PEMBENTANG : MUHAMMAD JABAL NUR BIN PARI NADZIRAH BINTI MOHD JASZARI NURHIDAYU BINTI RAFIEE SYAHFIERA BINTI SYAHLAN PENSYARAH : ENCIK FAZIL BIN ZAINAL ABIDIN
KATA KERJA
PENDAHULUAN PENGGOLONGAN KATA KERJA KATA KERJA AKTIF KATA KERJA PASIF KESIMPULAN
Kata kerja : Perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
Kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama :
Aktif Transitif
Kata kerja aktif : Kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan.
Kata kerja aktif tak transitif: Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap : Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh :
1. Semua orang pulang. 2. Adik saya masih tidur. 3. Padi sedang menguning.
Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang berfungsi memberikan maklumat tambahan.
Contoh :
1. Semua orang pulang pada waktu petang. 2. Adik saya masih tidur di serambi. 3. Padi sedang menguning di sawah.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap : Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap : Unsur yang hadir selepas kata kerja taktransitif untuk menyempurnakan maksud ayat.
Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh : 1. Keadaan bapanya beransur baik. 2. Mereka tidak berbuat jahat. 3. Dia menjadi guru.
Perkataan yang condong itu ialah kata kerja tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap. Sekiranya digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna.
Contoh : 1. Keadaan bapanya beransur. 2. Mereka tidak berbuat. 3. Dia menjadi.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada beberapa jenis iaitu :
Kata nama
Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh kata adjektif seperti baik, lemah dan sebagainya sebagai pelengkap. Contoh : 1. Lukanya beransur baik. 2. Badannya menjadi lemah.
Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh frasa sendi nama yang membawa pengertian tempat yang berfungsi sebagai pelengkap. Contoh : 1. Keluarga Encik Ali berasal dari Pahang. 2. Mereka menetap di kampung ini.
Kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja aktif tak transitif yang menerima imbuhan ber--kan dan kata kerja menjadi dan ada. Contoh : 1. Kami tidur berbantalkan lengan. 2. Ali menjadi guru sandaran. 3. Mereka ada hadiah yang istimewa.
Kata kerja aktif transitif : Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh : 1. Saya telah menjawab surat itu. 2. Kami membaiki kereta kesayangan ayah.
Kata kerja pasif : Kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contoh : 1. Surat itu telah saya jawab. 2. Kereta kesayangan ayah kami baiki.
Kata Kerja Transitif (aktif) mengaturkan membelah mencampakkan mendenda mengekori menggaulkan mengharungi menjahit
Kata Kerja Transitif (pasif) diaturkan dibelah dicampakkan didenda diekori digaulkan diharungi dijahit
Selain imbuhan meN-(kan/i) yang wujud dalam kata kerja transitif aktif, awalan ter- juga boleh hadir dalam kata kerja demikian, misalnya terlanggar, terminum dan tertelan. Contoh : 1. Pekerja itu terminum racun serangga. 2. Dia tertelan biji nangka.
Kata kerja pasif juga boleh mengandungi awalan ter-, misalnya : terkarang, termaktub dan ternampak.
Contoh : 1. Buku itu terkarang oleh Zaba. 2. Perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan. 3. Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka.
KESIMPULAN
KATA KERJA
PENDAHULUAN PENGGOLONGAN KATA KERJA KATA KERJA AKTIF KATA KERJA PASIF KESIMPULAN Tanpa Pelengkap Berpelengkap
Aktif Transitif