0 PENGENALAN
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan
pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang
berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar
dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran
membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap
ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan
input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki
dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis
kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, kita juga akan
melihat apakah yang disebutkan dengan kemahiran bernilai tambah sebagai
pengetahuan tambahan dalam menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan
berkesan. Bagi memastikan pengetahuan terhadap kemahiran bernilai tambah ini
benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran menggunakan
kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada pengetahuan
terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita akan
memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran.
.0 KEMAHIRAN BERBAHASA
Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahiran-
kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga
kemahiran iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis seperti
yang dapat lihat dalam rajah 1 berikutnya.
Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran berbahasa
.1 Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita,
arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran
mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat
penerimaan (receptive level). Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam
aspek kemahiran berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam
kemahiran berbahasa. Justeru, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan dengan
kemahiran mendengar ini dan beberapa lagi aspek tentang kemahiran berbahasa.
.1.1 Definisi kemahiran mendengar
Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat
penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses
psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan
untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan
tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi
yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu
proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.
KEMAHIRAN
BERBAHASA
Kemahiran Membaca
Kemahiran Lisan ;
mendengar dan bertutur
Kemahiran Menulis
ari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara
empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada situlah
timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap
nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan
intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah
perbuatan yang menggunakan organ bersama- sama dengan saraf pendengaran di
otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran
dapat dilakukan dengan betul.
.1. Peringkat kemahiran mendengar
Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran
pertengahan dan kemahiran peringkat maju.
Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah
mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah,
mendengar dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna
perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan
permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan ayat
dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.
Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran
mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat
khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi (
perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal sikap dan perasaan oang yang
bercakap dan sebagainya.
Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui
fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti
aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan
pelbagai struktur nahu.
Soalan 1 :
A = buku, B = kuku, C = duku
Rajah : Gambar buku, kuku dan duku
isamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas
juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman
murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah :
. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama.
. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan
. Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak
berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai
selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini
mempunyai kolerasi antara satu dengan yang lain. Hal ini kerana, jika seseorang
kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak
dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas, dapat ditafsirkan
kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang
kemahiran ini, kita terus melihat aspek-aspek kemahiran bertutur ini.
Menunjukkan arah
Bertemu ramah
Memberikan penerangan dan memberi alasan
Membina soalan untuk mencari maklumat
Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat
Bertutur secara bertatasusila
Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
situasi
..3 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertuturan
Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasan
yang mana kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak
sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap
didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepat
bercakap. ni membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya
akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik.
Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-kanak
itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan
terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan
untuk berfikir dan bercakap. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan
biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati
organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak
boleh bertutur dengan baik.
i samping itu ialah faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan
bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan
pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik
dariapda kanak-kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah
keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya.
Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang telah dijalankan
didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki.
ni disebabkan oleh perkembangan jasmani kanakkanak perempuan yang berkaitan
dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh
bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang
mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. ni kerana penguasaan bahasa
pertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu
dan sebutan bahasa ibunda iti tidak sama dengan sistem bahasa sasaran dan ini
menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut.
..4 Aspek-aspek pertuturan
Terdapat beberapa aspek penting yang harus kita beri perhatian dalam kemahiran
bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa,
kelancaran dan juga laras bahasa.
ari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap
huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. ni bertujuan melatih mereka
menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul
mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan,
rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras
atau lembut sesuatu pengucapan.
Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan.
Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas
dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan
unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa nggeris dan Arab. Unsur ini disebut juga
sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti
perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. alam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda
digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza
jika ia digunakan.
ntonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat
itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. ntonasi ayat dalam bahasa
Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya
biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula
mempunyai intonasi yang menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau
menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. alam bidang
muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu o, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan o. Setiap nada
ini mewakili satu suku kata. alam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik.
Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.
Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan
kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula
tertentu. La terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. alam bahasa
pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi
untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek
ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau
bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi
sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung
Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang
kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut
perkataan dan ayatayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh
bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar. Laras bahasa dalam konteks ini
ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana
dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan
bahasa itu untuk tujuan-tujuan
berkomunikasi secara berkesan.
Rajah 3 : Peringkat-peringkat kemahiran mendengar
..6 PemiIihan bahan untuk kemahiran bertutur
alam pemilihan bahan untuk mengajar kemahiran bertutur, seseorang guru boleh
memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria seperti
yang berikut iaitu bahan yang sedia ada, kesesuaian dengan objektif pengajaran dan
keberkesanannya.
Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu
yang pertama ialah guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid boleh
dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran,
misalnya ; guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala
bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan ; guru menunjukkan cara
Peringkat Maju
Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya.
Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).
Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan lain-lain.
Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
Mendeklamasi puisi.
membunyikan sesuatu sebutan ; dan, guru menggunakan papan tulis untuk mencatat
perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila berrtutur.
Kedua ialah objek sebenar iaitu objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh
dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid ;
mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua
dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman ; mengaitkan
situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contohnya, pertuturan
sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini
boleh dutunjukkan atau didengari melalui alat audio dan visual seperti television, vedio,
filem dan transperansi ; dan, bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju
pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh
digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.
Akhir sekali ialah penggunaan gambar yang mana guru digalakkan mempunyai
fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan
sebagai bahan ransangan untuk murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi dan
berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari segi saiz, terang dan
jelas.
..7 Aktiviti-aktiviti bertutur
Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temu bual
dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-
murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling
dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa
dan ciri-ciri prosodi dapat dipratikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolelah dijadikan ransangan
atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.
Salah satu contoh aktiviti yang dipilih bagi kemahiran bertutur ini ialah aktiviti
berbual. Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu
tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru
tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri
memilih kawannya. alam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu
sendiri yang menceeritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk
yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula
apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid bercerita, guru
menyusun strategi. Antara strategi yang boleh guru laksanakan ialah pertama, guru
boleh menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu
dan yang kedua, pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk
dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan
tajuk itu disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan
tajuk yang dirancangkan itu Contohnya aktiviti perbualan tersebut ialah seperti berikut :
Tajuk : Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos
Langkah pelaksanaan adalah seperti berikut :
i) Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan
dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-
bahagian tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima
bungkusan dan lain-lain lagi.
ii) Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti
setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang
telegram dan sebagainya.
iii) Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas misalnya ;
Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem,
telegram, bungkusan dan lain-lain.
Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.
Tetapkan murid-murid yang akan memegang paranan sebagai pembeli,
penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya.
Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki contohnya:
O Minta beli setem
O Bertanyakan harga setem
makna atau maksud yang dibaca.ni bermaksud murid-murid memberi buah fikiran
mereka sendiri,menggunakan perkataan-perkataan sendiri untuk menyatakan apa yang
dibacanya.
Manakala, tujuan lanjut pula sebagai alat penambah pengetahuan dan
pengalaman setelah keluar dari sekolah.ni bermaksud tanpa pembelajaran daripada
guru murid-murid masih boleh menyambung pelajaran dengan banyak membaca. Boleh
dikatakan tujuan lanjut ini bermaksud seseorang murid itu akan meneruskan amalan
membaca untuk mendapat ilmu pengetahuan.
.3.3 Peringkat-peringkat kemahiran membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam "Sri Pendidikan Longman Pedagogi
Bahasa, kemahiran membaca terdapat lima peringkat iaitu:
a) Peringkat menyediakan murid.
b) Peringkat mendirikan asas.
c) Peringkat melatih membaca dan memaham.
d) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan juga untuk mencari
pengetahuan.
e) Peringkat membina dan meperkukuhkan sikap gemar membaca.
.3.4 Jenis-jenis Kemahiran Membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam "Sri Pendidikan Longman Pedagogi
Bahasa, terdapat dua jenis bacaan di dalam kemahiran membaca iaitu bacaan
bersuara( bacaan mekanis) dan bacaan senyap (bacaan akaliah). Bacaan bersuara
bermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang,dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan.Selain itu,ia juga disebut sebagai membaca
oral,membaca ulat dan membaca nyaring. Tujuan bacaan mekanis ini diperkenalkan
untuk membolehkan murid-murid membaca dengan lancar,cekap dan pantas dengan
diiringi sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Cara melaksanakannya guru
haruslah memberi satu petikan dalam satu masa tertentu untuk bacaan,sesuai dengan
kebolehan dan umur murid-murid.
Bacaan akaliah/senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau
menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengelurkan suara.a juga disebut
sebagai membaca di dalam hati.Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang
melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktirafan mata dan ingatan. Tujuan
bacaan senyap untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca sendiri dan
memahami apa yang dibacanya.ni juga untuk melatih mereka supaya dapat membaca
secara senyap dan pantas. Cara melaksanakannya pula bahan-bahan yang disediakan
haruslah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang
kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
.3.5 Aktiviti Kemahiran Membaca
Aktiviti 1: Buat Seekor UIat Buku
Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini
boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen 'ulat buku'.
Aktiviti : Rakan Membaca
Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca.
Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
Aktiviti 3: Mendirikan Satu Program Membaca
Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca,
dan di mana bahan dapat diperolehi.
teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
HaII (1968) pula menerangkan bahawa tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi dan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai kata dan ayat. Menulis berkait rapat
dengan membaca.
Marohaini Yusoff (004) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan
simbol-simbol tulisan dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan,
menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Beliau
menambah yang mana menulis juga ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan
huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.
alam hal ini, kita dapat memahami bahawa tulisan merupakan satu bentuk pelahiran
perasaan yang kita hasilkan atau keluarkan. alam maksud lain, apabila kita
menyatakan sesuatu melalui pertuturan ataupun perasaan serta pemikiran kita,
pertuturan, perasaan dan pemikiran tersebut dizahirkan atau diungkapkan dalam
bentuk lambang-lambang tulisan.
Kesimpulannya, tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang
dipindahkan ke dalam bentuk grafik untuk melahirkan perasaan.
.4. Jenis-jenis penuIisan
Rajah 4 : Jenis-jenis penuIisan
Chomsky (1957) menjelaskan bahawa kemahiran menulis secara kasarnya
terbahagi kepada dua iaitu secara mekanis dan secara mental iaitu pelahiran seperti
yang dapat kita lihat dalam rajah di atas. Harus dikuasai supaya murid-murid dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Latihan-latihan mekanikal yang
JENIS-JENIS PENULISAN
Penulisan Mekanis Penulisan Mentalis
boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran ini ialah latihan pergerakan tangan,otot
dan jari atau membuat garisan,bulatan,segi-segi dan sebagainya, tunjukkan cara
pergerakan tangan,menulis di pasir dan di papan tulis, bermain dengan benda-benda
seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis huruf dan perkataan,
mengawasi tulisan murid tentang bentuk,jarak,saiz,kekemasan dan kebersihan, melatih
menulis cepat,jelas dan senang dibaca dan melatih menulis dengan cantik.
Menurut Chomsky (1957) lagi, jenis kemahiran ini biasanya dikuasai setelah
kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis yang mana banyak melibatkan mental.
Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis ini
ialah latihan pernyataan fikiran atau pendapat, latihan pernyataan perasaan, latihan
pernyataan kehendak dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan
asli.
.4.3 Peringkat-peringkat kemahiran menuIis
Menurut Chomsky (1957), peringkat-peringkat kemahiran menulis dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat pra tulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif.
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di
atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-
kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra
tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu, melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak,
menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai gerak tangan bebas, cara
memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan
sempurna dan selesa, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan,
dari atas ke bawah dan, melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan
tangan.
Chomsky (1957) menambah, peringkat tulisan mekanis berlaku setelah kanak-
kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh
memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau
sempit. Akhir sekali ialah peringkat penulisan kreatif iaitu peringkat yang merupakan
peringkat tertinggi dalam proses menulis. i peringkat ini kanak-kanak diharapkan
dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk
menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun,
sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.
.4.4 Jenis-jenis kemahiran menuIis
Jenis kemahiran menulis yang pertama ialah kemahiran menulis secara terkawal.
alam jenis kemahiran menulis ini, karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan
bahasa dan isi yang terdapat dalam kemahiran menulis secara terkawal ditentukan oleh
guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat
membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan
bahasa. Contoh aktiviti bagi jenis penulisan ini ialah seperti berikut iaitu mengisi tempat
kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan dan menyusun
ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.
Jenis kemahiran menulis yang kedua ialah kemahiran menulis secara separa
terkawal yang mana karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang
untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai
dengan tajuk yang disediakan. Contoh aktiviti bagi jenis kemahiran menulis ini ialah
rujukan ini adalah dokumen yang sangat penting bagi sistem pendidikan negara kita.
engan yang demikian, kita akan melihat kedua-dua dokumen ini dari segi konsep dan
pernyataan yang terkandung di dalamnya. Setelah itu, kita akan melihat perkaitan
pernyataan yang terkandung di dalam kedua-dua dokumen ini.
3.1 FaIsafah pendidikan kebangsaan
Kementerian Pendidikan MaIaysia (003) menyatakan bahawa pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan
negara.
aripada apa yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, kita
dapat memahami bahawa pendidikan dianggap sebagai wahana dalam mempertingkat
dan memperkembangkan potensi dalam kalangan murid-murid. alam
memperkembangkan potensi tersebut, individu yang ingin dibentuk mestilah seimbang
dari semua segi seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tunjang utama yang
menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ialah kepercayaan kepada
tuhan. Kepercayaan kepada tuhan ini penting bagi memastikan seseorang individu
dipandu dengan nilai-nilai dan etika yang baik dan murni. engan yang demikian,
individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan tinggi akan dapat dibentuk dan memberikan
sumbangan terhadap pembangunan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
3.3 Perkaitan FaIsafah Pendidikan dan Objektif Sukatan PeIajaran Bahasa MeIayu
Kementerian Pendidikan MaIaysia (003), pendidikan peringkat rendah adalah
pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang
secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras
dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan
Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib,
selaras dengan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-
murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, huraian sukatan pembelajaran telah
digubal bertujuan untuk memberi panduan dan membantu para guru dalam
melaksanakan pembelajaran yang berkesan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai
kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari tahun 1
hingga tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Tatabahasa pula meliputi
aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
4.0 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar
memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan
kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah
rendah dan falsafah pendidikan kebangsaan. Salah satu jenis kemahiran yang
ditekankan ialah kemahiran bernilai tambah yang mana merupakan aspek yang sangat
utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran
bernilai tambah merujuk 'dunia sebenar' seseorang pelajar. Kemahiran ini yang
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. i sini, dapat kita fahami
juga yang mana kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang menjadi nilai
tambah atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan pemahaman dan
keupayaan diri mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadaptasi daripada
kemahiran generik dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik
pengajaran yang bersesuaian.
DaIam Kamus Dewan (1966), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau
kepandaian tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai kualiti, kadar atau
taraf yang dimiliki oleh sesuatu sama ada benda, manusia atau apa saja bentuk entiti
dan tambah ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya
menjadi lebih banyak. Berdasarkan kepada definisi tentang ketiga-tiga istilah ini, dapat
kita rangkumkan maknanya sebagai kecekapan atau kepandaian yang mempunyai
kualiti atau kadar yang boleh ditokok pada kemahiran sedia ada agar menjadi semakin
bertambah. alam erti kata lain, kemahiran-kemahiran yang diajar dan diterapkan
mempunyai nilai yang tinggi dan berfaedah serta dapat membantu meningkatkan
keupayaan dan potensi individu yang dimiliki oleh setiap dalam kalangan murid.
alam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan bagi
menggambarkan kemahiran bernilai tambah yang mana mempunyai pengertian yang
arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif sepertimana
yang dinyatakan oleh para sarjana kognitif yang merujuknya sebagai ilmu bebas
domain. Stasz (1990) mentakrifkan kemahiran generik sebagai suatu literatur
pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis
dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Pengguna atau pekerja yang
memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan
kepadanya dengan mudah. alam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat
penting namun masih kurang diberikan penekanan. Bagi definisi yang diberikan di sini
pula, kita memahami bahawa kemahiran generik ini telah dikhususkan pemahamannya
sebagai sebuah keupayaan kognitif iaitu melibatkan kemahiran belajar, penyelesaian
masalah dan komunikasi.
guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid
dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk
belajar dengan cara yang lebih selesa jika cara ini digunakan.
Selain itu, kemahiran ini dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang
dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. aripada kecerdasan pelbagai, murid
dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan
pmbelajaran yang menyeronokkan. Apabila guru menggunakan kemahiran ini,
kecergasan pelbagai dapat meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan
inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika kemahiran ini
digunakan dalam pengajaran di sekolah, suasana kolaboratif dapat diwujudkan di
sekolah. Kecerdasan pelbagai dapat mewujudkan sekolah yang menerima dan
menghargai perbezaan dalam kelangan murid dan juga guru. Guru dapat merancang
secara kolaboratif dengan menggunakan kerangka kecergasan pelbagai untuk
menyediakan kurikulum yang diperkayakan dan penuh dengan rangsangan.
4.. Kemahiran berfikir
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (011), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah
apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas
yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat
inferens atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum
yang standard. aripada definisi ini, dapat difahami bahawa kemahiran berfikir
merupakan sebarang bentuk atau proses mental atau pemikiran yang berlaku dalam
minda kita. Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau bentuk pemikiran yang
dihasilkan dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah berlakunya proses
penjanaan atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.
Kamarudin Hj. Husin (1995) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol,
gambar, perkataan, pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang
diterima oleh deria akan ditafsir dengan penggunaan perkataan atau simbol untuk
membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut. Pendedahan yang berterusan dan
Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan penjelasan nilai dan masa depan
melibatkan murid mengkaji tanggungjawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan
keperluan generasi akan datang. Proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan
nilai-nilai murni yang boleh memandu tindakan atau pilihan masa sekarang supaya
meninggalkan kesan positif pada generasi akan datang. Murid akan memilih nilai-nilai
yang akan memberi keyakinan kepada mereka untuk memilih masa depan yang
diingini. Teknik penjelasan nilai dan masa depan membolehkan murid berfikir tentang
nilai-nilai murni yang diamalkan pada masa sekarang. ni boleh memberi kesan positif
terhadap masyarakat akan datang.
Secara totalnya, dapatlah kita simpulkan tentang kajian masa depan itu sebagai
kemahiran berfikir tentang sesuatu yang akan atau mungkin berlaku pada masa depan
yang akan membantu kita memandu tindakan kita pada masa sekarang untuk
menghasilkan kesan yang baik pada masa depan.
4..4 Kemahiran teknoIogi makIumat dan komunikasi
Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi
dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid
dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada
hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik,
audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi ini dapat digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat
pembelajaran dan pengajaran. Hal ini bermaksud bahawa murid perlu terlibat dalam
penggunaan dan bukan sekadar mengikuti pembelajaran tersebut menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi sahaja. engan yang demikian, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat
menggunakan komputer untuk bertujuan komunikasi seperti menghantar e-mel,
menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan hariandan mengakses
maklumat melalui internet. Kemahiran ini akan dapat melatih murid-murid supaya
cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti-aktiviti
pembelajaran.
Berdasarkan pendapat Mok Soon Sang (004), kemahiran ini perlu dikuasai
sejajar dengan perkembangan konsep "world class education. Tujuan guru mengajar
kemahiran ini ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan
mahir dalam bidang sains dan teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini
perlu memastikan sekolah mempunyai kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik
nternet, dan bilik studio (video conferencing). alam mengajar kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan cara penilaian " on-going dan
"on-line. Hal ini kan dapat membantu murid saling mempelajari dan membantu sesama
mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan bekerjasama.
Penggunaan CT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
membolehkan murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran
autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid.
Selain itu, murid juga dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
alam kelas, guru dikehendaki membantu murid mengurangkan beban mereka akibat
tugasan yang tidak seberapa penting. Untuk murid yang mahir menggunakan perisian
pemproses perkataan dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih
menarik dan lebih efisen.
Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (daIam Mok Soon Sang (004))
menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi sesuai digunakan untuk pembelajaran
penerokaan dalam situasi seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan ,
pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti
yang berkaitan dengan kajian masa depan dan aktiviti pembelajaran yang berbentuk
simulasi. alam hal ini, terdapat beberapa kelebihan menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi untuk pembelajaran penerokaan iaitu memberi peluang kepada murid
untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Selain itu,
teknologi maklumat dan komunikasi dapat mendorong murid terlibat secara lebih aktif
dalam pembelajaran serta dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani
masalah sebenar di dalam kelas. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat
engan pengajian dalam bidang kemahiran belajar ini, setiap individu dapat
memperolehi pelbagai manfaat yang berguna untuk mempertingkatkan lagi kemahiran
dan strategi belajar. Pada masa yang sama, penguasaan dalam kemahiran ini dapat
membantu dalam meningkatkan tahap kognitif dan pengetahuan seseorang murid dan
manusia umumnya. Antara manfaat yang dapat diperolehi ialah :
O Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.
O Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan
meningkatkan ilmu pengetahuan.
O apat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai
kaedah pembelajaran.
O apat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
O apat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru.
O Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran
pemikiran yang rasional.
O Hal-hal yang dipelajari akan berkembang mengikut :
Tahap-tahap aliran pemikiran kognitif.
Konkrit kepada abstrak.
Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru.
Memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif
dalam cara belajar.
O ndividu itu akan terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina
konsep dan hukum.
O apat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui
kaedah menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-
cara lain yang sesuai.
Kemahiran belajar
Kecerdasan pelbagai
Prosedur PeIaksanaan Kemahiran BerniIai Tambah
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menayangkan video nyanyian lagu 'Bangau
Oh Bangau'.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
O Adakah murid berasa seronok menyanyi lagu
tersebut?
O Apakah yang dapat dilihat di dalam video
nyanyian tersebut?
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pembelajaran hari ini.
Kemahiran BeIajar :
1. Menyoal
Kemahiran Berfikir :
2. Menghubung kait
Kemahiran Kecerdasan
PeIbagai :
1. Muzik.
2. Kinestetik.
Langkah 1 (10-15 minit)
1. Guru menjelaskan kepada pelajar tentang definisi
dan maksud kata nama.
2. Guru menerangkan jenis-jenis kata nama yang
terdapat dalam bahasa Melayu.
3. Guru memberikan contoh-contoh daripada jenis-
jenis kata nama yang terdapat dalam bahasa
Melayu.
4. Guru bertanya kepada murid untuk memberikan
contoh-contoh lain jenis-jenis kata nama yang
terdapat dalam bahasa Melayu.
Kemahiran BeIajar :
1. Menyoal.
2. Mendengar aktif.
Kemahiran Berfikir :
1. Pemikiran Kreatif.
2. Pemikiran konstruktif.
Ciri terakhir ialah ciri sosial dan peribadi yang mana kanak-kanak mempunyai
bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa
disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan
masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan
nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah
selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
5.3 Pengajaran murid bermasaIah pembeIajaran
alam pengajaran bahasa Melayu, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid
bermasalah pembelajaran ialah dalam mempelajari ketiga-tiga kemahiran berbahasa
yang telah kita bincangkan pada soalan satu sebelum ini iaitu kemahiran lisan
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Bagi lebih memahami tentang
bagaimana masalah pembelajaran berkaitan ketiga-tiga kemahiran ini berlaku, kita akan
memilih dan melihat salah satu kemahiran tersebut.
i sini, saya telah memilih masalah pembelajaran murid-murid dari aspek
kemahiran menulis yang mana masalah tulisan merupakan salah satu jenis masalah
pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran
dalam kemahiran menulis. Bagi masalah tulisan dalam kalangan murid-murid
bermasalah pembelajaran ini, masalah yang mereka hadapi ialah kesukaran untuk
membina suku kata atau perkataan iaitu tidak tahu mengeja sesuatu suku kata atau
perkataan tersebut. Bagi murid-murid yang mengalami masalah tulisan jenis ini, mereka
mempunyai kekuatan dan kebolehan dalam mendengar bunyi huruf selain cekap
memilih perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. alam erti kata lain, mereka dapat
mengenal bunyi huruf tersebut dan menggambarkannya melalui contoh
perkataan.Contoh dapat kita lihat seperti dalam jadual di bawah.
Bunyi huruf Perkataan
[m] mata
[b] bola
[t] tangga
[i] ikan
[s] sudu
JaduaI : Bunyi huruf dan perkataan yang menggambarkan huruf tersebut
Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang
mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. aripada lakaran gambar-gambar dia
tafsirkan kepada huruf-huruf awal. Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah
perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di atas mungkin dirasakan begitu rumit atau
mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara yang digunakan oleh murid ini di
peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal mengeja dengan cara biasa
yang digunakan oleh murid-murid lain. Contoh cara ini digunakan ialah, seseorang
murid bermasalah pembelajaran ingin mengeja perkataan "matahari. Kemudian, bunyi
bagi setiap huruf dalam perkataan "matahari itu diwakili atau digambarkan melalui
objek atau perkataan lain setiap satunya seperti dalam jadual di bawah.
Huruf awaI Perkataan
[m] mata
[a] api
[t] tangga
[a] api
[h] hujan
[a] api
[r] rambutan
[i] ikan
JaduaI 3 : Bunyi huruf dan perkataan yang mewakiIi huruf awaI
REFLEKSI
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah
Kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya
hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang
perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk
tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya
menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah
diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan
tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk
yang sudah kami pelajari.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi
mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah
mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan PKS untuk mencari dan
mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi
mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah
meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. alam
memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati
kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau
perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini
terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya
mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk
tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh
pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan tugasan ini telah membantu
meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada yang telah saya
perolehi tersebut. alam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan
sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan
sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui
bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan
yang dibincangkan.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat
soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan
melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat
melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk
melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan
baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat
hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. alam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran untuk lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah agar
saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan.
engan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain
menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang berfaedah.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan.
BORANG KOLABORASI
BiI Tarikh Perkara PengIibatan
Nama, cop &
tandtangan
isediakan oleh, isahkan oleh,
_______________________ ________________________
Nama Pelatih : Nama Pensyarah :
Opsyen : Jabatan :
RUJUKAN
Chomsky, 1957. On Human Communication. Cambridge, Mass.
Edward de Bono, 1976. CoRT 1 Thinking Skills Programme On Students. New York :
Academic Press.
Hall, 1968. An essay on language. New York, Chilton Books.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur
: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hornsby B., 1995. Overcoming yslexia. London: Vermillon.
Kamarudin Hj. Husin, 1995. Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Siri Pendidikan
Longman.
Kamus ewan Edisi Ketiga, 1966. Kuala Lumpur : ewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Marohaini Yusoff, 2004. Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor arul
Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nor aina dani, 2007. Penghantar psikolinguistik.sasbad. Pertaling jaya : UG Press Sdn.
Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Selangor arul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.