Anda di halaman 1dari 29

ZULKEFLI BIN JANTAN FATIN AMIRA BT ADNAN NOR RAWDHAH BT HAMDAN

Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".

KITARAN PULMONARI

SISTEM KITARAN JANTUNG

KITARAN SISTEMIK

JANTUNG

PEPARU

Darah dipam dari jantung ke peparu dan kembali semula ke jantung.

Darah terdeoksigen yang diangkut ke seluruh badan ke dalam atrium kanan jantung melalui vena kava akan masuk ke dalam ventrikel kanan. Dari ventrikel kanan, darah dipam ke peparu melalui arteri pulmonari (hanya arteri ini membawa darah terdeoksigen). Darah beroksigen kemudian diangkut balik ke atrium kiri jantung oleh vena pulmonari (hanya vena ini mengangkut darah beroksigen).

JANTUNG

BAHAGIAN BADAN YANG LAIN

Darah beroksigen diangkut dari jantung ke bahagian badan yang lain dan kembali semula ke jantung.

Darah beroksigen dari peparu yang memasuki atrium kiri dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri mempunyai dinding berotot yang lebih tebal berbanding dengan ventrikel kanan. Dari ventrikel kiri, darah seterusnya dipam keluar dari jantung ke dalam aorta.
Aorta merupakan arteri terbesar dalam badan dan darah dipam keluar di bawah tekanan yang tinggi. Aorta akan menghantar darah beroksigen ke semua bahagian badan. Pertukaran gas dan bahan berlaku di tisu badan. darah yang terdeoksigen kemudian diangkut kembali ke atrium kanan jantung melalui vena kava.

Saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung. Semua arteri, kecuali arteri pulmonari dan arteri umbilical, membawa darah beroksigen. Arteri merupakan komponen utama sistem peredaran yang penting bagi benda hidup. Ia berfungsi menghantar oksigen dan nutrient kepada semua sel, dan juga untuk menyingkirkan karbon dioksida serta bahan buangan daripada tubuh badan.

Dinding arteri adalah tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung.

Salur darah

yang mengalirkan darah ke dalam jantung.

Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.

Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah. Oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu ke arah jantung. Injap-injap ini berfungsi dengan tertutup apabila darah mengalir ke belakang dalam alirannya.

Venul merupakan vena yang terkecil.


Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Salur darah yang terkecil. Menghubungkan arteriol kepada venul.

Dindingnya sangat nipis, iaitu hanya setebal satu sel.


Dinding nipis dan telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

jantung

terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat 300-350 g. Ia terdiri dari 4 ruang, 2 atrium di atas dan 2 ventrikel di bawah.

Dinding jantung terdiri 3lapisan:

1. Perikardium (pericardium) lapisan terluar fibrous pericardium (luar) serous pericardium (dalam) 2. Myokardium (myocardium) lapisan tengah 3. Endokardium (endocardium) lapisan terdalam

Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava).

Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari dan kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonari. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.

Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari.

Degupan jantung

Degupan jantung bermula dari atrium kanan, di mana sekumpulan sel khas yang dipanggil nodus sinus (SA) atau perentak semulajadi akan menghantar isyarat elektrik. Isyarat ini kemudiannya tersibar di seluruh atria ke nodus atrioventrikel (A-V). Nodus ini kemudiannya akan menghantar isyarat elektrik ke sekumpulan gentian yang bergerak ke seluruh ventrikel. Proses ini akan mencetuskan pengecutan yang menghasilkan degupan jantung .

EKG atau ECG, adalah suatu ujian sederhana, tanpa rasa sakit yang mencatat aktiviti elektrik jantung. Sebuah EKG menunjukkan: * Seberapa cepat jantung berdetak * Apakah irama detak jantung stabil atau tidak teratur * Kekuatan dan masa isyarat elektrik ketika melalui setiap bahagian dari jantung
Doktor menggunakan EKG untuk mengesan dan mengkaji masalah jantung, seperti serangan jantung, aritmia), dan kegagalan jantung. Keputusan Ujian juga boleh menyarankan gangguan lain yang mempengaruhi fungsi jantung.

REGULASI KARDIOVASKULAR
Sistem kardiovaskular : Sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan dari sel. Terdapat tiga jenis sistem kardiovaskular :
tanpa sistem sirkulasi sistem sirkulasi terbuka sistem sirkulasi tertutup.

Sistem ini ,membantu menstabilkan suhu dan pH tubuh.

KOMPONEN DALAM KARDIOVASKULAR

Paru - paru

Jantung

Salur darah

Fungsi sistem kardiovaskular


Penghantar. Sistem ini akan menghantar oksigen dan nutrisi ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung. Pengeluar Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolisme daripada setiap sel yang ada di dalam badan. Pengangkut. Hormon akan diangkut dari kelenjar endokrin ke sel sel sasaran melalui plasma darah. Penghalang Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai. Pengekal Bertindak untuk membantu mengekalkan suhu dalam badan.

Autoregulasi
Autoregulasi ialah kemampuan sesuatu organ mempertahankan atau menstabilkan peredaran darah. untuk

Autoregulasi aliran darah berlaku melalui pengecutan dan pengembangan pembuluh darah. Pengembangan pembuluh darah boleh juga disebabkan oleh penyerapan oksigen. Pengembangan akan menurun apabila sel melepaskan karbon dioksida. Pengembangan bertambah apabila nilai pH menurun ataupun apabila berlaku kecedaraan atau keradangan. Pengecutan pembuluh darah boleh berlaku apabila berlakunya penurunan suhu, terkejut, ataupun ketika melakukan aktiviti harian seperti pencernaan dan bersenam.

Dalam proses regulasi kardiovaskular, sistem endokrin merembeskan hormon hormon yang dapat membantu proses ini.
Hormon Epinefrin akan dirembeskan apabila medulla adrenal mula menjadi aktif. Rembesan ini akan merangsang output kardiak dan juga peripheral. Hal ini menyebabkan berlakunyavasoconstriction iaitu pengecutan pembuluh darah akibat pengecutan otot. Keadaan ini sering berlaku di arteri besar, arteriol kecil dan vena

Dalam tindakan jangka masa panjang pula, Angiotensin akan mengakibatkan vasoconstriction bertambah kuat dan tekanan darah juga bertambah.
Keadaan ini mengakibatkan pengaktifan hormon yang bertindak untuk meningkatkan ketelapan ginjal terhadap air. Hormon yang dimaksudkan ialah hormon Antidiuratic. Apabila kepekatan zat terlarut bertambah, hormon ini akan bertindak dengan merangsang penyerapan semula air. Hal ini akan dapat menstabilkan kuantiti air dan zat terlarut sekaligus dapat mengelakkan berlakunya vasoconstriction. Hormon Atrial Natriuretic Peptid dirembeskan untuk meningkatkan kadar tekanan darah. Hormon ini bertindak untuk meningkatkan isian vena dengan kehilangan Na+ dan juga air pada buah pinggang. Hormon ini juga menghalang pengaktifan adrenal medulla dan juga vasodilation. vasodilation ialah pengembangan pembuluh darah apabila otot licin dalam dinding pembuluh darah dalam keadaan rehat.

Senaman dan sistem kardiovaskular Apabila bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan, di mana ia akan menjadikan salur darah mengecil untuk meningkatkan tekanan darah, supaya darah sampai kepada organ dalam masa singkat. Manakala salur darah di otot pula dilebarkan, untuk memenuhi keperluan oksigen kepada otot yang bersenam. Di jantung pula, jantung menjadi lebih kuat menerusi senaman dan dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung boleh berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan.. Kadar denyutan jantung semasa rehat bagi orang yang bersenam juga lebih perlahan kerana jantung mereka tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah.

JANTUNG & UMUR


Umur 30-an Kemampuan sistem metabolisme mulai menurun & pada usia ini orang-orang mulai mengalami kegemukan jika tidak mejaga pemakanan. Umur 40-an Gangguan jantung dan pembuluh darah mulai terasa pada usia ini sehingga berat badan dan kadar kolesterol harus mulai dikawal.

Anda mungkin juga menyukai