Anda di halaman 1dari 1

CeRiTa BuLaN ReJaB....

Kisah Bulan Rejab Peristiwa ini berlaku di Baitulmaqdis, di mana ada seorang wanita tua yang sangat rajin beribadat, terutamanya bila tiba bulan rejab. Di bulan ini dia akan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali di samping mengerjakan ibadah puasa. Di bulan ini juga dia akan menanggalkan segala pakaian mewah dan digantikan dengan pakaian biasa. Pada suatu hari dia jatuh sakit dan merasakan ajalnya hampir tiba, lalu dia pun meninggalkan wasiat kepada anak lelakinya. Katanya: "Anakku, sekiranya aku mati kapankanlah aku dengan kain yang murah.". Setelah ajalnya tiba, lalu diuruskan jenazahnya itu oleh anaknya. Kerana mahu menjaga maruah keluarga, anak lelakinya itu telah mengkafankan ibunya dengan kain yang mahal. Pada malam itu, dia bermimpi bertemu dengan ibunya. Kata ibunya: "Kenapa engkau tidak melaksanakan wasiatku dulu? Aku tidak rela dengan kain yang mahal ini." Setelah terkejut dari tidur, anaknya merasa menyesal lalu membuat keputusan untuk menggali semula kubur ibunya. Setelah digali sedalam yang mungkin, namun dia masih tidak berjumpa dengan mayat ibunya. Akhirnya dia pulang. Pada malam itu dia bermimpi lagi. Ada suara yang berkata: "Sesiapa yang memuliakan bulan rejab, maka Allah tidak akan membiarkannya bersendirian di dalam kubur". Bila tersedar, dia berasa amat hairan namun bersyukur kerana ibunya telah mendapat perhatian di sisi Allah di atas kelebihan serta amalan ibunya di bulan rejab.

Message:

Anda mungkin juga menyukai