Anda di halaman 1dari 4

Bangkitlah 23 April 2009

rakyat

Malaysia!

Oleh Minda Longlai


Malaysia, Perdana Menteri dan Cogankata Hari ini masuk hari yang ke-20 Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Tidak dapat dipastikan secara jelas bagaimana rakyat Malaysia amnya dan pemimpin -pemimpin Malaysia khususnya menjadi taksub dengan cogankata. Semua parti politik Malaysia ada cogankata masing-masing, yang kadang-kadang amat lucu jika diambil kira kesesuaian cogankata tersebut dengan corak dan agenda politik sesebuah parti tersebut dan tidak hairan mengapa ada parti yang kerapkali menukar cogankata mereka. Cogankata yang popular akhir-akhir ini terutamanya di kalangan parti-parti yang menempa nasib malang pada pilihanraya umum tahun lepas adalah cogankata yang membawa erti pembaharuan, perubahan dan nafas baru, kurang pasti mengapa ia menjadi pilihan. Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada tahun 1982 menggunakan cogankata Bersih, Cekap dan Amanah untuk pemerintahan beliau dan seterusnya mempopularkan cogankata nombor satu Malaysia Malaysia Boleh. Pemimpin-pemimpin memperkenalkan selepas beliau juga mengikut sebaik jejak sahaja langkah mengambil beliau alih dengan tampuk

cogankata

masing-masing

pemerintahan. Tun Abdullah Ahmad Badawi dengancemerlang, Gemilang dan Terbilang dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak pula memperkenalkan cogankata Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Satu Malaysia yang ditulis sebagai 1Malaysia disandarkan oleh Datuk Seri Najib sebagai konsep untuk merealisasikan bangsa Malaysia dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya. Dalam ucapan sulungnya selepas menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa 1Malaysia ditunjangi diperkenalkan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk perpaduan rakyat Malaysia dengan yang dua prinsip utama iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain. Utusan Malaysia, Hipokrit, Penipuan dan Omong Kosong Sayang sekali, apa yang diutarakan oleh Datuk Seri Najib dalam konsep 1Malaysia beliau nampaknya tidak difahami atau diterima baik oleh golongan ultra Melayu khususnya dalam Umno itu sendiri. Tidak sampai 2 minggu beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, pada 15 April 2009, akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dalam halaman utama telah menyeru

rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu untuk bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan, satu kenyataan yang boleh menyebabkan wujudnya buruk sangka antara kaum di Malaysia. Apa yang diutarakan dalam laporan Bangkitlah Melayu oleh Utusan Malaysia adalah jelas bertentangan dan jauh terpesong daripada konsep 1Malaysia yang dijaja oleh Datuk Seri Najib. Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan pemimpin-pemimpin Malaysia khususnya daripada parti Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno untuk gemar bermain retorik, omong kosong dan menyampaikan khabar indah dari rupa. Perdana Menteri mengelak daripada mengulas laporan Utusan Malaysiatersebut apabila ditanya sama ada laporan itu bertentangan dengan konsep perpaduan Satu Malaysia yang dipromosi olehnya, sebaliknya berkata ia terserah kepada penilaian seseorang dengan memberikan jawapan dangkal Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing. Sudah pasti seandainya ada akhbar berbahasa Cina atau Tamil yang mengeluarkan laporan berbaur mengapikan-apikan sentimen perkauman seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia, layanan yang berlainan akan diberikan. Sudah pasti sekiranya versi ini yang berlaku di mana akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang menyeru Bangkitlah Cina! dan Bangkitlah India, semua menteri-menteri khususnya dari Barisan Nasional akan keluar dengan kenyataan keras untuk mengutuk laporan seumpama itu kerana cuba menggugat falsafah perpaduan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Mesyuarat tergempar dan tindakan keras akan diambil ke atas akhbar-akhbar tersebut kerana menerbitkan artikel yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum. Mungkinkah sekiranya yang menyeru supaya kaum masing-masing bersatu untuk berhadapan dengan ancaman kaum lain yang itu adalah akbar berbahasa Cina dan Tamil, barulah ia akan menjadi isu yang cukup penting dan segera untuk dibincangkan oleh kabinet Perdana Menteri? Mengapa tiada kenyataan daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi berkenaan isu ini? Apakah laporan seperti ini membantu mengeratkan lagi perpaduan rakyat Malaysia? Adakah prestasi Perdana Menteri dalam menangani isu ini dinilai sewajarnya? Gagalkah beliau? Di mana suara parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC? Perdana Menteri, Najib Tun Razak bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia atas laporan tersebut, sebaliknya menyeru rakyat Malaysia supaya melepaskan diri dari penjara etnik dan berfikir sebagai satu bangsa. Jelas, ini hanya retorik kosong yang mana kita dapat melihat percanggahan dari segi perlaksanaan dengan lain yang dikata, lain yang dibuat. Wujudnya budaya double standard dan hipokrasi ahli-ahli politik Barisan Nasional inilah yang menjadi punca hilangnya sokongan rakyat Malaysia kepada mereka. (Rais Yatim, sila ambil perhatian)

Politik perkaumanan, pecah dan perintah and opportunis Politik Malaysia masih berada di takuk lama. Mungkin kerana rata-rata ahli-ahli politiknya adalah tinggalan dari zaman purba, masih melihat isu dari kaca mata mereka yang telah uzur. Sukar untuk menerima dan mempercayai seruan untuk pembaharuan dan perubahan itu dalah ikhlas dan jujur sekiranya yang membuat seruan itu adalah orang lama, dengan pemikiran lama dan cara lama. Tidak kira parti pembangkang atau parti kerajaan, masing-masing masih terperangkap dengan isu perkauman. Ini amat ketara berlaku dalam parti-parti komponen Barisan Nasional Umno, MCA dan MIC. Semenjak pilihanraya umum Mac 2008, parti-parti komponen BN semakin semakin galak berkempen untuk menimbulkan rasa benci dan curiga sesama kaum. Umno dengan menggunakan media massa tunggangannya seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian semakin hangat berkempen bagi menaburkan perasaan benci dan curiga terhadap masyarakat bukan Melayu, untuk menarik sokongan masyarakat Melayu. MCA dan MIC melalui media vernakular masing-masing pula menari mengikut irama Umno, contohnya dalam pemilihan kabinet baru Perdana Menteri, masing-masing membuat permintaan yang kaum masing-masing. MCA meminta supaya diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Cina bagi menjadikan kepentingan kaum Cina. MIC meminta lebih banyak jawatan menteri penuh diberikan kepada pemimpin-pemimpin India dari MIC, juga untuk menjaga kepentingan kaum India. Ironinya, kedua-dua parti ini ditolak oleh penyokong tradisi masing-masing pada pilihanraya umum yang lepas kerana tidak menjaga kepentingan mereka.Ahli-ahli politik Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno telah mengeksploitasikan paranoia kaum untuk kepentingan diri dan kroni masing-masing. Sedarkah orang Melayu semua bahawa perkataan bumiputera, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, kedaulatan Raja-Raja Melayu itu kerap dilaung-laungkan oleh golongan opportunis yang hanya bergelar Melayu pada nama tetapi golongan Melayu inilah yang menipu orang Melayu dari segi penyelewengan projek kerajaan, meminda akta untuk melemahkan institusi raja, menidakkan kekayaan sumber negara untuk dinikmati oleh orang Melayu miskin, memukul, menembak gas pemedih mata dan menghumban orang Melayu ke dalam jerejak besi? Sedarkah orang India dan orang Cina, perkataan sekolah Tamil, sekolah Cina, bahasa Cina dan bahasa Tamil, tempat ibadat tokong dan kuil itu kerap dilaungkan-laungkan oleh golongan opportunis Cina dan India yang hanya mempergunakan sokongan mereka sebagai batu loncatan politik?

Siapa itu Ibrahim Ali? Ibrahim Ali lantang bercakap berkenaan kepentingan orang Melayu. Beliau bercakap tentang nasib orang Melayu, pembelaan dan ketuanan orang Melayu dan Umno adalah satu-satunya badan yang boleh membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu. Sungguh aneh lagi menghairankan, katak politik ini jugalah yang cabut lari dari Umno dan melompatlompat melacurkan diri untuk kelangsungan politik beliau. Dengan sifat fanatik kemelayuan yang tebal, mengapa Ibrahim Ali meninggalkan Umno, parti ulung orang Melayu? Umno tidak boleh tidak ada tokoh pejuang seperti Ibrahim Ali berkhidmat ntuk parti, seharusnya. Ternyata Ibrahim Ali hanyalah opportunis murahan, seorang pelacur politik yang melalut seperti orang gila hanya kerana ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa beliau amat kepingin dan sungguh terdesak untuk kembali kepada Umno. Bangkit untuk Satu Malaysia, dalam erti kata sebenarnya. Tiada sebarang kaum yang tengah berkomplot untuk menindas mana-mana komuniti yang lain. Ini cuma mainan politik ahli-ahli politik hipokrit Barisan Nasional yang dikepalai oleh Umno. Kita semua harus bangkit untuk menyahkan politik perkauman zaman kuno yang diekploitasikan oleh ahli-ahli politik murahan ini demi kepentingan diri sendiri dan kroni mereka. Perkauman tidak akan membantu sesuatu kaum itu, dan keuntungan yang diperolehi dengan menidakkan hak atau atas kesusahan kaum lain, malah mana-mana kaum sekalipun tidak akan membantu perpaduan negara. Malaysia tidak akan maju dan berdaya saing sekiranya rakyat Malaysia tidak bersatu padu dalam erti kata yang sebenarnya. Oleh itu, kita semua harus bangkit bukan untuk saling bercakaran sesama kita, akan tetapi kerana kita sayang akan negara Malaysia ini dan ingin supaya rakyat Malaysia tidak kira warna kulit, bangsa, agama dan pegangan politik menikmati hidup yang adil, makmur dan saksama.

Anda mungkin juga menyukai