Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,

karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Menurut Shahabuddin (2007), terdapat 14 teknik pengajaran bahasa seperti di bawah : Teknik-teknik Pengajaran Bahasa Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan Teknik forum Teknik dialog

Menurut Zulkifley (2006), tujuan menggunakan teknik pengajaran adalah bagi menarik minat perhatian murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu. Oleh itu, pemilihan teknik pengajaran yang baik perlu di adaptasi guru dalam pengajaran suapaya objektif pengajaran akan tercapai. Dalam tugasan ini, akan membincangkan secara terperinci berkenaan teknik pengajaran simulasi dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu. Sebagai guru Bahasa Melayu, teknik simulasi di harapkan dapat meningkatkan potensi murid dalam pembelajaran bahasa. Apakah yang teknik simulasi? Konsep teknik ini akan diterangkan secara terperinci supaya sebagai guru kita memahami teknik secara mendalam. Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan kea rah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui simulasi,murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru. Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktivit simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat dan kerjasama dalam kumpulan. Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu. Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam dan Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada

mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama untuk mata pelajaran lain. KONSEP TEKNIK SIMULASI Kemeterian Pelajaran Malaysia (1990) simulasi merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini mereka dikehendaki menaakul, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Di samping itu juga pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab, pemerolehan dan penggunaan bahan sumber. Simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997). Menurut Shahabudin (2007), teknik simulasi di takrifkan sebagai suatu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan masalah. Simulasi ialah suatu keadaan pembelajaran yang terkawal dan sengaja diwujudkan menyerupai situasi sebenar bertujuan menjalankan aktiviti penyelesaian masalah. Rio Sumarni (1997) menyebut simulasi membolehkan pelajar menjadi lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab terhadap subjek yang dipelajarinya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang mampu menjadikan pelajar aktif dan dapat berinteraksi dengan baik bersama rakan-rakan pelajar yang lain, mampu mewujudkan rasa seronok pelajar terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. akan mampu menarik minat dan kefahaman untuk menguasai dan mencapai objektif mata pelajaran. Mee (1993) menyatakan bahawa, simulasi adalah suatu situasi terkawal yang sengaja diwujudkan menyerupai situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan

menyelesaikan masalah. Marilyn Friend & Willian Bursuck (1996) menyatakan simulasi ialah satu aktiviti yang mana pelajar mendapat pengalaman daripada aktiviti tersebut, setelah mereka berbincang bagaimana untuk melakukan aktiviti dan memperolehi persefahaman. Daripada definisi di atas, dapat dibuat rumusan bahawa simulasi adalah satu jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar melakukan aktiviti yang terancang dan terkawal. Bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan baik, guru dan pelajar akan mengadakan beberapa sesi latihan sebagai persediaan dan pengukuhan sebelum aktiviti sebenar dijalankan.

Teknik Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal. Selain daripada itu, Teknik Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Selain itu, teknik ini juga adalah merupakan satu kaedah di mana satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan para pelajar melakukan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suasana yang terancang. Othman (1993), menyatakan kaedah simulasi ialah satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar. Kaedah simulasi melibatkan pelajar memainkan

peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. Simulasi boleh dilaksanakan dalam bentuk

permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif. Secara kesimpulannya, Teknik Simulasi merupakan teknik pengajaran dalam meletakkan objektif pengajaran berada dalam keadaan sebenar. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

MATLAMAT SIMULASI Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan pelajar: a) b) c) d) e) f) g) Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritis Menghasilkan laporan dengan berkesan Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi Mengalami sendiri sesuatu situasi Menyakinkan diri sendiri

JENIS-JENIS SIMULASI Terdapat dua jenis kaedah simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan : A) Sosiodrama Ia adalah satu aktiviti lakonan yang menarik yang berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Sebagai contoh adalah hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat. Oleh kerana sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan

biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Dengan kaedah ini,ia mengajar pelajar berfikir cara-cara menyelesaikan masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional. Sosiodrama ini juga membolehkan murid-murid menyatakan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama. B) Main peranan Melalui kaedah ini ia merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Juga merupakan satu lakonan spontan tanpa skrip. Cara ia bermula adalah apabila suatu situasi direka dan ditimbulkan oleh guru. Biasanya di dalam aktiviti main peranan ini, murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan. Melalui aktivit main peranan ini, muridmurid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal. Ia juga membolehkan murid-murid memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.

PRINSIP-PRINSIP SIMULASI Antara prinsip simulasi yang diamalkan adalah 1. Guru merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkan secara bertulis atau lisan. 2. Sebelum bermula aktiviti ini, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watakwatak dan tempoh masa yang diperuntukkan untuk mereka. 3. Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. 4. Bagi sosiodrama, skrip telah disediakan dan diedarkan. 5. Jika perlu, sediakan topeng untuk pelakon. 6. Semasa simulasi, pastikan penonton benar-benar menumpukan perhatian. 7. Selepas simulasi, guru minta pelajar beri pandangan tentang cara penyelesaian masalah. 8. Satu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.

LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN SIMULASI Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut:

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan.

Guru menerangkan secara ringkas tenteng situasi bermasalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan.

Guru memilih murid-murid menjadi pelakon.

Murid-murid berdasarkan watak-watak, memainkan peranan mereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya. Guru berbincang dengan murid prestai pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah masalah dan membimbing murid membuat rumusan.

APLIKASI TEKNIK SIMULASI DALAM PENGAJARAN

Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 6 Bestari

Bilangan Murid: 30 Orang Tarikh Masa Tema Tajuk : 20 September 2012 : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi (1 Jam) : Sekolahku : Bergotong royong membersihkan sekolah

Bidang Pembelajaran Fokus Utama 3.1. Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata,istilah,frasa, atau ayat yang tepat. Aras 1 ( ii ) Mengemukakan isi yang diperoleh dengan jelas Fokus Sampingan : 8.2. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks Aras 1 ( I ) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk Hasil Pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini ,murid-murid akan dapat: A. Menguasai isi kandungan 1. Menjelaskan isi yang terdapat di dalam gambar sekurang-kurangnya daripada 7 frasa berkaitan aktiviti dalam gambar. 2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan frasa berkaitan aktiviti sekurang-kurangnya 5 ayat yang lengkap.

B. Membina Kemahiran Saintifik berfikir dan Strategi Berfikir. 1. Memelihara kebersihan alam sekitar dan tempat belajar sebagai satu amalan yang harus dilaksanakan. C. Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni 1. Menyemaikan sikap cintakan kebersihan dan memupuk sikap kerjasama dalam menyempurnakan sesuatu aktiviti. Bahan Bantu Mengajar : Gambar gotong royong,slaid power point, komputer riba dan lembaran kerja. Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah mengikuti aktiviti gotong royong Perdana sambutan sempena hari guru. Sistem Bahasa : Kata kerja .ayat majmuk dan ayat tunggal. Pengisian kurikulum : a. Ilmu : Pendidikan sivik kenegaraan,sains,Pendidikan moral,Pendidikan agama islam b. Nilai Murni : Bekerjasama, kesyukuran,Menghargai alam dan tempat belajar c. Kemahiran Bernilai Tambah : i. Kecerdasan Pelbagai: Verbal Lingusitik, Intrapersonal, Interpersonal ii. Kemahiran Berfikir : meneliti,menjana idea, mengenalpasti, menghubungkait. iii. Kemahiran Belajar Belajar Cara Belajar: Membaca, mencatat, menulis.

Fasa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid


Memperdengarkan murid dengan lagu Tanya sama lalat. Dan menayangkan senikata lagu. Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan dengan senikata lagu berkaitan menjaga kebersihan. Menjelaskan kepentingan menjaga kebersihan dan mengaitkannya dengan amalan bergotong royong

Nota

Mencungkil idea (5 minit )

Memperdengarkan lagu Tanya sama lalat menerusi tayangan video..

Murid mendengar dan Kaedah Soal jawab menyanyi senikata lagu yang POE guru perdengarkan. Kemahiran Befikir Murid memberi respon -Meneliti terhadap soalan guru -Menghubungkait berdasarkan pengetahuan Kecerdasan sedia ada dan senikata lagu. Pelbagai: Murid membuat perkaitan -Verbal linguistik pengetahuan sedia ada mereka dengan tajuk yang Nilai -kebersihan guru perkenalkan. -bekerjasama Murid mengikut arahan guru dan berusaha memahami aktiviti yang terdapat dalam gambar. Kaedah Simulasi Sumbang saran Bimbingan rakan Sebaya

Menstruktur semula (20 minit)

Menunjukkan gambar aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan sekolah Menggunakan tayangan LCD

Murid diarahkan untuk memahami aktiviti yang terdapat dalam gambar secara Kelas. Guru meminta murid untuk berbincang secara berpasangan untuk menyenaraikan aktiviti yang dilakukan dalam gambar dengan kata kerja yang sesuai. Guru menampalkan gambar aktiviti gotong-royong membersihkan kelas yang terdapat dalam manila kad di papan tulis dan meminta murid membulatkan aktiviti yang berkaitan kata kerja.

Murid berbincang secara Kemahiran Berfikir : berpasangan untuk mencari -Meneliti aktiviti yang terdapat dalam -Mengenalpasti gambar menggunakan kata kerja yang sesuai. Berdasarkan perbincangan bersama rakan sebaya, murid secara individu membulatkan aktiviti gotong royong membersih kan kelas yang berkaitan aktiviti yang

Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja berdasarkan aktiviti yang telah dibulatkan tadi. Guru menerangkan maksud frasa kata kerja yang telah disenaraikan oleh murid dan menayangkannya di paparan LCD. Guru meminta murid membina rangka ayat tunggal dan majmuk secara perbincangan kelas menggunakan perkataan yang disenaraikan tadi. Guru menyuruh murid membina ayat lengkap secara lisan dan mempersembahkan contoh ayat yang telah dibina. Guru membuat peneguhan pada ayat yang baik dan membuat penambahbaikan pada ayat murid yang kurang mantap. Guru mengarahkan murid untuk membuat latihan bertulis dan memberi rangka untuk membina ayat yang lengkap ayat melalui slaid power point. Guru membimbing murid lemah membina ayat secara bertulis.

berkaitan kata kerja . Guru menyenaraikan kata kerja yang dibulatkan tadi. Murid mendengar penerangan guru.

Aplikasi idea (20 minit)

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata kerja.

Murid membina rangka ayat tunggal dan ayat majmuk secara perbincangan kelas berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan.

Kecerdasan pelbagai Kemahiran Belajar Cara Belajar

Murid membentangkan ayat -Membaca tunggal dan ayat majmuk Nilai yang lengkap secara lisan. -Keberanian Murid membuat catatan -Kerjasama ringkas penerangan guru -Kesyukuran sebagai rujukan. Murid membuat latihan bertulis dalam buku latihan berpandukan rangka ayat yang diberi oleh guru. Kumpulan cerdas dan sederhana cuba membina ayat majmuk yang gramatis.

Refleksi/Penutup Membuat rumusan (5 Minit) isi pelajaran

Guru bersoaljawab dengan murid secara lisan. Guru meminta murid menyebut semula aktiviti gotong royong yang telah mereka dapati dari gambar. Guru merumus penjelasan murid dan membuat perkaitannya dengan nilai murni.

Murid memberi respon kepada soalan guru. Murid menyatakan semula aktiviti gotong royong yang terdapat dalam gambar. Murid membuat rumusan isi pembelajaran hari ini mengikut tahap kefahaman masing-masing.

Kaedah : Perbincangan Huraian Kemahiran Belajar Cara Belajar: -Membaca -Mencatat -Menulis Kemahiran Berfikir -Menjana idea

KELEBIHAN DAN KELEMAHAHAN TEKNIK SIMULASI Kelebihan a) Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Dalam melaksanakan kaedah simulasi, guru menyediakan satu permasalahan kepada murid. Misalnya dalam rancangan pengajaran harian yang disediakan di atas, murid dikehendaki berbincang menggunakan teknik sumbangsaran dalam simulasi untuk mentafsir gambar. Murid secara spontan akan berfikir dan sekaligus kemahiran berfikir dapat diasah. Idea yang telah dilontarkan itu adalah secara automatis bertindak mengikut keadaan. Justeru penggunaan gambar dapat memberikan gambaran sebenar berkenaan gambar aktiviti gotong royong yang biasa dilalui oleh murid. b) Murid-Murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi murid. Gary (1989) menekankan komunikasi adalah proses memberi makna dan mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki. Terdapat dua jenis teknik simulasi. Pertama adalah melalui sosiodrama dan kedua adalah main peranan. Kemahiran komunikasi dapat dipraktikkan melalui aktiviti drama. Menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Justeru melalui aplikasi berdialog dalam drama, murid akan dilatih dalam kemahiran komunikasi yang baik. c) Satu teknik pengajaran yang menarik dan seronok, membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.

Guru boleh mempelbagaikan aktiviti simulasi menjadi satu aktiviti yang menarik dan berkesan. Misalnya dalam simulasi watak. Simulasi watak itu telah dilaksanakan oleh guru dengan cara pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan

sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. d) Dilatih menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan

mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Misalnya dalam pengajaran Bahasa Melayu yang bertemakan kebersihan, guru boleh memperkenalkan dan murid mengalami sebenar kaedah-kaedah menjaga kebersihan seperti cara memberus gigi , mengurus diri dan sebagainya.

RUJUKAN
Arbak Othman .1985. Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Arif Sukardi. 1987. Prinsip-Prinsip (Teori) Pembelajaran. www.Ut.Ac.Id/OlSupp/Fkip/Pgsm3803/ . (29 Dis 2012). Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:Longman. Ee, Ah Meng .1987.Pedagogi Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti, Petaling Jaya. Ghafar,M.D (2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran.Utusan Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Kamarudin Husin .1988.Pedagogi Bahasa. Longman (M), Kuala Lumpur. Kaye, Barrington .1970. Participation In Learning. London. Kementerian Pendidikan Malaysia.1998. Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur. Kemp, Jennold E .1987. Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Knowles, M. 1975. Self-Directed Learning. Chicago: Follet. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Norhashima,A.S dan rakan rakan,(1996), Pengajaran Bantuan Komputer, Penerbit UTM: Johor Pang,M.S, (1997). Pedagogi 2:Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dgn Berkesan. PTS Professional. Kuala Lumpur.

Kelemahan a) Perasaan gelisah di dalam diri murid yang tidak mempunyai pengalaman berlakon. Masalah yang akan dihadapi oleh guru dalam menjalankan kaedah simulasi melalui aktiviti drama adalah dalam mengatasi masalah kegelisahan murid. Tambahan pula kepada murid yang baru sahaja mempunyai pengalaman dalam lakonan. Perkara ini akan merumitkan guru dan menyebabkan satu latihan yang panjang perlu digunakan dan dirancang oleh guru.

b) Prestasi pelakon yang kurang baik menyebabkan penonton bosan dan membuat bising atau mengejek kesilapan pelakon tertentu. Perkara ini sudah menjadi perkara biasa di sekolah. Pelakon yang baru sahaja menceburi aktiviti lakonan ini biasanya akan kaku apabila berada di atas pentas. Hal ini akan menyebabkan lakonan menjadi tidak berkesan. Maka berlakulah ejek mengejek penonton kepada pelakon. Disamping itu juga jalan cerita yang tidak menarik akan menjadikan penonton atau murid lain menjadi bosan dan membuat

bising akibat daripada tidak tertarik minat untuk menonton cerita. Sebagai guru, satu rancangan drama yang lebih baik harus di rancang supaya lakonan dapat menarik perhatian murid lain dan objektif dalam drama dapat tercapai.

c) Hanya murid yang berlakon sahaja mendapat faedah daripada lakonan. Seperti kita sedia maklum, kelebihan aktiviti lakonan dapat meningkatkan kemahiran dalam lakonan melalui dialog-dialog yang telah disediakan. Penglibatan dalam lakonan adalah terhad kepada murid tertentu dan murid lain sebagai penonton. Justeru hanya murid yang dilantik sebagai pelakon sahaja bermanfaat dalam nilai lakonan. Malahan peranan watak utama juga terhad dan murid lain hanya bertindak sebagai watak sampingan yang hanya seketika sahaja memainkan peranannya. Sangat sukar untuk guru untuk merancang satu lakonan yang melibatkan banyak perwatakan dan ini akan menggunakan masa yang agak lama untuk satu tempoh persembahan.

d) Aktiviti tidak sesuai kepada murid aras rendah. Tidak semua murid di sekolah mempunyai perbezaan individu. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu, adakalanya guru akan sukar mencapai objektif pengajaran melalui simulasi kepada murid yang lemah. Proses pembelajaran akan mengambil masa yang lama.

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai