Anda di halaman 1dari 2

Menghitung setepat beratnya zarah

ANDA tentu tahu setiap kita terdiri daripada atom. Dianggarkan dalam badan seorang kita saja terdapat lebih banyak atom daripada bintang di langit. Baru-baru ini, tersiar sebuah rencana di Utusan Malaysia yang mengaitkan perkataan 'zarah' dalam surah Al-Zalzalah dengan 'atom'. Menurut ayat 7 dan 8 surah itu: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya)." Ayat ini merujuk pada ganjaran bagi amalan baik kita dan hukuman bagi amalan buruk kita walau sekecil mana pun amalan itu. Namun, perkataan 'zarah' turut diterjemah sesetengah pihak sebagai 'atom' - yang dikaitkan sesetengah pihak dengan kehebatan Al-Quran merujuk kepada atom lebih 1,400 tahun lalu. Ia menjadi satu peringatan yang baik dalam kita merenungi kejadian kita dan kejadian alam. Menurut sains, kesemua kita diperbuat daripada atom - tidak kira yang hidup atau yang mati, manusia, haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan. Molekul adalah gabungan atom, sementara ion pula, cakap mudahnya, adalah atom dengan jumlah proton dan elektron berbeza. Namun, daripada setakat menyatakan bahawa Al-Quran mengandungi rujukan kepada 'atom', izinkan saya membuat sedikit pemerhatian lagi: EMenurut sesetengah pihak, manusia percaya atom wujud walaupun ia tidak dapat dilihat, disentuh dan dirasa, tetapi sebaliknya masih enggan percaya Tuhan wujud walaupun Dia turut tidak dapat dilihat, disentuh dan dirasa. Hakikatnya, sungguhpun atom tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kaedah seperti 'scanning tunnelling microscopy' (STM) membolehkan kita melihat lingkungan bentuknya. Ia ibarat kita memakai baju yang ketat - kain baju itu menunjukkan secara tepat bentuk badan kita. Jadi, berbanding Tuhan, yang terus tidak dapat dilihat, kita sebenarnya masih dapat melihat atom, atau lebih tepat, bayang-bayangnya. EKedua, ayat itu merujuk kepada 'kebajikan seberat zarah', dan bukan 'kebajikan sekecil/sebesar zarah'. Allah saja yang tahu, cuma ia boleh menekankan bahawa atom memang tidak boleh dilihat secara nyata dan sebaliknya dirujuk kepada betapa beratnya ia. Ambil contoh sebuah belon penuh udara. Kita tidak nampak udara dalam belon itu, tetapi kalau kita ukur berat belon berisi udara itu, dan kemudian kita tolak beratnya belon itu daripada jumlahnya, tahulah kita berat dan wujudnya udara itu. Bagi saya, sebutan 'seberat zarah' juga merangsang sesiapa kita yang mampu untuk mencipta alat mengukur beratnya atom secara nyata dan - sebagaimana kita dapat melihat amal kita seberat zarah - melihat juga atom. EBolehkah konsep amalan baik dan buruk seberat zarah dipadankan pada ciri positif (proton) dan negatif (elektron) yang terdapat pada sesuatu atom? Silalah kaji. Yang menarik, 'zarah' turut disebut dalam ayat 3 Surah Saba:

"Tiada tersembunyi daripada pengetahuan-Nya seberat zarah pun yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu dan yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang nyata." EPertama, disebut 'zarah' terdapat di langit dan di bumi. Ini boleh bermaksud kesemua makhluk ciptaan-Nya - baik di langit (angkasa lepas) mahupun di bumi, termasuk bulan, bintang dan matahari - diperbuat daripada zarah. EKedua, sekali lagi disebutkan beratnya zarah, dan bukan zarah itu sendiri. Adakah erti lain tersembunyi? EKetiga, disebut bahawa "ada pula yang lebih kecil dan yang lebih besar". Adakah ini bermakna ada bahan lebih kecil daripada atom (seperti nukleus, proton dan elektron yang membentuk atom) dan ada bahan lebih besar daripada atom (molekul, iaitu hasil gabungan atom sehingga ciri-cirinya berbeza daripada atom asal)? Apa pun, surah Al-Zalzalah menjadi peringatan - jika timbangan amalan baik kita melebihi berat sezarah pun, ia boleh menjadi penyelamat kita di akhirat nanti. Sebaliknya, jika timbangan amalan buruk kita melebihi berat sezarah pun, ia boleh menjadi faktor kita terjerumus ke neraka. Ia menjadi peringatan betapa kita harus berjaga-jaga, menjadi manusia yang sentiasa menghitung dan tepat dalam perhitungannya.

Anda mungkin juga menyukai