Anda di halaman 1dari 16

BUDAYA DAN GAYA PEMBELAJARAN EDU 3106

Tajuk: Penilaian Berasaskan Budaya Komunikasi lisan dan bukan lisan

Pengurusan bilik darjah

Mesra budaya Persekitaran sosioemosi

Persekitaran fizikal

Perhubungan kelompok etnik

Pengurusan pengajaran pembelajaran

Pedagogi releven budaya dan kepelbagaian kelompok Penilaian berasaskan budaya

Pedagogi kelas bercantum

Sosiolinguistik

PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA


Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi kelas. Perkara yang perlu diambil perhatian: -Aturan dan kedudukan fizikal kelas dalan kumpulan dengan kaum yang berbeza. -Murid perlu diberikan peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza. -Penerapan nilai berkerjasama memudahkan proses penilaian terhadap murid.

Nilai

Organisa si bilik darjah


Disiplin Bagaimana guru boleh melaksanakan proses penilaian terhadap murid Orientasi

Psikologi murid Budaya belajar

Hubungan

Penilaian terhadap nilai merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini di dalam bilik darjah. Nilai yang dipilih dapat mencorakkan perkembangan tingkah laku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai boleh memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain.

Penilaian terhadap disiplin mempengaruhi suasana yang efektif. Nilai berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab.
Disiplin adalah dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar budaya murid.

Penilaian terhadap hubungan sosial murid yang dilakukan dalam bilik darjah dapat mencerminkan wujudnya perkembangan hubungan sosial yang dinamis, harmoni dan bertanggungjawab dalam organisasi bilik darjah. Budaya tanggungjawab sosial dan kesedaran sosial yang tinggi dalam pelajar sangat penting bagi merealisasikan dan mencapai matlamat belajar yang akhirnya dapat memenuhi hasrat dan cita-cita pada masa hadapan.

Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan yang pelbagai.

Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Sikap kebergantungan menyukarkan pembentukan independent study.

Orentasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah perkara yang tidak sepatutnya diamalkan di dalam bilik darjah.

Orentasi akan menentukan iklim bilik darjah yang mempengaruhi pembelajaran murid.
Guru perlu mengambil kira perbezaan budaya dalam kalangan murid ketika menentukan kewajaran sesuatu perkara yang boleh atau tidak dilakukan di dalam kelas.

Fungsi organisasi adalah untuk meningkatkan pengawalan sosial dan mementingkan keseragaman,kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang sesak memberi kesan yang tidak selesa kepada murid.

KOMUNIKASI

LISAN

Ned A. Flandrs: Kemahiran lisan melibatkan interaksi antara guru dengan murid. Ia merupakan cara mudah untuk memperolehi maklumat dan penerimaan mesej penutur. Guru dapat mengemukakan idea baru serta dapat memberi panduan disamping dapat memberi motivasi.

Kemahiran lisan memerlukan penggunaan teknik yang efekif. Iaitu ia meminta murid memberi perhatian. Guru perlu mengambil berat tentang apa yang dituturkan. Kelajuan bercakap mempengaruhi sesuatu sesi.

Ketinggian suara perlu sesuai, penggunaan serta pengaruh bahasa juga mempengaruhi pemahaman murid.

Komunikasi lisan juga boleh disertakan dengan komunikasi bukan lisan seperti:
Senyuman Renungan mata

Ini akan memberi makna yang lebih jelas terhadap mesej yang ingin disampaikan

KOMUNIKASI BUKAN LISAN


Mc Cardle 1974; Komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting membentuk gestalt keseluruhan komunikasi. Ini adalah lebih kepada penglibatan gerak badan dan penumpuan penutur kepada pendengarnya. Contohnya: Pengunaan eye contact diaplikasikan oleh guru untuk mengawal keadaan murid di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai