Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR ASPEK: PEMAHAMAN

NAMA: Arisa Izati Bt Mahmud TAHUN: 4 ARIF

Arahan: Guru menanda ( / ) pada ruangan markah yang sesuai dengan tahap pencapaian murid. Markah Aspek Pengamatan/ fokus terhadap bunyi Mengecam bunyi Menilai bunyi Menyusun bunyi Memahami bunyi Bertindak JUMLAH KESELURUHAN 30 1 2 3 4 5

Gred Cemerlang Baik Sederhana Memuaskan Lemah Nama guru: Pn. Zarith Hanan Bt Isa

Markah 25-30 20-24 15-19 10-14 0-9 Menguasai / Belum menguasai

Program BIG penandaarasan di SK Alma Jaya amat menyeronokkan dan memberi banyak input berguna kepada saya dan rakan-rakan. Pelbagai rahsia kejayaan sekolah tersebut telah dikongsi bersama-sama pelatih guru. Saya berasa bersyukur kerana pihak sekolah tidak lokek memberikan tips-tips berguna buat kami.Di tambah pula dengan sambutan yang baik dan layanan mesra dari pihak sekolah membuatkan saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai amalan yang baik yang disediakan oleh pihak sekolah. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah bacaan Surah Yassin pada setiap pagi jumaat. Di sini dapat dilihat bahawa sekolah tersebut bukan hanya mementingkan akademik, tetapi aspek kerohanian juga ditekankan. Itu merupakan satu usaha yang baik untuk membentuk insan yang kamil. Selain itu, amalan baik yang saya dapat lihat ialah dari aspek kebersihan.Daripada pemerhatian, saya lihat sekolah tersebut kurang menyediakan tong sampah. Hanya terdapat beberapa tong sahaja yang kelihatan. Murid dilatih untuk membuang sampah di tong sampah yang disediakan ataupun murid membuang sampah mereka di rumah. Ini merupakan satu amalan yang baik dan jaran dipraktikkan di sekolah-sekolah lain. Amalan baik yang menarik minat saya yang diamalkan di sekolah tersebut ialah semua guru akan turun padang untuk memberikan sokongan apabila sekolah mereka

menyertai sesuatu pertandingan. SEbagai contoh, jika sekolah tersebut memasuki pertandingan bola jaring, semua guru dengan sukarelanya bersemangat melihat pertandingan tersebut untuk memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah mereka. Bukan seperti kebanyakkan sekolah di mana guru pembimbing@ jurulatih saja yang akan turun padang.Saya amat kagum dengan sikap guru-guru tersebut kerana semasa saya bersekolah dahulu, tidak semua guru-guru saya akan tuun padang begitu.

Dari sudut bahan bantu mengajar, saya dapat lihat guru-guru di SK ALMA JAyA amat kreatif dan bersungguh-sungguh untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Sebagai Contoh, kita lihat bilik pemulihan. Apabila saya masuk ke bilik tersebut, satu perasaan selesa muncul dalam diri saya dan saya rasa seakan-akan berada di rumah. Bilik tersebut sangat bersih dan ceria. Ditambah pula dengan pemaidani dan alas meja yang sesuai dengan umur murid akan membolehkan murid lebih selesa untuk belajar. Pelabagai kad-kad imbasan, kad gambar ditampal di dinding kelas yang dapat meningkatkan pemahaman murid.Ini juga telah memberikan saya inspirasi dan idea untuk menghasilkan ABM ketika praktikum nanti.

ABM lain yang menarik saya ialah doh daripada tepung yang saya lihat di Prasekolah. Jika dahulu ramai guru yang menggunakan plastisin sebagai ABM,namun sekarang mereka menggunakan doh kerana ianya lebih selamat untuk murid. Ini merupakan sesuatu yang baru buat saya dan boleh diaplikasikan ketika berpraktikum nanti.

Anda mungkin juga menyukai