Anda di halaman 1dari 6

puasa enam hari pada Syawal -Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya

dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah). Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW: Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan, iaitu setahun. (Mughni 3/173). Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. (Syarah Muslim 8/56). Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121). Puasa Muharam - Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri. Puasa Hari-Hari Putih - Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari). Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih (13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177) Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim). Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud, Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar. Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah - Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa. Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari tarwiyah (8 Zulhijjah). Imam Hambali pula berpendapat bahawa sunat berpuasa bagi jemaah haji jika mereka berwukuf pada waktu malam dan makruh bagi mereka yang wukuf siang hari. Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Makkah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau

sebaliknya. (Fath 4/237). Puasa hari Asyura (10 Muharam) - Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?. Maka mereka menjawab: Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa. Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, Mendapat keampunan setahun yang lampau. (Hadis Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi. Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus. Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti air sungai yang mengalir. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT. Puasa Isnin dan Khamis - Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa. (Hadis Tarmizi). Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud) Puasa Nabi Daud AS - Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari). Dalam hadis lain, Rasul SAW bersabda: Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud).

Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.

Wallahu'alam....

PUASA SUNAT Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku. (Hadits riwayat Muslim) BULAN Bulanan HARI 1. Hari-hari al-Baidh FHADILAT 1. Telah bersabda kepada-ku Rasulullah saw: Jika

( Hari-hari Putih) = 13, kamu berpuasa dalam sebulan, maka puasalah pada 14, dan 15 hb 2. Hari-hari Hitam = pada hari yang ke 27, 28, 29 dan 30 setiap bulan. 3. Pada 3 hari setiap Bulan Qamariah Mingguan Isnin & Khamis Ketika ditanya kepada Nabi saw tentang puasa Isnin dan Khamis baginda bersabda: Maksudnya: Dua hari itu dibentangkan padanya amalan kepada tuhan sekelian alam (Allah), maka aku suka dibentangkan amalan-ku sedang aku dalam keadaan berpuasa. (HR al-Nasaiie, Ibn Majah dan Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami) Muharram Asyura 1. Hari Tasua iaitu tanggal 1 hingga 9 hari bulan Muharram Maksudnya: Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah al2. Hari kesepuluh (10) Muharram (HR Muslim) dlm bulan Muharram Hadith: 2. berpuasa pada tiga hari tersebut itu sebagai permohonan kepada Allah S.W.T supaya menghilangkan kegelapan pada malam-malam itu. 13, 14 dan 15 (hari bulan bagi setiap bulan). (HR alNasaie, Ibn Majah dan Ahmad)

(Asyura) Disunatkan juga berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya bagi berbeza dengan Yahudi = ( 9, 10 dan 11 Muharram) 3. Disunatkan perbanyakkan puasa di bulan ini. Rejab 1. Sepanjang bulan Rejab Syaban 1. Keseluruhan bulan kecuali pada hari syak(Hari diragui (antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan) Maksudnya: Tidak aku melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan melainkan dalam bulan Ramadhan dan tidak aku melihat baginda lebih banyak berpuasa berbanding Syaban, baginda puasa dalam bulan Syaban keseluruhannya, melainkan sedikit (sahaja hari yang baginda tidak berpuasa). (HR al-Bukhari dan Muslim) Syawal 1. Puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal 1. Sabda Nabi saw: Maksudnya : Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diturutinya dengan 6 hari Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun. (HR Muslim) Zulhijjah 1. Hari yang ke-9 dalam1. Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan bulan Zulhijjah bagi orang yang tidak berwuquf di Arafah. (Hari Arafah) Maksudnya: Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata: berdasarkan perkataan Aisyah r.anha:

2, Disunatkan juga

alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah?

berpuasa pada hari ke 8 Maka Baginda bersabda: Ia menebus dosa setahun Zulhijjah 3. Bahkan adalah disunatkan berpuasa 2. Hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang telah lalu dan setahun yang akan datang. (Hadits riwayat Muslim)

lapan hari iaitu dari hari R.A, daripada Nabi S.A.W bersabda: yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan. 4. Sepuluh hari yang pertama pada bulan Zulhijjah ( 1 hingga 9 Zulhijjah , dan 14 Zulhijjah) 3. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadits riwayat An-Nasai) Bulan-bulan Haram Hari yang dilarang berpuasa (HARAM) 2. Aidiladha pada 10 Zulhijjah. 3. Tiga hari Tasyriq iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. 4. Hari syak atau hari diragui (antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan) Hari yang MAKRUH 1. JUMAAT SAHAJA.- Namun begitu, jika seseorang itu berpuasa berturutturut dimulai pada Khamis dan disambung Jumaat atau dimulai Jumaat dan 1. Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab 1. Aidilfitri iaitu pada 1 Syawal. Maksudnya: Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar. (Hadits riwayat Tirmidzi)

berpuasa

disambung Sabtu, maka hukumnya dibolehkan. Begitu juga boleh berpuasa pada Jumaat sekira-nya berpuasa berselang hari (seperti puasa Nabi Daud), dan kebetulan puasa itu jatuh pada Jumaat. 2. SABTU SAHAJA Begitu juga, kalau berpuasa sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, bolehlah berpuasa pada Sabtu. Begitu juga kalau kita berpuasa berselang hari, kebetulan harinya jatuh pada Sabtu, boleh berpuasa pada hari itu.

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya. (Hadits riwayat Bukhari) Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun. (Hadits riwayat Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai