Anda di halaman 1dari 7

SMK BANDAR BARU SG. LONG, 43000 KAJANG SELANGOR.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2 UJIAN 2 (OGOS 2012)

NAMA : __________________________________

TINGKATAN : __________

Arahan ; Kertas ini mengandungi 40 soalan. Pilih jawapan yang paling tepat. Jawab semua soalan.

1 Antara berikut, yang manakah merupakan komponen kecergasan yang berasaskan kesihatan? A kelajuan dan kuasa C daya tahan otot dan kelenturan 2 B kekuatan otot dan kelajuan D daya tahan kardiovaskular dan kuasa

Nyatakan kaedah latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular? A tekan tubi C lompat setempat B bangkit tubi D latihan pyramid

Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki? A naik turun bangku C lompat jauh berdiri B lari pecut 30 meter D meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

4 Kebolehan melakukan kerja secara berulang-ulang dan berterusan dalam jangka masa yang panjang berkaitan dengan .. A daya tahan otot C daya tahan isotonik 5 B daya tahan dinamik D daya tahan kardiovaskular

Seseorang atlet itu perlu selepas melakukan aktiviti sukan. A memanaskan badan C mandi dengan segera B menyejukkan badan D makan seberapa yang segera

6.

Aktiviti bersenam perlu dilakukan bagi A menambahkan berat badan C membolehkan tidur lebih nyenyak B mengelakkan daripada terdedah kepada penyakit bahaya D meningkatkan daya tumpuan & pembelajaran lebih berkesan

7. Apakah kepentingan memanaskan badan? A Menurunkan suhu badan. C Melancarkan pengaliran darah B Mengurangkan risiko kecederaan sebelum melakukan aktiviti. D Mampu melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama.

8. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular A Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan. B Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan pergerakan maksimum. C Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama. D Kemampuan melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan daya yang maksimum. 9. Bagi mendapatkan kesan yang baik, aktiviti membina daya tahan kardiovaskular perlu dilakukan selama A 5 hingga 10 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu B 10 hingga 20 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu C 15 hingga 30 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu D 20 hingga 50 minit berterusan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 10. Apakah faedah latihan fizikal ? A Menambahkan berat badan. B Mendedahkan kepada penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi. C Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah. D Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah. 11. Antara berikut, yang manakah aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular ? A Tekan tubi C Aktiviti senamrobik B Dekam lunjur D Aktiviti bangkit tubi

12.

Aktiviti bangkit tubi bertujuan membina daya tahan otot di .. A bahagian kaki C bahagian tangan, bahu dan dada B bahagian abdomen D bahagian abdomen dan punggung

13.

Aktiviti dekam lunjur bertujuan membina daya tahan otot di .. A bahagian kaki C bahagian tangan, bahu dan dada B bahagian abdomen D bahagian abdomen dan punggung

14.

Aktiviti angkat tumit bertujuan membina daya tahan otot di . A bahagian kaki C bahagian tangan, bahu dan dada B bahagian abdomen D bahagian abdomen dan punggung

15.

Bola baling dimainkan dengan menggunakan A. kaki sahaja B. tangan sahaja C. tangan dan kaki D. kaki dan kepala

16.

Bola baling dimainkan seramai. bagi setiap pasukan ketika permainan. A. 5 orang B. 6 orang C. 7 orang D. 8 orang

17.

Ukuran padang bagi permainan bola baling ialah . A. 20 X 20 meter B. 20 X 30 meter C. 20 X 40 meter D. 20 X 50 meter

18.

Antara bentuk servis alam permainan badminton yang manakah menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan ? A. Servis kilas B. Servis tinggi C. Servis rendah D. Servis Rendah dan kilas

19.

Piala yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa bagi pasukan campuran badminton adalah A. Piala Uber B. Piala Thomas C. Sudirman D. Piala Tun Siti Hasmah

20.

Bulu tangkis biasanya diperbuat daripada bulu . A. burung merpati B. ayam C. ayam hutan D. itik

21.

Selain sekolah, agen sosialisasi juga terdiri daripada ................. A. guru B. artis C. keluarga D. idola

22.

Apakah peranan agen sosialisasi kepada seseorang dalam aktiviti sukan? A B C D Menaja pakaian sukan Menaja biasiswa pendidikan Menyediakan kemudahan alatan sukan Memperkenalkan dan mengajar kemahiran sesuatu permainan

23.

Nicol Ann David menjadi idola kepada peminatnya kerana A B C D mempunyai tingkah laku yang buruk mempunyai semangat kesukanan yang tinggi memberi imej yang negatif kepada orang ramai mementingkan aktiviti sukan berbanding pelajaran

24.

Antara berikut yang manakah menunjukkan amalan permainan bersih dikalangan atlet? A B C D Menghormati perasaan penyokong lawan Mempertikaikan keputusan pengadil Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan Mengambil tindakan ke atas peserta yang bermain kasar

25.

Amalan ini akan menjadikan pelajar lebih cergas semasa belajar di dalam kelas, iaitu ....... A. tidur waktu petang C. mengambil sarapan setiap pagi B. bersenam sekali seminggu D. mengambil makanan yang berkalori tinggi

26.

Amalan pemakanan dalam gaya hidup yang sihat boleh mencegah penyakit berikut kecuali penyakit A. diabetes B. epilepsi C. jantung koronari D. tekanan darah tinggi

27.

Sesuatu makanan yang mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen dikelaskan dalam kumpulan ....................... A. lemak B. Protein C. vitamin D. karbohidrat.

28.

Karbohidrat diperlukan oleh badan untuk A. membekalkan tenaga C. menguatkan gigi dan tulang B. meningkatkan tumbesaran D. melawan serangan penyakit

29.

Kumpulan makanan yang membekalkan karbohidrat ialah A. nasi, roti dan ubi kentang. C. mentega, susu , keju dan coklat B. ikan, daging dan telur D. kacang, daging dan sayur-sayuran.

30.

Kekurangan protein boleh menyebabkan penyakit .............. A. skurvi B. Anemia C. beri-beri D. kwashiorkor

31

Berikut merupakan fungsi lemak kepada badan kecuali A. pelarut vitamin dan hormon C. melindungi jantung dan ginjal B. bertindak sebagai penebat haba D. menyediakan kolesterol yang banyak kepada badan.

32

Apakah fungsi vitamin kepada badan? A. Membekalkan tenaga. C. Menghasilkan sel darah B. Mengawal suhu badan D. Mengekalkan kesihatan badan

33

Hati, tomato dan sayuran hijau mengandungi vitamin K. Apakah kepentingan vitamin K kepada badan? A. Mengawal suhu badan C. Menjaga sistem pembiakan B. Menjaga kesihatan kulit D. Membantu pembekuan darah

34

Minyak ikan, minyak sayur dan cahaya matahari mengandungi vitamin D Kekurangan vitamin D dalam badan boleh menyebabkan ............ A. kemandulan C. darah sukar membeku B. rabun malam D. penyakit riket dan osteoporosis

35

Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan penyakit skurvi iaitu pendarahan gusi. Apakah jenis makanan yang mengandungi vitamin C ? A. susu B. telur C. buah limau D. hati haiwan

36.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan dadah terhadap tubuh individu ? A Menyebabkan ketagihan B Mengganggu sistem otak dan saraf C Memudahkan tubuh mendapat penyakit D Menyebabkan individu kehilangan kawan-kawan

37.

Kenapakah berlakunya ketagihan ? A Dadah sejenis bahan yang seronok untuk diambil B Dadah akan membantu penagih melupakan masalah mereka C Dadah mempengaruhi badan untuk mengambilnya berulang kali. D Dadah perlu bagi membolehkan proses fisiologi badan berjalan saperti biasa.

38

Berikut ialah penyakit-penyakit akibat penagihan dadah, kecuali A mandul B sakit C kancing D kencing manis

39

Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan stres? A Selera makan meningkat C Degupan jantung meningkat B Sakit kepala dan sukar tidur D Perasaan risau, bimbang, gelisah & cepat marah.

40

Antara berikut, yang manakah BUKAN kaedah mengatasi stres? A Merehatkan diri dengan secukupnya C Melakukan aktiviti riadah dan bersukan B Mengelak berjumpa dengan orang lain D Rancang masa secara berkesan & bijaksana

Disediakan oleh,

Diperiksa oleh

Disahkan oleh,

................................... (En. Abd. Halim)

........................................

.......................................

Anda mungkin juga menyukai