Anda di halaman 1dari 17

PJM3102 PERGERAKAN ASAS

TAJUK:
PERMAINAN KATEGORI SERANGAN/KAWASAN (INVASION)
DISEDIAKAN OLEH: ZULHILMI BIN MOHD YUSOFF HANIF HUSAINI BIN AHMAD FAKHRURADZI MUHAMMAD HAKIMI BIN HARUN BADRUL ALIFF BIN RAZMAN 1 PISMP PJK IPGKSM

PERMAINAN SERANGAN/ KAWASAN


Permainan strategi Dimainkan secara berseorangan atau berkumpulan Berusaha memasuki kawasan atau menyerang kawasan lawan untuk menjaringkan gol/memperoleh mata

Terdapat dua pasukan, satu pasukan menyerang dan satu pasukan bertahan Kawasan sendiri = kawasan bertahan Kawasan lawan = kawasan menyerang

CONTOH PERMAINAN SERANGAN/ KAWASAN


BOLA SEPAK
BOLA KERANJANG BOLA JARING HOKI

CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL


GALAH PANJANG ELAK BOLA

GALAH PANJANG

PENGENALAN
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja

CARA MEMBUAT GALAH PANJANG

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter.

Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanakkanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

ELAK BOLA

Murid murid disusun dalam jarak sedepa antara satu sama lain dan membentuk bulatan Murid dinamakan dengan mengikut giliran contohnya 1,2,3,4 atau kancil,seladang,rusa dan pelandok Guru akan meminta no 1 atau rusa untuk masuk ketengah bulatan Murid yang membentuk bulatan hendaklah melontar bola kepada kaki murid yang berada di tengah bulatan Mana mana murifd yang terkena bola dikira mati dan hendaklah keluar Murid yang terakhir berada di tengah bulatan dikira pemenang Tukar dengan no 2 atau pelandok pula

BELALANG BELATOK

Sediakan kawasan seluas 22m x 10 meter dibahagi kepada tiga bahagian dan tandakan dengan skital Bahagikan murid kepada dua barisan dan namakan mereka dengan belalang dan belatok Jarak antara barisan ialah lebih kurang 2 meter Apabila guru menyebut belalang !!!! murid yang menjadi belalang hendaklah lari sambil dikejar oleh kumpulan belatok Murid yang lepas lari melampaui garisan atau skital dikira selamat, manakala yang kene cuit dikira mati dan hendaklah masuk ke kumpulan yang mencuitnya Teruskan permainan berulang-ulang

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai