Anda di halaman 1dari 20

PAKEJ PENGELUARAN VERMIKOMPOS

Pendahuluan
Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur
adalah proses membiak cacing untuk penghasilan
vermikompos

Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses


atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan
organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke
atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan
berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini
tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan
dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang
sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.

Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos


kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos
dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang
terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki
struktur tanah.

Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan


enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam
perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok.

Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan


populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan
pokok.

1
Cacing Kompos

Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan


dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam
bahan organan yang separuh reput.

Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing


kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atas


Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa
menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di
mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca
setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga
memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan
vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip
hasil.

Selera makan yang tajam


Cacing kompos makan mengikut berat badannya.
Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi,
jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm
seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih
kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot
penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan
telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa.
Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang
digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk
digunakan.

Membiak dengan cepat


Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan
cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji

2
kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3
ekor anak cacing.

Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada


beberapa spesis seperti berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)


. Eisenia fetida (Cacing harimau)
. Perionyx excavatus (Cacing biru)

Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida

3
Penyediaan Tapak Pembiakan
Penyediaan Bekas Cacing
Cacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang
digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang
untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh
diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang
bersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacing
perlulah diletakkan di tempat yang teduh.

Kotak cacing diperbuat daripada Kotak cacing diperbuat daripada


kayu polistirena

Penyediaan Bangsal Cacing


Untuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal
atau rumah cacing dengan palung-palungnya perlu
disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palung-
palungnya adalah untuk melindungi cacing daripada
cahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dari
serangan musuh .

4
Bangsal cacing

Palung cacing
Palung cacing berukuran 8’ x 3’ boleh diperbuat daripada
kayu atau bata dengan dasar konkrit yang mencondong 80
darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakung
dalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan.
Biasanya air lebihan ini yang dikenali sebagai asid humik
boleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai baja
pada tanaman sayur-sayuran.

Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana proses


pengeluaran vermikompos boleh dilakukan semula setiap
kali kompos dikutip.

5
Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit

Binca cacing

Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini


juga sebagai makanan cacing.

Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang


boleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklah
membolehkan air siraman mengalir dengan baik. Binca-
binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah
melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

6
Penyediaan Bahan Binca
Bahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam proses
penghasilan vermikompos termasuk :-

- Jerami padi
- Batang jagung
- Baja kandang
- Carikan Kertas dan Peat Moss

Jerami padi
Kerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituai
dengan menggunakan baler supaya jerami dapat disimpan
dengan banyak serta dapat menampung sehingga musim
menuai akan datang.

Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytank


diperlukan untuk proses mereputkan jerami . Pastikan
tempat merendam jerami tidak terdiri daripada bekas-bekas
yang boleh berkarat.

Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jerami


dimasukkan ke dalam tangki tersebut.

Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputan


jerami tersebut. Jika jerami yang direndam terdiri daripada
jerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasa
merendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacing
adalah lebih panjang iaitu sehingga 10-14 hari tetapi jika
jerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama di
mana keadaan jerami telah sedikit reput jangkama
merendam ialah 7-10 minggu.

7
Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supaya
kereputannya sekata. Jerami yang hendak dimasukkan ke
dalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkan
terlebih dahulu ke dalam raga.

Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredam


hendaklah disejatkan dan diperam terlebih dahulu supaya ia
melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

Jerami padi Merendam jerami padi menyejatkan air


dalam tangki air sebelum diperam

Memeram Jerami padi selepas diperam

Batang Jagung
Batang jagung dikumpulkan dari ladang dan pastikan bahan
binca ini mencukupi untuk proses seterusnya.

8
Seterusnya, batang jagung ini akan dimasukkan ke dalam
mesin bagi menghancurkan supaya mudah lembut apabila
proses memeram dijalankan dalam tong dram.

Batang jagung

Batang jagung dipotong dengan mesin Batang jagung selepas


penyiat diperam dalam tong dram

Baja Kandang
Baja kandang yang paling sesuai adalah baja tahi lembu
yang separuh reput. Ia merupakan bahan binca dan
makanan yang amat digemari oleh cacing kompos.

9
Baja kandang, tahi lembu Mengambil tahi lembu

Carikan Kertas dan Peat Moss (Tanah Semaian)


Carikan Kertas dan Peat Moss adalah sesuai untuk bekas
cacing. Kertas perlu dicarik-carikan dan dibasahkan supaya
lembap sebelum digunakan.

Bahan Makanan
Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman
rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing.

Sisa Ladang
Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh
digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran
vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti
jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput
kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah
diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang
sesuai digunakan.

10
Jadual 1: Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan
untuk cacing ialah :-
Yang disyorkan Tidak disyorkan/
Elakkan
Sisa-Sisa Dapur - Daging
- Reja-reja sayur - Makanan tenusu
- Kulit buah- - Telur
buahan - Makanan berminyak
- Surat khabar - Garam dan cuka
- Kulit telur - Bawang dan bawang
putih
Sisa Halaman - Buah-buahan jenis
- Rumpai limau
- Keratan rumput
halaman
- Daun-daun

Sisa Ladang
- Jerami padi
- Batang jagung

Baja Kandang
- Tahi lembu
- Tahi kuda
- Tahi kambing dan
tahi haiwan yang
makan rumput

11
Sisa dapur
Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh
dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakan
sisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah
perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai
bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing.

Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut


mengikut keperluan makanan untuk cacing.
Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut berat
badannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca
perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada.

Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk


cacing adalah seperti dalam Jadual 1.

Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di


atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya kerana
ada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan
yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan
mati atau lari dari tempat yang disediakan.

Pengeluaran Vermikompos
Penyediaan bahan makanan
Sisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dan
direndam sekurang-kurangnya 24 jam dan reputkan terlebih
dahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut.

Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing boleh


dicampur dengan sisa bahan pertanian bagi

12
mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia juga
dapat menambah kuantiti dan kualiti vermikompos.
Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perlu
diperam 2 – 3 hari sebelum digunakan.

Pelepasan Cacing
Pelepasan cacing dalam palung
Bahan binca seperti jerami padi yang telah direndam
perlulah diletakkan di atas lantai konkrit dalam palung
selama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripada
ketebalan asal 6 inch kepada 3 inch.

Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan di


atas konkrit tadi ditutup dengan jaring plastik seperti tolinet
supaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan kering,
penyiraman perlu dilakukan.

Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakan


sebagai bahan binca ia perlu disiram dengan air secukup-
cukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum
cacing dilepaskan ke dalamnya.

Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjang


tengah palung yang telah tersedia bahan binca tadi.
Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikit
vermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supaya
cacing yang dimasukkan akan bergerak serata kawasan
palung.

Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadi


dengan menarik semula binca yang dikais untuk dijadikan
parit kecil tadi.

13
Tahi lembu dimasukan ke dalam Membuat parit kecil di sepanjang
palung tengah palung

Cacing dilepaskan ke dalam parit Menutup semula parit kecil


kecil dengan binca seperti jerami padi
atau potongan batang jagung

Penutup Batas
Binca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutup
dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa
untuk memelihara kelembapan dan mengekalkan suasana
gelap yang disukai oleh cacing.

Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapat


menghalang musuh-musuh seperti tikus kasturi dan burung
memasuk ke dalam palung memakan cacing.

14
Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tanduk
bertelur dan membiak dalam palung.

Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutup
dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa.

Penjagaan
Menyiram
Bahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untuk
pengeluaran vermikompos perlu disiram 1-3 kali seminggu
bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan dan
binca yang digunakan.

15
Menyiram dengan paip air

Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepada


pengomposan menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman

perlulah ditetapkan supaya waktu dan hari menyiram tidak


berubah-ubah.

Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan binca


daripada baja kandang haruslah dikekalkan pada 30 hingga
40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisa
ladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %.

Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidak


basah. Cara mengenalpasti kelembapan yang sesuai untuk
cacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut.
Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulah
kelembapan yang diperlukan tetapi sekiranya air perahan
tersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut

16
terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulu
sebelum dimasukkan ke dalam plot untuk makanan cacing.

Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhati-


hati supaya kelembapan yang dibekalkan tidaklah
berlebihan dari yang diperlukan oleh cacing.

Memberi cacing makan


Pemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secara
perlahan. Haruslah dipastikan bahawa jumlah makanan
yang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah cacing yang
ada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberi
terlalu berlebihan ia akan memberi mudarat kepada cacing
di mana makanan yang tidak dimakan oleh cacing ini akan
menjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlalu
berlebihan juga proses permentasi akan berlaku yang akan
menaikkan suhu dalam bahan binca.

Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untuk


keselamatan cacing dan tidak perlu risau tentang cacing
yang kelaparan.

Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan binca


dengan kadar yang nipis supaya tidak berlaku proses
permentasi.

Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan,


baja kandang atau najis haiwan seperti najis kuda, kambing,
arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan atas yang
melitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Ia
bertujuan memberi makanan tambahan kepada cacing di
samping dapat menambah kandungan zat makanan dalam
vermikompos berkenaan.

17
Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanan
supaya seimbang dengan jumlah yang perlu untuk cacing.
Pada prinsipnya populasi cacing yang padat memerlukan
pemberian makanan yang berat dan kerap

Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakan


tadi telah nampak banyak dimakan dan bertukar kepada
vermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulu
sebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm.

Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanan


dilakukan lebih kerap sehingga masa untuk mengutip hasil.

Sukatan suhu & pH


Tentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung atau
kotak tidak melebihi 30C. Sekiranya melebihi 30C
siramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perlu
disukat dan dijaga pada paras pH 6–7. Taburkan sedikit
kapur sekiranya pH di bawah 6.0.

Penjagaan Dari Musoh / Perosak


Tempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulah
dijaga dari dimasuki burung, ayam, tikus kasturi dan juga
semut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing.

Memungut hasil
Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnya
Hasil boleh dipungut 3–4 bulan sekali apabila bahan
makanan yang diberikan kepada cacing tadi telah berubah

18
menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan ini
juga bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang ada
dalam palung.

Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungan


dalam palung/bekas telah menyusut agak banyaknya. Binca
dalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk asal
lagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap.

Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yang


digunakan juga telah bertukar warna kepada coklat gelap
dan kelihatan serupa tanah.

Kaedah memungut kompos


Sebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulah
dipisahkan terlebih dahulu.

Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacing


sebelum memungut kompos. Langkah pertama sebelum
kerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberi
makanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu.

Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untuk


memudahkan kerja-kerja membungkus dan menimbang
kompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat serta
berada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik.

Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :-


1. Kompos yang telah menjadi itu hendaklah
dihimpunkan di sebelah bahagian palung sahaja.
2. Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi,
bahagian yang kosong akan dimasukkan binca baru.

19
3. Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secara
perlahan-lahan.
4. Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu dan
selepas itu kompos tersebut bolehlah dipungut .

Kompos yang telah menjadi Binca baru dimasukan ke bahagian


dihimpunkan di sebelah bahagian palung yang kosong
palung

Pembungkusan

Vermikompos yang telah dipungut kemudiannya


dimasukkan ke dalam beg-beg muatan 2 kilo sekiranya
untuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakan
di ladang kemudiannya.

20

Anda mungkin juga menyukai