Anda di halaman 1dari 6

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

FITRAH KEJADIAN MANUSIA


PISMP PI/BI/BA 2 / SEM 1 2012
AZZINI NUDRA AFIFI BT HUSIN NOORHIDAYU BT SHOIB NUR HIDAYAH BT HARON NURLIYANA BT MUHAMMAD

DEFINISI FITRAH
Asal daripada perkataan Arab Sifat, asal kejadian, kesucian dan bakat. Sifat semula jadi, bakat atau pembawaan seseorang. Fitrah manusia sebagai sifat insan yang mempunyai bakat / potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga


Kesimpulan

Keupayaan / kebolehan semula jadi yang terpendam dalam diri setiap insan. Terkandung dalam aspek jasmani, mental, rohani dan emosi.

Fitrah Manusia

Kejasmanian, Kebendaan, Keduniaan Kerohanian, Ketuhanan, Keakhiratan

ROGERS (1951) Manusia berkemampuan untuk menjadi positif dan baik. Oleh itu, manusia sentiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri. DR. MONTESSORI Semua manusia ada kecenderungan dan terdorong untuk berkomunikasi, meneroka, berdikari, mengawal diri, menunjukkan sikap kasih sayang dll. Namun, kecenderungan ini berbeza antara individu. Kecenderungan ini yang menggerakkan perkembangan dan mengarah manusia untuk mengambil sesuatu tindakan atau tidak.

FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA


Aa Gym (2005) fitrah sebagai tabiat suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah. Anugerah Tuhan kepada manusia dalam bentuk fizikal / mental. Ketetapan Tuhan sejak manusia belum dilahirkan (aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental / fizikal).

TOKOH ISLAM
Al-Ghazali (1971) fitrah manusia ialah setiap manusia wajib mengenali Allah dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Ragib Al- Isfahami (2005) fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya. Hassan Langgung (1979) Falsafah Pendidikan Islam berasaskan kepada Al-Quran yang berkaitan denga fitrah manusia. Antara yang menjadi dasar pendidikan Islam ialah manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian. (Manusia diberi pelbagai potensi untuk memupuk kerohanian melalui ajaran al-Quran).

KEHIDUPAN BERAGAMA
Dalam mengenali penciptaNya, manusia akan mensyukuri keunikan kejadiannya dan ini akan menyebabkan manusia menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah.


Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi allah hanyalah islam (ali imran : 19)

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH


Status sebagai khalifah Allah mendorong manusia melakukan sesuatu dan akan bertanggungjawab di atas setiap perbuatannya. Pemberian akal menjadikan darjat manusia lebih tinggi berbanding makhluk lain. Dari Ibn Abbas, Rasulullah telah bersabda ; Dan alat bagi mukmin ialah akal, dan tiang agama ialah akal dan tujuan Allah ialah akal dan yang menyerukan orang-orang beribadat ialah akal. Ini menunjukkan, akal sangat penting kepada manusia. Justeru, Islam diturunkan untuk membimbing dan menunjuk ajar manusia ke arah kesempurnaan yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup di akhirat.

FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF BIOLOGI

Anda mungkin juga menyukai