Anda di halaman 1dari 6

Seruan kepada Kembali kepada Asal ( ) Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan

pkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). [ Surah As-Shura ayat 13] Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [ Surah al-An'aam ayat 153] Lihat syarah ayat tersebut di Sini.

: ( ] 31 : [ ( ( ) :
Telah berkata Ali bin Abi Talhah, dari Ibnu Abbas, FirmanNya : ( maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, ) dan FirmanNya, ( Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. ( .. katanya, Allah SWT telah memerintahkan kaum mukminin agar tetap dengan jemaah, dan melarang mereka daripada berbeza dan berkumpulan, dan Dia memberitahu bahawa sesungguhnya telah lenyap orang-orang sebelum mereka kerana pertelingkahan dan dendam di dalam agama Allah.

: : - - : : : : ( . )
Terjemahan Hadis Abdullah reported: The Messenger of Allah, peace be upon him, drew a line with his hand and said, This is the straight path of Allah. Then he drew lines to the right and left, and he said,

These are other paths and there is not another path except that a devil is upon it calling to it. Then he recited the verse, Indeed, this is the straight path so follow it and do not follow )351:6( .other paths ][Musnad Ahmad, Number 4423, Sahih Dan ini ialah jalan-jalan hadis itu, saya menukilkannya di sini, dan tidak mahu untuk .menceritakan jalan-jalan hadis tersebut
. : .

. - - ] 663 : [ . . . : . . . . . . :
.Saya cuba tukar cara penulisan dengan bernombor

1. Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam memberitahu sebuah hadis yang sangat penting tentang ,perpecahan ummat

. : : : :
543/3 : - : - : - :

Yahudi akan berpecah sebanyak 71 kelompok, semuanya di dalam neraka kecuali satu, dan berpecah Nasrani kepada 72 kelompok, semuanya di dalam neraka kecuali satu, dan akan berpecah ummat ini kepada 73 kelompok, semuanya di dalam neraka melainkan satu. Dan di dalam lafaz lain : kepada 73 ajaran/millah. Dalam riwayat yang lain, para sahabat bertanya : Siapakah dia golongan yang Selamat (al-Firqah an-Naajiah), sabda Nabi sallallahualayhi-wasallam, : Siapa yang berada di atas jalanku dan sahabatku pada hari ini. Dalam riwayat lain, : Iaitu al-Jamaah dan Tangan Allah itu bersama al-Jamaah. Kesimpulan hadis : Hadis ini Sahih dan Masyhur dalam Sunan dan Masanid. Berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah Sahihah dengan Kefahaman Salaful alUmmah . 1. Bila cerita tentang Generasi Salafussoleh, ia merujuk kepada 3 kurun terbaik berdasarkan hadis Imran bin Hussain. 2. Iaitu para Sahabat (yang bertemu dengan Nabi SAW) yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar, para Tabien (yang bertemu dengan sahabat), dan Tabi Tabien (yang bertemu dengan tabiin). 3. Juga orang-orang yang mengikut selepas mereka dengan Ihsan. Berbahagialah kepada mereka yang hidupnya mengutip atsar-atsar dan panduan-panduan kehidupan dari 3 kelompok terbaik ini. Nabi Menyeru kepada Perpaduan, Bukan Berkelompok. 1. Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam tidak menyebut tentang kelompok bahkan Nabi menyeru kepada perpaduan. LIhat ayat al-Quran Kamu Sebaik-Baik Ummat dan Ayat Berpeganglah kamu dengan Tali Allah. 2.Allah Subhanahu Wa Taala menyebut tentang milal*. Dan Allah Subhanahu Wa Taala menyebut tentang golongan manusia seperti Yahudi, Nasrani, Musyrikin, Munafiqin dan pelbagai lagi istilah dan nama kumpulan manusia, tetapi tiadapun istilah Syiah**
*milal atau ajaran ** ada pada Surah al-Qasas ayat 15 dan Surah as-Saffat ayat 83. Maksudnya salah satu daripada empat iaitu : Sahabat, Pengikut, Kaum dan Penolong.

Pemikiran Salafi - yang dimaksudkan dengannya ialah kerangka berfikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari ummat ini. Yakni para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan menjadikan panduan dari hidayah Al-Quran dan tuntunan sunnah Nabi Sallallahu-Alayhi-Wasallam.

Antara Kriteria-kriteria mereka. 1. Berpegang pada nas-nas yang maksum (suci) , bukan pada pendapat tokoh. 2. Mengembalikan masalah-masalah yang mutasyabihat (tak pasti) kepada masalah yang muhkamat (yang pasti) , dan mengembalikan masalah yang zhanni ( tidak pasti) kepada yang qatie (mutlak). 3. Memahami furu dan juzuk dalam agama, dilingkungi oleh prinsip-prinsip agama dan masalah fundamental. 4. Menyeru kepada al-Asalah (kembali pada asal) dan ijtihad (pembaharuan), dan menentang taqlid ( iktikad buta) dan pembekuan minda. 5. Beriltizam dengan akhlak Islamiyah. Mencontohi akhlak Rasul, dan generasi Salafussoleh. 6. Dalam masalah fiqh, berusaha untuk memudahkan dan bukan menyusahkan penganutnya. 7. Dalam perkara motivasi, melebihkan motivasi daripada menakut-nakutkan. 8. Mementingkan pengukuhan yang kuat di dalam akidah, bukan dengan perdebatan. 9. Mementingkan ruh di dalam masalah ibadah, bukan formal ibadah itu. 10. Apabila berjumpa dengan masalah agama, menggunakan kaedah ittiba (ikut dengan faham), beramal sebagaimana Sunnah Nabi, tidak berlebihan dan berkurang dan tidak mengamalkan bidah. Secara ringkasnya, ini antara beberapa ciri-ciri yang dapat ditulis di sini supaya pembaca mudah memahami dan mengenali mereka. Saya cuba untuk permudahkan di dalam beberapa dialog ringkas. A: Kenapa kita solat ? B : Sebab ada perintah Allah tentangnya. Ada hadis tentangnya. Apa yang kita buat, ada suruhan darinya dari Al-Quran dan Hadis. A: Hadis ini banyak. Banyak juga pendapat tentang perkara ini. Macam mana kita berhadapan dengan perkara ini? B : Kita kembali kepada pendapat-pendapat ulama tentang tingkatan/martabat hadis tersebut. hadis yang Sahih, Hasan dan Dhaif. A: Ada hadis ini cerita tentang perkara ini. hadis itu pula cerita tentang perkara itu . Bagaimana kita berhadapan dengannya.?

B : Maka di sinilah pentingnya sanad, kita kaji jalan-jalan hadis itu diriwayatkan, siapa perawinya ,sifat2 perawinya adakah dalam rantaian perawi-perawi itu bersambung atau tidak kepada Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam.
Fikri (Penulis) : Jika tiada perkara seperti hadis, menyatakan sumber asalan, dalil, maka semua orang boleh mengaku bahawa amalan dia ialah amalan dari agama. Dan akan jadi perkara yang lebih buruk, amalan yang tiada asalnya atau bidah di dalam ibadah dan amalan. Dan jadilah mereka menghampiri seperti mana yang dilakukan oleh Nasrani dan Yahudi.

Mutasyaddidin dan Mutasahhilin ( Orang yang Syadid dan Orang yang Bermudahmudahan) 1. Apabila fitnah semakin dahsyat dan masuk melalui jalan yang paling halus, maka akan ada segolongan manusia yang mensyadidkan diri mereka . Mereka membataskan dalam kehidupan mereka semata-mata kerana tuntutan dari Al-Quran dan Sunnah, menjaga diri mereka dari fitnah , dari perkara-perkara yang syubhat, samada dari perkara yang ada bidah dan keraguan pada amalan tersebut.
Bahkan saya mengkagumi mereka. Seperti segolongan Ikhwan yang syadidi yang mengamalkan uzlah syuuriyyah tammah ( membebaskan diri dengan sepenuh perasaan) seperti tidak rasa gembira sangat dengan dunia, tidak beli tv di rumah, bersederhana dalam kehidupan dan sebagainya.

2.Maka begitu juga akan ada manusia yang bermudahan-mudahan dengan agama ini. Mereka memakai gelaran Muslim Moderat. Contoh termudah, tidak mengambil berat perintah menutup aurat, selesa dalam perkara yang lalai, syubhat, keraguan-keraguan pada akidah dan amalan dan sebagainya. 3. Dalam perkara ini , bagi orang yang mutasyaddidin, maka syadid pada dirinya tetapi menghargai dan memberikan sedikit ruang kepada orang lain atau apa yang dipanggil at-tasamuh (bertolak ansur). Namun pada tasamuh itu sendiri ada batasnya2. Bersangka baik dengan orang awam yang jahil, bersabar dalam menasihati manusia ke arah kebaikan dan bermulazamah dengan persekitaran dan kelompok yang baik. 4.Fitrah manusia, orang yang duduk di dalam persekitaran yang fitnahnya amat dahsyat, kemungkaran berlaku di depan mata, maka dia akan jadi orang yang syadid untuk menjaga dirinya daripada fitnah yang berlaku pada persekitaran dirinya.
Fikri : Ada sesiapa tak dari kalangan pembaca (lelaki) yang apabila bercakap dengan perempuan sanggup menahan nafas dari mencium bauan dari perempuan tersebut? Kenapa tak sanggup bauan yang wangi itu? Sebab ada hadis orang yang mencium bauan itu seperti orang yang berzina (kategori hidung berzina). Nampak susah dan agak strict, namun itulah mereka.

Aqlaniyyun (Orang yang Mementingkan Akal) dan Orang Atsar Atau Ahlul Hadith dan Orang Maqasid. 1. Tidak dinafikan akal itu dikurniakan Allah kepada manusia sebagai makhluk yang berakal, akan tetapi diturunkan kepada manusia seorang Rasul yang memberikan panduan jalan Hidayah untuk manusia yang berakal tadi, memilih apa yang baik untuknya dan meninggalkan apa yang buruk untuknya. Berkata Imam Zuhri Daripada Allah Ar-Risalah, dan daripada Rasul itu AtTabligh(Menyampaikan) dan ke atas kita at-Taslim (menerimanya).

2. Namun bukan semua tuntutan di dalam agama itu akan memenuhi logik pada akal manusia. Contoh termudah, kenapa persetubuhan yang nikmat itu haram tanpa melalui perkahwinan? Ia sesuatu yang baik menurut pandangan dan pemikiran manusia, namun jalan perkahwinan itu Allah tetapkan untuk menjaga dan hikmah2nya yang tersembunyi. Begitu juga seperti menutup aurat dan sebagainya. 3. Namun ada juga orang golongan Ahlul Hadis . Nama mereka banyak. Ciri penting mereka, mereka mementingkan dalil dan atsar(jejak) dari para sahabat. Mereka hidup dengan perkataanperkataan dari nafas baginda Rasul Allah sallallahu-alayhi-wasallam. Jika anda sudah beriman dan yakin yang tertinggi bahawa generasi Salafussoleh merupakan yang terbaik, maka bukankah mengikuti mereka itu sebagai satu jaminan bahawa kehidupan yang bakal dilalui itu akan menjadi terbaik juga? . 4. Golongan maqasid ialah orang yang mengetahui sesuatu perkara itu dengan sedalamdalamnya, mengetahui apa yang tersimpan di sebalik sesuatu itu. Contoh termudah, kita tahu bahawa arak itu haram. Tapi sebabnya ia memabukkan. Bagi orang maqasid, datanglah segala jenis minuman yang apabila sebabnya memabukkan, maka ia kembali pada hukum arak itu tadi. Tapi perkara yang sama boleh jadi berbeza pada orang yang aqlaniyyun. Boleh jadi mereka berfikir dengan akal mereka, arak yang sedikit tadi tidak sampai kepada memabukkan, maka mungkin boleh diminum arak itu tetapi janganlah sampai mabuk. Akan tetapi bagi orang yang belajar kita dibatasi oleh batas-batas samada yang ditetapkan oleh Al-Quran, Sunnah Rasul dan pendapat-pendapat terdahulu. Setiap perkara yang memabukkan, maka sedikit darinya pun haram . Keadaan akan lebih jelas apabila bercakap tentang perkara ghaib atau samiyyat. Ada perkara yang tidak masuk akal di dalam agama dari segi akidah dan tauhid jika difikirkan mengikut logik dan akal manusia yang terbatas ini. Kita beriman apa yang datang dari Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam yang datang dari Hadis yang Sahih, yang logik atau tidak logik, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Beriman semuanya tanpa ada terkecuali. Wallahualam .

Anda mungkin juga menyukai