gaya hidup sihat seterusnya menghargai gaya hidup sihat. Hal ini jelas membuktikan bahawa melalui aktiviti rekreasi kayak ini secara tidak langsung dapat memberi tumpuan terhadap kesihatan tubuh badan individu seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan dan melakukan aktiviti riadah dengan sempurna. Seterusnya ialah menghargai gaya hidup sihat dengan menggunakan bakat dan kemahiran teknikal atau manipulatif dengan cekap, memanfaatkan fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat. Hal ini sekaligus dapat membantu individu dalam meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Aktiviti terakhir ialah aktiviti night walk dan meneroka gua Terang Bulan. Aktiviti ini memerlukan peserta untuk berjalan pada waktu malam. Aktiviti ini mengambil masa selama satu setengah jam dan memerlukan pemandu arah yang berpengalaman untuk memandu di samping memberi penerangan mengenai gua Terang Bulan. Aktiviti ini memberi cabaran kepada individu untuk berjalan pada waktu malam dan sekaligus

memerlukan keberanian yang tinggi dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Aktiviti ini dapat memenuhi Tema Sedia Hadapi Cabaran dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargananegaraan bagi Tahun 5. Contohnya dalam tajuk ciri-ciri peribadi terpuji dalam membina ketahanan diri untuk menghadapi cabaran. Melalui aktiviti night walk dapat melatih setiap individu untuk memiliki keupayaan seperti daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa dan berfikiran waras dengan jiwa yang tenang. Selain itu, aktiviti night walk juga dapat membentuk sahsiah dan emosi yang positif. Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal. Hal ini bermakna sekiranya emosi tidak stabil maka ketahanan diri tidak kuat dan tidak boleh berfikir dengan waras dalam menghadapi segala cabaran dan konflik yang berlaku semasa menjalani aktiviti night walk seterusnya memberi kemudaratan kepada individu itu sendiri. Secara keseluruhannya tema Sedia Hadapi Cabaran melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah diharapkan dapat membentuk keperibadian individu yang seimbang serta bersedia menghadapi cabaran dengan berani. Oleh itu, melalui aktiviti-aktiviti dalam ekspedisi ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang sangat bermakna dalam kalangan pelajar untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh sesuai mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

REFLEKSI PROGRAM LESTARI PERDANA

Syukur ke hadrat Illahi kerana telah diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalani Program IPG Lestari yang telah diadakan pada 3 Oktober 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang. Semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam bersama-sama menjayakan program ini yang telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, Tuan Haji Osman bin Hussain. Program IPG Lestari adalah hasil kerjasama antara IPG, Kementerian

Anda mungkin juga menyukai