Anda di halaman 1dari 6

KATA KUNCI

HURAIAN PENGENALAN Zaman awal Tanah Melayu telah dikenali sebagai Suvarnabhumi (Bumi Emas ) Banyak pelabuhan penting muncul di sepanjang Selat Melaka menjadi tumpuan pedagang- pedagang India, China dan Eropah. Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah. Pertapakan kuasa Barat telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial seperti getah, tebu, tembakau dan kelapa sawit. Zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan mendalam dan mengubah corak ekonomi, politik dan social masyarakat tempatan. EKONOMI TRADISIONAL Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.

SEJARAH AWAL

EKONOMI SARA DIRI

KATA KUNCI

HURAIAN EKONOMI TRADISIONLA Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Pengeluaran dalam bentuk skala kecil, menggunakan teknologi mudah, modal yang kecil, jumlah buruhyang terhad dan pasaran yang kecil. Lebihan pengeluaran digunakan oleh keluarga atau kumpulan masayarakat untuk kenduri kendara, tukar barang dan bayaran zakat. Adakalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk memastikan kelangsungan bekalan bekalan makanan. Masyarakat Melayu juga menanam ubi, kelapa dan pisang. Untuk menambah sumber bekalan makanan masyarakat Melayu menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau. Peralatan asas yang digunakan diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar mereka contohnya dalam penanaman padi mereka menggunakan peralatan seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala Sistem pengairan yang mudah dari sumber sungai atau hujan.

EKONOMI SARA DIRI

TEKNOLOGI

KATA KUNCI

HURAIAN EKONOMI TRADISIONAL Dalam kegiatan menangkap ikan peralatan yang digunakan mudah dan bergantung kepada kawasan penangkapan ikan sama ada di laut, sungai atau sawah padi. Kaedah yang digunakan adalah dengan tali kail, bubu dan jala. Teknologi yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam kegiatan ekonomi sara diri bergantung kepada tenaga binatang atau manusia dan bukannya mesin. EKONOMI DAGANGAN Ekonomi dagangan bermaksud kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan eksport. Pengeluaran dalam jumlah yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang banyak dan modal yang besar, teknologi moden dan pasaran yang lebih meluas. Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.

TEKNOLOGI

PENGENALAN

KATA KUNCI

HURAIAN EKONOMI DAGANGAN Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong. PERLOMBONGAN Kebanyak lombong dikuasai oleh pembesar Melayu dan diusahakan oleh buruh-buruh tempatan. Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknik mendulang di kawasan sungai. Antara pembesar yang memiliki kawasan lombong bijih termasuklah Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat (Selangor), Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi (di Sungai Ujong) Penguasaan British terhadap pelabuhan utama telah mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat terutama di kawasan yang kaya dengan bijih timah dan tanaman getah.

SEBELUM

SELEPAS

KATA KUNCI

HURAIAN Kepesatan kegiatan British dan dasar pertaniannya telah menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional terutama di kawasan luar Bandar terpinggir dan ketingalan. Ini telah mewujudkan dua jenis ekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Penumpuan kepada aktiviti ekonomi di Pantai Barat telah menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di Pantai Timur. Buruh luar dibawa masuk kesan perkembangan perusahaan perlombongan bijih. Buruh luar dari China telah dibawa masuk pada pertengahan kurun ke19 Buruh China juga diperlukan untuk sector perladangan.

SELEPAS

BURUH

KATA KUNCI

HURAIAN SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL


British memberi penekanan

Anda mungkin juga menyukai