Anda di halaman 1dari 10

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

Another Strange Girl Stories


Life And Fate Like A Wheel Home About Me Sitemap Blogosphere Contact Me

Makanan E-Codes, Halal Di Malaysia


Posted in sembang-sembang - 17 December 2009 - 21 comments

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod E, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod E itu. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca email tersebut, korang boleh baca di sini... Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan E-Codes ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda E -Code masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai E-Codes yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi. E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920 Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo Halal JAKIM. Disebabkan rasa ragu mengenai isu E-Codes ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat research mengenai E-Codes yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini. Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.

Logo Halal JAKIM Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan

1 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut: Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan. E110: dari sumber chemical E120: dari summer serangga E140: dari sumber tumbuhan E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical. E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. E234: Nisin; dari sumber microbe. E280: Propionic Acid dari sumber chemical. Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut: Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan. Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf. Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009. Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap bodoh dan mudah diomong-omongkan dengan perkara sebegini. Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam.

2 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak). Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin. Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak. Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi lard, lemak lembu beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi. Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan. Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol). Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya. Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan. Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam. Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan.. School of Chemical Sciences and Food Technology Faculty of Science and Technology Universiti Kebangsaan Malaysia mamot@ukm.my Pihak TV3 juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenai isu E-Codes ini dalam rancangan 360, Episode 49 yang telah pun disiarkan pada malam tadi. Untuk mengetahui apa kata pihak JAKIM dalam rancangan 360, korang boleh tengok video dibawah ini

3 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

Record your screencast online Selain isu E-Codes, 360 juga telah merungkai isu barangan yang diperbuat dari bulu babi, makanan Cina Bahkuteh yang mempunyai tanda halal, dan kisah peniaga lori bergerak Indonesia bertudung yang menjual rojak dan air di KL sebenarnya dimiliki oleh bukan Islam. Lantaran terdapatnya Tokong dihadapan rumah Si Peniaga. Baiklah, melihat bukti-bukti diatas, dapatlah saya menarik nafas lega kerana segala yang diberitahu mengenai E-Codes yang mempunyai lemak babi itu ada percanggahannya. Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai E-Codes ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan Akhir kata, SALAM TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1431 DARI SAYA BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN YANG SUDI MENJENGUK BLOG PICISAN INI. DIHARAPKAN KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMPERBAIKI DIRI DARI SEMASA KE SEMASA PADA TAHUN BARU INI Terima Kasih~ Reference; TV3, 360 2009: Episod 49 Aduan: Portal E-Halal Jawapan UKM: Berita Harian Online FOOD INGREDIENT NUMBERS

Popularity: 46% [?]

Tags: e codes for food, e codes halal, E kod lemak babi, e-codes pig fat, halal food, halal jakim, haram babi, haram food, makanan halal, makanan haram 21 Responses - Add Yours+

1.

Lady Nass says: December 18, 2009 at 9:25 am alhamdulillah.akhirnya dapat penjelasan yang nyata daripada artikel saudari ini. terima kasih. [Reply]

Akuro San Reply:


December 20th, 2009 at 10:11 am

4 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

@Lady Nass, sama-sama. semoga entri ini akan menjadi rujukan jika ada tertimbulnya lagi isu mengenai E-Codes di Malaysia ini pada masa akan datang. [Reply] 2. Mario says: December 18, 2009 at 4:23 pm fuhh.detail ko research ni.huhu tapi aku still tak setuju ba kut teh versi halal.. nanti buat serabut je..baik haram je terus..kan? [Reply]

Akuro San Reply:


December 20th, 2009 at 10:16 am

@Mario, kalau ikut kata mufti perak dalam 360 hari tu, bakuteh tu tetap haram juga walaupun ia dikatakan halal~ saya pun tak setuju pasal versi halal bakuteh tu~ [Reply]

muhammad fakhruddin Reply:


December 30th, 2009 at 9:34 pm

@Akuro San, kata mazidul di blognya,jika resepi bak kut teh tidak menggunakan ba alif ba ya sebaliknya diganti dengan ayam misalnya,ada istilah lain yang digunakan pakai,bukan bak kut teh. Sepatutnya,tak timbul bak kut teh versi halal.Ini boleh mengelirukan,gunakan istilah yang betul. btw,sokong usaha penyelidikan Akuro San dalam hal ni tapi majoriti) [Reply] .Emel2 forward amat annoying dan suka menipu pembaca(mungkin bukan semua

Akuro San Reply:


December 31st, 2009 at 12:23 am

@muhammad fakhruddin, yup, bak tu teh yang menggunakan ayam tu nama dia chi ku teh tak silap saya~ ada diterangkan dalam siri 360 hari tu 3. kisahsensasi says: December 18, 2009 at 8:15 pm itu laa yang penting kalau makanan tue ade unsur meragukan better [Reply]

Akuro San Reply:


December 20th, 2009 at 10:17 am

@kisahsensasi, better? hehe~ ayat tak lengkap nih~ tak per~ komen dilain kali ya [Reply] 4. Insan says:

5 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

December 20, 2009 at 7:09 am Saya kurang yakin sbb tuan masih kata..Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai E-Codes ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan .. Jika tuan dah yakin yang E-codes tu halal, nape kuar statement tuh??..seolah-olah tuan sendiri tak yakin.. [Reply]

Akuro San Reply:


December 20th, 2009 at 10:34 am

@Insan, boleh baca balik pada statement JAKIM yang terdapat diatas~ kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Jika diluar negara, makanan yang terdapat E-Codes tidak dijamin halal terutamanya di Europe. Tetapi di Malaysia pihak JAKIM telah mengkaji dan memastikan makanan yang mempunyai E-Codes ini tidak mempunyai unsur-unsur campuran lemak babi. (Ini dari apa yang dikatakan pihak JAKIM dalam rancangan 360) Walaubagaimana pun, kamu boleh berhubung dengan pihak JAKIM sendiri jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu E-Codes ini [Reply] 5. titan says: December 22, 2009 at 6:40 pm sejujurnya, aku tak tau bab2 e-codes ni. Tapi memang buka mata dibuatnya jugalah. mudah-mudahan semua benda yang aku makan selama ini terpelihara.. [Reply] 6. Nurul says: March 14, 2010 at 1:56 am Alhamdulillah, terima kasih pasal artikel ni, sy btol2 runsing jugak pasal E-codes ni sbb sblm ni sy mmg dpt e-mail yg di fwd2 tu, so sy amik tau la jugak selepas tu, cuma entah mcmane sy ade beli satu makanan ringan tu (tak perlu la sebut nama ye) ade cop halal, sy pun beli la, lepas makan tu sy nmpak plak bahan2 tu ade E110.. da mkan, tp ade plak benda alah tu.. so mcm da serba salah je selame ni .. tp sy yakinkan diri sbb ade cop halal.. lepas ni sy tau la yg code E110 ade jugak sumber dari chemical pewarna tiruan Sunset Yellow FCF. Skali lagi terima kasih. [Reply] 7. farhan says: April 3, 2010 at 1:37 pm tu lah.jangan kali jangan makan makanan yang ada kod lemak babi. [Reply] 8. farhan says: April 3, 2010 at 1:40 pm :evil: kawan setan.kecuali ada nama syarikat. [Reply] 9. farhan says: April 3, 2010 at 1:40 pm :evil: :evil: siapa yang makan dia orang jahat.dia nak jadi

6 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

[Reply] 10. JaezY says: April 4, 2010 at 11:47 am Salam Semua., walau dah disahkan oleh JAKIM pun masih meragukan juga.., kerana waktu dikaji itu memang mereka guna bhn yg sepatutnya.. Bila dah lulus mereka bebas guna bhn lain.. dan kebanyakkan kilang kilang pembuat makanan ringan terdiri dari kaum NON MUSLIM Nak yakin kena letakkan setiap kilang tur pegawai (Islam) tuk sahkan setiap kali pengeluran bhn makanan terutama makanan ringan dan mkanan dlm tin [Reply] 11. eifa says: April 12, 2010 at 3:17 pm so tak bole mkn lah yang da e tu ek??jawaplahsy pun tgah d lema pasal bde ni ha.. [Reply] 12. parang says: May 2, 2010 at 3:11 pm leh caye ke ni err?? [Reply] 13. Muhammad Faisal says: May 26, 2010 at 2:21 am Jika hati ragu-ragu, maknanya tak yakin. Bila makan sesuatu dgn niat tak yakin statusnya, sendiri mau ingat le. (islam berilmu je yang tau maknanya) Jika hal remeh menjadi isu besar, mesti ada sesuatu di sebaliknya. Jika nak kata orang islam bodoh, elok depa (kapitalis) x payah bubuh kod tu (bagi je orang islam makan kan senang). Persoalannya, jika makanan tu diimport dari eropah, kanak-kanak tau ke yang kod E tu memang ada ba alif ba ya (papa kata kod E boley makan la dik) Kesudahannya, orang islam semakin alpa dan daif bahawa Makanan yang baik membentuk peribadi yang baik. Tak percaya? makan le. siapa nak marah. dunia kan anda yang punye ps: diri sendiri jika belum tau selamat macammana nak selamatkan orang lain. [Reply]

irdina Reply:
July 18th, 2010 at 12:14 pm

kalau xyakin xyah la makan [Reply] 14. nazrunnizwan says: August 26, 2010 at 6:04 pm Terima Kasih untuk informasi ini akhirnya ada sesuatu yg dapat menjelaskan kekeliruan yg ada pada saya selama ini.. nazrunnizwans last blog ..DAIWA CALDIA KIX PRO and KONTRA Please review [Reply] Leave a Reply
Name (required) Mail (will not be published) (required)

7 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

Website

Klik Jika Berkenan~

Subcribe via Email Baca terus dari email anda; Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

SpotLight~

Mesti Survey Clicky Facebook FutureTweets Google Accounts Resepi Budak Muar Wordpress Login Yahoo Mail

8 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

Arkib Artikel

Kategori Entri

Entri Terkini Ibu Ku Kembali Ke Rahmatullah Di Malam 1 Syawal 1431 Black (Mentor)- Wajah Dua.mp3 Somebody Want To Kill Me Lirik Lagu Tema Drama Dendam Orang Minyak Bahana Menonton Movie Toy Story 3 3D Surat Terakhir Journalist Yang Menyertai Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza ROBIN HOOD ibarat HANG JEBAT ? Cerita Sepanjang Menyepikan Diri Di Alam Blogging Darth Vader Terpancung Di Putrajaya Sand Art- Lukisan Dari Pasir Yang Mengagumkan Artikel Popular 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 100% Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000 87% Tips Penjagaan Arnab 51% Tips Menjangka Tahun Berkahwin 46% Makanan 'E-Codes', Halal Di Malaysia 42% Cara Memegang Kamera Part 1 (DSLR) 29% Lirik Lagu Tema Drama Dendam Orang Minyak 17% Wishlist 2010: Nikon D90 atau Pergi Umrah? 16% Kisah Bunuh Diri Dalam Lagu 'Selagi Ada Rindu'. 13% Shot Fireworks di Tahun Baru Cina 2010 12% Berapa Lama Masa Yang Anda Ambil Untuk Khatam Al-Quran?

Maklum Balas d5000 on Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000 d5000 on Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000 juppu on Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000 juppu on Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000 amirul on Shot Fireworks di Tahun Baru Cina 2010 emayan on Tips Penjagaan Arnab emayan on Tips Penjagaan Arnab nina on Tips Penjagaan Arnab vinnilaa on Cara Memegang Kamera Part 1 (DSLR) jamilah on Ibu Ku Kembali Ke Rahmatullah Di Malam 1 Syawal 1431 Waktu Solat
Waktu Solat Khamis 14-Okt-2010 Kawasan

Kuala Lumpur
Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak 5:41 6:57 13:01 16:16 19:01 20:11

www.al-azim.com

+ via Oh! Islam

Everyone Connect~

9 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories

http://www.nuristimewa.com/makanan-e-codes-halal-di-malaysia.html

The connection was reset


The connection to

Islamic Knowledge

Trafik Jem
LIVE ACTIVITY FEED
Asia/Pacific Region arrived from google.com.my reading Makanan Ber 'Kod-E', Halal JAKIM | Another Strange Girl Stories Jakarta, Indonesia arrived from google.co.id reading Cara Pegang Kamera DSLR | Another Strange Girl Stories Jakarta, Indonesia arrived from google.co.id reading Cara Pegang Kamera DSLR | Another Strange Girl Stories Kuala Lumpur, Malaysia arrived from google.com.my reading Gambar Hospital Kuala Lumpur Malaysia | Another Strange Girl Stories Raub, Malaysia arrived from google.com.my reading Beza Nikon D90 dan D5000 | Another Strange Girl Stories Asia/Pacific Region arrived from google.com.my reading Tips Tingkatkan Earning Nuffnang | Another Strange Girl Stories
grab this photography blog

MyBlogLog Readers
You! Join My Community

Norbaini

View Reader Community Join this Community (provided by MyBlogLog)

Would you like to Login or Register ? 2010 Another Strange Girl Stories. Entries (RSS). Clean Simple White Theme by Mazznoer. Powered by WordPress. Life And Fate Like A Wheel

10 of 10

10/14/2010 5:30 PM

Anda mungkin juga menyukai