Anda di halaman 1dari 12

Kemahiran Geografi : Kedudukan

Cara-cara Menyatakan Ketinggian dan Keratan Rentas


Cara

Makna
a. lorekan dan ton




Kawasan tinggi - lorekan padat dan hitam
Kawasan rendah - lorekan jarang dan cerah

b. warna Tanah tinggi - warna gelap seperti coklat, hitam,
merah dan ungu
Tanah rendah - warna hijau
Sederhana tinggi - warna kuning

c. stesen trigonometri



Tanda ini terdapat di kawasan gunung atau bukit
. 300 - bermakna ketinggian gunung ialah 300
meter dari aras laut.


d. titik ukur tinggi


ditunjukkan dengan satu titik dalam peta
biasanya menunjukkan ketinggian bukit-bukit yang
rendah
y 100 bermakna ketinggian tempat itu ialah 100
meter dari aras laut


e. tanda aras atau
batu aras


tanda ini dilukis dengan anak panah
diletakkan di sepanjang jalan raya, jalan keretapi dan
di tepi sungai.
y 100 bermakna ketinggian tempat itu ialah
100 meter dari aras laut.

f. hasyur


garisan-garisan yang pendek dan tebal menunjukkan
cerun yang curam
garisan-garisan yang panjang dan nipis menunjukkan
cerun yang landai.
Tidak menunjukkan ketinggian dengan tepat, hanya
anggaran sahaja.

g. garisan bentuk Garisan-garisan yang dilukis secara berputus-putus
pada peta.
Tidak menunjukkan ketinggian denga tepat, hanya
anggaran sahaja.


h. garisan kontur


Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua
tempat yang mempunyai ketinggian yang sama .
Menunjukkan ketinggian dengan tepat
Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka
bumi di sesuatu tempat.
Garisan kontur berwarna coklat.
Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur
dikenali sebagai selang tinggi



Garisan Kontur dan Cerun
Jarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan bentuk cerun.
a. cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.
b. cerun landai - garisan garisan kontur jarang di antara satu sama lain.
c. Cerun cembung garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah.
d. Cerun cekung garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah
e. Cerun sekata garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain.
f. Cerun bertangga garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang
Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi
Garisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai jenis bentuk muka bumi
melalui keratan rentas.
a. tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai.
b. susuh bukit - garisan kontur berbentuk V dengan hujungnya menghala ke
tanah rendah.
c. dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian
tengahnya kosong.
d. rabung - garisan kontur membujur dan rapat
e. lurah - garisan kontur berbentuk V dengan hujungnya menghala ke tanah
tinggi.
f. genting dan pelana garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi
bagi pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya.
Cara Melukis Keratan Rentas Garisan Kontur
Langkah 1 : Lukis garisan lurus melintangi garisan kontur dari A ke B
Langkah 2 : Tandakan pada titik-titik di mana garisan kontur bersilang dengan
garisan AB
Langkah 3 : i. Lukis sebuah rangka segi empat tepat di bawah garisan kontur
ii. Panjang rangka adalah sama dengan garisan AB
iii. Lukis garisan-garisan melintang selari dengan garisan A B
iv. Buat skala menegak untuk ketinggian

Langkah 4 : Lukis garisan-garisan serenjang di mana garisan-garisan serenjang

bertemu dengan garisan-garisan melintang pada rangka
Langkah 5 : Sambungkan titik-titik bagi membentuk lengkungan











Latihan 1
Pilih jawapan yang betul.
1. Garisan-garisan melintang dan menegak dalam peta topografi dikenali sebagai
A. Koordinat
B. Rujukan grid
C. Garisan grid
D. Garisan utaraan
2. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai
A. titik ukur tinggi
B. Selang kontur
C. tanda aras
D. hasyur
3. Antara berikut yang manakah merupakan cara untuk menyatakan
ketinggian dalam peta topografi?

I titik ukur tinggi
II hasyur
III warna
IV tanda aras
A. I,II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

4. Berikut merupakan cara yang paling sesuai digunakan untuk menyatakan
ketinggian dalam peta topografi, kecuali
A. warna
B. lorekan
C. garisan kontur
D. garisan grid
5. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai garisan kontur?
I garisan kontur menyambungkan semua tempat yang mempunyai
ketinggian yang sama
II selang tinggi merupakan perbezaan ketinggian di antara dua garisan
kontur
III dalam peta topografi, garisan kontur adalah berwarna biru
IV garisan kontur dapat menggambarkan bentuk muka bumi sesuatu
tempat
A. I,II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV
6. Simbol ketinggian ini dinamakan
A. tanda aras
B. titik ukur tinggi
C. stesen trigonometri
D. hasyur



7. Antara berikut pernyataan manakah benar berkaitan bentuk muka bumi
di atas?

I merupakan sebuah tanah tinggi yang rata dan luas
II kedua-dua bahagian tepi cerunnya adalah landai
III garisan konturnya melingkungi satu kawasan rata yang luas
IV mempunyai garisan kontur yang rapat dibahagian tepinya
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV



8. Bentuk muka bumi yang dimaksudkan dalam huraian di atas mungkin
sekali
A. pelana
B. lurah
C. rabung
D. susuh bukit

9. Antara berikut yang manakah benar menerangkan ciri-ciri sebuah susuh bukit?
I merupakan tanah tinggi yang menganjur ke kawasan tanah rendah
II terletak di lekukan antara dua puncak bukit
Dataran Tinggi
Garisan kontur berbentuk
V dengan hujungnya
menghala ke tanah tinggi
III merupakan tanah tinggi yang panjang dan sempit
IV merupakan tanah tinggi yang landai
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
10. Garisan kontur yang rapat antara satu sama lain menunjukkan jenis
cerun
A. cembung
B. cekung
C. sekata
D. curam
11. Antara berikut yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah rabung?
A. konturnya rapat dan jarang berselang-seli
B. konturnya memanjang dan tirus
C. konturnya membujur dan rapat-rapat
D. garisan konturnya berbentuk V

12. Penyataan yang manakah menerangkan kepentingan garisan grid?

A. menyatakan ketinggian kawasan
B. untuk menentukan arah
C. menentukan kedudukan sesuatu tempat
D. mengira jarak sesuatu tempat
13. Apakah yang ditunjukkan oleh keratan rentas bagi sesuatu kawasan
dalam peta topografi?

A. keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut
B. jenis-jenis kegiatan pertanian di kawasan tersebut
C. aktiviti ekonomi di kawasan tersebut
D. pola petempatan di kawasan tersebut







Soalan 14 hingga Soalan 18 berdasarkan rajah di bawah.



14. Panduan grid empat angka bagi titik T ialah
A. 2534
B. 2634
C. 2535
D. 2635
15. Panduan grid empat angka bagi titik R ialah
A. 2732
B. 2731
C. 2631
D. 2632
16. Panduan grid enam angka bagi titik S ialah
A. 270320
B. 280320
C. 320280
D. 320270
17. Panduan grid enam angka bagi titik R ialah
A. 265315
B. 269312
C. 312269
D. 315265

18. Panduan grid 260330 terdapat titik

A. P
B. R
C. S
D. T
19. Apakah kegunaan panduan grid empat angka?

A. menentukan kedudukan sesuatu tempat
B. menentukan arah sesuatu tempat
C. menentukan kedudukan sesuatu titik
D. menentukan jarak sesuatu tempat

20. Apakah kegunaan panduan grid enam angka?
A. mengukur jarak antara dua tempat
B. menentukan kedudukan sesuatu tempat
C. menentukan kedudukan sesuatu titik di atas peta
D. menentukan arah sesuatu tempat di atas peta


Lampiran 1
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Berikan 4 cara untuk menyatakan ketinggian dalam peta topografi.

i. _________________________

ii. _________________________

iii. _________________________

iv. _________________________


2. Kawasan yang tinggi diwakili oleh lorekan yang ______________

3. Warna hijau mewakili kawasan ______________

4. Apakah maksud simbol 300 dalam peta topografi?
__________________________________________

5. Di manakah simbol tanda aras biasanya diletakkan dalam peta topografi?

___________________________________________

6. Bagaimanakah hasyur boleh menunjukkan kecerunan sesuatu tempat?

_______________________________________________________
7. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur disebut sebagai
__________________________________________
8. Garisan-garisan kontur yang rapat menunjukkan cerun _______________

9. Garisan-garisan kontur yang jarang menunjukkan cerun ______________

10. Nyatakan pola kontur bagi cerun seragam.

__________________________________________________________











Latihan 3
Namakan jenis bentuk muka bumi yang dilukis pada keratan rentas di bawah.

Anda mungkin juga menyukai