Anda di halaman 1dari 31

KIMIA SPM

PdP + Formatif 2 Julat masa : 3 Minggu / 12 waktu PdP BAB 1 Kadar Tindak balas

MODUL 1

Objektif Pembelajaran 2 : Mensintesis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Hasil Pembelajaran : 1. 2. 3. 4. 5. Mereka bentuk eksperimen-eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Memberi contoh-contoh tindak balas yang dipengaruhi oleh saiz bahan tindak balas, kepekatan, suhu dan mangkin. Menerangkan bagaimana setiap faktor mempengaruhi kadar tindak balas. Menjelaskan bagaimana faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dalam proses industri. Menyelesaikan masalah yang melibatkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

Objektif Pembelajaran 3 : Mensintesiskan idea tentang teori perlanggaran. Hasil Pembelajaran : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menghubungkaitkan tindak balas dengan tenaga yang terhasil daripada pergerakan dan perlanggaran berkesan zarah-zarah. Menerangkan tenaga pengaktifan. Melakar dan menerangkan gambar rajah aras tenaga. Menghubungkaitkan frekuensi perlanggaran berkesan dengan kadar tindak balas. Menghubungkaitkan frekuensi perlanggaran berkesan dengan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Menerangkan bagaimana faktor tertentu mempengaruhi perlanggaran zarahzarah dalam sesuatu tindak balas.

Objektif Pembelajaran 4 : Mempraktikkan pengetahuan saintifik untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Hasil Pembelajaran : 1. Mengaplikasikan pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam aktiviti kehidupan harian. 2. Mengambil pendekatan penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang rasional berdasarkan penyelidikan. 14

KIMIA SPM
Peruncingan Ramalan: Hasil pembelajaran Mereka bentuk eksperimeneksperimen untuk mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Memberi contoh-contoh tindak balas yang dipengaruhi oleh saiz bahan tindak balas, kepekatan, suhu dan mangkin. Menerangkan bagaimana setiap faktor mempengaruhi kadar tindak balas. Menjelaskan bagaimana faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dalam proses industri. Menyelesaikan masalah yang melibatkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Menghubungkaitkan tindak balas dengan tenaga yang terhasil daripada pergerakan dan perlanggaran berkesan zarah-zarah. Menerangkan tenaga pengaktifan. Melakar dan menerangkan gambar rajah aras tenaga. Menghubungkaitkan frekuensi perlanggaran berkesan dengan kadar tindak balas. Menghubungkaitkan frekuensi perlanggaran berkesan dengan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Menerangkan bagaimana faktor tertentu mempengaruhi perlanggaran zarah-zarah dalam sesuatu tindak balas. Mengaplikasikan pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam aktiviti kehidupan harian. Mengambil pendekatan penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang rasional berdasarkan penyelidikan.

MODUL 1
Tahun SPM (2007-2012) Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 (No.soalan) 2010 (Soalan 3) Mangkin 2007, 2009, 2012 2005, 2006, 2008, 2010, 2011 2008 (5(d)) 2009 (5(d)) 2012 (10) 2006 (6(d), 6(e) 6(f)) 2010 (8) 2011 (2) 2011 (Soalan 1) Kepekatan

2010

2011

2005 2010 2005

2006, 2008, 2010, 2012 2006

2005 (5(b))

2005 (5(a))

15

KIMIA SPM
Penguasaan Asas 1. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perlanggaran berkesan? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga pengaktifan?

MODUL 1

4. Tandakan tenaga pengaktifan tanpa mangkin, Ea dan tenaga pengaktifan dengan mangkin, Ea pada gambar rajah profil tenaga di bawah. Tenaga

Bahan tindak balas Hasil tindak balas

5. Kenal pasti faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam situasi di bawah: (a) (b) (c) Ikan yang disimpan di dalam peti sejuk lebih lambat rosak berbanding yang disimpan di dalam almari dapur. Menyediakan sup tulang menggunakan periuk tekanan mengambil masa yang lebih singkat berbanding menggunakan periuk biasa. Unggun api dapat dinyalakan dengan lebih cepat jika kita menggunakan ranting pokok yang kecil berbanding dahannya.

6. Namakan mangkin yang digunakan dalam proses-proses industri berikut: (a) (b) (c) Penghasilan ammonia dalam Proses Haber Penghasilan asid sulfurik dalam Proses Sentuh Penghasilan asid nitrik dalam Proses Ostwald.

16

KIMIA SPM
Pemulihan Penguasaan Asas 1.

MODUL 1

Lengkapkan rajah di bawah dengan menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

Faktor

2. 3.

Perlanggaran berkesan ialah perlanggaran antara zarah bahan tindak balas yang menyebabkan berlakunya ............................................. Tenaga pengaktifan ialah ............................................. yang diperlukan oleh zarah untuk memulakan ............................................. Tandakan tenaga pengaktifan dengan mangkin, Ea pada gambar rajah profil tenaga di bawah. Tenaga

4.

Ea
Bahan tindak balas Hasil tindak balas

17

KIMIA SPM
5. Padankan situasi berikut dengan faktor yang sepadan: Situasi Ikan yang disimpan di dalam peti sejuk lebih lambat rosak berbanding yang disimpan di dalam almari dapur. Menyediakan sup tulang menggunakan periuk tekanan mengambil masa yang lebih singkat berbanding menggunakan periuk biasa. Unggun api dapat dinyalakan dengan lebih cepat jika kita menggunakan ranting pokok yang kecil berbanding dahannya. 6. Faktor Saiz

MODUL 1

Suhu

Tekanan

Padankan proses-proses industri berikut dengan mangkin yang digunakan: Proses Industri Penghasilan ammonia dalam Proses Haber Penghasilan asid sulfurik dalam Proses Sentuh Penghasilan asid nitrik dalam Proses Ostwald Mangkin Platinum Vanadium(V) oksida Ferum

18

KIMIA SPM
Penguasaan Sederhana 1.

MODUL 1

Serbuk magnesium bertindak balas lebih cepat dengan asid hidroklorik berbanding dengan pita magnesium. Nyatakan hipotesis bagi fenomena di atas.

2.

Semakin tinggi kepekatan larutan natrium tiosulfat yang bertindak balas dengan larutan asid sulfurik, semakin tinggi kadar tindak balas. Berdasarkan hipotesis di atas, nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat.

3.

Terangkan secara ringkas bagaimana faktor-faktor di bawah mempengaruhi kadar tindak balas: (a) (b) (c) (d) Saiz bahan tindak balas Kepekatan larutan Suhu bahan tindak balas Mangkin.

4.

Lakarkan bentuk graf berikut: (a) Isipadu gas melawan masa bagi tindak balas CaCO3 dengan HCl

(b)

Kepekatan melawan masa bagi tindak balas Na2S2O3 dengan H2SO4

19

KIMIA SPM
(c)

Kepekatan melawan 1/masa bagi tindak balas Na2S2O3 dengan H2SO4

MODUL 1

(d)

Suhu melawan masa bagi tindak balas Na2S2O3 dengan H2SO4

(e)

Suhu melawan 1/masa bagi tindak balas Na2S2O3 dengan H2SO4

5.

Lakarkan graf yang akan diperolehi dalam Eksperimen II bagi tindak balas-tindak balas berikut: 20

KIMIA SPM
(a) Eksperimen I Eksperimen II

2.0 g ketulan zink + 50 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm-3 2.0 g serbuk zink + 50 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm-3

MODUL 1

Isipadu gas H2 / cm3

Eksperimen I

Masa / s

(b) Eksperimen I Eksperimen II 50 cm3 asid sulfurik 0.05 mol dm-3 + 2.0 g serbuk CaCO3 50 cm3 asid sulfurik 0.10 mol dm-3 + 2.0 g serbuk CaCO3

Isipadu gas CO2 / cm3

Eksperimen I

Masa / s Pemulihan Penguasaan Sederhana

21

1.

KIMIA SPM
Hipotesis :

MODUL 1 Serbuk magnesium bertindak balas lebih cepat dengan asid hidroklorik
berbanding dengan pita magnesium

Semakin .................................... saiz magnesium, semakin ................................... kadar tindak balas.

2.

Semakin tinggi kepekatan larutan natrium tiosulfat yang bertindak balas dengan larutan asid sulfurik, semakin tinggi kadar tindak balas Pemboleh ubah dimanipulasikan : .......................................................................... Pemboleh ubah bergerak balas : .......................................................................... Pemboleh ubah dimalarkan : Larutan asid sulfurik

3.

Lengkapkan pernyataan di bawah bagi menjelaskan secara ringkas bagaimana faktor-faktor berikut mempengaruhi kadar tindak balas: (a) Bahan bersaiz kecil mempunyai .................................................................... yang besar. (b) Larutan yang berkepekatan tinggi mempunyai .............................................. ........................................ yang tinggi. (c) Apabila suhu meningkat, ............................................................................... meningkat. (d) Kehadiran mangkin dalam sesuatu tindak balas akan merendahkan ................................................................................................. .......................

22

4.

KIMIA SPM

Padankan graf berikut dengan tajuk graf yang sepadan: Tajuk graf Bentuk graf

MODUL 1

Isipadu gas melawan masa bagi tindak balas CaCO3 dengan HCl Kepekatan melawan masa bagi tindak balas Na2S2O3 dengan H2SO4 Kepekatan melawan 1/masa bagi tindak balas Na2S2O3 dengan H2SO4

Suhu melawan masa bagi tindak balas Na3S2O3 dengan H2SO4

23

5.

KIMIA SPM
(a)

MODUL 1 bagi Tandakan pada graf di bawah dengan keputusan eksperimen yang sepadan
tindak balas-tindak balas berikut: Eksperimen I Eksperimen II 2.0 g ketulan zink + 50 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm-3 2.0 g serbuk zink + 50 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm-3

Isipadu gas H2 / cm3 Eksperimen ...... ...

Eksperimen ...... ...

Masa / s

(b) Eksperimen I Eksperimen II 50 cm3 asid sulfurik 0.05 mol dm-3 + 2.0 g serbuk CaCO3 50 cm3 asid sulfurik 0.10 mol dm-3 + 2.0 g serbuk CaCO3

Isipadu gas CO2 / cm3 2 V

Eksperimen .... .....

Eksperimen .... .....

Masa / s 24

Penguasaan Tinggi 1.

KIMIA SPM
Zn + 2HCl ZnCl2 + H2

MODUL 1

Persamaan kimia di atas mewakili tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik. Kadar pembebasan gas hidrogen dalam tindak balas di atas boleh ditingkatkan menggunakan mangkin. Berdasarkan idea ini, rancang satu eksperimen makmal untuk menyiasat kesan mangkin ke atas kadar tindak balas tersebut menggunakan mangkin yang sesuai. Perancangan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Tujuan eksperimen Semua pemboleh ubah Pernyataan hipotesis Senarai bahan dan radas Prosedur eksperimen Penjadualan data

2.

Empat eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual di bawah menunjukkan perincian bagi tindak balas-tindak balas tersebut. Eksperimen I II III IV Bahan-bahan tindak balas Pita magnesium berlebihan dan 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm3 Serbuk magnesium berlebihan dan 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm3 Serbuk magnesium berlebihan dan 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm3 Serbuk magnesium berlebihan dan 50 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm3 Suhu asid / C 30 30 40 40

(a)

Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam: (i) Eksperimen I

(ii) Eksperimen IV

25

KIMIA SPM
(b)

Hitungkan isipadu maksimum gas yang terbebas pada keadaan bilik bagi: [Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24.0 dm3 mol-1] (i) Eksperimen II

MODUL 1

(ii) Eksperimen IV

(c)

Lakarkan graf isipadu yang yang terbebas melawan masa bagi Eksperimen I, II, III dan IV pada paksi yang sama. Bandingkan kadar tindak balas bagi eksperimen-eksperimen di bawah. Terangkan jawapan anda dengan merujuk kepada Teori Perlanggaran. (i) (ii) (iii) I and II II and III III and IV

(d)

26

KIMIA SPM
Pemulihan Penguasaan Tinggi 1.

MODUL 1

Graf-graf isipadu gas karbon dioksida, CO2 melawan masa di bawah diperolehi daripada tindak balas antara kalsium karbonat, CaCO3 dengan asid hidroklorik, HCl. Berdasarkan graf tersebut, lengkapkan pernyataan-pernyataan yang disertakan.

(a)

Isipadu gas CO2 / cm3

V II I

t1 (i)

t2

Masa/ s

Kecerunan lengkung II lebih tinggi berbanding lengkung I. Maka, kadar tindak balas bagi tindak balas II adalah lebih ................... berbanding tindak balas I. Kemungkinan : Tindak balas I menggunakan ketulan CaCO3 manakala tindak balas II menggunakan ..................... Tindak balas I menggunakan 50 cm3 HCl 0.5 mol dm-3 manakala tindak balas II menggunakan 50 cm3 HCl ..................... Tindak balas I menggunakan HCl yang dipanaskan sehingga suhu 30 0C manakala tindak balas II menggunakan HCl pada suhu .....................

(ii)

(iii)

Jumlah isipadu gas CO2 yang terbebas di akhir tindak balas dalam kedua-dua tindak balas adalah sama. Ini disebabkan oleh: Jisim ............................. yang digunakan dalam kedua-dua tindak balas adalah sama. ......................... dan ......................... HCl yang digunakan dalam kedua-dua tindak balas adalah sama.

27

KIMIA SPM
(b) Isipadu gas CO2 / cm3

MODUL 1

2V

II

Masa/ s

(i)

T I dan lengkung II adalah sama di awal tindak Kecerunan lengkung i balas. Maka, kadar tindak balas awal bagi tindak balas I dan tindak balas II adalah ....................

(ii)

Kemungkinan : Kedua-dua tindak balas I dan II menggunakan ..................... CaCO3. Suhu asid hidroklorik dalam kedua-dua tindak balas adalah ..................... Kepekatan asid hidroklorik dalam kedua-dua tindak balas adalah ....................

(iv)

Walau bagaimanapun, jumlah isipadu gas CO2 yang terbebas di akhir tindak balas II adalah dua kali ganda berbanding tindak balas I. Jika tindak balas I menggunakan 2 g serbuk CaCO3, maka tindak balas II menggunakan ......... g serbuk CaCO3. [Isipadu, kepekatan dan suhu HCl dikekalkan] Jika tindak balas I menggunakan 50 cm3 HCl 1.0 mol dm-3 maka tindak balas II menggunakan .......... cm3 HCl 1.0 mol dm-3. [Jisim dan saiz CaCO3 serta suhu HCl dikekalkan]

28

KIMIA SPM
(c) Isipadu gas CO2 / cm3

MODUL 1

2V

II

Masa/ s

(i)

T II lebih tinggi berbanding lengkung I. Maka, Kecerunan lengkung kadar tindak balas ibagi tindak balas II adalah lebih ................... berbanding tindak balas I.

(ii) (iii)

Jumlah isipadu gas CO2 yang terbebas di akhir tindak balas II adalah ................... kali ganda berbanding tindak balas I. Berikut adalah maklumat tentang tindak balas I dan tindak balas II: Tindak balas I II Bahan tindak balas Serbuk CaCO3 berlebihan + 50 cm3 HCl 1.0 mol dm-3 Serbuk CaCO3 berlebihan + 50 cm3 HCl x mol dm-3 Suhu HCl / 0C 30 30

Kepekatan HCl (nilai x) dalam tindak balas II adalah ........................

29

KIMIA SPM
(d) Isipadu gas CO2 / cm3

MODUL 1

2V

II

Masa/ s

(i)

T I di awal tindak balas lebih tinggi berbanding Kecerunan lengkung lengkung II. Maka, ikadar tindak balas awal bagi tindak balas I adalah lebih ................... berbanding tindak balas II.

(ii) (iii)

Jumlah isipadu gas CO2 yang terbebas di akhir tindak balas II adalah ................... kali ganda berbanding tindak balas I. Berikut adalah maklumat tentang tindak balas I dan tindak balas II: Tindak balas I II Bahan tindak balas Serbuk CaCO3 berlebihan + 50 cm3 HCl 1.0 mol dm-3 Serbuk CaCO3 berlebihan + 200 cm3 HCl y mol dm-3 Suhu HCl / 0C 30 30

Kepekatan HCl (nilai y) dalam tindak balas II adalah ........................

30

KIMIA SPM
2. Carta alir di bawah menunjukkan hubungkait antara faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dengan Teori Perlanggaran. Lengkapkan carta alir tersebut. Faktor

MODUL 1

Semakin kecil ......................... bahan tindak balas, semakin ............ ............. jumlah luas permukaan.

Semakin tinggi ......................... larutan, semakin ............. ............ bilangan zarah per unit isipadu.

Semakin tinggi ......................... larutan, semakin ............. ............ tenaga kinetik zarah.

Kehadiran ........................., merendahkan tenaga pengaktifan.

Frekuensi perlanggaran antara zarah* .....................................

Lebih banyak zarah yang berlanggar mengatasi tenaga pengaktifan yang lebih rendah.

Frekuensi perlanggaran berkesan ............................................. Kadar tindak balas .....................................................................

31

KIMIA SPM
Pengukuhan / Pengayaan Soalan Objektif 1 Faktor manakah yang tidak mempengaruhi kadar tindak balas? A B C D Suhu bahan tindak balas Isipadu bahan tindak balas Kepekatan bahan tindak balas Saiz bahan tindak balas yang berkeadaan pepejal

MODUL 1

Masa yang diambil untuk 2.0 g serpihan kalsium karbonat selesai bertindak balas dengan 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 bertambah jika A B C D campuran bahan tindak balas dipanaskan serpihan kalsium karbonat digantikan dengan serbuk kalsium karbonat asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 digantikan dengan asid hidroklorik 2.0 mol dm-3 50 cm3 air suling ditambahkan kepada asid hidroklorik sebelum ditindakbalaskan

Persamaan berikut menunjukkan tindak balas antara serbuk zink dengan asid hidroklorik. Zn(p) + 2HCl(ak) ZnCl2(ak) + H2(g) Bagaimanakah kadar penghasilan gas hidrogen boleh ditingkatkan? A B C D Meningkatkan saiz zink Meningkatkan suhu asid hidroklorik Meningkatkan isipadu air dalam asid Meningkatkan isipadu asid hidroklorik

Apabila suhu campuran bahan tindak balas meningkat, kadar tindak balas meningkat. Pernyataan manakah yang menerangkan pernyataan di atas? A Jumlah luas permukaan bahan tindak balas bertambah B C D Bilangan zarah-zarah bahan tindak balas per unit isipadu bertambah Zarah-zarah bahan tindak balas bergerak lebih cepat dan berlanggar lebih kerap antara satu sama lain Bilangan zarah-zarah bahan tindak balas yang boleh mengatasi tenaga pengaktifan yang lebih rendah bertambah

32

KIMIA SPM
5

Apabila beberapa titik larutan kuprum(II) sulfat ditambahkan kepada campuran serbuk zink dan asid sulfurik cair, kadar tindak balas meningkat. Pernyataan manakah yang terbaik menjelaskan mengapa tindak balas meningkat? A B C D Merendahkan tenaga pengaktifan Meningkatkan frekuensi perlanggaran Meningkatkan kepekatan ion sulfat dalam campuran Menjadikan orientasi perlanggaran antara zarah-zarah bahan tindak balas lebih sesuai

MODUL 1

Persamaan berikut menunjukkan tindak balas penguraian hidrogen peroksida. 2H2O2(ce) 2H2O(ce) + O2(g) Pasangan kepekatan larutan hidrogen peroksida dan suhu yang manakah dapat memberikan kadar awal pembebasan gas oksigen yang paling tinggi? Kepekatan larutan H2O2 (mol dm-3) 0.5 0.5 1.0 1.5 Suhu (0C) 20 28 24 28

A B C D

Graf di bawah diperolehi daripada suatu eksperimen untuk mengkaji tindak balas. y

x Pilih pasangan pemboleh ubah yang sesuai untuk graf di atas. Paksi-x A B C D Suhu Masa Suhu Masa Paksi-y Kadar tindak balas Isipadu gas yang dibebaskan Isipadu gas yang dibebaskan Kepekatan bahan tindak balas

33

KIMIA SPM
berkesan? A B C D

MODUL 1 Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maksud perlanggaran


Perlanggaran yang menghasilkan sesuatu tindak balas Perlanggaran yang berlaku sebelum sesuatu tindak balas Perlanggaran yang berlaku yang mempunyai tenaga yang rendah Perlanggaran yang tenaganya kurang daripada tenaga pengaktifan

Antara yang berikut, yang manakah ciri suatu mangkin? A B C D Mengubah kuantiti hasil tindak balas Tidak berubah secara kimia pada akhir tindak balas Kuantiti mangkin berkurang pada akhir tindak balas Kuantiti yang sama bagi mangkin dan bahan tindak balas diperlukan untuk tindak balas

10

Rajah di bawah menunjukkan profil tenaga bagi pembuatan ammonia melalui proses Haber. Tenaga I II N2 + 3H2

2NH3

Apakah perubahan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan lengkung II daripada lengkung I? A B C D Campuran dilalukan melalui lapisan besi Campuran dipanaskan sehingga suhu 450 0C Campuran dimampatkan sehingga tekanan 200 atmosfera Campuran disejukkan untuk menghasilkan ammonia dalam bentuk cecair

34

Soalan Struktur 1

KIMIA SPM

MODUL 1

Seorang pelajar menjalankan dua eksperimen untuk mengkaji kesan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 1 menunjukkan keputusan bagi eksperimen tersebut. Eksperimen I II

Susunan radas eksperimen

Asid hidroklorik berlebihan 1.5 g pita magnesium

Asid hidroklorik berlebihan 1.5 g pita magnesium 50 30

Suhu / 0C Masa yang diambil untuk semua magnesium melarut /s

40 60 Jadual 1

(a) (i)

Namakan gas yang terbebas dalam eksperimen di atas. .. [1 markah]

(ii)

Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara magnesium dengan asid hidroklorik. [2 markah]

(iii)

Hitung isipadu maksimum gas yang terbebas pada suhu bilik dalam eksperimen tersebut. [Jisim atom relatif : Mg = 24; Isipadu 1 mol gas pada suhu bilik = 24 dm3 ]

[3 markah] 35

KIMIA SPM
(b)

MODUL 1 Lakarkan graf isipadu gas terbebas melawan masa bagi Eksperimen I dan
Eksperimen II pada paksi yang sama.

[2 markah] (c) Hitungkan kadar tindak balas purata dalam cm3 s -1 bagi Eksperimen II.

[1 markah] (d) Nyatakan satu kaedah lain bagi mempercepatkan magnesium melarut di dalam asid hidroklorik. .. [1 markah]

36

KIMIA SPM

MODUL 1 Jadual 2 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen I, II, III dan IV untuk
mengkaji kadar tindak balas di antara zink dengan asid sulfurik. Dalam tindak balas ini, gas hidrogen telah dibebaskan. Semua eksperimen ini dijalankan pada suhu 28 0C. Jam randik menunjukkan masa yang diambil bagi 1 g zink untuk larut sepenuhnya dalam asid sulfurik untuk setiap eksperimen. (a) (i)

Catat masa yang diambil pada ruangan yang disediakan dalam Jadual 2. [3 markah]

Eksperimen Eksperimen I

Masa yang diambil

1 g ketulan zink

28 oC

50 cm3 asid sulfurik 0.5 mol dm-3 berlebihan ....................... s Eksperimen II

1 g ketulan zink

28 oC

50 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 berlebihan

....................... s

37

KIMIA SPM
Eksperimen Eksperimen III

MODUL 1 Masa yang diambil

1 g serbuk zink

28 oC

100 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 berlebihan ....................... s Eksperimen IV

1 g serbuk zink

28 oC

100 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 berlebihan dan larutan kuprum(II) sulfat Rajah 2

....................... s

1 (ii) Bina satu jadual untuk menunjukkan masa yang diambil dan masa bagi setiap eksperimen yang telah dijalankan.

[3 markah]

1( a) (ii

38

KIMIA SPM
(b)

MODUL 1 yang Berdasarkan jawapan anda di (a) (ii),nyatakan hubungan antara masa
diambil dengan kadar tindak balas. .. .. .. [3 markah]

(c) Nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas berdasarkan eksperimen-ekperimen di atas. .. .. .. [3 markah] (d) Berdasarkan Eksperimen I dan II, nyatakan: (i) pemboleh ubah dimanipulasi : .................................................................

pemboleh ubah bergerak balas : ................................................................. pemboleh ubah dimalarkan (ii) hipotesis yang sesuai .. .. .. [3 markah] (e) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen di bawah : Eksperimen I dan II : : .................................................................

Eksperimen II dan III : Eksperimen III dan IV : [3 markah]

39

Soalan Esei 1

KIMIA SPM

MODUL 1

Rajah 1.1 menunjukkan masa yang diambil untuk memanggang daging kambing menggunakan saiz yang berbeza.

120 minit Rajah 1.1

10 minit

(a) Terangkan mengapa saiz daging kambing yang berbeza mengambil masa yang berbeza untuk masak? [2 markah] (b) Dua eksperimen dijalankan untuk mengkaji kesan saiz magnesium ke atas kadar tindak balas antara magnesium dengan suatu asid. Graf dalam Rajah 1.2 menunjukkan keputusan Eksperimen I dan Eksperimen II.
Isipadu gas (cm3) Eksperimen II : Asid dan serbuk magnesium 2 0 1 5 1 0 5

Eksperimen I : Asid dan ketulan magnesium

1 0

2 0

3 0

4 0

5 0

6 0

7 0

Masa (s) 8 0

Rajah 1.2 40

KIMIA SPM
(i)

MODUL Nyatakan satu contoh asid yang sesuai digunakan dan tuliskan 1
persamaan kimia bagi tindak balas antara asid tersebut dengan magnesium. [3 markah]

(ii) Hitung kadar tindak balas purata untuk Eksperimen I dan Eksperimen II dan bandingkan kadar tindak balas bagi kedua-dua eksperimen tersebut. [3 markah] (iii) Huraikan bagaimana untuk menjalankan eksperimen ini di dalam makmal. [12 markah]

Post Mortem 41

KIMIA SPM
Hasil Pembelajaran Menyatakan maksud kadar tindak balas. Post Mortem

MODUL 1

K2/2008/S5(a) Jawapan boleh secara umum atau khusus sebab soalan tidak berdasarkan kepada eksperimen yang dijalankan K2/2010/S8 Jawapan mesti berdasarkan eksperimen tersebut (khusus) Contoh : Kadar tindak balas = [perubahan isi padu gas H2 / jisim Zn/kepekatan asid] Masa diambil Kesilapan calon Tidak menyatakan perubahan kuantiti bahan/hasil tindak balas

Mengenalpasti perubahan yang dapat diperhatikan pada bahan atau hasil tindak balas untuk menentukan kadar tindak balas. Menentukan kadar tindak balas purata.

K2/2009/S5(b) Kesilapan calon - Kuantiti gas/isi padu Sepatutnya : Isi padu gas

K2/2009/S5(c) Kesilapan calon tidak menyatakan unit atau unit salah Contoh 20 cm3 m-1 [m =meter] Sepatutnya : 20 cm3 min-1 K2/2008/S5(b)(ii) Kesilapan calon Tidak melukis garis tangent pada graf atau melukis dengan cara yang salah. K2/2011/S2(b) Kesilapan calon menggunakan rumus diberi tetapi tidak menggunakan unit isi padu yang betul Contoh : n = MV = 0.2 X 50 Sepatutnya 0.2 X 50 // 0.2 X 0.05 1000

Menentukan kadar tindak balas pada masa tertentu daripada graf. Menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan dengan kadar tindak balas purata.

42

Merekabentuk eksperimeneksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

KIMIA SPM

K3/2010/S3 Tujuan eksperimen Kesilapan pelajar : Tidak mengkhususkan tindak balas antara logam dengan asid

MODUL 1

Contoh : Untuk mengkaji kesan mangkin ke atas kadar tindak balas Sepatutnya : Untuk mengkaji kesan mangkin ke atas kadar tindak balas antara zink dan asid hidroklorik Menerangkan bagaimana setiap faktor mempengaruhi kadar tindak balas. K2/2009/S5(b) Kesilapan pelajar bagi menjelaskan faktor kepekatan asid : tidak menyatakan per unit isi padu perlanggaran antara zarah tidak spesifik tidak menggunakan istilah yang betul bagi frekuensi Contoh : Apabila kepekatan asid bertambah, bilangan ion hidrogen bertambah Sepatutnya : Apabila kepekatan asid bertambah, bilangan ion hidrogen per unit isi padu bertambah. Frekuensi perlanggaran antara zarah bertambah Sepatutnya : Frekuensi perlanggaran antara ion hidrogen dan ion karbonat bertambah Menjelaskan bagaimana faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dalam proses industri. K2/2003/S7(a) Kesilapan pelajar: 1. Tidak menyatakan jumlah luas permukaan Contoh : Kepingan daging yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar Sepatutnya : Kepingan daging yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar 2. Jawapan dikaitkan dengan teori perlanggaran contoh : Perlanggaran antara zarah-zarah bertambah sepatutnya : lebih banyak haba diserap

43

Menyelesaikan masalah yang melibatkan faktorfaktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

KIMIA SPM

K3/2011/S1 Kesilapan pelajar : 1. Hipotesis : pelajar tidak dapat menghubungkait antara pembolehubah yang dimanipulasikan dan bergerak balas dengan tepat

MODUL 1

Contoh : Apabila kepekatan larutan natrium tiosulfat bertambah, tindak balas berlaku dengan cepat Sepatutnya : Apabila kepekatan larutan natrium tiosulfat bertambah, kadar tindak balas bertambah 2. Definasi secara operasi bagi kadar tindak balas Contoh : Masa yang diambil untuk mendakan kuning terbentuk. Sepatutnya : Masa yang diambil bagi X tidak kelihatan Menerangkan tenaga pengaktifan. K2/2007/S10(a) Kesilapan pelajar : Tidak menyatakan kandungan tenaga bahan Contoh : Tenaga bahan tindak balas lebih tinggi daripada tenaga hasil tindak balas Sepatutnya : Kandungan tenaga bahan tindak balas lebih tinggi daripada kandungan tenaga hasil tindak balas Melakar dan menerangkan gambar rajah aras tenaga. K2/2007/S10(a) Kesilapan pelajar : Label tenaga pada paksi tidak dituliskan Tidak menuliskan bahan dan hasil tindak balas pada gambar rajah Tidak disertakan haba tindak balas, H

44

Anda mungkin juga menyukai