Anda di halaman 1dari 3

myMetro | Selagi ada nyawa

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20120218010256201202...

Forex Dalam Talian Dagang 24hr. Hanya 5 Min, Mula $25. Deposit CC. Keumpilan hingga 1:200!

www.Easy-Forex.com/Malaysia www.Plus500.com/Malaysi

Sertai komuniti myMetro


login|daftar

Pelaburan dalam Bursa Saham, Forex, Minyak, Indeks,Emas. Sebut harga masa nyata. Bonus RM50! KLM Airline Tickets Check the special offers & deals! Book your flights now on KLM.com.

www.KLM.com/my/OfficialSite

Layari Sabtu, 18 Februari 2012

Versi Mobile RSS 1klassifieds iMetro Akhbar Digital Team Metro

UTAMA

BERITA

EKSTRA

METROPLUS

GIGS

HATI

RAP

VARIASI

TANYA PAKAR

BIMBINGAN

KOLUMNIS

ARKIB SEMINGGU

VIDEO

1 of 3

18/2/2012 11:18 PM

myMetro | Selagi ada nyawa

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20120218010256201202...

myMetro

Setempat

IKLAN

Selagi ada nyawa


Oleh Muhd Izawan Baharin dan Riadz Radzi am@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha mencari ibu atau bapa kandung, cium tangan serta ucap terima kasih kerana sekurang-kurangnya mereka membiarkan saya hidup, kata bekas anak tong sampah yang dibuang ibu bapanya ketika masih bayi. Muhd Khairul Hafiz Abdullah, 25, berkata, walaupun mengakui marah, dia tetap merasakan mereka memainkan peranan penting dalam kehidupannya sehingga kini. Sekurang-kurangnya saya masih bernyawa kerana mereka tidak membuang saya ke dalam sungai atau dicampakkan dari bangunan. Pengalaman hidup sebagai anak terbuang tanpa ibu bapa dengan pelbagai kesukaran menjadikan saya matang dan ia pengalaman berharga yang sukar diperoleh orang lain, katanya di sini, semalam.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan Muhd Khairul ditemui seorang lelaki Cina berhampiran tong sampah di pekan Mentakab, Pahang itu mengakui kehidupannya tidak pernah bahagia, sentiasa menerima ujian dan cabaran termasuk merempat serta terpaksa makan sisa lebihan makanan orang lain kerana kesukaran mencari pekerjaan disebabkan memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun hakikatnya dia dilahirkan di negara ini. Muhd Khairul hanya memperoleh MyKad pada Mac 2010 atas usahanya sendiri dan kini bahagia dengan kehidupan bersama isteri, Nor Azlen Hashim, 32, dan empat anak berusia satu setengah tahun hingga 12 tahun.

Malah, dia mampu hidup selesa dengan perniagaan makanan sejuk beku dan menternak ikan keli yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu selain terbabit dalam bidang penulisan skrip drama dan lakonan.

Menceritakan pengalaman lampaunya, Muhd Khairul berkata, selepas dijumpai dia dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Pahang, sehingga berusia empat tahun kemudian dipelihara sebagai anak angkat di Shah Alam, namun menjadi mangsa dera termasuk disimbah air panas dan dipukul. Akibat tidak tahan dengan tindakan kejam ibu bapa angkat, dia melarikan diri dan dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur dan dipindahkan ke rumah jagaan kanak-kanak lelaki di Melaka ketika berusia lima tahun.

Sewaktu kanak-kanak, saya tertanya-tanya siapakah ibu bapa saya yang sebenar. Setiap kali melihat kanak-kanak lain yang dikunjungi ibu atau bapa masing-masing, wujud rasa cemburu terhadap mereka kerana saya dapat lihat kasih sayang mereka. Perasaan itu kadang-kadang membuatkan jiwa rasa memberontak hingga terbit rasa marah terhadap ibu bapa saya. Malah, apabila dibebaskan dari rumah kanak-kanak itu ketika berusia 18 tahun, niat saya yang pertama ialah untuk mencari ibu bapa saya, katanya.

Namun, niat itu seperti sesuatu yang mustahil kerana Muhd Khairul tidak mempunyai apa-apa petunjuk mengenai ibu bapanya kecuali dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dia mempunyai seorang abang kandung tetapi mendakwa JKM enggan bekerjasama.

Muhd Khairul berkata, sebaik dibebaskan dari rumah kanak-kanak berkenaan ketika berusia 18 tahun pada 2005, dia hidup merempat kerana sepanjang ditempatkan di rumah kanak-kanak itu dia tidak pernah didedahkan dengan sebarang kemahiran atau latihan.

Sebaik dilepaskan, saya hanya diberi buku akaun bank mengandungi wang RM500. Saya difahamkan wang itu hasil sumbangan orang ramai sepanjang kira-kira 18 tahun sebelum itu, katanya.

Menurutnya, pengalaman perit sebagai anak yang tidak mempunyai ibu atau bapa banyak mengajarnya berjuang demi diri sendiri dan kini dia bercadang membantu rakan senasib iaitu mereka yang dibesarkan di JKM tetap berdepan kesukaran hidup terutama apabila tidak mempunyai kad pengenalan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter

Recommend this on Google

RM188 untuk Filem Cermin Kereta Solar Safe Dengan ...

HARGA

RM188.00
JIMAT

RM692.00!
Artikel Lain
Tunggu kolej bayar RM1,700 MBS gesa selesai segera isu air di Selangor Penyamun kempunan rantai emas Hati Malek Noor ditawan doktor pakar Kereta disewa diguna warga Nigeria menyamun

2 of 3

18/2/2012 11:18 PM

myMetro | Selagi ada nyawa

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20120218010256201202...

Mutakhir

Pilihan tertinggi

Malaysia gagal raih tempat ketiga, kalah 2-3 kepada Indonesia 17:28:22 PM KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan saingan pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia di tempat ...

Rumah ditimbus tanah runtuh di Lahad Datu, dua maut 16:49:32 PM Piala Uber: Malaysia tewas 0-5 kepada Indonesia 16:47:33 PM 470 dapat kompaun 01:55:50 AM Jaga wanita ditahan 01:51:36 AM
lagi berita
f

UTAMA

BERITA

EKSTRA

METROPLUS

GIGS

HATI

RAP

VARIASI

TANYA PAKAR

BIMBINGAN

KOLUMNIS

ARKIB SEMINGGU

VIDEO

MAKLUM BALAS Hantarkan sebarang pendapat, aduan atau komen anda mengenai laman web Harian Metro

PENGIKLANAN Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam akhbar dan laman web Harian Metro.

2012 Harian Metro


Dapatkan tajuk-tajuk berita utama & ikuti perkembangan terkini Harian Metro melalui Twitter

3 of 3

18/2/2012 11:18 PM

Anda mungkin juga menyukai