Anda di halaman 1dari 5

Vanakam, to all beloved brothers and sisters...!!! Here the link for USM 2013/2014 intake..!!!

There is also link for list of programs offered in USM and Basic requirement. Hope to see more people in USM also in other IPTA, in coming intake.. regards..=) Permohonan Kemasukan Ke USM Sesi Akademik 2013/2014 Bermula dari 7 Jan 2013! Pohon@USM : http://pohon.usm.my/ Tarikh : 7 Jan 2013 14 April 2013 Dapatkan PIN USM di mana-mana cawangan BSN dengan RM40.00 POHON@USM FAQ: https://pohon.usm.my/faq.asp Senarai Program & Syarat Kemasukan: http://www.admissions.usm.my/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=22&lang= ms

permohonan 1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke USM bagi Sesi Akademik 2013/2014 disiarkan? Iklan bagi calon-calon Matrikulasi/Asasi/STPM dan Diploma/Setaraf akan disiarkan pada 6 Januari 2013 di semua akhbar utama seluruh Malaysia. 2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke USM? Permohonan boleh mengemukan permohonan secara talian mulai 7 Januari sehingga 14 April 2013. 3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke USM Sesi Akademik 2013/2014? Tarikh tutup permohonan pada 14 April 2013. 4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke USM ? Permohonan kemasukan ke USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Dengan menggunakan kaedah pembelian nombor PIN USM di manamana cawangan BSN. Permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web http://www.usm.my atau https://pohon.usm.my 5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum? Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke USM? Hanya Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumendokumen yang telah disahkan ke USM. 7. Bilakah keputusan permohonan ke USM Sesi Akademik 2013/2014 diumumkan? Pertengahan JUN 2013. 8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf? Hanya Warganegara Malaysia sahaja layak memohon melalui aplikasi dalam talian. Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke USM melalui Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh USM. 9. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke USM? Pemohon boleh membuat pindaan selagi tarikh permohonan belum tamat. 10. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh USM? Dibenarkan selagi tarikh permohonan belum tamat. 11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang? Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah. 12. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke USM bagi Sesi Akademik 2013/2014? Pemohon perlu mendapatkan sekurang-kurangnnya tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM, Matrikulasi dan

Diploma/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di USM. Bagi calon lepasan Diploma/Setaraf yang tidak mempunyai MUET Band 1, kelulusan lain yang setaraf dengan MUET juga akan dipertimbangkan. Hebahan/Pertanyaan 13. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke USM bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf? Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke USM melalui 2 kaedah berikut : a) Internet : - http://www.usm.my b) Hot line Seksyen Pengambilan Pelajar, USM : 1 300 888 876 14. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke USM? Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Height 50490 Kuala Lumpur Tel: 03-2098 3731/3732 Fax: 03-2098 3769 Atau hubungi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Canselori, USM Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke USM, sila kemukakan ke alamat e-mel kami: - admissions@usm.my Aplikasi Dalam Talian 15. Adakah kata laluan perlu dimasukkan semasa proses permohonan dan apakah bentuk format yang boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan? Semasa proses permohonan, anda diwajibkan memasukkan empat (4)

elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan Nama Ibu dan Emel. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada lima (5) hingga lima belas (15) alphanumeric sahaja supaya ia mudah untuk diingati oleh anda. 16. Sekiranya saya kehilangan KATA LALUAN setelah membuat permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan? Sekiranya anda kehilangan KATA LALUAN semasa permohonan Fasa 1 dan Fasa 2, anda boleh menggunakan NOMBOR RUJUKAN yang diberikan semasa pendaftaran untuk mendapatkan semula KATA LALUAN anda, ATAU dengan menghubungi Seksyen Pengambilan Pelajar, USM. No. Tel. : 1300 888 876 17. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga? Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut: SH03 - Sarjana Muda Senibina # 18. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat? Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke USM. 19. Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah selamat diterima oleh sistem ? Pemohon boleh mengetahui sama ada maklumat telah diterima atau belum dengan memastikan ;setelah klik butang Sah & Hantar, paparan Selesai dipaparkan. Selain itu, pemohon juga boleh membuat Semakan Permohonan bagi mengetahui status penerimaan sistem atas maklumat yang telah dihantar.

20. Semasa permohonan Fasa 1, saya belum menduduki peperiksaan semester kedua untuk memperolehi keputusan akhir Matrikulasi/ ASASI, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke USM? Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama dan setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka berdasarkan keputusan sebenar. Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1. 21. Adakah pemohon wajib menduduki ujian MEdSI dan Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan? Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI. Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai