Anda di halaman 1dari 40

Sumber tenaga alternatif

pendahuluan
Pada masa kini,tenaga konvensional yang terdapat di negara membangun

semakin berkurangan dan kian habis.hal ini amat membimbangkan penduduk negara-negara membangun.oleh sebab itu,tenaga alternatif atau gentian perlu dieksploitasi dengan lebih giat bagi menampung tenaga konvensional yg semakin berkurangan.lazimnya,tenaga alternatif dapat dieksploitasi di negara membangun kerana negara tersebut mempunyai banyak sumber alternatif yang belum diterokai oleh penduduk. Tenaga keterbaharuan atau tenaga alternatif adalah merupakan tenaga yg boleh diperbaharui dan sentiasa berterusan.tenaga keterbaharuan yg banyak digunakan di negara-negara membangun adalah seperti tenaga hidroelektrik,tenaga solar,tenaga biomas dan tenaga geotermal.tenaga-tenaga ini juga mampu menampung penduduk yang ada disamping mendatangkan pulangan kepada negara-negara tersebut. Hal ini demikian kerana stok sumber asli yg masih ada dijangka tidak mampu menampung keperluan penduduk pada masa akan datang.

sebenarnya,tenaga alternatif mempunyai banyak kelebihan berbanding tenaga

konvensional.namun,tenaga ini kurang diterokai dan dieksploitasi menyebabkannya kurang popular di peringkat dunia. Oleh sebab itu,negara membangun telah menjana tenaga alternatif ini kerana lazimnya sumber-sumber tersebut banyak terdapat di sana.misalnya,malaysia paling banyak menjan tenaga hidroelektrik si asia tenggara,diikuti oleh thailand,indonesia dan filipina.

Tenaga hidroelektrik
Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yg popular di

negara-negara membangun.tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yg mempunyai aliran deras. Aliran sungai yg deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik dihasilkan,misalnya di malaysia yg mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di empangan bakun,sarawak.hal ini demikian kerana aliran air yg jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Bukan itu sahaja,isipadu air yg tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik.isipadu air sungai yg sedikit menyukarkan turbin digerakan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yg terhasil adalah sedikit.

dalam hal itu,dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik

kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik. Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara.penghasilan tenaga inni tidak membebaskan gas yg mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radioaktif atau bahan kimia lain yg boleh mencemarkan sungai.tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna. Tenaga hidroelektrik sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun.

Tambahan lagi,tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan.oleh

sebab itu,negara-negara membangun bantak menjana tenaga ini kerana hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yg masih belum begitu kukuh. Sebaliknya,penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga komersial di dunia.

Tenaga geotermal
Tenaga geotermal merupakan salah satu tenaga yg amat rumit untuk dijana.hal

ini demikian kerana tenaga ini berasal dari dalam bumi. Tenaga geotermal dikatakan sebagai penghasilan haba dari dalam bumi untuk menjana tenaga elektrik. Tenaga ini juga banyak dijana di negara-negara luar khususnya negara yg berada dalam lingkaran api pasifik.hal ini demikian kerana haba yg dialirkan di kawasan mata air panas atau gunung berapi ini lebih cepat iaitu melalui proses perolakan.

Namun begitu,hal ini berbeza dengan kawasan lain yg melibatkan proses

kekonduksian untuk pengaliran haba.selain itu,faktor kedalaman pusat bumi juga amat mempengaruhi suhu atau kandungan haba di sesuatu kawasan dan haba yg terbentuk merupakan hasilnya daripada pereputan bahan radioaktif yg berjuta tahun lamanya terdapat dalam lapisan bumi. Proses penggerudian pula diperlukan untuk mendapatkan wap dari dalam bumi.proses ini dilakukan menerusi batuan penutup dan wap bertekanan tinggi yg terhasilnya adalah tinggi.

Walaubagaimanapun,wap air ini masih boleh habis akibat penurunan air dalam

tanah.hal ini demikian kerana kadar penyerapan air ke dalam tanah adalah perlahan dan mengambil masa yg lama untuk menjadi stabil semula. Bukan itu sahaja,haba yg telah digunakan akan memerlukan masa untuk digantikan. India merupakan salah satu negara yg membangun yg menjana tenaga geotermal dalam kadar yg banyak.

Tenaga suria
Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yg boleh diperbaharui dan

tidak akan kehabisan. Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari.tanpa tenaga matahari,bumi akan mati. Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperolehi secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga hampir 99.9peratus tenaga berpunca daripada cahaya matahari yg sampai ke permukaan bumi.

Purata keseluruhan tenaga suria yg sampai ke permukaan bumi kira-kira

sebanyak 1353kw per meter persegi. Secara ringkasnya,penggunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yg lampau.kini aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-nagara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. Bagi mendapatkan tenaga suria sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah digunakan.antaranya ialah kaedah plat pengumpul mendatar.pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanas ruang yg besar-besaran ataupun secara kecil-kecilan. Pengumpul penumpu pula merupakan satu teknologi yg akan menumpukan sinaran suria bagi meningkatkan fluks sinaran tersebut.

Potensi penggunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada

negara-negara memperlihatkan satu jalan yg agak cerah.hal ini kerana kebanyakan negara yg membangun berada dalam lingkungan kawasan yg mendapat cahaya matahari paling tinggi sepanjang tahun.contohnya,malaysia merupakan sebuah negara yg membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yg mampu menjana tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif. Pada masa kini,tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu. Dengan menggunakan kaedah ini ia dapat menghasilkan suhu yg sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga.

Tenaga biomass
Tenaga biomass merupakan salah satu sumber tenaga yg tertua di dunia.tenaga

biomass ini mudah diperolehi kerana merupakan sumber tenaga yg bergantung sepenuhnya dengan alam sekitar. Tenaga biomass ini juga dikenali dengan nama tenaga biojisim ataupun tenaga biogas. Pada masa dahulu masyarakat menggunakan tenaga biomass dengan mengambil kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk mendapatkan tenaga.

Namun kini ekoran daripada aktiviti pertanian yg giat dijalankan hasil hampas

daripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga biomass.contohnya negara brazil banyak manggunakan hampas daripada tebu untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber biomass ini. Sumber tenaga biomass ini diperolehi dengan terus daripada hasil pembakaran bahan bakar berkenaan yg boleh menghasilkan tenaga secara terus. Hasil daripada pembakaran ini akan mengeluarkan gas metana yg akan di proses untuk menghasilkan tenaga elektrik.bagi kebanyakan negara-negara sedang membangun tenaga alternatif ini banyak diguna pakai bagi proses pemanasan air dan udara.

Tenaga alternatif biomass juga boleh dimajukan di negara kita.hal ini adalah

kerana negara kita mempunyai industri kelapa sawit malaysia yg banyak menghasilkan hampas-hampas kelapa sawit yg boleh di proses untuk menghasilkan tenaga elektrik. Namun demikian,sambutan terhadap tenaga alternatif biomass ini kurang mendap perhatian dan tidak dimajukan oleh pihak pemerintah negara. Malaysia bergantung sepenuhnya terhadap tenaga hidro untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk negara ini.

Masalah untuk memajukan tenaga alternatif

Tahap teknologi yang rendah


Teknologi yang tinggi diperlukan untuk mambangun dan menjana tenaga

keterbaharuan dengan lebih giat.tahap teknologi di negara-negara membangun masih rendah dan belum begitu maju. Hal ini menyukarkan negara tersebut untuk memajukan tenaga ini.namun begitu,mereka boleh mendapatkan khidmat teknologi dari negara luar seperti jepun. Hal ini memerlukan negara membangun ini mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar untuk mendapatkan teknologi tersebut. Secara tidak langsung,hal ini menyukarkan negara tersebut mendapatkan teknologi tersebut dalam kuantiti yg agak banyak.keadaan ini menyebabkan wujudnya had untuk memajukan tenaga alternatif.

Modal besar
Tenaga alternatif yang ingin dimajukan juga mempunyai halangan seperti

memerlukan modal yg besar.hal ini menyukarkan negara membangun untuk memajukan tenaga alternatif kerana kewanga mereka yg terhad. Modal yg besar diperlukan untuk membeli teknologi dan kepakaran dari luar.secara tidak langsung,kewangan yg terhad menyebabkan operasi untuk memajukan tenaga alternatf juga adalah terhad.hal ini juga menyebabkan berlakunya gangguan ketika menjana tenaga tersebut kerana terdapat perkongsian teknologi antara kawasan janaan tenaga alternatif yg berbeza.

Kekurangan buruh mahir


Kebanyakan negara maju mendapatkan teknologi dari luar untuk memajukan

tenaga alternatif atau tenaga keterbaharuan.oleh sebab itu,mereka memerlukan kepakaran dari luar untuk mengendalikan teknologi atau mesin yg berkaitan.keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan buruh mahir dan terlatih dalam mengendalikan teknologi tersebut. Negara membangun terpaksa mengimport kepakaran dari luar bagi membolehkan teknologi digerakkan untuk memajukan tenaga alternatif.secara tidak langsung hal ini meningkatkan kos untuk menampung kegiatan ini. Buruh yg ada sedia pula hanya melakukan kerja bawahan tanpa mendapat latihan untuk mengendalikan teknologi tersebut kerana kepercayaan mengendalikan mesin tersebut diserahkan sepenuhnya kepada buruh dari luar.

Hal ini akan menyebabkan pengeluaran yg berlaku adalah tidak

menguntungkan kerana negara tersebut terpaksa menampung kos untuk pembelian teknologi dan kpakaran dari luar.

Saiz pasaran yang kecil


Saiz pasaran yg kecil untuk tenaga alternatif juga menyukarkan tenaga tersebut

untuk dimajukan dan dikomersialkan.hal ini menyebabkan keuntungan bagi pengeluarannya adalah sedikit. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional yg mendatangkan keuntungan yg banyak kerana telah berjaya dikomersialkan.secara tidak langsung,tenaga alternatif ini akan menyukarkan negara membangun untuk mendapatkan keuntungan dan menampung penduduk yg banyak dengan pengeluarannya.

Kebaikan tenaga keterbaharuan

Mesra alam dan tidak kehabisan


Salah satu kebaikan alternatif ini adalah mesra alam.hal ini adalah kadar

pencemaran yg berlaku adalah sangat rendah berbanding dengan pengunaan sumber tenaga yg lain. Selain itu,tenaga ini juga dapat menjana tenaga dengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yg mesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negara mereka. Malaysia umpamanya merupakan sebuah negara sedang membangun yg banyak bergantung kepada tenaga hidroelektrik sebagai sumber tenaga utama negara.malaysia membangunkan tenaga hidro ini atas banyak sebab antaranya tenaga hidro ini tidak mencemarkan alam sekitar.

Tenaga hidroelektrik juga tidak akan kehabisan kerana malaysia merupakan

kawasan tadahan hujan yg baik. Begitu juga dengan tenaga geotermal yg banyak di proses di negara sedang membangun yg berada dalam linkaran api pasifik yg tidak mencemarkan alam dan bersifat mesra alam.hal ini kerana tenaga ini diproses hasil daripada stim atau keupayaan tenaga yg berada dalam perut bumi dan kemudiannya dijana atau menghasilkan tenaga elektrik tanpa melibatkan unsur pencemaran dan tenaga ini juga tidak akan kehabisan

Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia

Tenaga alternatif merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah krisis

tenaga dunia.dengan menjana tenaga alternatif negara yg sedang membangun tidak akan mengalami masalah kekurangan bahan api asli lagi untuk menjana tenaga elektrik. Peluang untuk menjana tenaga alternatif dalam kalangan negara yg sedang membangun adalah tinggi berbanding dengan negara maju.tetapi ekoran daripada teknologi dan kepakaran yg terhad negara sedang membangun terpaksa melepaskan peluang ini begitu sahaja. Namun kini,pelbagai pihak telah tampil untuk membuat penyelidikan dan inovasi dalam bidang tenaga alternatif ini kerana memandangkan negara yg sedang membangun ini mempunyai pelbagai khazanah mengenai tenaga keterbaharuan bagi menangani masalah krisis tenaga yg sedang melanda dunia sekarang ini.

Contohnya pihak kerajaan malaysia sedang menjalankan

penyelidikan untuk menghasilkan tenaga daripada hampas kelapa sawit dan sektor pertanian yg lain daripada terbiar begitu sahaja.

kesimpulan
Tenaga alternatif ataupun tenaga keterbaharuan ini merupakan jalan terbaik

untuk menangani masalah krisis tenaga dunia.tidak ketinggalan juga dalam negara yg sedang membangun kini sedang berusaha untuk menjana tenaga alternatif ini walaupun hanya separuh keperluan negara ditampung oleh pengeluaran tenaga alternatif berkenaan. Sememangnya negara-negara yg sedang membangun ini perlu untuk bergiat cergas dan mempunyai inovasi yg tinggi dalam bidang teknologi bagi menjana tenaga alternatif sebagai tenaga utama bagi negara mereka. Oleh sebab itu,pertukaran tenaga pengajar dan teknologi dari negara maju adalah penting bagi memajukan sektor tenaga alternatif di negara-negara yg sedang membangun agar krisis tenaga ini dapat diatasi dengan bijaksana.

Sekian terima kasih,,,,,,

Anda mungkin juga menyukai