Anda di halaman 1dari 3

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan: i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.

ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang. iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang. iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik. Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut: i. Menaakul secara logik. ii. Membuat kiraan. iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir. iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan. v. Membuat keputusan vi. Menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi. - kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat. -kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran secara kreatif. Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah tersebut di atas haruslah dikuasai oleh pelajar anda: a. membuat kaitan b. membanding dan membeza. c. mengkelaskan d. menilai

e. menyusun atur f. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu' g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah i. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebab j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat k. membuat inferens atau kesimplan awal l. membuat generalisasi m. mentafsir n. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci. o. merumus dan meringkas p. membuat keputusan q. menyelesaikan masalah Bagaimanakah Kemahiran Berfikir boleh Dikembangkan? Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahjiran berfikir termasuk: a. soal jawab b. sumbang saran c. permainan d. pertandingan e. kuiz f. teka teki g. perbahasan h. projek: - mereka bentuk - mereka cipta - mengkaji - menyelidik - membuat eksperimen - menghasilkan sesuatu projek - menyelesaikan sesuatu masalah

Anda mungkin juga menyukai