Anda di halaman 1dari 21

TAZKIRAH 1 : BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA.

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan: FIRMAN ALLAH: Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi. Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah. FIRMAN ALLAH: Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebihlebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang. Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi; Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.

Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

TAZKIRAH 2 : BERTAUBATLAH
IBNU MUSLIM 1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan" Peluang bertaubat diberi berkali-kali Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan? Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang. Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara! Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa. Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya. Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik. Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.

Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang." Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.

Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.

Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi.

TAZKIRAH 3 : KELEBIHAN BERSEDEKAH


Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN "Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi ) SELAGI PELUANG MASIH ADA Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

TAZKIRAH 4: NIAT
Daripada Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih. Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. Hadith 1 Seperti yg tertera di atas, hadith ini merupakan induk utama dalam Islam. Pendapat ulama mengatakan hadith ini mencakupi 1/3 dari ilmu Islam(betulkan saya jika saya tersilap). Tiada lagi keraguan tentang hadith di atas kerana perawinya cukup arif tentang hadith, malah guru segala guru hadith. Al-Bukhari dan Muslim. Saya mengutarakan sedikit pandangan saya tentang hadith ini. Seperti yg kita tahu, bahawa niat itu merupakan penimbang tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebergantungan niat dan amalan ini tidak dapat di nafikan sama sekali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak terima, tanpa amalan niat kita itu ibarat anganangan sahaja. Tetapi melihat kemurahan ALLAH s.w.t kepada hambaNya; Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila

engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau. Lihat kemurahan pencipta kita, selalu memudahkan hambaNya dalam urusan dunia, sebagai hambaNya. ALLAH tahu apa yg kita perlu. ALLAH amat menyayangi kita. Kita lihat pula apabila seseorang itu berniat buruk; Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehingalah engkau melakukanya. Sekali lagi sahabat-sahabat, lihatlah kemurahan ALLAH. DIA amat menyayangi hambaNya. Sangat kasih akan hambaNya. Rasulullah s.a.w juga amat kasih hambaNYa Ummati, ummati, ummatiUmmatku, ummatku, ummatku.

Namun adakah kita hargainya? Ayuh, mulakan niat hanya semata-mata kerana ALLAh s.w.t. Memulakan hidup keranaNya, melakukan kerja keranaNya, menundukkan diri keranaNya, merehatkan diri keranaNya Lakukanlah keranaNya. Apa maksud niat? Dari segi Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati. Dari segi Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t Apa pula yang dimaksudkan dengan hijrah? Bahasa : Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain. Konteks Sejarah Islam : Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam. Konteks kini : Perpindahan yg lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yg lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t. Ya, perubahan dalam konteks ini lah saya suka tekankan. Perubahan yg merangkumi kehidupan kita, kehidupan kita sebagai muslim. Semua manusia inginkan kehidupan yg lebih baik. Rumah yg besar, gaji yg besar, kereta yg besar, t.v. yg besar, juga isteri yg besar. Semua ini memang keinginan manusia apabila ingin berubah. Namun, kita lupa pada satu perubahan, perubahan yg berkait hidup dan mati kita, perubahan yg menentukan kita di pihak mana, al-Haq atau al-Batil

Kita lupa! Perubahan yg baik adalah perubahan kita kepada perkara yg lebih baik, iaitu melaksanakan ISLAM itu seluruhnya, bukan separuh-separuh Wahai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam ISLAM secara seluruhnya ( al-Baqarah:208 )

ALLAH memberi penjelasan kepada kita bahawa tiada keizinan kita masuk ISLAM ini separuh-separuh atau sebahagian sahaja. Selalu sahaja kita dengar: Alah, nanti aku nak kahwin, aku ikutlah sunnah nabi Terkongkong la brader.., semua benda nak buat mesti ada syarat Eh? Buat apa nak ikut syarat-syarat itu semua, nanti tak untung lah kita "alah..walaupun aku xmenutup aurat secara sempurna, tapi aku jaga solat,puasa,zakat..."

Demikianlah alasan demi alasan yg menolak perubahan kepada ISLAM, perubahan yg membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, hidup dan selepas kita mati. ... Adakah anda masih mahu menunggu lagi? Pokok perbincangan hadith 1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais Para ulama menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yg berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah bukan kerana menyahut seruan ALLAH s.w.t dan rasulNya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais. Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, sahabat itu di kenali sebagai muhajir ummu qais yg bermaksud orang yg berhijrah kerana ummu qais. 2) Kenapa niat penting : a. untuk bezakan ibadat dengan adat. b. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya. Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu di landaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. ALLAH dan berjanji dalam hadith ini bahawa apabila

kita berhijrah kerana ALLAH, maka kita akan dapat ganjaran di sisi ALLAH s.w.t. Apabila kita berhijrah kerana dunia atau wanita, seperti hadith di atas, maka kita juga akan perolehnya tanpa ganjaran di akhirat nanti. 3) Kesan niat baik pada perkara yang harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak). Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepada Ku.(adzZariyaat:56) ALLAH telah menciptakan kita untuk beribadah kepadaNya, beribadah dalam sepenuh masa. Bagaimana? Itu semua bergantung kepada niat kita, yg mana kita tahu dengan niatlah ia akan membezakan sama ada ibadah atau adat. Kita lihat contoh kesan-kesan di atas, semuanya merangkumi perbuatan yg kita lakukan dalam kehidupan kita, malah perbuatan tersebut secara zahirnya tidak menunjukkan kita beribadah kepada ALLAH. Makan, nampakkah seperti ibadah? Minum, nampakkah? Main, apatah lagi jauh sekali dari konsep ibadah yg masyarakat ISLAM faham sekarang Jauh sekali! Namun, dengan niatlah ia merubah, evolusi kepada ibadah. Hanya dengan mengatakan Aku lakukan ini hanya kerana ALLAH,di iringi dengan kerendahan hati yg patuh dan taat kepada perintahNya, di sertai kerelaan melakukan perbuatan itu keranaNya, bukan semata-mata adat yg keluarga kita lakukan atau bangsa kita lakukan. Tetapi awas, bukan semua adat boleh berubah menjadi ibadah, kerana ia terbatas dengan syarat-syarat yg tidak bertentangan dengan ISLAM. Syarat yg mesti dipatuhi. Tak akan berlaku perkara ini ; Aku mencuri ini hendak tolong orang yg susah ujar Robin Hood. Tidak boleh, wahai saudaraku. Perbuatan yg melanggar tatasusila ISLAM, maka ia tidak berubah menjadi ibadah dengan hanya menyebut keranamu ya ALLAH. Tidak sekali-kali ia berubah. Yg haram dalam ISLAM, tetap harap dalam ISLAM, manakala yg halal dalam ISLAM, tetap halal dalam ISLAM. Antara pengajaran hadis:(1) Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana

riya, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. (2) Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. (3) Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. (4) Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala. Bahan Rujukan:Al-Quran. Hadith 40; Imam Nawawi.

TAZKIRAH 5 : DOA
10 Sebab Doa Terhijab Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya? Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..

1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya). 2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya. 3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya. 4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya. 5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya. 6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. 7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. 8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri. 9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya. 10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

TAZKIRAH 6 : CINTA SUCI


Tidak sempurna keimanan seseorang, sehingga ALLAH dan RasulNYA lebih disayangi dari dirinya sendiri, hartanya, keluarganya dan manusia seluruhnya. (AlHadith) Mencintai ALLAH s.w.t. dan RasulNYA bukan sekadar pada ucapan, tetapi mestilah diiringi dengan ketaatan. Ramai dari kita yang berselawat dan berarak semasa Maulid Nabi, kononnya untuk menzahirkan kecintaaan kepada Rasulullah SAW yang dicintai, tetapi pada masa yang sama syariat agama tidak kita patuhi; Pantang larang ALLAH s.w.t. tetap kita langgari dan perintahNYA tetap kita engkari. Kalau beginilah caranya kita melahirkan

kecintaan, maka jauhlah kita dari apa yang ALLAH s.w.t. beritakan. Firman ALLAH s.w.t. di dalam Al-Quran: Katakanlah (wahai RasulKU)! Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutlah aku (Nabimu), nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.

ALLAH Maha pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran, 3 : 31) Bila seseorang mengikuti perintah Nabi SAW, bererti ia mencintai akan Islam, sebaliknya jika kita mengengkari apa yang Nabi SAW ajari, bermakna agama Islam kita benci. Sesungguhnya tiada yang lebih Rasulullah SAW cintai dari umat-umatnya yang mematuhi segala apa yang Baginda SAW ajari. Pernah sekali Rasulullah SAW bersabda yang bererti: Semua umatku masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Siapa yang mentaati akan aku akan masuk syurga dan siapa yang mengengkari aku bererti ia enggan (masuk syurga). (Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dan Rasulullah SAW bersabda lagi: Sesiapa yang menghidupkan akan sunnahku adalah bersama ia bersamaku di dalam syurga. (Hadith Riwayat Ad-Daraquthny dari Aisyah r.a.)

Malangnya pada zaman sekarang, hukum ALLAH s.w.t. kita tidak pandang; sunnah Rasulullah SAW kita letak belakang; Sistem buatan manusia jua yang kita pegang walaupun dalam Al-Quran telah ada undang-undang. Sedangkan dalam Al-Quran ALLAH s.w.t. telah tegaskan bahawa Islamlah cara hidup yang telah ALLAH s.w.t. sempurnakan. Firman ALLAH dalam Al-Quran: Pada hari ini orang kafir telah berputus asa (dalam usaha memesongkan kamu) dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKU. Pada hari

ini telah AKU sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah KU cukupkan kepadamu ni'matKU, dan telah KU redhai Islam itu menjadi agama (peraturan hidup) bagimu. (Surah Al-Maidah, 5 : 3) Kita mengaku beragama Islam dan beriman dengan Al-Quran, namun dalam kehidupan seharian, Islam diamalkan bila ada kepentingan. Dalam pemerintahan, agama Islam hanyalah tinggal dengan jabatan. Ada mahkamah syariah, namun hukum Islam mahkamah buat endah tak endah. Syariah kata penzina mesti direjam sampai mati atau disebat seratus kali, tiba-tiba mahkamah syariah hukum penzina dengan denda yang ringan sekali. Rasanya mahal lagi denda mencemar alam, dari denda mencemar kehormatan Islam. Jika inilah amalan kita, mungkin kita masuk dalam golongan yang ALLAH s.w.t. terangkan dalam kitabNYA: Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan KAMI masukkan ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. (Surah An-Nisa, 4 : 115)

Begitu pulalah dengan kecintaan kita kepada kedua ibubapa. Sewajarnyalah kita menyatakan kecintaaan kita dengan berbuat baik kepada mereka, baik semasa mereka masih ada, dan terlebih lagi semasa mereka telah meninggal dunia. Sesungguhnya roh orang yang telah tiada amat ternanti-nanti akan kiriman dari anak-anaknya. Mengenai kiriman kepada roh-roh mereka yang kita cinta, Nabi SAW telah bersabda: Pada suatu ketika kami duduk di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba beliau didatangi seorang lelaki dari Bani Salamah, ia bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah masih tetap ada perbuatan baik terhadap kedua orang

tuaku yang dengannya saya berbuat baik kepada keduanya setelah mereka meninggal? Baginda menjawab: Ya! solatlah atas mereka, mintalah ampunan bagi mereka, tunaikanlah janji mereka sepeninggalan mereka, sambungkanlah sanak saudara yang disambungkan hanya kerana mereka, dan hormatilah Tuhan mereka. (Hadith Riwayat Abu Dawud dari Abu Usaid Malik bin Rabiah As Saidi r.a.)

Dalam sebuah hadith lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Apabila seorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada tiga sumber sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatan daripadanya dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya. (Hadith Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.) Dalam membuat kiriman, pastikanlah bahawa kiriman itu kiriman yang meringankan penderitaan. Janganlah pula kita kirimkan kiriman yang menambahkan kesakitan. Sabda Rasulullah SAW: Takutlah kamu kepada ALLAH, dan janganlah kamu menyakitkan orang yang telah mati dengan amalan-amalan jahat kamu. (Al-Hadith) Apabila seseorang yang kita cintai meninggal dunia, tidak cukuplah hanya mengadakan tahlil sekali sekala, atau menziarahi kubur dipagi raya. Seharusnya kita memperbanyakkan amalan kebaikan, agar roh mereka dilimpahi kesejahteraan, dan jauhilah dari melakukan amalan-amalan kejahatan yang menambah penyiksaan. Itulah sebaik-baik kiriman untuk orang yang kita cintai, dan itulah yang dinamakan cinta yang suci.

Wallahu alam bishowab.

**** Isi kandungan risalah ini disesuaikan dari buku Mati Suatu Peringatan **** Karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

TAZKIRAH 7 : LELAKI DAN WANITA


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) 3 jenis LELAKI "Ada tiga jenis lelaki:lelaki sempurna, lelaki bersifat separuh lelaki dan lelaki tidak bersifat lelaki. LELAKI SEMPURNA ialah lelaki yang disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya. Apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia sentiasa meminta pandangan

daripada orang2 yang mempunyai pandangan memyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat. LELAKI BERSIFAT SEPARUH LELAKI pula ialah lelaki yang tidak disempurnakan oleh Allah agaama dan akalnya, apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia tidak meminta pandangan daripada sesiapa pun. Sebaliknya dia berkata; 'Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian,' menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang salah. Adapun LELAKI TIDAK BERSIFAT LELAKI pula ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikit pun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap. Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa sahaja tentang sesuatu perkara walaupun daripada pembantuku." - Amru al-As.

Cantiknya WANITA This one's for the ladies......... Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

TAZKIRAH 8: WABAK ZINA ROSAKKAN MINDA


KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.

Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.

Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.

Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.

Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.

Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer. Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebabsebab yang membawa kepada perzinaan.

Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam alQuran: Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.

Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.

Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan. Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan diterjah dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.

Anda mungkin juga menyukai