Anda di halaman 1dari 22

MODUL IKAN HIASAN

2010
TAHUN 5

KEMAHIRAN HIDUP

Ikan Hiasan Tahun 5

ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN 1.8 IKAN HIASAN MUKA SURAT 3-7

a) Pengenalan
Mengenal dan melabel bahagian luar ikan. Menyenarai spesies ikan hiasan.

a) Pengenalan
Hasil pembelajaran (Aras 2) Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan 8

a) Pengenalan
Hasil Pembelajaran (Aras 3) Menyatakan beberapa cirri istimewa pada ikan hiasan. 9

b) Penyediaan bekas
Hasil Pembelajaran Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. 10

b) Penyediaan bekas
Hasil pembelajaran (Aras 2) Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan Menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium Memilih akuarium/bekas dan aksesori Menyedia dan menghias akuarium Memasukan ikan hiasan ke dalam akuarium/bekas 11 - 14

c) Pengurusan
hasil pembelajaran Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan Menyatakan kekerapan dan memberi makanan ikan hiasan Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium. Penjagaan Ikan Hiasan Latihan

15 - 20

21 - 22

2
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

1.8 IKAN HIASAN a) Pengenalan Hasil Pembelajaran

Mengenal dan melabel bahagian luar ikan. Menyenarai spesies ikan hiasan.

Mengenal dan melabelkan bahagian luar ikan

Garisan Lateral

Sirip Dorsal

Sirip Pektoral Mata

Sirip Kaudal Ekor

Mulut Penutup Insang Sirip Pelvik

Sirip Anal

3
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Sisik a. b. Sirip a. b. Membantu ikan bergerak . Terdiri daripada dua jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti sirip ekor , sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik . c. d. Sirip Tidak Berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus . Sirip Berpasangan berfungsi untuk kestabilan , berundur , berpusing dan mengapungkan diri . Garis Lateral a. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor . b. c. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain . Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga . Meliputi keseluruhan badan . Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .

Insang a. b. Berfungsi untuk membantu ikan bernafas . Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan .

4
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Menyenaraikan spesis ikan hiasan

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya.

Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.

Ikan omnivor

Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

5
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Jenis-jenis Ikan Hiasan

Tinfoil Barb

Green Tiger Barb

Kaloi

Morning Kises

Lumut

Rhino

Tiger Fish

Tetra Black

6
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Arowana

Flower Horn

Lemon Yellow

Elecrtic Blue

Guppy

Beta Crown Tail

Neon Tetras

Gold Fish

7
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

a) Pengenalan Hasil pembelajaran (Aras 2) Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan

Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seprti akuarium kaca atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memelihara ikan hiasan dapat member ketenangan dan boleh menghayati alam akuatik semula jadi.

Set akuarium yang lengkap dengan tumbuhan akuatik, ikan hiasan, pencahayaan dan kanbinet.

8
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

a) Pengenalan Hasil Pembelajaran (Aras 3) Menyatakan beberapa cirri istimewa pada ikan hiasan.

Menyatakan beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan. Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan seperti berikut: a. Warna sisik badan dan sirip yang menarik. b. Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau buklat. c. Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif. d. Manja dan dapat mengenali tuannya. e. Cara pemakananya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

9
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

b) Penyediaan bekas Hasil Pembelajaran Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan member ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditenam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara ai dalam akuarium adalah seperti berikut: a. Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. b. Jenis yang telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan. c. Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya. d. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain. e. Tahan terhadap perubahan mutu air. f. Tahan terhadap serangan penyakit.

10
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

a) Penyediaan bekas Hasil pembelajaran (Aras 2)

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan Menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium Memilih akuarium/bekas dan aksesori Menyedia dan menghias akuarium Memasukan ikan hiasan kedalam akuarium/bekas

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

11
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

POKOK AQUATIK

BATU HIASAN

FILTER PAM

TERMOMETER

LAMPU KAKI AKUARIUM

MOTOR PAM AIR

AKUARIUM

Alatan Asas Set Peliharaan Ikan Hiasan.

12
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Menyediakan dan menghias akuarium Langkah 1 Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin. Langkah 2 Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp. Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir. Langkah 3 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik. Langkah 4 Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik. Langkah 5 Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium. Langkah 6 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium. 13
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Masukan ikan hiasan ke dalam akuarium/bekas. Langkah 1 Letakkan beg plastik yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium selama 20 ke hingga 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas pelastik dan air di dalam akuarium. Langkah 2 Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium. Langkah 3 Setelah semua ikan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik tersebut.

Pemandanagn dalam akuarium yang mengandungi ikan kecil dan tumbuhan akuatik. 14
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

c). Pengurusan hasil pembelajaran

mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan mengenal pasti jenis makanan yang sesuia mengikut spesies ikan. Menyatakan kekerapan dan member makanan ikan hiasan Mengenal pasti kandungan mutu air Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis. Mengenal pasti simptomp penyakit biasa pada ikan hiasan Mencegah dan merawat penyakit ikan hiasan.

Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau Loach. a. Makanan ikan hiasan di dalam akuarium Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang pelihara.

15
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan ikan yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan. b. Makanan hidup Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

Monia,daging atau hati yang dibekukan. c. Makanan basah Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam)

Blood worm

16
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

d. Makanan rumusan Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang membuat makanan haiwan.

Emping dan Pelet

Menyatakan kekerapan dan memberi makanan ikan hiasan Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap hidupan ikan.

17
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan Beberapa contoh penyakit ikan hisan yang biasa:
Penyakit Sirip berfaungus Simptom Sirip koyak & Hujung Berjeli Punca Air dalam akuarium kotor Rawatan Ubat fungus Catatan Sistem penapisan air mesti berfungsi dengan baik. Columnaris Kapas putih bercambah dari sirip atau badan Costiasis Gentian kelabu sebahagian/ seluruh badan Dactylogyrus Insang sentiasa separuh terbuka Parasit insang Ubat parasit Parasit luar Ubat parasit Bacteria flexobacter Ubat fungus Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Fin rot Sirip rosak & mengelupur Fungus Saprolrgnia Ubat fungus Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Flavor bacteria Ikan berenang tanpa tujuan & mengelupur Sirip berdarah Jalur merah pada sirip Gyrodactylus parasite Ubat parasit Bacteria dalaman Parasit dalaman Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Fungus mulut Kapas putih menyaluti mulut Bakteria Ubat parasit Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Pop eye Mata menjojol keluar White spot (bintik putih) Bintik putih seperti gula pada badan & sirip Parasit protozoa Ubat parasit Boleh berjangkit melalui percikan air/ kongsi net Bakteria Asingkan ikan

18
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium. a. Baja baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. b. Cahaya cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti sipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Hygrophila sp

Vallisneria sp

Echinodorus sp

Rotala sp

c. Bekalan karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui penafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

19
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Penjagaan Ikan Hiasan Penjagaan harian a. Penjagaan akuarium yang menggandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah. b. Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. c. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya terdapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan d. Ikan yang mati perlu dibuang e. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. f. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang boleh dibeli di kedai akuarium. Penjagaan mingguan a. Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau 1/3 bahagian dari isi padu tangki. b. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi. c. Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. d. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. e. Bungkan kotoran yang terdapat di dasar tangki dengan kaedah siphon. f. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. g. Tambahkan air dalam tangki sehingga paras asal. h. Perlu diingat supaya tidak member makanan secara berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari. Sebaliknya makanan yang berlebihan akan lebih membahayakan ikan.

20
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

Latihan 1. Padankan anggota bahagian ikan pada kotak A dengan fungsi bahagian yang dinyatakan di dalam kotak B.

Kotak A 1. Sirip berpasangan pelvik dan pektoral. 2. Garisan lateral. 3. Sirip tunggal kaudal, dorsal dan anal. 4. Insang. 5. Sisik.

Kotak B A. Mengesan pergerakan objek di dalam air. B. Menyerap oksigen ke dalam aliran darah. C. Perlindungan terhadap penyakit D. Membantu pergerakan ikan dan sebagai kemudi. E. Untuk kestabilan mengapung dan

2. Pilih antara kenyataan berikut ciri-ciri yang tidak sesuai untuk ikan hiasan di dalam akuarium. A. Ikan yang dibeli dari kedai akuarium. B. Ikan yang dibiakkan sendiri di dalam akuarium C. Ikan yang baharu di tangkap dari habitat semula jadi. D. Ikan yang mempunyai warna yang cantik dan menarik. 3. Mengapakah makanan rumusan lebih baik jika dibandingkan dengan makanan hidup yang diambil dari kawasan tercemar.? A. Ikan hiasan lebih suka kepada makanan rumusan. B. Mengandungi perotien dan mineral yang lebih tinggi. C. Mudah diperolehi dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi. D. Bebas dari bahan pencemaran dan penyakit yang boleh menjangkiti ikan peliharaan kita. 21
Kemahiran Hidup Tahun 5

Ikan Hiasan Tahun 5

4. Antara berikut manakah penyataan yang tidak benar terhadap fungsi tumbuhan akuatik di dalam akuarium A. Menyerap bahan toksik di dalam air. B. Mencantikkan suasana di dalam akuarium. C. Membekalkan oksigen kepada ikan di dalam akuarium. D. Sebagai tempat ikan berlindung, bermain dan membiak.. 5. Antara berikut manakah penyataan yang tidak benar terhadap penyakit ikan? A. Ikan boleh mendapatkan jangkitan penyakit apabila air terlalu kotor dan lama tidak diganti. B. Kebanyakan penyakit ikan boleh dirawat dengan cara merendam ikan di dalam larutan garam biasa. C. Ikan yang berpenyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh apabila dirawat atau dihapuskan. D. Ikan yang sakit perlu dirawat di dalam tangki yang sama bersama-sama ikan lain yang sihat untuk mengelakkan ikan akan cedera apabila dipindahkan. 6. Apakah tujuan meletakkan bungksan ikan yang mengandungi ikan di dalam akuarium selama 20 hingga 30 minit sebelum melepaskannya ke dalam akuarium? A. Mengelakkan ikan melompat keluar. B. Untuk mengelakkan ikan daripada terperanjat dengan suasana baru. C. Memberi peluang ikan berehat sebelum berada di tempat dan suasana baru. D. Untuk menyamakan suhu air di dalam beg plastik dengan air di dalam akuarium.

22
Kemahiran Hidup Tahun 5

Anda mungkin juga menyukai