Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

MENULIS 1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan,dibaca dan ditulis B1 DT1 Menulis ayat mudah B1 DT1 E1 Menulis ayat mudah dengan bimbingan (FN + FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS) 1. Guru meminta seorang pelajar membaca satu perenggan petikan bertajuk Mutiara Hitam berdasarkan petikan teks Bahasa Melayu muka surat 19. 2. Guru menyoal pelajar tentang FN,FS,FK dan FA yang terdapat dalam petikan. 3. Pelajar memberikan respon dan menggariskan FN,FS,FK dan FA yang telah dinyatakan. 4. Guru meminta pelajar menulis semula ayat-ayat yang mengandungi FN + FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS yang digariskan. Contoh Petikan : Tajuk : Mutiara Hitam Mutiara (FN) ialah sejenis permata (FN). Berbeza daripada permata yang lain, mutiara bukan sejenis galian yang dilombong dari perut bumi. Mutiara terbentuk di dalam cengkerang sejenis tiram. Apabila bahan asing seperti pasir atau serpihan cengkerang masuk ke dalam cengkerang tiram, maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan lapisan nipis yang dinamakan makre. Proses ini berlaku selama beberapa tahun untuk membolehkan bahan asing itu bertukar menjadi mutiara. Mutiara (FN) berkilat (FA) dan warnanya sama dengan lapisan cengkerang tiram. Ada tiram yang menghasilkan mutiara yang indah warnanya seperti hitam, oren dan merah jambu, krim dan putih . Mutiara jenis ini mahal harganya. Mutiara hitam adalah (FS) antara jenis mutiara yang tinggi nilainya. Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop, akan kelihatan lapisan bulatan seolah-oleh lapisan pada bawang yang dibelah dua. Mutiara asli sukar didapati. Oleh itu, mutiara diternak (FK) dengan memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat ke dalam tiram-tiram terpilih dengan cara yang saintifik.

Contoh pola ayat:1. FN + FN = (jawapan : Mutiara ialah sejenis permata.) 2. FN + FS = (jawapan : Mutiara hitam adalah antara jenis mutiara yabg tinggi nilainya.) 3. FN + FK = (jawapan : Mutiara diternak dengan memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat.) 4. FN + FA = (jawapan : Mutiara berkilat dan warnya sama dengan lapisan cengkerang tiram.)

DISEDIAKAN OLEH : 1. 2. 3. 4. PUAN RUGAYAH BINTI MOHAMAD PUAN NGATIMAH BINTI BASAR PUAN KARTINIE BINTI NGATENAN CIK NORAINI BINTI AMINAN SMK TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG SEK. TINGGI SEGAMAT SMKA SHAMS, SEREMBAN SMK RAJA JUMAAT, PORT DICKSON

Anda mungkin juga menyukai