Anda di halaman 1dari 1

Kepada : Ibu, bapa/Penjaga Murid-murid Tahun 2,3,4,5 SK Tengkera Dua, Melaka Tuan, Penggunaan Buku Fakta Asas Matematik

Sebagai Latihan Semasa Cuti Akhir Tahun 2012 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan pihak sekolah telah mewajibkan semua murid Tahun 2, 3, 4 dan 5 SK Tengkera 2 membeli Buku Fakta Asas Matematik sebagai latihan semasa cuti Akhir Tahun 2012. Ini juga sebagai persediaan untuk sesi persekolahan 2013. 3. Buku Fakta Asas Matematik tersebut berharga RM 3.50. Pembayaran boleh dibuat mulai 31/10/2012 melalui guru kelas. 4. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon kerjasama ibu bapa/ penjaga untuk memastikan anak tuan dapat membeli buku tersebut bagi meningkatkan penguasaan kemahiran Fakta Asas Matematik dan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian murid dalam matapelajaran Matematik. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas,

Anda mungkin juga menyukai